3 hari x update blog.. betul2 bercuti.. betul2 padat dengan aktiviti dan perkara yang perlu diuruskan..
Ni baru lepas menangis.. anak buah yang stay kat rumah aku selama 3 minggu dah balik ke rumah dia semula sebab dia nak kena ambik result PMR minggu depan.. meleleh2 air mata masa salam dia tadi.. emosi sungguh mak cik dia ni.. hahahaha..
Selaku mak cik yang paling rapat dengan dia, memang semua family tau yang kitaorang berdua terlalu rapat.. beza jarak umur 11 tahun jer.. bawak pergi jalan diaorang kata aku ni kakak dia & encik adiey tu abang dia.. bermakna orang sangka kami adik beradik! bermakna jugak orang ingat aku & encik adiey adik beradik.. *tetiba rasa mudanya saya... hihihi..
Walaupun aku selalu bising kat dia sebab dia banyak pasang lagu korea, cerita korea & baca majalah artis korea, tapi aku marah sayang jer sebenarnya.. selagi dia x abaikan pelajaran, aku ok jer.. aku faham perasan budak remaja sebab aku pun pernah remaja kan.. cuma bezanya dulu x ada K-Pop segala ni.. dan tambah lagi aku dulu just fanatik dan obses sangat bercinta dengan encik adiey jer.. hehehehe...
Nanti ada masa aku update lagi eh.. nak sambung nangis jap.. hehehe.. take care guys!!
Pagi tadi dekat Hot FM ada topik pasal "lagu dan anda".. Hot FM tanya lagu apa yang kita tak boleh dengar dan kalau dengar pasti ada kisah disebaliknya..
Terus aku laju2 komen.. tapi komen pendek jer lah sebab macam la Hot FM nak baca sangat komen yang panjang2 tu kan.. hehehe..
Aku komen macam ni,
"Lagu Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo.. sebab lagu tu OST drama Ameera dekat TV3 tentang husband kahwin 2 since 1st wife tak boleh pregnant.. *terus takut drama jadi realiti..
Tak pernah2 komen dekat FB Hot FM sekali aku terus komen.. nampak sangat aku memang tak boleh dengar lagu tu.. hehehe..
Tapi sebenarnya, aku suka lagu tu! suka tapi setiap kali keluar lagu tu aku terus teringat cerita Ameera tu.. adoiiiiii.. tak suka sungguh perasan -ve tu!!
Lepas tu aku macam confuse dengan diri aku.. aku ni x suka lagu tu ke atau x suka drama Ameera tu??? hahahaha...
Kalau dengar lagu tu dalam kereta dengan Encik Adiey, terus aku pandang muka Encik Adiey sebab nak make sure dia x menyanyi lagu tu..boleh?? Encik Adiey pun jadi pelik nape aku x bagi dia nyanyi lagu tu..
Lepas tu dia suka sakat aku dengan buat-buat aksi macam dia tengah menyanyi lagu tu dalam hati dengan cara dia gerak-gerakkan jari2 dia kat stereng kereta sambil tersenyum2... mencikkkkkkkkkk!! sajer nak buat aku merajuk tau.. tapi sebenarnya aku tau dia sajer nak bergurau jer.. sebab time lagu tu keluar kat radio/TV & dia buat2 nyanyi then aku aku pulak buat2 merajuk, sebenarnya akan ada insiden2 romantik akan berlaku seterusnya.. hehehe...
Sebenarnya lagu tu x bersalah apa pun.. dan sebenarnya lagu tu sangat2 sedap ok!!! tapi setiap kali keluar lagu tu kat radio atau TV mesti aku teringat kisah suami kahwin 2.. serius menyampah dengan perasaan time tu..
Korang ada x lagu yang x boleh didengar? kalau ada, boleh share yer.. mana tau ada lagu yang korang dengar rasa nak menangis ke, rasa nak muntah ke, rasa nak jerit ke..
Hari ni tuan blog bercuti.. sajer ambik cuti sebab nak rehat & uruskan beberapa perkara penting.. memang bukan cuti untuk bersuka ria semata-mata.. *ada jugak yang kata aku cuti sebab nak bersantai, relaks2, makan angin & bersuka ria semata2.. benci lah!!! kalau aku cuti semata2 untuk bersua ria pun kenapa?? aku guna cuti aku kot, bukan guna cuti korang.. adoiiiiiiiiiii...
Cuti daripada hari Isnin sampai hari Khamis.. oh, indahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... walaupun bukan bercuti sebab nak gie jalan2, tapi tetap happy!
Jadi lepas dah ambik cuti 4 hari ni, so baki cuti aku tinggal 16 hari sahaja.. so, pada semua yang kata aku ni banyak sangat cuti, x perlulah jeles2.. lagi beberapa hari pun cuti kita semua akan jadi banyak sebab dah masuk tahun baru 2013 kan... hihihi.. *untuk Eida, xmo jeles2 sebab baki cuti aku sekarang bukan tinggal 20 hari tapi tinggal 16 hari jer.. hihihi
Nanti ada masa aku update lagi yer.. kalau x sempat, aku buat entry auto publish jer la yer.. hehehe.. alah, korang pun bukannya kisah aku update ke x kan? hehehe.. take care guys!