Monday, August 13, 2012

Cerita Adieyza Sepanjang Puasa dan Persiapan Raya



Cerita sepanjang puasa:

- setakat ni baru 3 kali makan luar.. tu pun sebab encik adiey nak belanja.. baru 3 kali beli makanan kat bazar.. beli pun sekadar kuih2 & makanan selain nasi, sebab encik adiey beria2 x nak makan nasi, katanya berat dia naik bulan puasa ni.. selebihnya masak sendiri kat rumah.. pencapaian yang lebih baik berbanding tahun lepas..

- x pernah lagi miss sahur.. hari2 bangun pukul 4 pagi masak untuk bersahur.. sambil masak sambil kemas2 rumah sebab tu jer masa yang ada untuk kemas rumah.. ada sekali jer x masak sebab malam tu sakit perut teruk.. masa nak bangun masak tu encik adiey suruh sambung tido then dia yang tolong prepare untuk sahur.. 



Cerita persiapan raya:

- setakat ni, semuanya dah siap..  tahun ni memang persiapan kena buat lebih cikit sebab ada majlis kenduri kahwin adik ipar raya ke-6 nanti.. baju, tudung & seluar memang beli lebih cikit, budget duit raya pun naikkan cikit, budget kuih raya pun naikkan jugak.. 

- untuk rumah jer x banyak bertukar.. maybe sebab semuanya masih elok lagi.. tahun depan rasanya banyak yang kena tukar.. sediakan sajer lah duitnya.. huhuhu..

- Ahad adalah hari mengemas rumah.. basuh bunga, bersihkan peti ais, kemas stor, cuci kipas, servis aircond, kemas dapur, menyapu & mop seluruh rumah... penat?? x penat pun sebab encik adiey buat separuh daripada kerja2 tu.. hihihi.. 



Cerita balik kampung dan cuti raya:

- balik kampung hari Jumaat lepas habis keje.. kampung dokek yo, Noghori Sombilan tu ha.. tapi dekat pun mesti akan tempuh jem jugak.. selalunya sejam setengah dah sampai, ni nak raya selalunya dekat 3 jam baru sampai.. jadinya sediakan kurma dan air dalam kereta, takut terbuka kat dalam kereta lak..

- cuti raya sampai 27 Ogos (Isnin).. kena ambik cuti lama sebab majlis kenduri adik ipar habis hari Ahad.. jadinya macam x seronok pulak nak terus balik kan.. so stay sehari untuk tolong mengemas apa yang patut..

So korang pulak macam mana? mood raya sudah datang? keje kat office pun hati melayang.. hihihi

Photobucket

Sunday, August 12, 2012

Zana Adieyza Birthday Give Away

STICKY POST UNTIL 12 AUGUST 2012
(PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY.. TQ!)



Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menganjurkan Zana Adieyza Birthday GiveAway (GA) bersempena dengan birthday tuan blog yang akan tiba pada 11 Ogos 2012 nanti..

Just simple GA, sebab masa pun dah macam terhad sangat kan.. so harapnya adalah yang sudi join GA ni yer..

Syarat-syarat untuk join GA ni adalah seperti berikut:

1) sila isi tempat kosong untuk ayat di bawah

"saya rasa Zana Adieyza akan dapat hadiah ............. daripada Encik Adiey Adieyza"

2) buat 1 pantun 4 kerat yang lucu/kelakar berkaitan hari raya..



Maklumat tambahan:

* tiada entry khas diperlukan untuk GA ni.. korang just tulis jawapan dan pantun tu dekat komen entry ni..

* pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang tepat atau hampir tepat (bagi syarat pertama) dan pantun yang paling mencuit hati aku (bagi syarat kedua)

*hint soalan pertama - hadiah 2010, handbag.. hadiah 2011, jam.. so mesti hadiah daripada encik adiey adalah selain daripada 2 hadiah tu.. tapi aku sendiri tak tau aku dapat apa tahun ni.. korang janganlah teka hadiah yang melampau2 mahal harganya yer.. daripada hadiah 2 tahun lepas tu korang dah boleh anggarkanlah hadiah yang encik adiey hadiahkan untuk tahun ni..

* ada 4 pemenang yang layak menerima hadiah..

tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Ogos 2012 (Ahad).. 


Hadiah utama untuk GA ni adalah HEADER!!!! Pemenang GA akan dapat header baru yang istimewa mengikut citarasa & design yang dikehendaki..  design header nanti aku akan mintak bantuan daripada blogger kreatif yang ada buat service untuk design header iaitu, Nurul aka NurulChumel.blogspot.. 

Ni kali ketiga aku buat GA yang mana hadiahnya adalah header blog.. sajer bagi header blog sebab aku nak pemenang tu akan lebih bersemangat nak berblogging dengan adanya header baru kat blog dia..

Aku jugak mencari 3 lagi pemenang yang mana hadiahnya adalah sama ada BANNER, IMAGE SIGNATURE atau WATERMARK.. yang ni masih mencari  dan memilih orang yang sudi ambik tempahan tu.. kalau dah jumpa orang yang sudi ambik tempahan tu, aku akan update terus kat entry ni yer..

 Nota cinta: selamat men'join'kan diri untuk GA ni!

Saturday, August 11, 2012

Happy Birthday Zana Adieyza!


Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.. syukur juga kerana dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa sehingga ke detik ini.. sesungguhnya aku bersyukur di atas nikmat ini Ya Allah..
 
Ya Allah, murahkan rezeki aku serta insan2 yang menyayangi diriku, kurniakan hamba Mu ini kesihatan yang baik agar dapat menunaikan segala amanah Mu Ya Allah & aku bermohon agar diriku sentiasa berada di bawah lindungan serta keberkatan Mu Ya Allah..
P/S: tahun ke 3 menyambut hari lahir bersama suami tersayang..

 
 
Photobucket

Friday, August 10, 2012

Berita Harian, Muka Surat 34, Nasional - Gambar Keluarga Besar Zana Adieyza

Gambar kami sekeluarga ada dipaparkan dalam Berita Harian hari ini.. walaupun comel jer gambarnya, ditambah pulak aku tengah berdiri kat bahagian paling tepi, tapi tetap happy.. 

X sempat nak upload gambar tu lagi.. hari ni tersangatlah bz.. jadi, nanti ada masa aku update cerita penuh k.. sape2 yang ada surat khabar BH, bolehlah baca yer.. 

Abah, kami adik beradik bangga dengan semangat patriotik abah!!! 

Photobucket

Iklan Raya 2012 Daripada Syarikat Bernas Sungguh Menyentuh Hati......

Malam tadi beria2 aku menangis.. jiwa sensitif betul.. tengok iklan raya pun boleh menagis tersedu2.. serius punya nangis sampai basah2 pipi aku.. 

Iklan raya daripada Syarikat Bernas betul2 buatkan hati aku tersentuh.. menceritakan tentang kasih sayang seorang anak pada ibu bapanya walaupun diaorang dah meninggal dunia.. kisah anak yatim yang kurang upaya berusaha untuk pulang ke kampung menziarahi kubur ibu bapanya.. 

Sambil taip entry ni pun air mata nak mengalir.. mula2 aku ingat aku jer yang over sensitif.. rupanya tengok status kat FB kawan2 pun ramai yang sedih... pagi ni bukak blog pun ramai blogger yang cerita tentang iklan raya tu.. kiranya memang ramai yang tersentuh hati & rasa sedih bila tengok iklan tu.. 

Aku x dapat la pulak nak share video tu sebab kat office x boleh bukak youtube.. tapi ni ada blogger yang update tentang iklan raya tu.. maybe korang boleh tengok kat youtube terus atau tengok blog blogger ni, blogger ni, atau blogger ni..

Pengajaran terbesar iklan ni adalah menghargai kedua ibu bapa kita selagi mereka ada.. pada yang telah kehilangan kedua ibu, perbanyakkanlah sedekah Al-Fatihah kepada mereka.. sama2lah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh/solehah.. insyaAllah..


Photobucket