Showing posts with label GiVe aWaY. Show all posts
Showing posts with label GiVe aWaY. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Fridge Magnet Jerami

Semalam terima 1 parcel daripada PnStoberi @ Kekda..


Teruja bila buka bungkusan ada Fridge Magnet (FM) yang diperbuat daripada jerami.. unik & menarik! yang pasti, Kekda beli FM ni masa hari Hari Kraf Kebangsaan (HKK) kat office dia.. 

Kekda hadiahkan FM ni sebab hari tu dia ada buat simple GA.. dia suruh teka dia akan holiday ke mana.. aku pakai teka jer yang Kekda nak ke Genting Highlands.. sekali, tekaan aku betul.. tu yang dapat FM ni.. suka sangat!!!

TQ Kekda untuk hadiah ni.. since now Kekda tengah "berehat panjang", so Zana doakan Kekda sihat selalu yer.. insyaAllah pasti ada kebahagiaan yang Kekda harapkan lepas "berehat panjang" ni..

Nota cinta: yang makin suka bila koleksi FM bertambah.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket

Monday, April 15, 2013

[Grand Opening ] Gerobok Hana : Follow.Share.Win GiveAway!!!

Ada sesuatu yang menarik untuk penggemar online shopping terutamanya yang suka beli shawl atau tudung tu.. ada satu online shop yang baru buat GRAND OPENING pagi tadi!! nak tau online shop mana??



Untuk opening, memang confirm2 GRAND habis!! siap ada GIVEAWAY (GA) yg membolehkan korang dapat hadiah!! siapa nak join?? kalau nak join, jom baca syarat-syaratnya.. jangan risau, syaratnya sangatlah mudah!!!


Ada 2 cara untuk join Giveaway ni


Cara PERTAMA korang share kat FB

1) LIKE FB Gerobok Hana ]
2) Make sure korang SHARE to public dan COMMENT kat situ 
"I LOVE GEROBOK HANA"



Cara KEDUA korang share kat BLOG

1) FOLLOW Blog [ Gerobok Hana ]
2) LETAK Banner Gerobok Hana & LINK ke Blog Gerobok Hana
3) Buat simple ENTRY bertajuk "Gerobok Hana Follow.Share.Win Campaign" .. kalau malas nak karang ayat, just letak banner pun dah cukup!!
4) Jangan lupa letak kan AYAT 
"I LOVE GEROBOK HANA"
5) LETAK LINK ENTRY korang dekat [ Entry GA Gerobok Hana ]


Banner untuk join GA Gerobok Hana

Sebanyak 4 HADIAH menanti anda semua : 2 pemenang dari FB & 2 pemenang dari BLOG.. peluang untuk korang menang lagi tinggi kalau korang join melalui FB & Blog!! cepat join!!!

Ade lagi... sempena opening ni, istimewa untuk pengunjung blog adieyza.blogspot ni, korang boleh membeli dengan hanya  MENTION KOD [ GHZA ] seperti kat bawah ni semasa membeli dari Gerobok Hana.. dengan mention kod tu, korang PASTI akan dapat "SPECIAL GIFT" even korang beli satu item pun!! 

So kalau tak ada masa untuk join GA ni, nak beli jer pun boleh.. mention jer kod GHZA tu dan korang still akan dapat special gift dengan setiap pembelian.. menarik!!!


So, jangan lepaskan peluang untuk membeli & menang hadiah! GA ni bermula pada 15 April 2013 sehingga 25 April 2013.. pemenang akan diumumkan pada 26 April 2013.. banyak masa lagi ni!! jom turut serta!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Wednesday, August 15, 2012

Pemenang Zana Adieyza Birthday Give Away

Ada 4 orang daripada 9 orang yang berjaya dengan tepat hadiah yang aku dapat untuk birthday tahun ni.. teror gak diaroang teka kan.. hihihi.. ramai yang teka tepat sebab aku dapat 2 hadiah daripada encik adiey.. kalau dapat 1, maybe 2 orang jer yang berjaya teka dengan tepat.. hihihi

Keputusan pertama dibuat berdasarkan jawapan yang tepat.. yang kedua berdasarkan pantun yang kelakar..  aku cari 4 pemenang untuk GA.. tapi, x bermakna 4 orang yang teka dengan tepat tu berjaya untuk jadi pemenang.. ada sorang tu, teka memang tepat tapi sayang cikit, pantun kat bahagian hujung tu x sama.. kalau x, dah boleh menang dah.. hihihi.. 

So, jom kita tengok siapa yang bertuah tu...


Pemenang pertama ialah Azalea @ azalea stop center.. hadiah yang diteka memang sangat2 tepat.. pantun dia pun kelakar gilerrrrrrr... gelak guling2 aku baca.. hahahaha..

Nak buat dodol kene jolok kelapa
Time menjolok terserempak antu raya
Confirm Encik Adiey menggaru kepala 
Sebab besday isteri dekat benor dgn raya


3 pemenang lagi ialah:

1) Nana @ the neverending story.. tepat jugak tekaan mak buyung ni.. hebat2... pantun Acik Nana buat Acik Zana sengeh sorang2 tau.. malu kena puji!! *over kau ni zana! 

Pergi tambun makan roti
Roti dimakan atas TALAM
Acik zana comel lagi baik hati
Disayang semua especially en.adiey siang dan malam

2) Dinda Iva @ sichantek.. kalau nak tau, aku baca pantun yang dia bagi dah lewat malam.. tergelak besar aku gelak sampai encik adiey terkejut ingatkan isteri dia kena sampuk.. hahahha.. kelakar betul ok!! 

zana teringin nak beraya pakai selipar jepun
tapi adiey malas layan sambil makan nangka
wahhhh..puasa zana tak penuh pun...
mane boleh adiey bagi duit raya 3angka...

3) Nia Neerza @ dakpink @ Ain... jawapan untuk tekaan Ain memang salah... tapi kan, aku gelak besar masa baca pantun raya dari dia.. motif dalam pantun pun cakap aku tembam bam bam?? nampak sangat aku memang tembam kan?? hahahaha..

Zana Adieyza tembam bam bam bam,
Ketembamam seiring dengan Encik Adiey,
Marilah kita menyambut lebaran sampai lebam,
Bagi meraikan puasa yang hadir setahun sekali.

Untuk semua pemenang, tahniah diucapkan... hadiah akan menyusul lepas raya.. nanti aku akan contact korang yer.. Acik Nana & Ain x de hal, sebab aku ada FB diaorang.. yang lagi 2 tu nanti aku akan contact thru emel..

Terima kasih pada semua yang join GA ni.. aku hargai sangat2 penyertaan korang semua.. pantun2 korang semuanya kelakar2... happy terus aku sambut birthday & raya tahun ni bila baca pantun daripada korang.. terbaik!!

Terima kasih jugak untuk semua yang wish birthday untuk aku.. doa dan ucapan korang semua terlalu bermakna buat diri aku.. hanya Allah yang mampu balas semua kebaikan korang..


Nota Cinta: cerita penuh dan gambar tentang hadiah birthday akan diupdate selepas raya.. boleh??? hihihihi..

Photobucket

Monday, August 13, 2012

Kisah GiveAway - Hadiah Birthday & Pantun Kelakar

1) ♥ dak pink
"Saya rasa Zana Adieyza akan dapat hadiah barang kemas seperti cincin, gelang atau earings daripada Encik Adiey Adieyza".. Ini kerana, birthday Zana Adieyza jatuh dedekat dengan Hari Raya, so haruslah hadiahnya ada kene mengena dengan raya

Zana Adieyza tembam bam bam bam,
Ketembamam seiring dengan Encik Adiey,
Marilah kita menyambut lebaran sampai lebam,
Bagi meraikan puasa yang hadir setahun sekali.

memang ternyatalah zana ni tembam kan.. sampai pantun pun Ain cakap zana tembam.. hihihi.. sambut raya sampai lebam?? lebam memikirkan duit untuk persiapan raya.. hihihi..

2) BrightEye
"saya rasa Zana Adieyza akan dapat hadiah kasut sepasang daripada Encik Adiey Adieyza"

Hari Raya hampir tiba
Pakai Langsir warna merah jambu
Ramai yang singgah dan duk bertanya
"Kenapa tak pakai warna merah, biru ke, hijau ke?" 

langsir rumah zana warna merah.. nak pakai pink adiey marah2.. hahaha.. 

3) jemarisuri
yang pasti hadiah drp encek suami...sudah tentu HP baru kan...sekurang2 samsung ...hihi

seminggu lagi nak beraya...
minggu ni masih berpuasa...
semoga HP baru meriah lah raya...
dapat bergambar bersama-sama...


wah, seronoknya bergambar guna handphone baru.. memang meriah la.. takut x beraya sebab bz belajar guna handphone baru.. hihihi 

4) ~~AzaLea~~
Maybe Zana dapat hadiah purse...

Nak buat dodol kene jolok kelapa
Time menjolok terserempak antu raya
Confirm Encik Adiey menggaru kepala 
Sebab besday isteri dekat benor dgn raya


aku pun kesian dengan encik adiey.. dah la nak raya, nak beli hadiah aku lagi.. rasa macam serba salah sangat.. *padahal dalam hati beria2 tertanya2 dapat hadiah apa.. hahaha

5) Kakzakie
 "saya rasa zana adieyza akan dapat hadiah handbag raya daripada Encik Adiey Adieza"

Seruan takbir dengan marhaban 
alunan bayi tidur berenjut
baru menghulur mohon kemaafan
menantu terkentut mertua terkejut

nasib baik zana x pernah terkentut depan mak mertua.. hahahha.. kalau pernah, haruslah maluuuuuuu...

6) Qhaifa Nur
hadiah mungkin jam tangan, handbag tau buka posa kat hotel hik..hik..

makan lemang ketupat dipagi raya
makan bersama en. adiey sorang
zana adieyza nak sambut besday dan raya
cepat pilih nak balik kg tau pergi honeymoon

lepas raya nak gie honeymoon la.. pakej honeymoon dan hadiah besday.. boleh?? hihihi

7) Dinda Iva
"saya rasa Zana Adieyza akan dapat hadiah sepasang kasut yg charming daripada Encik Adiey Adieyza"

zana teringin nak beraya pakai selipar jepun
tapi adiey malas layan sambil makan nangka
wahhhh..puasa zana tak penuh pun...
mane boleh adiey bagi duit raya 3angka...


mana tau zana puasa x penuh ni?? ala, kantoi sudah!!!! tapi nak jugak duit raya 3 angka sebab setiap tahun x pernah x dapat... hihihi


8) Abil Fikri Ahmad
Hadiahnya - handbag

pantunnya - emmmmm..jap, fikir jap..aaa jap,jap..emmm aaa, cm ni bunyinya.....aaa, alaa lupa pulak..jap yea, zana tgk komen lain dulu...

aaa...aaa... abang... abang abil... aaa... aaa.. nanti dah ada pantun bagitau eh.. aaa.. aaa.. terima kasih sebab sudi teka.. aaa... aaa.. *perli kak gee eh?? hihihi



Nana Aris
saya rasa Zana Adieyza akan dapat hadiah purse chantek daripada Encik Adiey Adieyzq

Pergi tambun makan roti
Roti dimakan atas TALAM
Acik zana comel lagi baik hati
Disayang semua especially en.adiey siang dan malam


motif makan roti atas talam????? sajer jer dengki kan? haruslah sayang siang malam.. kalau sayang siang jer, rugi la waktu malam... hahaha

Nota cinta: Ada beberapa orang yang bagi jawapan tepat untuk hadiah tu.. yang teka tepat tu, pantunnya pun kelakar jugak.. gelak besar aku & encik adiey baca.. hihihi.. pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya Rabu ni... selepas raya insyaAllah dah boleh dapat hadiahnya..



Photobucket

Sunday, August 12, 2012

Zana Adieyza Birthday Give Away

STICKY POST UNTIL 12 AUGUST 2012
(PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY.. TQ!)



Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menganjurkan Zana Adieyza Birthday GiveAway (GA) bersempena dengan birthday tuan blog yang akan tiba pada 11 Ogos 2012 nanti..

Just simple GA, sebab masa pun dah macam terhad sangat kan.. so harapnya adalah yang sudi join GA ni yer..

Syarat-syarat untuk join GA ni adalah seperti berikut:

1) sila isi tempat kosong untuk ayat di bawah

"saya rasa Zana Adieyza akan dapat hadiah ............. daripada Encik Adiey Adieyza"

2) buat 1 pantun 4 kerat yang lucu/kelakar berkaitan hari raya..



Maklumat tambahan:

* tiada entry khas diperlukan untuk GA ni.. korang just tulis jawapan dan pantun tu dekat komen entry ni..

* pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang tepat atau hampir tepat (bagi syarat pertama) dan pantun yang paling mencuit hati aku (bagi syarat kedua)

*hint soalan pertama - hadiah 2010, handbag.. hadiah 2011, jam.. so mesti hadiah daripada encik adiey adalah selain daripada 2 hadiah tu.. tapi aku sendiri tak tau aku dapat apa tahun ni.. korang janganlah teka hadiah yang melampau2 mahal harganya yer.. daripada hadiah 2 tahun lepas tu korang dah boleh anggarkanlah hadiah yang encik adiey hadiahkan untuk tahun ni..

* ada 4 pemenang yang layak menerima hadiah..

tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Ogos 2012 (Ahad).. 


Hadiah utama untuk GA ni adalah HEADER!!!! Pemenang GA akan dapat header baru yang istimewa mengikut citarasa & design yang dikehendaki..  design header nanti aku akan mintak bantuan daripada blogger kreatif yang ada buat service untuk design header iaitu, Nurul aka NurulChumel.blogspot.. 

Ni kali ketiga aku buat GA yang mana hadiahnya adalah header blog.. sajer bagi header blog sebab aku nak pemenang tu akan lebih bersemangat nak berblogging dengan adanya header baru kat blog dia..

Aku jugak mencari 3 lagi pemenang yang mana hadiahnya adalah sama ada BANNER, IMAGE SIGNATURE atau WATERMARK.. yang ni masih mencari  dan memilih orang yang sudi ambik tempahan tu.. kalau dah jumpa orang yang sudi ambik tempahan tu, aku akan update terus kat entry ni yer..

 Nota cinta: selamat men'join'kan diri untuk GA ni!

Tuesday, August 7, 2012

Simple Give Away (GA) Adieyza

Rasa-rasa macam nak buat simple Give Away (GA).. sempena hari istimewa yang bakal tiba Sabtu nanti.. ada apa hari Sabtu?? birthday tuan blog la.. so tuan blog nak bagi hadiah untuk beberapa orang peserta untuk GA tu nanti.. berkongsi rasa gembira dengan kawan2 blog..


Petang ni la eh aku publish entry GA tu.. tapi masalahnya, aku x ada idea lagi nak buat GA macam mana.. tapi memang nak buat yang simple2 jer.. tak tau samada nak tanya soalan ke.. nak suruh buat slogan ke.. nak suruh pilih isi tempat kosong ke.. still belum ada idea.. 

Dah tau nak buat GA macam mana nanti, baru aku publish entry tu eh.. paling lewat pun malam ni la kuar entry tu eh.. 

Yang pasti memang GA yang simple, x memerlukan korang perah idea untuk buat entry & GA ni aku buat sampai hari Ahad ni jer.. dah kata simple kan, so x payah la lama2 sangat.. x kan la nak buat macam contest pulak kan..

p/s: Korang ada idea x aku nak buat GA macam mana? hihihi.. *ko yang nak buat GA, boleh pulak ko tanya orang kan?? hahahhaha...


Photobucket

Wednesday, February 22, 2012

Pemenang Adiey Adieyza Birthday GiveAway

Maaf lambat untuk umumkan pemenang untuk Adiey Adieyza Birthday GiveAway.. bukan sajer2 nak lewatkan tapi keadaan betul2 x mengizinkan..




Entry kali ni aku akan umumkan pemenang utama yang bakal mendapat header hasil tangan Nurul Chumel.. next entry, ada pesanan & ucapan dari encik adiey buat semua peserta yang sudi join GA tu.. tunggu k next entry tu..
 
 
Now, aku akan umumkan pemenang utama GA tersebut.. pemenang GA tersebut ialah
 
-
-
-
-
-
-
 
 
Cik Fadh @ Celoteh Cik Fadh.Blogspot!!
 




Encik adiey pilih Cik Fadh sebagai pemenang sebab melalui entry D'Aura Spa Seri Kembangan yang aku buat tu, telah membuatkan Cik Fadh berazam untuk mempraktikan perhubungan yang romantis setelah berkahwin dengan bakal suaminya kelak.. kiranya, melalui entry tu Cik Fadh dah mulakan niat yang baik untuk menempuhi alam perkahwinan yang romantis dan penuh kemesraan!
 
 
Encik adiey kata, bukan senang nak buatkan orang lain cuba amalkan apa yang kita buat melalui penulisan di blog.. tapi melalui blog & entry yang aku buat tu dah membuatkan seorang gadis berazam untuk amalkan perhubungan yang romantis bersama suami bila dah kahwin nanti..
 
So, Cik Fadh, sila emelkan details ke alamat emel akk, adieyza_1110@yahoo.com atau msg FB akak yer.. nanti kita akan bincang tentang hadiah header tu.. bila kita dah bincang, kita boleh la proceed hantar details kepada Nurul untuk dia buatkan header tu..
 
 
Untuk peserta yang pernah bersemuka dengan encik adiey, komen2 dari korang semua membuatkan adiey tersipu-sipu malu ok!! * sebenarnya encik adiey perasan sebab korang puji dia lebih2.. hahhahaha.. 
 
Jawapan korang memang best, tapi encik adiey kata dia nak cari pemenang yang dapat luahkan komen yang natural & berdasarkan entry tu semata2 tanpa bersandarkan pada pengalaman berjumpa dia secara peribadi.. lagipun dia kata takut jadi pilih kasih if salah sorang daripada korang menang.. hihihi..
 
 
Tapi, jangan risau sebab semua peserta GA ni dapat hadiah ok!!!!
 
 
Encik adiey juga bermurah hati nak sumbangkan lagi hadiah untuk semua peserta GA.. encik adiey suruh aku tempah apa2 yang boleh korang letak kat blog.. jadi aku survey2 sesuatu yang boleh korang letakkan kat blog korang..
 
So pada semua nama2 peserta kat bawah ni, sila baca details tentang proses untuk dapatkan hadiah ni yer..
 
1) azelyusoff
 
2) Cik Rose Cute
 
3) ♥♥azatiesayang ♥♥
 
4)NOOR FATIN
 
5) dr-ira
 
6)  PUANSTOBERI
 
7) eyza
 
8) ::EIDA::
 
9) yannie bunny
 
Istimewa untuk semua peserta (melainkan pemenang utama), korang semua layak menerima hadiah 'Image Signature' hasil sentuhan blogger cute, Miraa Hussin @ miraahussin.blogspot..
 
 



 
 
Ni contoh Image Signature yang bakal korang terima.. so, sekarang ni korang perlu baca entry tentang Image Signature (post) ni then bagi details sepert yang Miraa nak ke alamat emel aku yer..
 
Kalau korang x faham, boleh emel aku, adieyza_1110@yahoo.com atau komen jer kat entry ni k.. komen kat FB pun boleh jer.. nanti aku akan forward kan details yang korang bagi dekat aku pada Miraa then aku akan buat pembayaran pada dia.. lepas dah selesai urusan pembayaran, dia akan buat Image Signature berdasarkan details yang korang bagi.. kalau boleh emel sebelum 1 Mac 2012 untuk memudahkan proses pembayaran dibuat..
 
So, aku nak ucapakan terima kasih pada semua yang sudi join GA ni.. tahniah juga buat semua pemenang GA.. insyaAllah next time aku buat GA lagi yer..
 
 
Nota cinta: seronok tengok encik adiey tersenyum dengan komen dari GA ni..
Photobucket

Wednesday, February 8, 2012

aDiey aDieyZa Birthday GA - Penyertaan dan Keputusan

Terima kasih pada semua yang sudi join aDiey aDieyZa Birthday GA yang aku buat.. tersipu2 malu encik adiey masa baca komen2 dari peserta GA.. dia kata semua pemenang sebab semua bagi komen best2.. hihihihi..

Hari tu aku bagitau nak umumkan keputusan pemenang sebelum 1 Februari.. tapi memandangkan masa tu mood bercuti dan mood blogging tengah hanyut jauh ke laut, maka keputusan tu terpaksa ditangguh sekejap.. insyaAllah sebelum 16 Februari 2012 ni aku akan umumkan pemenangnya yer..

Nota Cinta: seronok buat GA ni! rasa nak buat selalu la pulak.. hihihi..


Photobucket

Friday, January 27, 2012

Header Baru Untuk Rakan Blogger


 Seronoknya bila jenguk blog rakan blogger yang headernya hasil kemenangan dari GiveAway yang aku buat! 
 




 
Header baru blog Kak Tie.. since dah dapat header baru, Kak Tie terus upah Nurul untuk edit blog dia terus.. so makin mengancamlah blog Kak Tie tu kan..  
 





Bila masuk jer blog Kak Tie, rasa teruja sangat.. setiap kali terpandang header tu, setiap kali tu lah ingat tentang pantun yang Kak Tie buat masa join aDieyZa 1 Dekad GA..
 
 Adiey dan Zana seiring sejalan,
Tersenyum manis bila berkata,
10 tahun telah mereka berkenalan,
Kini bahagia menyulam cinta..

Suka sangat pantun ni!!

Nota Cinta: Kak Tie, adakah akk juga teringatkan zana setiap kali terpandang header tu?? hahahhahha.. sajer gurau..


Photobucket

Wednesday, January 25, 2012

ExtenD Closing Date aDiey aDieyZa Birthday GA


 Memandangkan ada yang request untuk aku entend closing date untuk aDiey aDieyZa Birthday GA, so aku dengan berbesar hati melanjutkan tarikh tutup GA tersebut.. lagipun ada yang kata GA ni sekejap sangat since ada public holiday yang panjang so x sempat nak join..
 
Dengan ini, aku umumkan yang tarikh GA tersebut dilanjutkan sehingga 27 Januari 2012.. sekian untuk makluman..
 
Photobucket

Tuesday, January 24, 2012

aDiey aDieyZa BirthDay GA


 STICKY POST UNTIL 24 JANUARY 2012.. 
 (plz scroll down for new entry.. tq!)


Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menganjurkan GiveAway (GA) bersempena dengan birthday Encik Adiey yang bakal tiba pada 20 Januari 2012 nanti.. tahun lepas pun buat GA masa nak sambut birthday dia, so rasanya tahun ni macam nak buat jugak la.. just simple GA, sebab masa pun dah macam terhad sangat kan.. so harapnya adalah yang sudi join GA ni yer..

Syarat-syarat untuk join GA ni adalah seperti berikut:

1- pilih 1 entry di bawah label Lovely Husband seperti yang dinyatakan di link bawah ni.. pilih 1 entry yang korang rasa paling suka & berkesan dihati/mata korang.. x kisah la sebab entry tu sedih ke, kelakar ke, cerita menarik ke, gambar menarik ke, menyentuh hati ke atau apa2 sahajalah.. kiranya entry yang paling korang like la.. kalau xde yang korang like pun, korang buat2 like jer la.. hihihihi.. dan bagitau kenapa korang like entry tu k.. jawapan kenapa korang like entry tu x perlu panjang2 sangat.. simple2 jer pun ok.. 

Link entry yang boleh dipilih adalah under label Lovely Husband.. sajer pilih label ni sebab dah nama pun GA sempenan birthday encik adiey, so aku ambik label yang berkaitan dengan dia jer la.. hihihi..

2- jangan lupa bagitau link blog korang kat kotak komen entry ni yer.. untuk GA ni, korang cuma perlu tinggalkan jawapan & link blog korang tu dekat kotak komen entry ni sahaja.. kalau ada yang suka buat entry khas, sila pastikan jawapan untuk syarat pertama tu diletakkan di kotak komen ni jugak..  

Meh aku bagi contoh untuk bagi korang lebih faham untuk join GA ni k,

"saya pilih entry yang bertajuk WordLess Wednesday- Hero Pak Su.. saya suka entry ni sebab dari situ menggambarkan tentang ciri2 pak cik yang disayangi oleh anak2 buahnya.. daripada gambar tu nampak juga impian seorang lelaki yang berharap agar dapat berjalan seiringin dengan zuriatnya sendiri.."

So kalau korang dah bagi tajuk entry & sebab kenapa korang suka entry tu. lagi mudah untuk aku & encik adiey refer balik entry yang korang minat tu.. hope contoh penjelasan ni memudahkan korang la yer..

Hadiah untuk GA ni adalah HEADER!!!! Pemenang GA akan dapat header baru yang istimewa mengikut citarasa & design yang dikehendaki..  design header nanti aku akan mintak bantuan daripada blogger kreatif yang ada buat service untuk design header iaitu, Nurul aka NurulChumel.. 

Maybe ada yang perasan aku pernah bagi hadiah header masa aku buat GA sempena 1 dekad perkenalan aku & encik adiey tahun lepas.. kali ni pun hadiah header lagi.. ada sebab kenapa aku suka hadiahkan header untuk pemenang.. 

Sebab pertama, aku nak pemenang tu akan lebih bersemangat nak berblogging dengan adanya header baru kat blog dia.. sebab kedua, aku nak sokong rakan blogger yang buat service editing blog & header yang kreatif.. sebab terakhir ni macam jahat cikit la.. aku nak pemenang tu ingat kat blog aDieyZa ni setiap kali dia tengok header tu.. hihihihi..

Pemenang akan ditentukan sendiri oleh encik adiey.. dah kata GA ni sempenan birthday dia kan, so biarlah dia yang menentukan siapa pemenang untuk GA ni.. pemilihan berdasarkan jawapan yang paling menarik.. menarik bagi encik adiey tu aku x boleh nak tafsir macam mana.. hihihi.. mungkin jawapan yang kelakar, mungkin jawapan yang syahdu atau mungkin jawapan yang biasa but terkesan di hatinya.. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Januari 2012.. keputusan pemenang pula akan diumumkan sebelum 1 Februari 2012..

 Nota cinta: selamat men'join'kan diri untuk GA ni!








Photobucket

Tuesday, January 17, 2012

Pelancaran GA

 
 
Akan dilancarkan sebentar lagi.. 
 
Dah macam launching produk baru pulak.. siap ada pelancaran macam pecah tanah or potong2 riben.. hihihihi

Nota Cinta: harap ada yang sudi join..

Friday, January 6, 2012

GiveAway Birthday?


Semalam check kalendar 2012.. sedar tak sedar lagi 2 minggu encik adiey nak sambut birthday.. last year masa nak sambut birthday dia, ada jugak la aku buat simple GA kat blog ni kan.. sambutan agak menggalakkan.. so insyaAllah aku akan buat simple GA lagi sempena birthday encik adiey yang bakal muncul tiba x lama lagi..


sumber: google

Konsep GA simple.. kali ni maybe aku akan buat beberapa soalan mudah dan peserta kena bagi jawapan pada kotak komen sahaja, x perlu create entry untuk join GA ni.. mudah kan? cuma soalan jer belum sempat terfikir buat masa ni.. takut pulak nak buat soalan susah2 sebab nanti x ada pulak yang nak join.. hahahaha.. ada ker nak join? hihihi
 
Soalan apa yang best ditanya eh??

Nota Cinta: berharap agar sambutan hari jadi kali ni membawa lebih kebahagiaan pada encik suami.. insyaAllah..


Photobucket

Tuesday, October 25, 2011

Pemenang aDieyZa 1 Dekad GiveAway


Setelah 4 hari  aDieyZa 1 Dekad GiveAway melabuhkan tirainya, baru hari ni berkesempatan untuk umumkan pemenangnya.. Alhamdulillah sebab ramai yang sudi join GA ni.. jom sama2 kita check pemenang bertuah untuk GA ni..

Tahniah diucapkan untuk 



Kak Atie @ azatiesayang!!






Tahniah untuk Kak Tie sebab menjadi pemenang bertuah untuk aDieyZa 1 Dekad GiveAway.. random.org terus jer jer keluarkan result no.1.. memang bertuah la kan!

Tahniah juga buat Kak Tie sebab baru saja menyambut ulangtahun kedua blognya yang tersayang.. teruskan usaha Kak Tie untuk menghasilkan lebih banyak entry yang best2 yer.. teruskan buat zana terliur dengan gambar2 makanan hasil tangan Kak Tie tu.. hihihi..

Kepada yang lain, terima kasih sebab join GA tu.. insyaAllah kalau ada rezeki, aku akan buat GA lagi.. tq so much semua!
 
P/S: jom terjah blog Kak Tie
 
Photobucket