Showing posts with label FoLLoWeRs. Show all posts
Showing posts with label FoLLoWeRs. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Misi Mencari 1000 Followers Blog Adieyza


Orang lain dah beribu2 followers dekat blog.. aku x cecah 1000 followers lagi.. tapi apapun, aku tetap happy.. sebab aku buat blog ni bukan mengejar jumlah followers tapi aku nak jadikan blog ni sebagai kenang-kenangan.. banyak kisah yang aku kongsikan kat blog kesayangan ni..

Hari-hari masuk blog ni.. walaupun kadang tu hilang idea nak taip entry baru, tapi tetap nak masuk blog ni.. kadang tu banyak jer cerita tapi mood nak update pulak ke laut.. hehehe.. dugaan kan..

Pernah aku stop menulis kat blog ni hampir setahun! memang tu lah yang paling lama.. ada gak aku stop dekat 4 bulan.. masa tu aku sendiri tak pasti kenapa aku x update blog.. salah sendiri la kot kan.. hehehe..

Yang pasti aku terlalu sayangkan blog ni.. melalui blog ni aku dapat tambah ramai kawan baru.. tambah jumlah customer pun yer jugak.. hehehe.. 

Terima kasih pada semua yang sudi baca blog adieyza.blogspot yang x seberapa ni.. semoga aku kuat untuk terus menaip cerita2 baru dekat blog ni.. oh, cerita2 lama pun aku kena update sebab nak jadikan kenangan.. jadi kalau ada entry yang patut keluar setahun lepas tapi baru nak berupdate tu, maafkanlah aku yer.. hehehe..


 ❤ Zana Adieyza ❤
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket

Wednesday, June 5, 2013

Nuffnang : Earnings RM0.00


Setelah bulan Mei aku tak dapat sebarang CPUV Campaigns daripada Nuffnang, so hari ni aku decide nak cash out kan jer duit dalam akaun Nuffnang tu.. sedih tengok total earnings dah jadi RM0.00!

7 BE dalam tempoh sepanjang Januari hingga April 2013.. bagi aku, tu dah cukup bermakna.. maklumlah, blog ni biasa2 jer.. jarang update lak tu.. huhuhu.. so harapnya bulan June ni adalah rezeki aku untuk dapat BE baru.. 

Dah plan nak buat apa dengan duit ni.. walaupun tak banyak, tapi mesti digunakan untuk kenang-kenangan sama macam duit hasil Nuffnang pertama dan kedua dulu.. insyaAllah...

Thanks pada semua yang sudi singgah blog picisan ni.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Thursday, April 25, 2013

Follower Blog : Banyak Atau Sedikit??


Dulu masa mula-mula blogging, kalau nampak blog tu ramai follower mesti aku pun nak follow blog tu.. follow tanpa baca entry! giler kan?? kalau aku baca entry blogger tu pun setakat 2,3 entry.. sebab aku budget blog tu mesti best sesangat!! tapi, aku rasa tak semua blog yang aku follow tu aku baca blog dia setiap hari.. so, motif aku follow?? sajer! hahaha..

So, just nak tekankan yang tak semua follower akan baca blog kita setiap hari! jangan kata setiap hari, maybe ada follower yang lepas follow dah terus tak masuk blog kita!! 

Tapi, follower ni jugaklah menyebabkan sesebuah blog tu menjadi lebih menarik.. kalau hari2 ada orang follow blog kita, mesti hari2 kita semangat nak update blog kan?? kalau dah hari2 follower tinggalkan komen dekat blog, mesti kita rasa teruja kan??

Tapi kan, banyak jer blog yang aku tak follow tapi boleh dikatakan aku baca blog dia setiap hari! ha, tu kes pelik kan? dah ko suka baca apa salahnya ko follow.. tapi, tu hak seseorang la kan nak follow ke tak.. kita sebagai blogger ada hak nak follow blog blogger lain.. dan blogger lain juga ada hak nak follow blog kita ke tak.. tak gitu??

Jangan risau kalau follower blog kita tak ramai.. berbalik pada tujuan kita berblogging la kan.. kalau blogging sebab nak hilangkan rasa bosan, so tak perlulah risau kalau blog kita ni suam-suam kuku tanpa follower.. kalau tujuan berblogging untuk kejar glamour tu maybe perlukan follower yang ramai.. tapi ada ke yang buat blog sebab nak glamour?? hahahha... tepuk dada tanya selera..

Kalau tetiba follower kita berkurang, jangan risau jugak.. maybe orang tu dah tak nak follow blog kita sebab dia pun dah malas nak berblogging.. siapa tau kan?

Apa yang penting, sesebuah blog tu akan lebih bermakna kepada tuan punya blog dengan bertambahnya bilangan follower! walaupun follower blog tu hanyalah seorang, tapi bermakna sangat sebab tuan blog akan rasa ada yang sudi membaca coretan dia dekat blog..

So, korang follow blog blogger lain sebab apa?? sebab blog dia cantik/best/cerita menarik/tu kawan korang?? ke sebab korang nak cari bahan gosip tentang orang tu?? hope tak ada yang buat perangai macam tu.. follow sebab nak cari bahan menjatuhkan orang tu.. x baik ok!!

Nota cinta: sayang semua follower blog aDieyZa!!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket

Wednesday, April 3, 2013

Sebulan Dapat 4 BE & Ada BE Baru Daripada Nuffnang!

Bulan lepas punyalah pemalas update blog.. tau2 jer dapat 4 BE daripada Nuffnang.. terkejut!!




Nuffnang sajer nak kasi aku semangat untuk aktif blogging la tu.. hehehe.. tahun ni memang aktiviti blogging aku agak kurang.. sehari nak update 1 entry pun payah.. nak buat tutorial lagilah x ada rasanya.. nak tunggu buat review produk pun x buat jugak.. aku pun jadi pelik.. maybe sebab dah lama sangat berblogging tu yang macam mood tu cepat jer hilang..

Syukur Alhamdulillah jugak bila bulan April ni dapat lagi 1 BE daripada Nuffnang.. ni betul-betul membuatkan aku rasa PERLU sesangat aku merajinkan diri balik dengan dunia blog ni.. 

7 BE dalam tempoh 4 bulan tu kira agak memberangsangkan bagi blog suam-suam kuku macam aku ni.. walaupun 7 BE tu bukanlah bawak earning beribu kat aku, tapi tetap happy tau! blog ni bukannya ada informasi apa pun.. update merepek2 jer lak tu.. huhuhu... so bila dapat BE haruslah happy!!

Now, ada 3 BE yang tengah menari-nari kat blog ni.. 2 BE bulan March & 1 BE bulan April.. harapnya banyak la earning yang dapat.. boleh tambah-tambah untuk cuti-cuti nanti.. syokkkkk!!

So, marilah merajinkan diri semula dengan dunia blogging.. tapi rajin pun time rehat, betul2 free & lepas office hour la kan.. giler ke apa nak ngadap blog jer time waktu keje? habis sape nak siapkan keje yang berlambak atas meja tu?

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Monday, March 25, 2013

Blogger Gathering - Red Mummy & Nuffnang (Laser Tag)

Entry yang sepatutnya publish sebulan lebih yang lalu tapi baru hari ni terhegeh-hegeh nak publish.. ampun.. tuan blog memang suka benor bertangguh buat entry.. mood blogging asyik ke laut la katakan..


 Pertengahan bulan Februari hari tu, aku ada join Red Mummy Blogger Gathering anjuran Nuffnang dekat eCurve.. aku join ni atas tiket member blogger yang gojes, Eida.. sebenarnya Eida yang dapat jemputan untuk event ni.. dia boleh bawak sorang untuk join event ni.. since husband dia x dapat join, jadi dia ajaklah aku..
 
Masa Eida ajak tu memang segan oooo nak pergi.. blog aku ni biasa-biasa jer.. nanti yang datang mesti semua blogger hebat2..tapi, sebab Eida dah ajak kan, so tebalkan jer muka ni.. dah la masa sampai event tu kitaorang terlambat cikit.. Red Mummy pun dah sampai lama.. adoii, segan! duduk jer, nampak pulak beberapa blogger famous macam Cik Epal.. perggghhh, blogger famous pun datang awal ko.. malu babe.. masa sampai tu aku dah menyorok belakang Eida.. hahahha..
 
 
Event ni bukan semata borak or sesi berkenalan.. tapi ada disediakan game.. game hari tu, Laser Tag!! semua yang datang join laser tag game ni.. serius seronok giler game ni babe.. game ni lebih kurang macam paintball.. game ni dalam bilik yang gelap, siap ber'aircond' lagi.. tembak-tembak macam paintball tu tapi yang bestnya laser tag ni x sakit langsung!!!
 
 
Dah macam main polis-polis zaman kecik-kecik dulu.. kita akan pakai jaket yang ada lampu dan kita kena tembak lampu dekat jaket pasukan lawan.. contohnya, aku pakai jaket yang lampu hijau & pasukan lawan pakai jaket warna biru.. so, dalam keadaan gelap tu, aku kena cari lampu warna biru dan tembak tepat ke arah warna biru tu.. dalam gelap tu kena berlari & menyorok nak selamatkan diri.. penat oiiiiiiii..
 
 
Team aku ada 5 orang.. aku, Eida, Nory, adik Nory & bro JMR.. first time kenal bro JMR ni.. nama group kitaorang Purplelycious.. masa letak nama team ni, x tau pun yang bro JMR akan join team kitaorang.. nasiblah ko bang dapat masuk team kitaorang.. nama sangatlah gegurl.. sekali ada sorang lelaki.. hahahhaa...
 
 
Group kitaorang menang sekali jer.. 3 game lagi kalah.. tapi kalah-kalah pun enjoy ok.. tambah best, walaupun kalah dapat jugak goodies bag daripada Nuffnang.. untung babe.. team blogger famous, Cik Epal jadi juara ok!! terror Cik Epal main.. masa lawan team Cik Epal, aku banyak kali kena tembak dengan dia.. hahhahaha..
 
 
Red Mummy x sombong ok.. boleh ajak borak-borak.. boleh gelak sama-sama.. serius seronok dapat join event ni.. ye lah, aku ni blogger yang bukan suam-suam kuku jer, tapi blogger sejukkkkk betul.. sekali dapat jumpa blogger hot yang x sombong mestilah seronok kan.. Cik Epal pun x sombong.. cantik babe adik manis tu!!
 
So, tq Eida sebab sudi ajak Zana join gathering ni.. happy sangat2 walaupun penat!! hahahhaa... tq jugak untuk Nuffnang sebab anjurkan gathering yang sangat-sangat meriah ni..
 
Nota Cinta : semua gambar adalah ihsan kamera Nory & Eida.. hari tu aku memang segan gilerrrr nak bergambar.. huhuhu.. ini semua poyoooooo...
 
Salam sayang untuk semua!!
 
With love,
~ aDieyZa ~ 
 
 
Photobucket

Wednesday, March 20, 2013

Buffered Earning (BE) Kelima Daripada Nuffnang



Syukur Alhamdulillah.. dalam tempoh sebulan ada 3 BE yang sudi singgah kat blog ni.. walaupun mood blogging kejap ada kejap tak ada, tapi sudi jugak Nuffnang hadiahkan BE untuk blog aku ni.. TQ so much Nuffnang!! BE daripada DIGI ni adalah BE kelima di tahun 2013..

Mula-mula macam sedih bila nampak ada satu BE bulan Mac yang dah jadi ME.. x sampai 2 minggu pun BE tu menari-nari kat blog ni.. rasanya tu BE yang paling sekejap pernah stay kat blog ni.. tapi, still ada earning yang berjaya dikumpulkan daripada BE tu.. lepas la beli beberapa paket coklat kinder bueno.. hahaha...

TQ so much untuk DIGI sebab sudi hadiahkan BE untuk blog ni.. TQ so much Nuffnang.. harapnya lepas ni banyak lagi BE yang tersangkut kat blog ni.. boleh guna duit tu untuk shopping.. hehehe..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

Sunday, March 17, 2013

Tinggalkan Link Blog Anda Untuk Bloglist Baru Blog Adieyza

Sticky post until 17 Mac 2013.. scroll down for new entry.. TQ!

Dah lama rasanya tak update senarai bloglist dalam blog ni.. kadang2 aku perasan ada link blog yang dulunya tuan blog bujang, sekarang ni dah kahwin tapi still link blog tu duduk kat group yang belum kahwin.. huhuhu.. nampak sangat blog ni x terbela kan.. 

So, siapa2 yang perasan list blog dia x ada kat sidebar aku ni, boleh la tinggalkan link blog kat ruangan komen.. kalau boleh bagitau sekali blog korang tu masuk kategori mana.. 

a) TTC & Ex-TTC
b) isteri 
c) gadis
d) blogger Putrajaya (keje/stay Putrajaya)

Kalau korang ada link business ke, boleh la bagitau.. nanti aku buat kategori bloglist untuk business pulak.. kalau ada blogger lelaki nak tinggal jejak pun, bagitau k.. nanti aku buat bloglist untuk blogger lelaki yer.. tak perlu nak buat entry bagai pun yer.. just letak link blog korang kat ruangan komen.. simple!

Keep blogging guys!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Tuesday, March 5, 2013

BE March 2013 Daripada Nuffnang!

Syukur Alhamdulillah.. pagi tadi check akaun Nuffnang nampak ada 1 BE baru yang sudi menyinggah kat blog ni.. walaupun jarang update blog, dapat jugak BE daripada Nuffnang.. ni yang sayang Nuffnang  lebih ni.. hehehehe..


BE ketiga di tahun 2013.. walaupun belum ada anak, dah beberapa kali jugak BE berkaitan baby yang aku dapat.. padahal entry pasak budak2 kurang sungguh kat blog ni.. kalau ada pun citer tentang anak2 buah.. rezeki kan.. so dengan lapang hati aku menerimanya..

Menarilah sepuas-puasnya wahai BE "Huggies Review Contest" di dalam blog saya ni.. menari sampai kamu betul2 letih.. jangan cepat sangat lari daripada blog saya.. hehehe..

TQ Nuffnang! TQ readers!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Tuesday, February 26, 2013

Fazura Duta Colgate Optic White vs BE Kedua Tahun 2013



Alhamdulillah.. ada jugak BE baru yang muncul dalam blog ni.. BE kedua di tahun 2013.. BE daripada Colgate Optic White.. 

Baru last week up entry tentang BE pertama di tahun 2013.. semalam masih menari2 lagi iklan tu kat blog aku.. buka akaun Nuffnang pagi ni tengok dah tamat iklan tu.. huhuhu.. x merasalah  beli iPhone 5 tu sebabnya hasil BE tu hanya cukup untuk beli 2 kali topup jer.. celah mana nak beli iPhone 5 kan.. hahahha.. 

Tapi, syukur Alhamdulillah sebab ada jugak BE yang sudi bertandang kat blog ni.. kalau selalu dapat BE ni, makin rajin la aku update blog.. hehehe.. TQ so much Nuffnang!!!

Time hujung bulan ni kan sibuk orang beli barang rumah sebab dah gaji kan.. so, boleh la beli Colgate Optic White ni.. korang tau x sape duta Colgate Optic White ni?? Fazura ok!! peerrrggghhh, duta habis cantik!! produk pun mesti baikkkk kan...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket

BLOGGER - Program Mesra Amal Blogger Bersama Anak Yatim

"Siapa sangka BLOGGER yang tiada apa apa, tiada penaja besar, tiada vvip, dan bukan dari institusi mane mane, boleh menyempurnakan majlis ini. Uztaz sangat terharu dan berterima kasih kepada semua." Sebaris kata Uztaz Hayaudin dari Rumah Amal Kasih Bestari.


BLOGGER.. ye, kami memang tiada apa.. tapi kami akan berusaha dan terus berusaha untuk memberikan apa yg termampu kami lakukan.. walaupun sekadar menulis di blog, tapi besar maknanya pada kami semua.. penulisan juga salah satu "sumbangan" yg amat bermakna..

Ikhlas drpd saya yg bergelar seorang BLOGGER!

Entry berkaitan event akan menyusul nanti.. sekarang ni cuba untuk belajar mengatur masa dengan lebih baik.. hope sangat x banyak entry yang tertangguh lama..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Tuesday, February 19, 2013

BE Pertama Tahun 2013 Daripada Nuffnang


Orang lain dah banyak dapat BE tahun 2013, aku ni baru dapat 1.. tapi oklah, dapat jugaklah merasa.. x dapat merasa pakai iPhone 5, dapat BE dari Digi iPhone 5 pun oklah kiranya.. hehehehe...

Sebenarnya BE ni dah lama dapat.. masa bulan Januari.. tapi aku lupa nak buat entry.. biasalah aku ni kan.. suka tangguh2 buat entry.. 

Mula2 hari tu nak cash out dah earning Nuffnang ni.. tapi, macam sayang.. hehehe.. tapi hari tu masa betul2 nak cash out la dapat BE baru ni.. so terus x jadi cash out.. tunggu dulu.. mana tau dapat BE baru lagi ke kan.. hahaha.. lagi2 lepas join event Nuffnang last week, so berangan la aku ni tetiba Nuffnang baik hati nak bagi BE lagi ke kan.. entry tentang event tu bulan depan la baru aku publish.. boleh gitu?? hahahaha..

TQ pada semua yang singgah blog x seberapa ni.. TQ untuk yang rajin tinggalkan komen kat entry2 aku.. aku hargai sangat2.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Monday, February 18, 2013

Edisi "Bulan Entry Tertunggak"

Hari ni memang semput cikit.. awal ada meeting.. lepas tu cepat2 keluarkan surat atas meja.. reply emel.. sambung buat keje.. semuanya kena buat cepat.. maklumlah, minggu ni keje 2 hari jer.. hehehe..

Aku akan bercuti bermula Rabu ni.. hasrat di hati akan bercuti sampai Isnin minggu depan.. tapi sebab ada meeting yang aku kena pergi, aku batalkan jer cuti aku tu.. harap-harapnya larat la Isnin depan aku nak gie keje.. sebab start daripad Rabu sampai Ahad ni memang banyak tempat aku nak "check in".. maybe akan rasa letih tapi happy tu akan mengatasi segala-galanya.. hehehe..

Serius terlalu banyak entry bertangguh yang aku dah hutang kat blog sendiri.. aku sendiri rasa malu sebab x dapat jadi blogger yang rajin update entry terbaru.. banyak entry yang disajikan dah berminggu dan ada jugak berbulan2 berlalu.. adoiii, apa nak jadilah kan.. nak kata bz sangat x adalah.. huhuhu.. 

So aku dah jadikan bulan March 2013 ni sebagai "bulan entry tertunggak".. *boleh ko letak nama tema macam tu?? hahhaha.. 

Semua entry bulan March adalah stok entry2 yang kejadiannya telah berlalu berminggu dan berbulan2 lamanya... hahahha.. sila jangan bosan membaca cerita2 lama yang mungkin kejadiannya dah hampir luput di ingatan aku ni.. hehehe

Tapi entry baru pun aku buat jugaklah.. so maybe dalam bulan March nanti aku update entry2 baru di pagi hari & entry tertunggak di waktu petang.. nampaklah macam sehari tu terlebih rajin update banyak entry kan?? padahal entry basi! hahaha.. 

Jangan salah faham.. tujuan aku update entry lama tu bukan saja2.. kalau part entry tertunggak berkaitan pergi bercuti tu, ada beberapa emel yang aku dapat tanya tentang tempat yang aku pergi bercuti tu.. so, aku rasa x salah kalau aku kongsikan jer tempat bercuti tu.. walaupun pergi bercuti sehari dua, tapi kenangan tu still ada.. lagi 1, aku nak update sebagai peringatan dan kenangan dalam blog kesayangan ni.. nanti kalau diizinkan Allah aku ada anak, boleh la aku berangan anak aku baca blog aku ni.. hehehe... *jauh dah berangan aku tu..

OK lah.. ada 2 kerja penting nak kena siapkan before bercuti rehat selama 3 hari dan bercuti dihujung minggu selama 2 hari.. kali ni bukan pergi bercuti2 cinta tapi cuti untuk memenuhi masa bersama dengan orang2 tersayang.. 

Kalau aku x sempat buat entry autopublish masa cuti ni, aku update terus jer dari phone.. tu pun kalau sempat.. hehehe.. so kalau x ada entry baru tu, faham2 jer lah yer.. korang lawatlah blog orang lain sepanjang minggu ni.. *ayat macam ada ramai jer baca blog ko zana oiiiii... hehehehe..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

Monday, December 31, 2012

Entry Penutup Di Tahun 2012

Tinggal beberapa jam sebelum meninggalkan hari terakhir di tahun 2012.. sekajap sungguh masa berlalu.. banyak kenangan dan memori di tahun 2012.. 

Memori pahit harus dilupakan segera!! memori sedih harus dilupuskan segera!! memori menyakitkan hari harus dipadam segera!! memori indah harus dikenang sampai bila-bila..

Impian yang dah kesampaian harus dipelihara dan dijadikan kenangan indah selamanya..impian yang masih belum kesampaian harus ditambah usaha dan doa..

Kejayaan yang diraih perlu dikekalkan agar terus mencapai kejayaan di masa hadapan.. kegagalan yang menimpa perlu diperbaiki dan dijadikan pengajaran..

Secara peribadinya, tahun 2012 banyak mencatatkan sejarah peribadi aku yang tersendiri.. terlalu banyak pengalaman kali pertama yang berlaku di tahun 2012.. pengalaman manis dan pahit silih berganti.. itulah adat dan lumrah kehidupan..

Tahun 2012 bakal menjadi sejarah.. tahun 2013 bakal mencipta sejarah.. semoga tahun 2013 lebih baik daripada tahun 2012.. semoga lebih banyak kegembiraan, kebahagiaan, kejayaan, keberkatan dan kesyukuran buat kita semua..


Sesungguhnya, terlalu banyak impian dan harapan yang dinantikan untuk tahun 2013.. 

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami.. berkatilah segala usaha kami.. lindungi kesejahteraan kami.. murahkanlah rezeki kami.. panjangkanlah umur kami dalam ketaqwaan dan keimanan kepada Mu Ya Allah.." 

Salam sayang buat semua!! 

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

Monday, December 17, 2012

Blog Adieyza ~ 1000 Post

Ini adalah entry ke 1000 daripada adieyza.blogspot.com!!!
 
Wah, x sangka sungguh blog picisan ni dah cecah 1000 post! mungkin orang lain dah beribu-ribu post dan mungkin jugak ada yang dah berbelas-belas ribu post.. tapi aku tetap happy bila dapat post entry ke 1000 hari ni.. mood sangat2 happy!!
 
Kalau diikutkan, aku start blogging memang tahun 2009.. tapi aku senyap balik start Julai 2010 hingga Disember 2010.. dekat 6 bulan aku senyapkan diri dari dunia blog.. masa tu baru-baru kahwin.. memang masa tu hati berbelah bahagi sama ada nak teruskan blogging atau terus delete blog ni..
 
Tapi, walaupun x tulis entry selama hampir 6 bulan, hari-hari aku blogwalking ok!! masa tu rasa menggila nak menulis dekat blog.. tapi hati berbelah bahagi.. masih ragu-ragu nak menulis tentang diri dan kehidupan selepas berkahwin dekat blog.. kejap-kejap rasa tak ada yang salah nak berblogging lepas kahwin asalkan kita tau batasan ceritanya.. kadang-kadang rasa salah nak berblogging dengan share cerita tentang diri dan suami.. sungguh x best perasaan masa tu.. hehehe..
 
Lepas bincang dengan Encik Adiey pasal hal ni, dia kata x salah nak teruskan blogging asalkan tau jaga batasannya.. kena fikir maruah diri dan terutamanya maruah suami sebelum post sesuatu entry.. Encik Adiey jugak bagitau, kalau kita share sesuatu yang baik, InsyaAllah kita akan dapat lebih banyak kebaikan.. :)
 
Start 21 Disember 2010 aku start menulis balik dekat blog ni.. masa tu rasa happy bila ada yang komen entry aku tu.. 12 komen daripada rakan blogger masa tu yang membuatkan aku makin bersemangat nak menulis..
 
Dari hari ke hari, makin seronok menulis dekat blog ni.. walaupun aku ni tak rajin update blog, tapi aku tetap sayangkan blog ni.. walaupun setiap entry tak dapat banyak komen daripada blogger lain, tapi aku tak kisah sebab aku pun bukan blogwalking setiap hari.. walaupun blog ni tak ramai followers, tapi aku tak kisah dan akan terus berblogging..
 
So, dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada sesiapa sahaja yang sudi baca blog ni.. tak kiralah korang ni followers ke, silent readers ke atau stalker sekali pun, terima kasih sebab sudi baca blog aDieyZa ni.. InsyaAllah aku akan tetap berblogging selagi aku terdaya..
 
Hakikatnya, aku terlalu sayangkan blog ni!!
 
 
Photobucket

Thursday, December 6, 2012

BE Ke 14 Nuffnang : Sunway University Open Day

BE baru!

Syukur Alhamdulillah.. dah 4 hari tak jenguk akaun Nuffnang, sekali bukak pagi ni nampak ada BE baru.. seronok!!!!


BE ke 14 daripada Sunway University!!

Menarilah sepuas-puasnya wahai BE baru.. menarilah serancak-rancaknya kerana hanya kamu jer BE yang tinggal sekarang.. harapan saya agar kamu dapat memberikan lebih banyak earning pada blog saya.. hehehehe..

Baru plan nak cash out hujung bulan ni.. tapi sebab dapat BE baru ni, so nak tunggu dululah.. tapi kalau BE ni menari kejap jer kat blog aku ni, terus cash out jer lah.. dah plan nak beli apa dengan duit Nuffnang kali ni.. over sungguh kan?? belum cash out dah berangan.. *berangan itu indah!!

Nota cinta: TQ semua yang sudi singgah blog x seberapa ni

Photobucket

Thursday, November 1, 2012

Hasil Blogging Daripada Nuffnang Kali Kedua - Karpet Merah!

Kalau hasil duit Nuffnang kali pertama aku beli kain pasang warna merah, kali ni beli karpet warna merah pulak.. duduk rumah tu dah lama, tapi baru sekarang terhegeh2 nak paksang karpet dekat ruang tamu tu.. selama ni memang kosong jer ruang tamu rumah aku tu.. memang dari awal dah plan nak beli karpet warna merah supaya hall nampak terang menyerlah! *aku kan Mak Ngah, tu yang suka warna merah... ada kaitan ke?? tapi, kan orang selalu kata, "merahnya Mak Ngah".. 

Maaf x ada gambar karpet sahaja.. dan maaf jugak sebab ni gambar masa hari raya aidilfitri 2 bulan lepas.. tu yang ada bekas kuih segala.. hehehe..

Beli karpet merah tu dekat Nilai sebab sana murah cikit.. sanggup pergi lepas balik kerja sebab kebanyakan orang cakap beli pada hari biasa harga lebih murah berbanding hujung minggu.. tapi sebenarnya ikut nasib la.. then kena pandai cari kedai.. kalau rajin, boleh bandingkan harga.. tapi sebab aku nak cepat, aku x survey pun.. hehehe...


Masuk kedai pertama dah tertawan hati kat karpet merah tu.. tanya harga then terus mintak kurang.. beria aku mintak kurang tau.. sebab harga yang dia jual tu lebih daripada budget aku.. hahaha.. nak karpet cantik dan bulu lembut tapi nak murah.. 

Last2 dapat gak aku beli karpet tu lepas orang tu bagi discount.. jangan x percaya, lepas discount harga karpet tu adalah di bawah baudget aku.. hohohoho.. murah!!! tension agaknya orang kedai tu dengan aku.. nak karpet cantik, lembut dan besar tapi nak harga murah!!! hahahaha.. 


Puas hati sangat masa dapat beli karpet merah tu.. padahal karpet sekangkang kera jer pun.. tu pun dah rasa seronok sangat.. agaknya kalau dapat karpet yang habis lembut dan seluas ruang tamu tu macam manalah rasa seronoknya tu kan??  
Nota cinta: masuk rumah nampak karpet merah jer terus ingat kat blog.. 

Kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan produk penjagaan untuk rumah, boleh click link kat bawah ni.. paling terlaris poruk Basic H Shaklee.. boleh guna untuk cuci dapur, tingkap, bilik mandi, mop lantai sampai berkilat & macam2 lagi.. kalau nak cuba pencuci dan pelembut baju pun boleh.. click jer link kat bawah ni yer.. ataupun kalau ada masalah, boleh call/whatsapp/sms Zana, 013-6065246 untuk maklumat lanjut.. 

[ SET PENJAGAAN KEBERSIHAN RUMAH ]

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket

Monday, October 22, 2012

BE Baru Ke 13 Daripada Nuffnang - Digi Samsung Galaxy Note!

1 BE dan penat menari.. tapi, esoknya muncul pulak BE baru di blog ni.. syukur Alhamdulillah.. bestnya kalau selalu macam ni kan.. 1 BE credited, dapat pulak 1 BE yang on going.. seronoknyaaaaa kalau selalu macam ni....


Terima kasih Digi sebab sudi bagi peluang untuk BE Digi Samsung Galaxy Note menari2 kat blog saya.. saya tengah gigih kumpul duit nak beli handphone Note II, so besarlah harapan saya kalau BE ni mampu menyumbang kepada duit tabungan saya.. hihihi.. menarilah lama2 cikit yer, jadi cepatlah saya boleh langgan pakej dengan Digi untuk beli Note II.. huhuhu..

Terima kasih Nuffnang! Terima kasih semua pengunjung blog! maaf kalau blog ni makin suram tanpa entry2 baru.. sebab tuan blog bz cikit sebelum raya ni.. nanti bulan 11 ada nak cuti lama pulak.. so kena siapkan semua kerja cepat2.. nanti big boss x bagi cuti pulak kalau ada kerja yang tak siap..

Nota cinta: asyik lupa nak update entry tentang hasil cheque kedua daripada Nuffnang.. nanti aku buat eh.. kalau aku lupa, anggap jer aku x pernah cakap pasal benda ni.. hahahha...





Photobucket

Tuesday, October 16, 2012

BE Ke 11 & 12 Di Tahun 2012 - TQ Nuffnang!!



Hampir sebulan x dapat BE baru.. sekali dapat, terus 2 BE Nuffnang bagi.. seronok!! TQ so much Nuffnang!!

Sekarang ni ada 3 BE yang tengah menari2 kat blog ni.. siapa yang perasan BE tu, try click.. hehehe... 

Wahai BE-BE ku sekalian, menarilah kamu semua dengan rancaknya.. teruskan menari walaupun dah penat.. kalau nak berhenti menari pun, tunggu sampai earning tu jadi ratus2.. hohoho..

TQ Levi's sebab sudi bagi iklan kat blog ni.. kalau earning dari iklan awak banyak, nanti boleh la saya beli sehelai seluar jeans Levi's.. hihihi.. so kalau nak saya beli jenama awak, sila suruh iklan tu menari laju2 kat blog ni k..

TQ jugak pada iklan comel Drypers Sungguh Ceria kerana sudi menyinggah kat blog yg x berapa comel ni.. hihihi.. menarilah dengan terus ceria yer supaya mood nak update blog saya pun turut semakin ceria.. 

Saya belum ada anak nak beli pampers Drypers, tapi plz jangan jadikan alasan saya belum ada anak untuk awak berhenti menari kat blog saya yer.. x dapat beli pampers untuk anak, dapat iklan pampers pun ok what.. hohoho..

TQ pada semua yang sudi singgah blog yg x seberapa ni.. maaf kalau kebelakangan ni tuan blog makin malas nak update cerita2 best sebabnya tuan blog kebizian lorrr.. kat rumah pun dah kurangkan aktiviti online.. tunggu lepas raya kot baru semangat nak update.. tu pun kalau semangat tu x hilang.. semangat nak update 3 cerita cuti2 yang sekian lama tertangguh pun dah makin menghilang.. hehehe...

TQ semua!!

Photobucket

Thursday, September 27, 2012

BE Ke 10 - TQ Semua!

Syukur Alhamdulillah... dapat lagi 1 BE yang menari2 riang dekat blog aku ni.. teruslah menari wahai BE "Libresse Barometer".. menarilah dengan rancaknya yer.. hehehe... 

TQ Nuffnang! TQ Libresse!

Ini merupakan BE ke 10 bagi tahun 2012.. sekarang ni ada 2 BE yang seronok menari2 kat blog aku.. menari style apa tak dapat dipastikan.. yang pasti, aku happy bila iklan2 tu sudi singgah kat blog aku.. 

Follower x ramai xpe.. jumlah views x ramai pun xpe.. yang penting aku happy blogging.. dari hari ke hari, makin sayang dengan blog ni.. banyak kenangan yang aku dah tulis dalam blog ni.. selalu membayangkan anak cucu aku akan baca blog ni nanti.. *padahal anak pun belum ada, dah berangan sampai ada cucu.. hehehe..

Nota Cinta : TQ pada semua yang sudi singgah blog yang x seberapa ni.. luv u guys!!

Friday, September 14, 2012

BE Ke-9 & Pertanyaan Ticket Kepada Nuffnang

Syukur Alhamdulillah.. x lama lepas dapat cheque daripada Nuffnang, tersangkutlah 1 BE baru di blog ni.. seronoknya bila ada BE baru yang menari2 kat blog.. buat masa ni menari dengan rancaknya.. dah berharap agar terus menari dengan rancaknya supaya lebih rancak hasilnya nanti.. hehehe..

BE Ke-9 pada tahun 2012... syukur Alhamdulillah...
Masa aku buat entry pasal nak hantar ticket kat Nuffnang, ramai jugak yang bertanya macam mana nak hantar ticket tu.. ticket tu kiranya macam borang pertanyaan kita kepada pihak Nuffnang la.. melalui ticket ni, kita boleh la tanya kenapa blog kita punya earning x gerak2 ke, kenapa blog kita dah lama x dapat BE baru ke, pasal cara nak senang dapat iklan ke, atau apa-apa sahaja yang berkaitan akaun Nuffnang kita bolehlah ditanya melalu ticket tu..

Aku dah beberapa kali gak la hantar ticket.. kalau agak2 dah sebulan x dapat BE baru, aku hantar la ticket la kat Nuffnang.. tapi, x semestinya lepas hantar ticket tu kita terus dapat BE baru yer.. jangan salah faham.. ticket tu just pertanyaan kita.. pihak Nuffnang akan jelaskan dan bagi jawapan pada pertanyaan kita.. so, daripada jawapan dan penjelasan tu bolehlah kita perbaiki mana yang patut.. 

Ada jugak lepas aku hantar ticket still x dapat BE.. maybe sebab masa tu blog aku kurang pengunjung or entry aku tu x berapa nak menarik minat pengiklan.. tapi ada jugak x lama lepas hantar ticket, aku dapat BE baru.. rezeki namanya!

So, kat bawah ni aku ada tunjukkkan step untuk hantat ticket pada pihak Nuffnang.. so, kalau yang belum pernah hantat ticket tu maybe boleh la try tanya2 kat Nuffnang melalui ticket tu.. Nuffnang akan balas pertanyaan tu selalunya dalam tempoh 2 hari..

Langkah 1
 Log in akaun Nuffnang.. click kat bahagian pfofile setting (bahagian kanan atas)


Langkah 2
click pada personal details.. then click pada 'send a ticket"..


Langkah 3
click mengikut kategori pertanyaan.. aku selalu click pada "blogger enquiries/suggestions"..



Langkah 4
isikan borang dengan pertanyaan/soalan korang.. then submit.. lastly, tunggu jawapan daripada pihak Nuffnang.. mudah kan??


Selamat mencuba yer.. tapi jangan berharap yang lepas hantar ticket dapat BE yer.. semuanya bergantung pada pengiklan.. kena rajin pelbagai entry untuk menarik minat pengiklan letakkan iklan diaorang kat blog kita..

Blogging ni kan kita buat kerana minat.. bukanlah semata2 kerana nak dapat duit kan? so, just update blog macam biasa.. ada rezeki, insyaAllah earning dalam akaun Nuffnang akan bertambah.. happy blogging guys!!

Terima kasih Nuffnang! Terima kasih semua rakan blogger & pengunjung blog aDieyZa!
Photobucket