Lokasi: Alamanda Putrajaya
Harga: berpatutan ( berdasarkan lokasi restaurant )
Menu : pelbagai jenis makanan Arab
Review: sedap, portion besar, layanan sangat memuaskan.. dekorasi kedai yang menarik, ada tent yang membuatkan anda berasa seolah-olah di negara Arab..
Lagi meriah kalau datang makan dalam tent besar bersama keluarga dan kawan2.. serius meriah!!
Nota cinta : review adalah berdasarkan pengalaman dan selera aku.. kalau korang rasa makanan kat situ kurang sedap, jangan pulak salahkan aku yer..
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
Sesungguh wanita itu amatlah berharga.. wanita merupakan insan yang terpenting dalam hidup anak-anak.. wanita juga merupakan insan yang terpenting dalam hidup suami..
Wanita adalah tulang belakang dalam sesebuah keluarga.. wanita adalah pengubat duka lara untuk suami dan anak-anak.. wanita adalah pemangkin semangat untuk sesebuah keluarga itu lebih sempurna.. wanita adalah hati dan jiwa dalam sesebuah keluarga..
Selamat Hari Wanita untuk semua wanita..
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
Walaupun belum memiliki anak sendiri, kami masih ada naluri keibuan.. jangan sangka kami yang belum ada anak ni tak sayang dekat kanak-kanak.. kadang-kadang kami ni lebih sayang dekat kanak-kanak sebab kami selalu mengimpikan kehadiran anak di dalam perkahwinan..
Belum ada anak tak bermakna kami ni bersikap kebudak-budakkan.. manja kami hanya dengan suami.. kerana hanya meluahkan rasa manja pada suami sahaja, mungkin ada yang nampak kami seperti keanak-anakan.. tapi, hakikatnya jauh di sudut hati kami dah terpendam naluri keibuan yang membuak-buak..
Kalau nak dikatakan hanya yang ada anak sahaja ada naluri keibuan, macam mana dengan kes pembuangan bayi? macam mana dengan kes penderaan kanak-kanak? mana perginya naluri keibuan sampai ada yang sanggup buang bayi? mana perginya jiwa keibuan sampai tergamak mendera anak sendiri???
Kalau nak dikatakan kami yang belum ada anak ni tak ada naluri keibuan, macam mana kami terlalu berusaha untuk bergelar seorang ibu? macam mana kami perlu tunjukkan lagi supaya kami yang belum ada anak ni dilihat ada naluri keibuan tu? perlu ke naluri keibuan tu ditunjuk dan ditayang pada semua orang? perlu ke kami bagitau semua yang kami memang ada naluri keibuan?
Walaupun kami belum ada anak, tapi kami tetap menyayangi kanak-kanak.. malah, ada antara kami yang lebih sayangkan kanak-kanak kerana kami tidak pernah merasa kehadiran kanak-kanak setiap hari dalam kehidupan kami suami isteri..
Jangan pernah menganggap kami yang tiada anak ini tiada naluri keibuan!! kami masih mempunyai hati dan perasaan.. bayangkan diri anda di tempat kami.. sanggupkah anda digelar wanita yang tidak mempunyai naluri keibuan??? kuatkah jiwa anda dipandang rendah oleh orang lain hanya kerana anda tiada anak??? sabarkah perasaan anda bila ada yang terlalu sibuk bertanya tentang hal perkahwinan anda???
Nota cinta: anak itu rezeki Allah.. Allah yang memberi dan Allah juga yang boleh menariknya kembali.. *peringatan untuk diri sendiri...
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
Menu : Apam polkadot
Harga : RM15 50pcs
Jangan tempah dengan saya yer.. sebab saya pun tempah dengan orang lain.. hahaha.. hari tu order pavlova, kali ni order apam polkadot pulak dengan kawan blogger, Salmi [ SKA ]..
Apam polkadot Sal ni gebu2.. cantik2.. beli sebab family ramai datang ke rumah last week.. semua dok puji kata sedap.. x rugi tempah.. dah la free delivery.. hehehe..
So, kalau ada yang menempah, boleh tempah dengan Sal ni yer..
http://salmikhairil.blogspot.com/ .. korang boleh tengok blog Sal tu then tengoklah hasil air tangan dia yer.. semuanya nampak sedap & mengiurkan...
Nota cinta : Ini bukan iklan berbayar yer.. aku buat review berdasarkan pengalaman aku sendiri.. kalau sedap, dah tentu kita review kan??
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~aDieyZa~
Adiey + Zana = Adieyza
Selalu berangan nak letak nama anak yang ada gabungan nama kami berdua.. tapi selalu jugak ingatkan diri sendiri lebih baik beri nama anak yg membawa maksud yang baik-baik daripada letak nama gabungan kami.. jadi biarlah nama ADIEYZA tu kekal menjadi trademark hanya untuk kami berdua.. :)
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~