Dulu aku ada wat entry pasal Semangat Anak Merdeka (post) .. ada jugak entry tentang Merdeka Raya Edisi Keluarga Zana Adieyza (post) .. tapi kedua2 entry tu banyak gambar jer.. gambar tentang suasana rumah aku yang sentiasa dipenuhi bendera Malaysia.. tapi kat entry tu aku x banyak cerita details.. so kali ni aku nak cerita cikit la tentang kenapa rumah aku kat kampung tu penuh banyak bendera Malaysia..
Abah aku memang ANAK MERDEKA.. dilahirkan pada 31 Ogos 1957.. betul2 hari negara Malaysia mencapai kemerdekaan.. jadinya semangat abah terhadap Hari Merdeka ni memang terlebih sesangat..
Abah ada join jugak aktiviti bawah Kelab Anak Merdeka.. macam2 aktiviti la yang dia join.. bertambah best bila orang Jabatan Penerangan Malaysia dekat daerah kampung aku tu memang selalu contact abah untuk bagitau info2 terbaru tentang aktiviti kemerdekaan ni..
Tahun lepas, orang kat Jab.Penerangan tu suruh abah masuk Pertandingan Keceriaan Merdeka kategori rumah individu.. abah pun sajer2 la masuk pertandingan tu.. kena hias rumah dengan konsep kemerdekaan..
Abah hias cikit2 jer untuk pertandingan tu since rumah kat kampung tu memang sedia banyak bendera tergantung.. sampaikan kalau orang nak cari rumah kitaorang pun, orang kampung akan kata, "ala, rumah yang banyak bendera tu.. rumah yang ada bendera banyak kat atas bumbung tu.."
Rezeki abah dalam pertandingan tu nampaknya ada.. orang Jab. Penerangan Negeri Sembilan call abah bagitau yang abah menang Anugerah Terbaik dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka Kategori Individu Peringkat Negeri Sembilan..
Syukur Alhamdulillah... rezeki anak merdeka nampaknya..
Untuk pertandingan ni, abah dapat Sijil Penghargaan dan Trofi yang disampaikan oleh Menteri Penerangan Malaysia, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.. gambar masa penyampaian hadiah ni kitaorang belum dapat tengok lagi.. masih dekat Jab. Penerangan lagi..
Kemenangan ni memang menjadi kebanggaan buat abah dan kitoarang sekeluarga.. walaupun menang peringkat Negeri Sembilan jer dan bukan peringkat kebangsaan, tapi abah tetap tersenyum bahagia dengan kemenangan ni..
Abah kata niat dia nak masuk pertandingan tu sebenarnya bukanlah untuk menang tapi untuk tunjukkan semangat anak merdeka dia.. masa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, abah beria2 nak bergambar kat luar rumah.. katanya, biar gambar raya tu nampak suasana rumah kitaorang yang meriah dengan macam2 bendera.. lagipun raya tahun lepas kan disambut sehari sebelum Hari Merdeka.. tu yang tema gambar raya "MerdekaRaya".. hihihi..
So tahniah pada abah di atas kejayaan ni.. tahniah juga pada emak sebab sentiasa sokong abah untuk masuk pertandingan ni..
Nota Cinta: setiap tahun family kitaorang memang semangat nak sambut Hari Merdeka!
rasa mcm pernah tengok rumah zana ni..samada kat paper or tv...memang pernah tgk...tapi tak ingat bila...
ReplyDeleteAbah ida lahir pada 27.7.1957... Sebulan awal dari abah zana kan? hehehe.....
ReplyDeleteSemangat!! Semangat Abah Zana!!! hihi
tahniah buat keluarga zana...
ReplyDeleteWahhhh tahniah to abah zana... seronok tgk suasana rumah yg penuh dgn bendera malaysia..(^_^)
ReplyDeletetahniah utk zana sekeluarga.. meriah umah! suka2! abah fara 26.3.1957.. awal 5bulan dr abah zana hihihi ^^
ReplyDeletesenangla cik fadh nk dtg beraya uma akak nnt..cari rumah yg bnyak bendera..hihi..
ReplyDeletemeriahnyer uols
ReplyDeletesukerrrr
eh same la date bufday my mom pun
lahir masa merdeka alhamdulliah
wah...meriahnya umahnya umah family zana...sonok gak ek..
ReplyDelete