Showing posts with label PinkyNoteII. Show all posts
Showing posts with label PinkyNoteII. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

WordLess Wednesday - Wasiat Samsung Galaxy Note II


Hari tu ber"viber" dengan anak buah.. lepas tu sajer la up story pasal Note II.. sekali dia up gambar conversation aku dengan dia tu dekat FB.. hahahaha.. 

Habislah ko Acu.. sape suruh berani-berani cakap kan.. rasakan!!! *laju2 kumpul duit balik la nampaknya..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Monday, March 25, 2013

Kegilaan Sekarang: Game Candy Crush Saga


 Sekarang ni aku tengah "menggila" main game Candy Crush Saga dekat phone.. aku ni bukan kaki game.. tapi lepas dah main game ni, rasa macam seronokkkkk giler kot.. tapi, game ni jer lah pun yang aku rasa seronok.. yang lain aku memang x layan sangat..
 
 
Game ni boleh uji minda kita jugak sebenarnya.. try untuk selesaikan task yang diberikan untuk setiap level.. ada level yang senang.. ada yang susah.. ada yang susah tu sampai dekat sehari baru aku boleh lepas level.. hahahha.. tu bagi aku yang x berapa nak bijak main game tu lah.. aku tengok ramai jer member-member aku dapat high score.. hahahha.. teror la diaorang!! kita memang boleh tengok markah kawan-kawan yang main game tu gak..
 
 
Ada beberapa stage yang kita perlukan bantuan kawan FB yang main game tu jugak untuk unlock level seterusnya.. selagi kawan kita x bagi ticket untuk kita ke next level tu, memang x boleh main la level seterusnya tu.. mula-mula aku segan ooo nak mintak ticket daripada kawan-kawan tu.. tapi, lama-lama dah jadi biasa sebab masing-masing memang tolong menolong..
 
 
Kawan FB kita tu jugak boleh mintak "live" daripada kita.. kalau live yang diberikan dah habis, kita boleh mintak kawan kita bagi live tu.. selalunya member-member yang aktif main game ni mesti akan bagi live tu.. give & take la kan.. nanti kalau diaorang nak live, kita la pulak bagi kat diaorang.. tu yang buatkan game ni makin best!!
 
 
Siapa yang dah main game ni akan tau betapa bestnya game ni.. aku rasa ada dekat 100 lebih level.. aku baru main game ni seminggu.. memang jauh lagi perjalanan nak ke level terakhir.. makin naik level makin susah.. kalau ada yang belum pernah main, try la download.. aku yang bukan kaki game ni pun suka, apatah lagi bagi yang memang kaki game..
 
Salam sayang untuk semua!!
 
With love,
~ aDieyZa ~
 
 
 
Photobucket

Monday, March 4, 2013

Instagram Encik Adiey - Dalam Hati Ada Taman!

Encik Adiey ni dia bukan jenis yang rajin nak ber"instagram".. tapi dia memang jenis yang suka mengambil gambar.. sebab tu kalau tengok dah dekat sebulan dia buat akaun instagram dia tapi baru 4 keping gambar jer ada.. seminggu satu kekdahnya tu.. hahaha..


Baru perasan yang gambar dalam instagram Encik Adiey majoritinya gambar pokok & bunga.. 3 daripada gambar adalah gambar pokok dan bunga? maksudnya? DALAM HATI ADA TAMAN!! hihihi..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket

Wednesday, January 30, 2013

WordLess Wednesday - Insta Place Application

Musim orang tengah ber'instaplace'.. 


Orkid abah yang makin membesar dengan cemerlangnya.. abah beli daun pokok orkid sebatang jer then tanam sendiri.. baru beberapa bulan dah berbunga dengan lebatnya!!! kagum!! sebab kalau aku beli yang dah siap bunga pun belum tentu boleh hidup! hahaha..

Tuesday, January 22, 2013

Birthday Encik Adiey : Surprise, Hadiah, Pavlova!!

20 Januari 2013, genap Encik Adiey 30 tahun.. Syukur Alhamdulillah kerana di ketika tarikh bermakna tu, aku masih berada di sisi dia untuk menjaga dan menyayangi dia..

Sama macam pasangan lain, genap pukul 12malam terus nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia.. walaupun suara x sedap, belasah jer lah! Masa tu memang kitaorang belum tido lagi sebab masing2 tengah layan drama kat tv.. lepas nyanyi, terus post e-card birthday kat FB.. buat e-card tu 10minit sebelum pukul 12 malam.. hihihi..


X kisah la orang kata e-card tu simple sangat ke apa.. janji aku buat dengan hati yang ikhlas & penuh kasih sayang.. *pergh, ayat nak sweet sokmo la kononnya kan??

Masa nak masuk tido tu, puaslah fikir nak bagi hadiah dia bila.. cadangnya nak bagi petang2 cikit.. tapi sebab aku mood over excited, so bagilah hadiah dia malam tu jugak..

Letak hadiah kat atas katil sebelum dia masuk bilik.. tak balut! tak ada kad! Giler pemalas punya isteri.. hahaha..nasib baik hadiah tu ada kotaknya.. kalau x ada kotak, letak kosong macam tu jer la kot..hehehe..


Note II.. a special birthday gift for his 30th birthday!

Encik Adiey nampak sangat teruja dengan hadiah tu.. rasa nak mengalir air mata bila berkali2 dia mengucup dahi aku sambil ucap terima kasih.. *sesungguhnya kerana sikap menghargai dialah yang membuatkan aku makin jatuh cinta dengan dia setiap hari!!!

Kenapa beli hadiah Note II? Later kita story la eh.. sebab macam panjang lagi jer entry ni.. nanti korang bosan pulak.. hehehe..

Bangun pagi tu agak sedih sebab birthday boy tu demam la pulak.. lepas solat Subuh, mandi & Encik Adiey request nak makan roti canai sardin.. selera orang demam hanyalah roti canai sardin..

Masa breakfast kat luar, Encik Adiey x perasan yang aku asyik berbalas sms dengan seseorang.. sms dengan seseorang untuk birthday surprise.. nasib masa tu dia x banyak tanya..

Balik rumah, x bagi Encik Adiey tukar baju.. dengan alasan nak ambik gambar dia dengan Note II tu.. padahal sebenarnya aku nak tunggu seseorang hantar surprise kat Encik Adiey.. orang tu dah otw nak datang rumah..


Sambil tunggu orang tu, aku buat2 suruh dia explore Note II tu sambil aku ambik gambar dia.. punyalah banyak aku ambik gambar dia masa tu! Sebab orang yg nak tolong surprisekan tu x sampai lagi..

Tetiba dengar orang bagi salam.. aku sajer suruh Encik Adiey gie bukak pintu.. aku ingatkan dia terus bukak, tapi dia gie tengok dulu kat teropong pintu!! Terus dia pandang aku yg kat belakang dia then bagitau, “baby order kek eh???”



Muka Encik Adiey masa tu ada terkejut & senyum x henti2.. serius rasa seronok tengok senyuman dia tu..


Pavlova for his 30th birthday!! Sangat2 sedap!! Entry pavlova ni kita buat entry lain eh.. macam panjang sangat kalau buat 1 entry.. hehehe..

Petang tu cadangnya nak pergi celebrate birthday dia.. tapi dia makin x sihat.. so just makan2 simple.. selera petang tu hanyalah chicken chop.. lepas makan terus balik rumah..

Nanti ada masa nak bawak jugaklah dia makan kat mana2 tempat yg dia suka sebab masa birthday dia tu memang dia demam yg agak panas just dia cuba untuk bertahan.. nasib baik esoknya masa gie klinik doctor bagi MC.. so dia boleh rest puas2 kat rumah sambil explore his new gadget.. hehehe..

Even tahun ni hanya dapat buat simple celebration, tapi still 2 surprise berjaya membuatkan dia tersenyum bahagia.. syukur di atas rasa bahagia ini Ya Allah..

Nota cinta: 
bermula kehidupan 3series buat dirinya.. tapi dia selalu kata dia maintain muda dan nampak macam sebaya dengan aku.. sangat perasan kan Encik Adiey tu!! ke memang korang rasa dia x nampak macam 30 tahun?? hihihihi..


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Wednesday, January 9, 2013

WordLess Wednesday - Instagram 'ADIEYZANA'

[adieyzana]

Jom cari & follow instagram kami.. *buat masa ni instagram kami.. tak lama lagi maybe instagram saya sahaja.. hihihihi...

Orang lain dah berzaman ada instagram, aku baru terhegeh nak ber'instagram'.. tak pelah, kita gunalah konsep "better late than never".. hihihi.. lagipun beli dengan hasil usaha gigih menyimpan ni macam lagi best jer.. :) 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

Monday, January 7, 2013

Testing Post

Tuan blog tgh cuba belajar nak post entry guna new gadget...klau ada yg boleh baca post ni, maknanya berjayalah usaha tuan blog..hihihi..