Showing posts with label LoVeLy StuFF. Show all posts
Showing posts with label LoVeLy StuFF. Show all posts
Friday, September 26, 2014
Fashion Tudung Bawal Aidijuma (AJ)
Tuesday, September 23, 2014
Apa ada dalam bag saya?
Tuesday, August 12, 2014
iPod Touch "Zana Adieyza" - Hadiah Birthday Saya!
(VIDEO DARIPADA YOUTUBE ADIEYZA ZANA)
Alhamdulillah.. dapat iPod Touch! tak pernah terfikir sebab tak tau guna dan tak ambik pusing benda tu macam mana & untuk apa.. hahaha... sekali dapat, tercengang jap.. sekali pusing belakang iPod Touch tu, nangisssss jap...
Ada nama kita "Zana Adieyza"
Ya Allah, terasa macam terus ada satu perasaan "cinta" yang mengalir dekat iPod Touch tu.. bila ada nama kita dekat barang yang kita dapat, rasa macam sesuatu sangattttttt.. rasa macam, "eh, ni saya punya tau.. ada nama saya"... hahahhaha.. gitulah rasanya...
Tanya Encik Adiey kenapa alamat luar negara, bukan dalam Malaysia? sebab kedai Apple tu ada yo kek Alamanda tu ha.. apasal sampai nak luar negara lak??? rupanya sebab nak tempah engraving/ukiran nama aku dekat iPod Touch tu lah yang sampai ke luar negara.. sebab kalau beli direct dekat kedai Apple, tak boleh buat engraving ni.. kalau nak ada engraving ni, beli melalui online (either phone call or online system) then request buat engraving tu..
So, iPod Touch yang request nak buat engraving tu memang akan dibuat terus dekat oversea tu sebelum dipos ke Malaysia.. so sebab tulah alamat sender dari oversea.. maka, terjawab sudah part sender tu..
Part seterusnya, aku tanya la kenapa iPod Touch? Dia kata sebab aku selalu bising kata nak masuk lagu banyak tak boleh kat Note II tu sebab ada 16gb jer then bila buat routine business Shaklee, bateri cepat habis.. aku jugak selalu mengadu anak buah suka main phone Note II tu sampai aku tak sempat nak belek pun phone sendiri.. nak belikan phone aku memang dari dulu kata tak suka ada 2 nombor.. since Note II memang masih elok lagi, so dia x nak la beli phone lagi kan.. iPod Touch kan senang, tak payah ada simcard.. so, settle part kenapa iPod Touch yang dipilih sebagai hadiah..
Part terakhir ni lagi best.. part nak pakai.. aku mana pernah pakai brand Apple ni haaaa.. tanyalah dekat orang yang hadiahkan.. dia pun tak tauuuuuu.. hahahaha.. sebab dia kata dia survey bab harga, kegunaan dan kelebihan jer.. bab cara guna dia tak survey.. hahahha..
Sudahnya, semalam menujulah kami ke dealer Apple dekat Alamanda tu ha.. bagitau diaorang yang mintak ajar nak guna.. daftar Apple ID dan iTunes dekat situ.. kalau tak dafatr memang tak boleh guna.. kat situlah aku tanya macam2.. orang yang bagi pulak sibuk tanya pekerja sorang lagi tentang iPhone 6 yang nak keluar tak lama lagi.. hai bang, bagi hint mintak iPhone sebab dah bagi saya iPod ke? hahahahha.. macam ada udang di sebalik mee jer ni.. hahahhaha..
Lepas dah belajar dan try cikit2 kat kedai tu, barulah rasa yakin cikit.. yerlah, aku rasa system android dengan apple ni macam jauh beza gak la.. kekok cikit nak guna.. nanti kalau aku dah pandai guna, aku review kat sini eh.. hehehe..
Alhamdulillah.. selamat berjasa wahai iPod Touch! semoga 64gb tu diisi dengan sebaik mungkin.. semoga nama Zana Adieyza dekat iPod tu akan memberikan satu rasa "cinta" yang berpanjangan di antara kami berdua.. cewahhhh!
Terima kasih sayang!
Monday, February 10, 2014
Penyu Pink Untuk Pinky Girl Acu Zana
Shopping kat Kuala Terengganu hari tu, belikan penyu pink untuk 2 anak dara aku.. tak sangka, Alya yang x suka peluk2 teddy bear before ni pun jadi suka peluk penyu pink tu.. so sweet tau budak comel sorang tu..
Yang kelakarnya, anak buah sulung aku Intan tu suruh Alya panggil penyu pink tu "Nyunyu".. tapi Alya panggil "Nyonyot".. hahaha.. gelak besar kitaorang masa tu.. tapi dah lama2 dia pandai sebut "Nyunyu".. so cute bila sebut..
Serius, kalau tengok gambar budak berdua ni, rasa macam bahagia sangat2.. terasa macam betapa bahagianya bila dapat peluk & cium diaorang berdua ni.. terlalu manja sampaikan rasa nak culik diaorang bawak balik rumah aku.. hehehe..
Salam sayang untuk semua
❤ Zana Adieyza ❤
Thursday, October 3, 2013
Bantal Mulut Seksi Yang Menggoda
Wah, tajuk tak beragak.. kontroversi pulak nanti.. hehehe..
Just nak cerita yang dah beberapa bulan ni bantal mulut seksi hari2 menjadi rebutan antara aku & Encik Adiey.. hihihi.. tapi aku jeles woo kalau Encik Adiey peluk bantal ni lama2.. hahaha.. *dengan bantal pun nak jeles ke?
Bantal mulut seksi ni beli masa cuti2 kat USS, Singapore.. *baru perasan entry ke Singapore tak buat pun lagi.. hahahaha..
Encik Adiey kata pilih satu barang yang aku suka utk kenang-kenangan.. nampak bantal merah menyala ni dari jauh.. menggoda sungguh! Tu yang terus Encik Adiey belikan.. *sebab aku tergoda tengok bantal ni seksi sangat sampaikan nak sangat beli bantal ni la aku jeles bila Encik Adiey nak peluk2 bantal seksi ni tau.. hahaha..
Ada gambar jelas bantal ni dekat kamera DSLR, tapi tak sempat transfer lagi.. dah transfer nanti aku letak kat sini eh.. *entry dapat hadiah kamera ni pun tak cerita lagi.. ohoiii, banyaknya entry tertunggak!
So, siapa gie USS, Singapore nanti boleh beli bantal mulut seksi ni yer.. eh, silap2 kat Malaysia ni pun berlambak2 ada jual? Hahahaha..
Salam sayang utk semua!!
Wednesday, May 29, 2013
WordLess Wednesday - Rak Telur
Wednesday, February 27, 2013
WordLess Wednesday - Koleksi Fridge Magnet aDieyZa
Wednesday, January 23, 2013
WordLess Wednesday - Samsung Galaxy Note II
Tuesday, January 22, 2013
Birthday Encik Adiey : Surprise, Hadiah, Pavlova!!
20 Januari 2013, genap Encik Adiey
30 tahun.. Syukur Alhamdulillah kerana di ketika tarikh bermakna tu, aku masih
berada di sisi dia untuk menjaga dan menyayangi dia..
Sama macam pasangan lain, genap
pukul 12malam terus nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia.. walaupun suara x
sedap, belasah jer lah! Masa tu memang kitaorang belum tido lagi sebab masing2
tengah layan drama kat tv.. lepas nyanyi, terus post e-card birthday kat FB.. buat e-card tu
10minit sebelum pukul 12 malam.. hihihi..
X kisah la orang kata e-card tu simple
sangat ke apa.. janji aku buat dengan hati yang ikhlas & penuh kasih
sayang.. *pergh, ayat nak sweet sokmo la
kononnya kan??
Masa nak masuk tido tu, puaslah fikir nak
bagi hadiah dia bila.. cadangnya nak bagi petang2 cikit.. tapi sebab aku mood
over excited, so bagilah hadiah dia malam tu jugak..
Letak hadiah kat atas katil sebelum dia
masuk bilik.. tak balut! tak ada kad! Giler pemalas punya isteri.. hahaha..nasib
baik hadiah tu ada kotaknya.. kalau x ada kotak, letak kosong macam tu jer la
kot..hehehe..
Note II.. a special birthday gift
for his 30th birthday!
Encik Adiey nampak sangat teruja dengan hadiah tu.. rasa nak mengalir air mata bila berkali2 dia mengucup dahi
aku sambil ucap terima kasih.. *sesungguhnya kerana sikap menghargai dialah yang membuatkan aku makin jatuh cinta dengan dia setiap hari!!!
Kenapa beli hadiah Note II? Later kita story la eh.. sebab macam panjang lagi jer entry ni.. nanti korang bosan pulak.. hehehe..
Bangun pagi tu agak sedih sebab
birthday boy tu demam la pulak.. lepas solat Subuh, mandi & Encik Adiey
request nak makan roti canai sardin.. selera orang demam hanyalah roti canai sardin..
Masa breakfast kat luar, Encik Adiey
x perasan yang aku asyik berbalas sms dengan seseorang.. sms dengan seseorang
untuk birthday surprise.. nasib masa tu dia x banyak tanya..
Balik rumah, x bagi Encik Adiey
tukar baju.. dengan alasan nak ambik gambar dia dengan Note II tu.. padahal
sebenarnya aku nak tunggu seseorang hantar surprise kat Encik Adiey.. orang tu
dah otw nak datang rumah..
Sambil tunggu orang tu, aku buat2
suruh dia explore Note II tu sambil aku ambik gambar dia.. punyalah banyak aku
ambik gambar dia masa tu! Sebab orang yg nak tolong surprisekan tu x sampai
lagi..
Tetiba dengar orang bagi salam.. aku
sajer suruh Encik Adiey gie bukak pintu.. aku ingatkan dia terus bukak, tapi
dia gie tengok dulu kat teropong pintu!! Terus dia pandang aku yg kat belakang
dia then bagitau, “baby order kek eh???”
Muka Encik Adiey masa tu ada
terkejut & senyum x henti2.. serius rasa seronok tengok senyuman dia tu..
Pavlova for his 30th
birthday!! Sangat2 sedap!! Entry pavlova ni kita buat entry lain eh.. macam
panjang sangat kalau buat 1 entry.. hehehe..
Petang tu cadangnya nak pergi
celebrate birthday dia.. tapi dia makin x sihat.. so just makan2 simple..
selera petang tu hanyalah chicken chop.. lepas makan terus balik rumah..
Nanti ada masa nak bawak jugaklah
dia makan kat mana2 tempat yg dia suka sebab masa birthday dia tu memang dia
demam yg agak panas just dia cuba untuk bertahan.. nasib baik esoknya masa gie
klinik doctor bagi MC.. so dia boleh rest puas2 kat rumah sambil explore his
new gadget.. hehehe..
Monday, November 5, 2012
Rantai Loket Love - Hadiah Kenangan Zaman Bercinta
Wednesday, September 12, 2012
Hadiah Birthday Zana Adieyza
Entry ni patutnya keluar sebulan yang lepas.. tapi, memandangkan tuan blog pemalas nak update, jadinya keluarlah entry ni sebulan selepas kejadian tersebut berlaku.. * hehehehe.. ampunkan tuan blog.. dia memang suka tangguh2 entry..
Sebulan yang lalu, genaplah umur tuan blog ni 26 tahun.. kali ketiga sambut birthday sebagai seorang isteri.. harapnya tahun depan sambut birthday sebagai seorang mama.. insyaAllah...
Tahun ni dapat 2 hadiah daripada Encik Adiey.. syukur Alhamdulillah..
Encik Adiey macam tau2 pulak yang aku memang tengah nak cari kasut masa tu.. maklumlah masa birthday aku tu kan nak dekat raya..
Kasut tu aku pernah survey dan try beberapa bulan sebelum birthday aku.. tapi masa tu x nak beli sebab x ada offer.. hahahha... x mo bayar mahal, sanggup nak tunggu offer la kononnya.. tapi, kalau dah rezeki namanya, last2 x payah tunggu offer pun dah dimurahkan rezeki dapat sebagai hadiah..
Memang design yang sama cuma warna jer beza.. yang aku cuba warna grey, tapi yang aku dapat warna gold.. Encik Adiey kata warna grey x ada size aku.. hehehe.. gold pun ok what?
Encik Adiey beli heel pun still aku x dapat nak berdiri sama tinggi dengan dia.. hahaha.. kasut ni selesa sangat ok! kalau pakai lama pun x rasa macam pakai heel.. terbaik!
Encik Adiey juga seolah2 tau yang aku perlukan wallet baru.. agaknya sebab aku selalu belek2 wallet masa tengah shopping.. * ni boleh dikatakan strategy aku menjadi la.. hahhaha.. sssshhhhhh, jangan bagitau Encik Adiey strategy aku tu k...
Wednesday, July 25, 2012
Mug, Coaster & Kurma Daripada Perdana Menteri
Wednesday, July 18, 2012
Thursday, July 12, 2012
Fridge Magnet San Diego
Seronoknya dapat hadiah fridge magnet!!
Fridge Magnet San Diego yang super cool!!! i likeeeeeeee...
Terima kasih boss sebab selalu ingat dekat semua staff.. x pernah lupa untuk beli ole2 untuk kami semua.. semoga boss terus dimurahkan rezeki hendaknya..
Jangan x tau yang kebanyakan koleksi FM aku adalah cenderahati daripada boss tu.. yang bertambah best, boss yang sorang ni memang pandai pilih FM yang cantik2 tau!
Nota cinta: yang teruja dapat FM cantik!
Subscribe to:
Posts (Atom)















.jpg)
.jpg)
.jpg)














