Monday, January 16, 2012

Tutorial Embedded Comment Di Blog

First time buat entry tutorial.. sajer nak uji diri sendiri dengan buat entry tutorial ni.. kesimpulannya, leceh gak nak buat entry tutorial ni.. hihihi.. so aku respect la kat sape yang rajin buat entry tutorial tu..  hihihi..

Tutorial ni biasa2 jer.. maybe dah ramai tau.. tapi aku baru tau.. sebab teruja, tu yang mengada2 nak buat entry tutorial ni.. hihihi..

Tutorial untuk komen berangkai.. contohnya macam kat blog aku sekarang ni, aku tukar setting dari popup window comment kepada embedded comment.. pop-up senang gak, ramai yang guna setting tu.. 

Tapi aku ni macam lagi senang nak reply terus komen yang blogger komen kat entry aku.. eh, macam berbelit lak ayat aku ni.. hope korang faham la yer apa yang aku cuba maksudkan.. hihihi.. maybe korang lagi senang nak faham bila tengok gambar tutorial aku ni kot..



So, meh layan tutorial untuk Embedded Comment!

Step 1, pergi ke bahagian dashboard then click setting




Step 2, cari tab comments then click kat tab comments tu..






Step 3, tick kat kotak embedded below post




Step terakhir, save! dah siap...


Mungkin ada yang rasa lebih senang guna pop-up window.. tapi aku sajer nak pilih setting ni untuk make sure aku lebih rajin reply semua komen blogger yang sudi komen kat entry aku.. lain orang, lain citarasanya kan?

Nota Cinta : selamat mencuba!


Photobucket

Idea!



Tak ada idea nak update entry apa..

Tak ada idea nak buat GA birthday konsep apa..

Tak ada idea! so marilah kita memerah otak untuk lebih banyak berfikir..

Nota Cinta: sorry, entry kosong di pagi hari..

 
Photobucket

Sunday, January 15, 2012

Wanita Cantik

Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-Mu Ya Allah..

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

"walau sesukar mana ujian mendatang, perlukan kekuatan untuk menghadapinya.."

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa?
kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

"jangan biarkan tekanan mengganggu kehidupan kita.."

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

"biarlah hati menangis, namun senyuman perlu diukir.."


4)TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

"cekalkan hati di saat kita teraniya.."


5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

"belajar memaafkan kesalahan orang lain walaupun hati merintih pedih.."


6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

"ikhlas menyayangi dan berkorban tanpa mengharap balasan.."


7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

"yakin bahawa Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk diri kita.."






Photobucket

Saturday, January 14, 2012

Ketentuan Allah



Kita hanya mampu merancang, namun segalanya adalah ketentuan Allah..

Siapalah kita untuk menghalang takdir dan ketentuan Yang Maha Esa? kita hanya mampu berusaha & merancang, namun semuanya telah ditentukan oleh Allah..

Semua manusia perlukan pasangan hidup.. semua mahukan jodoh yang sesuai untuk diri masing2.. namun, jodoh Allah itu rahsia.. Allah telah menentukan jodoh yang terbaik untuk kita.. cepat atau lambat, semuanya ketentuan Allah..

Semua pasangan yang berkahwin inginkan zuriat.. semua mahukan zuriat yang sihat sempurna.. namun, zuriat itu adalah rezeki dari Allah.. Allah lebih megetahui apa yang terbaik untuk pasangan suami isteri tersebut.. cepat atau lambat, semuanya ketentuan Allah..

Nota cinta : percaya dan yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..



Photobucket

Thursday, January 12, 2012

MyDeal - Ampang Super Bowl


Hari tu aku ada beli deal untuk game bowling.. walaupun aku ni main bowling selalu sangat masuk longkang, tapi nak jugak beli deal tu.. hihihi.. dasar perempuan, pantang nampak murah jer nak beli kan..


Tapi malam tu agak kurang jugaklah aku main masuk longkang.. kurang daripada selalu.. selalunya kalau aku main bowling asyik ke longkang jer.. kali ni ada peningkatan 10%.. hahhahahahahhaha... 10% pun nak kecoh macam 100%...
 

Kalau ada deal main bowling ni lagi, harus aku beli cepat2 & banyak2.. sebab untuk 3 game baru RM5.50.. murah habis dah tu!! xdelah rasa rugi sangat bila main masuk longkang sebab bayar harga murah.. kalau selalu tu kena bayar RM21 untuk 3 game tapi asyik ke longkang jer.. issshhh, rugi gile bayar tapi x pandai main kan.. huhuhu..
 
 
Nota Cinta : korang pandai main bowling?
Photobucket