Showing posts with label PenGaPiT. Show all posts
Showing posts with label PenGaPiT. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

WordLess Wednesday - Wallpaper PC


Suka letak wallpaper gambar kahwin atau gambar romantik-romantik.. bersemangat nak buat kerja!! Kalau tengah merajuk, tengok gambar tu terus hilang rasa merajuk tu.. nak rasa marah jauh sekali.. hihihi.. 

Lain orang, lain citarasanya kan?? Wallpaper PC kerja korang pulak macam mana?


Nota cinta : lama x update sebab tuntutan kerja yang banyak di hujung tahun.. orang lain sibuk urusakan anak sekolah, jadi kita yang belum ada anak ni mengalah la x payah bercuti.. hohoho..


Photobucket

Wednesday, June 8, 2011

Pengapit Encik Suami Kahwin!!


Hari ni aku nak update tentang aktiviti masa weekend hari tu.. hari Ahad aku & encik suami pergi Muadzam Shah, Pahang.. ada majlis kahwin yg penting untuk dihadiri.. majlis kahwin pengapit encik suami.. disebabkan masa kitaorang kahwin 3 hari berturut2 dia bertungkus lumus untuk majlis kahwin kitaorang, so haruslah kitaorang pergi majlis kahwin dia kan..

Sampai Muadzam pukul 12.. terus makan sebab pagi x sempat nak breakfast.. makanan adalah super sedap!!! sedap sampai lupa nak snap gambar makanan.. tapi memang serius sedap.. teringat2 sampai sekarang..

Pengantin mula berarak pukul 1.30 tghr.. seronok jer waktu ni sebab teringat kenangan kitaorang kahwin 10 bulan lepas.. sekejap jer masa berlalu.. sekarang ni pengapit encik suami dah kahwin.. tinggal pengapit aku jer belum lagi, single & available.. hihihi..




Untuk Cha & Ima, Selamat Pengantinn Baru!!! Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..


P/S: gambar tuan punya blog bersama pengantin x sempat nak transfer lagi.. tapi rasa segan pulak nak upload gambar terbaru sebab makin booolat.. hihihi


Friday, July 16, 2010

Bachelorette Date


Semalam ambik kesempatan utk date dgn bakal pengapit.. just kuar berdua.. plan nak kuar ni pun dr bakal pengapit..

Date hari Khamis mlm Jumaat dh mcm ladies night lak ye.. hehehe.. tp kitaorg xbuat bnda yg xbaik ye.. just kuar mkn, jln2 n ambik gmbr jer..

Mula2 Balqish bwk aku gie Sunway Pyramid.. sampai sana xtau lak nak mkn katner.. but Balqish bgtau nak gie tmpt yg boleh aku ingat sampai bila2..

Then aku nmpk info ttg Full House Restaurant!! wah, mula teruja ye.. sbbnya aku x pernah gie.. plus, ptg smlm aku siap comment kat fb member aku bincang ttg Full House ni.. hahaha.. (korang yg dh biasa gie jgn gelakkan aku ye..hehehe)

Punyalah aku excited tgk deco kat Full House tu sampai aku nak order pun ambik masa yg lama.. leka sgt tgk deco kat situ.. deco off white mmg terbaik!!!

Sambil mkn pun muka senyum jer.. thanks Balqish sbb sudi layan karenah aku.. hehe..




Pic byk upload kat fb jer.. nak letak dlm blog semua takut org muak lak.. hehehe..

Then gie Jusco.. Balqish belikan "sesuatu" utk aku.. Balqish buat aku rasa "malu" lak.. apapun, aku suka dgn "sesuatu" tu.. hehehe

Balik Jusco, kitaorg trs gerak gie i-City Shah Alam.. sampai sana posing xhenti ye.. gelak sana, gelak sini.. mmg happy..




Sampai rumah pkl 1.15pagi.. cuci muka semua then tido pkl 1.30.. penat but aku happy!!

Lepas ni dah xboleh kuar sesuka hati mcm ni.. nak kena tanya cik adiey dulu if nak kuar kan.. so, mmg mlm td ambik peluang habis2an la.. hehehe..

Rasa mcm xcaye lg 7 hari aku akan bertukar status dr Cik Zana kpd Puan Zana.. tp dalam hati berbunga2 riang ye..

Bersyukur kerana diberi peluang utk merasai kebahagiaan ni..

-aDieyZa-

Thursday, June 10, 2010

HaRi BerSaMa PenGaPiT & LaGenDa BuDaK SeTaN


Semalam adalah hari bersama pengapit bg aku & cik adiey..

Kitaorg decide utk spent time masa bersama bakal pengapit kitaorg since diaorg merupakan org penting dlm majlis LoVeLyDaY nnti.. diaorg lah yg akan pastikan aku & cik adiey sentiasa ok sepanjang majlis tu nnti..

So smlm lps blk kerja, bakal pengapit nak mkn kat SR.. lps dh mkn & borak panjang, kitaorg terus balik rumah..
Dalam pkl 9 lebih, kitaorg kuar gie Alamanda since aku dah tempah tiket wayang utk aku & bkl pengapit..

Aku tempah tiket citer "LAGENDA BUDAK SETAN".. kitaorg mmg excited nak tgk citer ni.. sebab semua kata citer ni best..


Movie start pkl 10.30mlm.. movie yg membuatkan air mata mengalir.. hehehehe.. giler jiwang la aku & bakal pengapit ni kan..

Sepanjang citer tu ramai jer aweks2 yg teresak2.. masing2 pegang tisu ok.. cik abg kat sebelah bantai gelak sbb awek2 tangkap leleh tgk citer ni.. lantak la diaorg nak gelak ke apa, yg penting kitaorg feel ok tgk citer ni..

Kesimpulannya mmg x rugi la tgk citer ni.. berbaloi2..

Byk adegan romantis yg membuatkan hati perempuan berbunga2.. byk gak adegan2 sedih yg membuatkan jiwa perempuan terasa sayu.. kalau gie dgn bf, tunang or suami lg feel romantik kot.. hehehehe..

Cik adiey & bkl pengapitnya ada agenda & aktiviti lain.. mmg dh decide xmo kuar sama.. biar masing2 layan pengapit bak putera & puteri raja..

Aku & cik adiey pilih diaorg jd pengapit sbb diaorg mmg memahami kitaorg.. so, nnti diaorg xdelah mcm blurr jer bila nak jd pengapit kitaorg since masing2 dh faham perangai masing2..

Lgpun hr2 dh jumpa diaorg, so makin rapat la kan.. dh kata 1 office, so mstilah jumpa hr2 kan..

Korang pilih pengapit berdasarkan apa eh?? Sbb rumah dia dekat dgn rumah korang ke?? or sbb korang kwn baik?? or sbb diaorg tu sedara mara korang?? xpun sbb korang dh janji dr kecik yg kalau kahwin, msti dia yg jd pengapit korang??

Xkisah la sape pun yg akan jd pengapit kita kan.. yg penting kita selesa dgn org tu.. dan yg penting diaorg pun rela korbankan masa & tenaga semata2 utk pastikan hari bahagia kita berjalan lancar..

So, hargailah bakal pengapit anda!!!