Semalam ada mesyuarat Budget 2013 dengan "Perdana Menteri" kat rumah aku.. "Perdana Menteri" ni hanyalah PM di rumah aku jer, so jangan salah faham tau.. siapa lagi PM kat rumah aku tu kalau bukan Encik Adiey.. hihihi..
Mesyuarat untuk bincang tentang rancangan kewangan untuk keluarga kecil kami.. plan elok2 keadaan kewangan setiap bulan.. yang mana memang tetap setiap tahun & menjadi keperluan, senang cikit nak rancang.. part yang untuk emergency dan kehendak tu payah cikit la kan..
Mula-mula x kecoh mana pun.. sorang pegang kalkulator, sorang pegang pen dengan kertas.. sorang plan, sorang catit dalam buku.. sorang bagi cadangan, sorang lagi tulis dalam buku..
Tapi lama2 jadi kecoh! siap sorang lagi tu keluarkan pulak kalkulator kedua pulak.. kecoh macam la nak buat budget juta2 kan?? hahahha.. punyalah masing-masing nak keluarkan usul.. yang PM (Encik Adiey) asyik x setuju jer dengan cadangan Menteri Kewangan (aku lah tu!).. dah tu kalau Menteri Kewangan kerjanya nak habiskan duit jer memang la PM marah kan?? huhuhu..
Tapi kecoh-kecoh tu bukan bergaduh yer.. cuma ada drama mintak usul dan cadangan diterima.. nasib baik banyak jugak usul Menteri Kewangan yang diterima PM.. hehehehe..
Lepas habis sesi berdebat, boleh pulak masing2 gelak sebab suasana kecoh nak buat budget tahunan ni baru puluh-puluh ribu jer tapi kecohnya macam puluh-puluh juta jer.. hahahaha..
Lega bila dah siap buat budget tahunan.. harapnya kurang la sikap membazir aku tu.. hehehe.. dan besarlah harapan PM aku tu untuk tengok Menteri Kewangan dia rajin menyimpan.. *dan memang salah 1 harapan tahun 2013 aku ni untuk rajin menyimpan.. simpanan tu penting untuk waktu-waktu kecemasan..
Korang dah buat belanjawan tahunan belum? kalau belum, boleh la cuba buat.. buat belanjawan bulanan pun lagi senang sebenarnya.. asalkan kita tau ke mana duit kita tu mengalir.. dari situ kita boleh agak jumlah pendapatan dan perbelanjaan yg sepatutnya.. :)
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~aDieyZa~
Untuk amalan pertama, kita digalakkan untuk memandangkan orang dengan penuh rasa kasih sayang.. bukan maksudnya berkasih sayang sampai bercinta.. *takut ada pulak yang pandang isteri orang lain dengan penuh kasih sayang sampai lupa kat isteri sendiri.. maksud kasih sayang kat sini, cuba penuhkan rasa belas kasihan, prihatin dan saling bantu membantu.. awal pagi kita dah membantu orang lain, insyaAllah kehidupan kita sepanjang hari akan lebih dipermudahkan Allah..
Untuk amalan kedua, kita jangan memandang rendah pada orang lain.. jangan hanya kerana kita ada pangkat, kita lupa pada orang bawah.. jangan ego dan somobong sampaikan orang lain terasa hati dengan sikap kita.. hulurkan senyuman seikhlas hati di awal pagi pada setiap orang.. kalau awal pagi kita rajin senyum, insyaAllah kehidupan kita sepanjang hari akan lebih gembira dan bahagia hendaknya..
Untuk amalan terakhir, kita kena selalu memaafkan kesalahan orang pada kita.. lupakan segala rasa sakit hati, dendam dan marah pada orang lain.. mintak maaf pada orang yang paling dekat dengan kita di awal pagi.. contohnya, suami memaafkan isteri bila bangun dari tidur sambil mencium ubun-ubun isteri dan berdoa yang baik-baik untuk isterinya.. kalau seawal bangun tidur kita dah memaafkan kesalahan orang, insyaAllah sepanjang hari kehidupan kita akan lebih tenang & tenteram..
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~aDieyZa~
Selipar pink Oppan Gangnam Style??
Punyalah fenomena sampai selipar pun letak gambar penyanyi tu.. agaknya kalau pakai selipar tu kita akan terus rasa nak menari2 tarian tu ke?? hihihi.. lokasi Kedai DIY AEON Taman Equien Serdang..
Nampak selipar pink tetiba rasa nak beli selipar pink.. hihihi
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~aDieyZa~
Gambar pertama di tahun 2013..
Update gambar ni dekat facebook semalam.. caption "azam tahun baru nak turunkan berat badan (rasanya setiap tahun ulang azam yg sama.. hahahaha).. tapi hari ni banyak makan.. baru hari pertama misi dah gagal.. apa kes??"
Banyak sebenarnya azam aku tahun 2013 ni.. berharap kalau x semuanya kesampaian, separuh tercapai pun dah bersyukur sangat2.. sebab kebanyakan azam tahun 2013 ni lebih tinggi daripada tahun2 sebelumnya.. hehehe..
Azam 2012 dan 2013 korang macam mana??
Salam sayang buat semua!!
With love,
~aDieyZa~
Mulakan tahun 2013 dengan senyuman..
Mulakan tahun 2013 dengan rasa gembira..
Mulakan tahun 2013 dengan perasaan yang bahagia..
Mulakan tahun 2013 dengan amalan yang baik dan diberkati..
Mulakan tahun 2013 dengan segala kebaikan demi diri dan insan tersayang..
Salam sayang buat semua!!
With love,
~aDieyZa~