Showing posts with label HoMeTowN. Show all posts
Showing posts with label HoMeTowN. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Pokok Rambutan Di Kampung Halaman

Balik Hari Raya memang best sebab tengah musim buah rambutan.. melayut2 buah rambutan kat rumah mak abah tu.. yang paling best, kali ni rendah2 jer buahnya.. anak buah yang umur 2 tahun pun boleh petik buah rambutan tu sendiri.. hehehe.. pokok rambutan di kampung halaman yang membuatkan semua orang makan rambutan siang dan malam.. lepas tu mulalah ada yang batuk sebab asyik makan buah rambutan.. 


Abah paling teruja dengan pokok rambutan yang berbuah lebat tahun ni.. sebab selalu buah lebat tapi bukan time raya, so agal lambat nak habis.. tahun ni berbuah musim raya so siap datang jer abah paksa bawak balik rambutan.. hehehe.. dengan kitaorang sekali kena paksa makan sebab nanti kitoarang tak ada siapa yang nak tolong habiskan? hahaha



Encik Adiey kemain la suka.. dia kata macam dekat dusun dah ni.. kemain meriah buah rambutan abah.. rambutan warna merah ada, warna kuning pun ada.. tapi rambutan warna kuning (rambutan gading) tak berbuah banyak sangat.. lagipun dia berbuah time awal puasa hari tu.. 



Petang raya keempat tu, balik beraya masing-masing lepak kat luar rumah makan rambutan.. Alya kemain mengada suruh Pakcu dukung sebba nak petik rambutan sendiri.. tapi dia tak nak petik yang rendah, dia nak petik yang tinggi.. mengada tau anak dara kecik tu.. kemain suka dia dapat petik buah rambutan yang tinggi.. 


Abah kata kalau nak lagi berbuah banyak, banyaklah bagi buah rambutan tu dekat orang.. lagi banyak kita memberi, lagi banyak hasilnya.. sebab tu setiap kali orang datang, mesti abah akan bekalkan seplastik buah rambutan.. lagipun tak semua rumah ada pokok rambutan kan.. so kita yang ada ni, sedekah la dekat orang lain.. :)


Pokok rambutan ni memang berbuah sejak aku sekolah rendah lagi.. memang lama dah.. tapi dari dulu, memang buah rambutan ni dah merah atau kuning barulah kitaorang adik beradik berani makan.. abah marah kalau kitaorang makan rambutan yang belum cukup masak.. lagipun kitoarang nak makan kena tunggu abah panjat.. kitaorang adik beradik perempuan tak reti nak panjat pokok rambutan tu.. hahahaha.. so,nak makan silalah tunggu masak dan tunggu abah petik yer.. pasrahhhhhhh...

Ada lagi beberapa cerita raya yang akan diupdate.. pastikan cerita raya ni diupdate sebelum 30 Syawal berakhir.. hehehe.. :)
Photobucket

Kisah Hari Raya Ketiga dan Keempat

Petang Hari Raya Ketiga Encik Adiey ajak beray arumah makcik dia dekat Serting Hilir.. dekat jer dengan rumah mak abah.. memang dah call dulu nak datang, so sampai terus makan... hahahahha.. memang dasar tak malu punya anak buah menantu ni tau.. 

Setiap tahun wajib pergi beraya rumah Mak Teh ni.. Encik Adiey ni kiranya anak buah kesayangan Mak Teh sebab masa kecik2 dulu Mak Teh yang jaga dia.. Mak Teh jaga sebab time Encik Adiey belum setahun mak dia dah mengandungkan adik dia yang nombor tiga.. so, since jarak yang dekat so Mak Teh cadang jaga Encik Adiey kat kampung.. duduk sekali dengan arwah nenek dan atok Encik Adiey since time tu Mak Teh tak kahwin lagi.. 


Mak Teh hari tu cerita tentang Encik Adiey pun nangis.. sebab katanya tu anak buah kesayangan dia.. siap cakap, "Zana jaga Angah baik2 tau, ni anak buah kesayangan Mak Teh ni.. Angah ni tak banyak ragam masa kecik, senang nak jaga dia..".. yelah Mak Teh, Zana jaga Angah baik2 yer.. bukan masa kecik jer dia senang dijaga, dah besar ni pun senang nak dijaga.. tak banyak karenah sangat.. Alhamdulillah.. 

Raya keempat dah turn beraya rumah mak abah.. so tengahari balik rumah mak abah.. petang tu bawak mak abah beraya rumah kawan rapat abah.. abg zul dan kak eton ni memang rapat dengan kitaorang.. masa aku belajar kat UiTM dulu, dia selalu ambik aku daripada UiTM time habis semester.. part paling tak boleh lupa, 3 tahun aku ambik Diploma buat keje guna PC besar.. PC tu dari zaman aku Tingkatan 3.. tima baru2 nak bercinta dengan Encik Adiey la kiranya.. hahaha.. then masa nak sambung Ijazah, dia bagi laptop dekat aku.. tapi mak aku tak terima, mak aku bayar duit laptop tu dekat dia.. ye lah, kitaorang sekeluarga selagi mampu tak nak susahkan orang lain.. 


Sampai sekarang ni, aku tak lupa jasa baik abang zul dekat aku.. sebab masa aku belajar banyak kali dia datang sana dengan mak abah, bawak kitaorang makan2.. sampai aku dah kahwin, dia memang suka bawak kitoarang makan2.. sebab tu aku sekeluarga dah anggap macam keluarga sendiri.. 

Petang tu beraya lagi 3 buah rumah kawan mak abah.. kenyang perut aku.. dah la melantak mee bandung rumah abang zul tadi kemain banyak.. hahaha.. beraya lak rumah kawan mak abah yang jawa.. tercengang la aku & Encik Adiey mendengarnya.. hahahaha.. diaorang gelak, kitaorang gelak.. macam faham sangattttttt!



Rumah terakhir pergi sekali dengan kakak aku.. time ni balun kuih popia simpul banyak2 sebab tuan rumah jual popia simpul sedap.. Alya pun kemain la suka ngada2 kejap pangku dengan Pakcu, kejap dengan papa, kejap dengan atok.. kemain budak manja sorang tu tau..  balik rumah masing-masing kekenyangan.. tapi kenyang-kenyang pun malam makan lagi.. jawabnya berat ni makin susah nak turun time raya.. hahahah..

Nanti update kisah petang raya keempat.. operasi pokok rambutan!!! yummy2!!

Photobucket

Wednesday, August 20, 2014

Kisah Beraya Di Kampung Johor - Hari Raya Kedua

Pagi hari Raya Kedua dapat telefon daripada kakak ajak balik kampung kat Johor.. so terus tanya Encik Adiey if dia ada plan nak ke tempat lain.. since dia kata belum ada plan nak ke tempat lain, so aku terus ajak dia balik kampung Johor.. balik pagi dan petang balik semula ke Negeri Sembilan..


Hari Raya Kedua tu kitaorang pakai baju kurung cotton.. mak, kak long dan Intan pakai tema English.. sajer la tu nak jeleskan kita.. kalau tau kita pun pakai baju English cotton kita tau! nape tak bagitau? hahaha.. 

Balik kali ni bawak mak abah naik kereta kitaorang.. sajer tak nak suruh abah drive dengan kereta dia, nak bagi dia rehat.. anak buah sulung ikut sekali, biasalah dia tu memang manja dengan aku & mak.. tu yang mengikut jer.. hehehe..


Dalam kereta sibuk la posing anak dara sorang tu.. pegang phone aku kejap2 ambik gambar, kejap2 ambik gambar.. pening mak menengok perangai dia.. hahaha.. tapi nasib baik dia ikut sekali, bertambah meriah la dalam kereta tu kan.. 

Beraya rumah sedara mak abah.. sedara dekat2 jer sebab masa suntuk kan.. balik kali ni memang sebab adik beradik nak jumpa mak atok (nenek) dan bapak atok (atok).. nanti mak abah balik kampung lagi untuk beraya lebih banyak rumah sedara.. kitaorang adik beradik balik tujuan utama memang sebab nak jenguk mak atok dengan bapak atok jer.. dah rindu sangat!


Sampai rumah atok mana boleh rehat sangat.. sentiasalah ada orang datang.. maklumlah anak2 buah atok semuanya datang beraya.. baisalah kan, yang muda mesti nak ziarah orang yang lebih tua.. dan semua pun tau kalau balik rumah atok time raya jangan mimpi nak lepak2 yer.. sila bersedia untuk menerima rombongan yang ramai! 



Tapi dalam ramai-ramai orang datang tu, sempat jer masing-masing berposing.. hahaha.. mak atok dan bapak atok memang duduk jer sebab semua kerja cucu-cucu buat.. so, ada masa tu kitaorang ngelat suruh cucu-cucu lain buat kerja, kitaorang bergambar.. hehehe.. lagipun kitaorang antara cucu yang lagi berumur, yang lain muda lagi.. so bagi peluang cucu lama ni berehat lebih, cucu2 muda dan masih baru nak meningkat dewasa tu buat keje lebih cikit la yer.. hahhahaha..



Dalam sibuk melayan, kitaorang sempat lari pergi beraya rumah dua orang makcik kat area kampung tu jugak.. rumah pertama rumah kakak emak.. nikmatnya makan kuih raya yang sepupu buat sendiri.. masing-masing nak habiskan kuih raya sebab sedap sangat.. hehehe.. 


Balik kali ni kami berempat beradik jer.. kak ngah tak dapat balik sebab kerja.. tapi kitaorang dah biasa dia tak balik sebab memang dia jarang sangat dapat cuti raya.. mula2 dulu sedih la, lama2 dah boleh terima.. nanti dia cuti raya time raya dah nak habis, mak masak rendang lagi.. so berayalah kami sekeluarga sekali lagi.. hahahahha..


Budak kecik ni kuat makan.. reben dah lagi besar daripada kepala.. handbag kehulu kehilir dia bawak.. pergi pasar pun nak dibawaknya.. beraya tahun ni dia makin besar, dah kenal orang.. suka buat orang geram sebab dia pantang orang puji cakap dia comel mesti dia buat muka manja2 tu.. sama perangai macam anak buah aku yang sulung time kecik2 dulu.. manja, kuat merajuk dan suka pakai pink!

Then rumah terakhir beraya rumah mak ngah.. time ni dah kenyang sangat tapi sebab kena paksa, so makan jugaklah.. dalam kena paksa makan, banyak jugak yang kitaorang makan.. hahaha.. sebelum balik, bergambar kenangan dengan mak ngah dan pak ngah.. 


Balik dari Johor pukul 6 petang, sampai rumah mak abah pukul 8 malam.. turunkan mak abah then kitaorang terus balik rumah mertua.. nasib baik jalan tak jem sangat, so tak adalah penat tersangkut dalam jem kan..

Balik dari Johor aku & Encik Adiey banyak cerita tentang atok.. kitaorang sebak sebenarnya tengok mak atok dan bapak atok duduk berdua kat kampung tu.. walaupun pakcik aku seminggu sekali mesti balik sebab rumah dekat, tapi tetap sebak.. bila mak abah ajak diaorang ikut balik dan stay dengan mak abah diaorang tak nak.. orang tua, fikirkan rumah sendiri jer.. katanya nanti tak ada orang jaga rumah.. 

Masa salam mak atok aku dah menangis cikit.. sedih bila dia cakap jangan lupakan dia, jangan marah bila dia kadang2 tak ingat nama kitaorang.. sebakkkkk sangattttt.. memang kadang tu dia tersasul2 nama cucu cicit sebab dah makin berusia plus anak cucu cicit dia pun memang ramai.. then bila salam bapak atok, makin aku kuat nangissssss... dengan bapak atok aku mesti kalah, dia tak banyak sangat cakap tapi sekali dia cakap, memang sebak... suruh jaga suami baik2, dengar cakap suami dan jangan pernah lupa dekat dia kat kampung.. dengar suara bapak atok pesan cukup buatkan air mata mengalir laju, lagi2 bila dia peluk kita kuat2.. Ya Allah, serius sebak.. menaip ni pun dah rasa nak menangis..

Semoga Allah memberkati usia mereka yang aku sayang.. aku berdoa agar Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat mereka yang aku sayang.. hanya kepada Allah aku mampu memohon agar Allah menjaga orang yang aku sayang selalu.. :) 

InsyaAllah ada masa nanti kita update cerita raya seterusnya.. 

Photobucket

Wednesday, January 30, 2013

WordLess Wednesday - Insta Place Application

Musim orang tengah ber'instaplace'.. 


Orkid abah yang makin membesar dengan cemerlangnya.. abah beli daun pokok orkid sebatang jer then tanam sendiri.. baru beberapa bulan dah berbunga dengan lebatnya!!! kagum!! sebab kalau aku beli yang dah siap bunga pun belum tentu boleh hidup! hahaha..

Tuesday, January 8, 2013

Pisang Kampung Halaman : Pelbagai Khasiat Pelbagai Manfaat


Buah tangan dari mak abah di kampung untuk anak menantu!! 

Setiap kali balik kampung or mak abah datang menjenguk ke Putrajaya, mesti ada bekalan pisang.. yummy2!! lagi sedap bila yang tanam tu mak abah sendiri.. lagilah sedappppp!! kitaorong suami isteri memang suka pisang.. 

Jom terjah khasiat pisang!!

Ketua Dietetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit!! 


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Friday, November 23, 2012

Musim Durian Di Kampung Halaman!!

Sebelum makan malam, makan durian..
 
Sebelum nak tido. makan durian..
 
Sebelum sarapan, makan durian..
 
Lepas sarapan makan durian..
 
Sebelum makan tengahari makan durian..
 
Kejap lagi lepas makan tengahari pun nak makan durian..
 
Indahnya di kampung!!!! bau durian sentiasa ada dalam rumah.. kejap2 bunyi durian gugur.. kejap2 bunyi durian gugur lagi.. indahnyaaaaaaaaaaaaaaaa perasaan bila musim durian di kampung halaman...
 
Nota cinta: tuan blog bercuti di kampung.. esok ada kenduri majlis berkhatan 3 anak buah lelaki dan kenduri majlis cukur jambul 3 anak buah yang lahir tahun 2012.. sekali 6 orang anak buah punya kenduri mak abah buat.. terbaikkkkkkkkkkkkkk!!
 
Photobucket

Saturday, October 27, 2012

Hari Raya Ke 2 - Masih Mood Raya?

Hari Raya Aidiladha dah masuk hari ke 2.. ramai lagi ke yang masih ada mood raya?? aku masih ada.. sebabnya hari ni baru beraya di rumah keluarga mertua.. semalam dah syok sangat2 beraya kat kampung atok dan nenek.. 


So hari ni turn rumah mertua pulak.. kena adil ok!! kalau balik beraya belah keluarga sendiri, kena jugak balik beraya rumah mertua.. barulah adil dan saksama.. dapat elakkan daripada keluarga di kedua-dua belah pihak terasa hati.. 

Pasal isu adil dan saksama tu nantilah yer kita sambung.. mood raya masih ada.. so nak sambung makan jap.. naik kerja nanti kita sambung cerita panjang2 k..

Take care guys!!


Photobucket

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha Daripada Adieyza

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua!!



Tuan blog sedang seronok beraya di kampung halaman nenda tercinta di Muar, Johor.. setelah 2 tahun berkahwin, ini kali pertama sambut hari raya bersama Encik Adiey di rumah atok dan nenek di pagi raya.. seronoknya beraya dengan suasana yang betul2 kampung.. tenang dan damai sangat2..

Cerita raya kan diupdate kemudian.. selamat menjamu selera dan berhari raya untuk semua.. 




Photobucket

Thursday, October 25, 2012

Selamat Pulang Ke Kampung Halaman ~Salam Aidiladha~

Selamat pagi semua!!

Hari ni tuan blog dah mula bercuti.. semangat nak balik KAMPUNG!!! kenapa kena guna caps lock dekat perkataan kampung tu??

Sebabnya, raya tahun ni memang beraya di kampung yang betul2 kampung.. raya qurban tahun ni giliran rumah keluarga aku.. so aku bagi cadangan dekat Encik Adiey untuk balik kampung rumah atok dan nenek kat Johor.. 

Selalunya, balik kampung kat Johor bila dah seminggu raya.. kali ni, kitaorang berdua akan berpagi raya di rumah atok dan nenek di kampung.. tu lah yang namanya betul2 kampung.. pengalaman baru untuk Encik Adiey sebab dia x ada kampung yang betul2 kampung.. hehehe.. 

Paling rindu dengan suasana kampung yang sangat tenang tu.. tidur malam x payah pasang kipas sebab sejukkkkkkk sangat2.. tapi paling takut nak pergi tandas waktu malam sebab tandas kat luar rumah.. hahahha...

Sekejap lagi nak gerak balik Johor.. sajer balik awal sebab nak bawak Encik adiey pusing2 kawasan kampung.. seronok!!!! tapi kalau jalan sesak, lambatlah sampai kampung tu nanti.. doakan perjalanan kami selamat sampai yer...




Untuk yang memandu nak balik ke kampung tu, berhati2 di jalan raya.. jangan drive laju sangat yer.. kalau isteri yang duduk sebelah suami tu, borak2lah dengan suami supaya diaorang x rasa mengantuk.. jangan jadi macam aku yang cepat sangat rasa mengantuk bila masuk dalam kereta.. hehehe..

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua!!


Photobucket

Tuesday, October 16, 2012

Bila Alya Mula Cakap Bahasa Jerman....


Rindu kat budak kecik ni.. mama dia bagitau, sekarang ni budak kecik ni dah makin suka ajak orang berborak .. pantang kita lalu sebelah dia, mesti dia nak bersuara, macam la orang faham bahasa Jerman dia kan? hehehe.. suka tarik perhatian orang tau budak kecik ni! kalau boleh, dia nak semua orang beri perhatian kat dia.. bila kita layan dia, dia punya gelak bukan main lagi..

Memandangkan mak aku yang jaga Alya masa mama dia keje (kakak aku duduk taman sebelah rumah parent aku), so Alya memang dah over manja dengan nenek dia.. sangat2 manja sampai nenek belah papa dia nak ambik pun dia meraung2.. over tau budak kecik ni kalau dia melalak, leh dengar 1 kampung!

Oh, dah terkena jampi Nek Jah (panggilan cucu2 untuk mak aku) rupanya kamu ni Alya.. hahahaha.. Nek Jah jampi baik punya sampai Alya asyik la berkepit jer dengan Nek Jah.. manja tau!


Bila tengok gambar Alya ni baru teringat yang acu dia x beli lagi baju raya untuk Alya.. weekend ni harus cari.. maklumlah anak buah perempuan yg kecik sorang jer (yg lagi 2 orang dah besar panjang, so nak belikan pun malas sbb diaorang lagi suka pilih baju sendiri).. nak cari baju yg cekci2 cikit.. acu dia memang suka beli yg cekci2, biar nampak peha gebu dia!! hihihihi..


Photobucket

Tuesday, September 4, 2012

Gambar Raya Keluarga Zana Adieyza

Acara wajib setiap tahun.. gambar penuh ahli keluarga Encik Mohd Jumaro Bin Marzuki dan Puan Azizah Binti Yakimin.. tahun lepas jumlah ahli seramai 24 orang.. tahun ni, jumlah ahli bertambah kepada 27 orang!! 


Tahun ni konsep pakaian adalah santai.. ada 2 sebab utama kenapa x semua pakai baju raya adalah yang pertama, semua excited nak mulakan acara BBQ (seperti yang diceritakan pada previous entry) dan yang kedua kebanyakan anak2 buah mengamuk x nak pakai baju melayu dengan alasan dah masuk raya ke 4.. huhuhuhu.. 


Mula2 paksa semua anak buah duduk dulu.. memandangkan masing2 semuanya terlebih lasak, jadi abah mengunakan konsep tentera untuk memaksa semua cucu2 duduk berhimpun.. macam kem tentera dah masa tu.. abah jerit nama sorang2 supaya semua duduk kat tempat yang sepatutnya.. hihihi..


Lepas semua cucu2 dah duduk kat tempat yang sepatutnya barulah anak2 dan menantu2 ambik tempat.. aku memang last sekali sebab aku yang setting kamera.. huhuhu.. as usual, setiap tahun gambar aku mesti tersepit sebab lari2 dari kamera ke tempat gambar.. huhuhu.. 



Tahun ni lebih mencabar nak ambik gambar sebab ada 3 baby kecik dalam family besar kami.. baby2 tu semua dah mula nak merengek masa nak ambik gambar tu.. jenuh nak bagi baby2 tu diam dan pandang kamera.. hihihi..

Lepas gambar family, gambar keluarga kecil pulak.. mula2 family Kak Long.. tahun lepas anak Kak Long baru 3 orang.. tahun ni dah ada 4 orang.. welcome to our family baby Hakim!



 Then gambar family Kak Ngah.. tahun lepas anak Kak Ngah pun 3 orang.. tahun ni tambah lagi sorang.. welcome to our family baby Izwan!



Ikut urutan seniority, jadi family ke 3 ialah family Kak Uda.. family Kak Uda masih mengekalkan ahli seramai 7 orang.. x ada tambah2 lagi.. tapi x taulah tahun depan nak tambah ke tak.. hahahha.. abang ipar aku yang ni lah yang bertungkus lumus masa projek BBQ.. sampai mak kata dia terasa macam ada menantu perempuan.. hihihi



Then, family ke 4 iaitu family Kak Im.. pertambahan ahli daripada 3 orang kepada 4 orang.. kelahiran baby girl yang amat2 dinanti oleh keluarga terutamanya oleh aku! hihihi.. welcome to our family baby Alya! u r so sweet!



Family terakhir dan paling sweet (perasan!), aku bersama encik adiey.. ahli x bertambah2 pun.. masih berdua.. harapnya tahun depan dah bertambah ahli keluarga Adieyza ni.. insyaAllah.. sebab berdua, jadi banyaklah posing manja yang dapat dirakamkan sampaikan ahli keluarga lain kata "sudah2 la tu!".. hahahaha..




Abah pesan supaya tahun depan ahli keluarga mesti ada pertambahan.. wah, bukan main lagi yer abah.. x cukup lagi tu cucu2 yang ada.. nampaknya aku kena berusaha dan berdoa lebih supaya dapat membantu hasrat abah tercapai.. hihihihihi.. doakanlah yer..


Nota Cinta: Bila masih bergambar berdua, terasa sangat "kekosongan" tu.. 
Photobucket