Monday, May 20, 2013

Hari Isnin Saya.....

Hari Isnin yang agak meletihkan...

Minggu lepas sibuk di kampung halaman dengan kenduri kahwin adk ipar.. kenduri kali ni aku memang tak sempat nak snap gambar.. harap gambar kat photographer jer la.. semua biras sibuk dengan anak kecik.. makanya, sebagai seorang menantu yang belum beranak lagi ni kenalah tolong lebih cikit.. kena tolak ansur la dengan biras2 yang lain kan.. 

Habis kenduri pukul 3 petang hari Sabtu.. pukul 4 petang aku dah sakit kepala! sakit sangat2! seorang biras, seorang adik ipar, mak mertua dan Encik Adiey urut kepala aku secara bergilir-gilir.. tapi sakitnya hilang 10 minit lepas tu jadi balik.. nak tidur jer masa tu, tapi orang lain tengah sibuk mengemas & memasak tak kan la aku nak tidur kan?? so, rest jer dekat ruang tamu.. 

Masa ni semua paksa makan panadol.. aku ni x suka dah nak makan2 panadol ni.. stok vitamin Shaklee aku boleh pulak tertinggal kat rumah.. masa hari Sabtu tu kiranya dah 3 hari aku tak makan vitamin.. tapi, bila dah pukul 10 malam masih lagi sakit sangat2, terpaksalah aku makan jugak panadol.. hukhuk..

Semalam, badan dah mula rasa tak sihat.. cuaca panas.. ditambah badan letih lagi dengan kenduri kahwin tu.. tambah pulak dah 3 hari tak makan vitamin Shaklee.. so memang pakej la untuk aku rasa petanda nak demam tu...

Hari ni, demam pun menjenguk.. badan rasa sakit-sakit.. selsema dan sakit tekak pun dah mula menyapa.. harap-harap cepat sembuh.. tak selesa sangat bila nak buat kerja dengan badan yg tak sihat ni.. 

Nanti free aku update lagi.. tu pun kalau larat.. take care guys!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

11 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..