Jika sesuatu itu milik kita,
sesulit apapun jalannya,
apapun rintangannya,
pasti akan menjadi milik kita,
kerananya ianya memang milik kita..
Tetapi, jika sesuatu itu bukan milik kita,
walaupun mudah jalannya,
walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya,
tidak akan pernah jadi milik kita,
kerana ianya bukan untuk kita..
Setiap kali berlaku perkara yang tak diingini berlaku dalam hidup aku, aku cuba untuk ingat balik kata2 kat atas tu.. kadang2, kalau hati aku tengah sedih, aku cuba untuk ulang kata2 tu berkali-kali.. memang kata2 tu tak boleh mengubah apa yang telah berlaku.. tapi, kata2 tu boleh mengubah aku untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.. :)
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
Pengalaman kali pertama mengundi.. harus catat dalam blog kan.. kenangan tu babe.. macam kenangan kali pertama bercinta la kiranya.. hehehe..
Semalam, pukul 7.45 pagi lagi aku dah siap.. memang nak mengundi awal sebab aku pergi mengundi sekali dengan kakak aku yang nak balik ke Johor seawal mungkin sebab abang ipar mengundi kat Johor.. semalam pergi naik kereta abah sebab abah dan mak memang bertugas untuk menghantar dan mengambil para pengundi yang nak ke tempat mengundi..
Pusat mengundi aku dekat sekolah rendah aku dulu.. sebelum masuk pintu pagar, kena semak nama dekat kaunter semakan daftar pengundi.. dan diberikan sehelai kertas yang tertera nombor siri dan saluran tempat mengundi.. yang ni sebenarnya dari awal dah boleh tau, tapi prosesnya memang kena check kat kaunter tu, so kita check jer la.. tak sampai seminit urusan dekat kaunter semakan ni.. maybe sebab aku datang awal pagi kan..
Time beratur dekat saluran 5 tu, depan aku ada 10 orang jer.. 7 daripadanya ialah junior sekolah aku.. 2 orang senior aku dan sorang member sekolah aku.. memang tak ramai dan waktu menunggu kat saluran 5 ni hanyalah 10-15 minit..
Once dah masuk tempat pengundian, tetiba aku nampak yang pemerhati tu adalah anak kepada calon yang bertanding.. aku pun boleh dapat rasa dia kenal aku sebab dia senior sekolah aku.. *budget macam semua orang kenal ko eh zana??.. hahaha.. xdelah, aku rasa dia kenal plus bila sebut nama abah aku tu rasanya memang dia akan confirm kenal aku since memang nama abah tu ada 1 jer kat kampung aku.. dan aku pun boleh dapat rasa dia tau aku akan pangkah mana kot.. hukhukhukhuk.. *so adakah undi saya adalah rahsia?? hikhikhik
Masa masuk jer tempat mengundi, terus bagi IC kat pegawai yg bertugas.. bila dia check ada nama aku then terus dia baca nombor bilangan pemilih, nama & no.ic aku.. masa nama aku disebut tu, rasa macam "wah, aku ni dah dewasa sungguh! dah layak nak memilih pemimpin".. *giler poyo perasaan masa tu.. habis ko ingat ko muda lagi ke Zana sampai baru sekarang ko rasa ko tu dah dewasa?? hahaha..
Masa nak calit cari dengan "dakwat kekal", aku berdoa agar orang tu calit cantik jer kat jari aku.. hahaha.. risau kalau comot2 nanti nak masuk blog tak cantik.. hahahaha.. *again, statement poyo daripada aku sebagai seorang blogger.. tapi nasib baik dia calit cantik tau!
Since dah tau nak pangkah parti yang mana, terus jer pangkah X pada kotak yang berkenan.. tapi sebelum tu ada jugak belek kertas mengundi tu.. mana tau ada tanda2 or titik2 yang tak sepatutnya.. nak pangkah pun macam takut terlebih kotak or terkecik sangat.. nanti jadi undi rosak pulak.. eh, 1 undi pun berharga ok!!
Dah selesai mengundi, aku lalu dekat saluran kakak & mak aku.. panjang lagi barisan diaorang.. aku terus keluar dari pusat mengundi tu sebab memang pemerhati tak bagi yang dah mengundi berada di dalam pusat mengundi terlalu lama..
Sementara menunggu kakak dan mak mengundi, ambik gambar tangan dekat dalam kereta.. pelik abah tengok perangai aku.. hahhaa.. pukul 8.45 pagi dah ada kat rumah.. tu pun kalau ikutkan pukul 8.30 dah ada kat rumah tapi sebab menunggu mak dan kakak lama sangat kan..
Maybe aku keluar awal, sebab tu tak perlu beratur panjang.. macam abah aku, dia mengundi pukul 1 tengahari.. lagi sekejap!! maybe sebab tengahari semua orang malas nak beratur panjang2 kan.. akak aku yang nombor dua mengundi petang, ni pun tak berapa ramai.. aku rasa yang ramai tu sekitar pukul 9pagi hingga 12 tengahari.. tu rasanya time kemuncak kot kan..
Semalam gambar jari memang trending kat FB dan Instagram.. bagi aku ok jer.. tu menunjukkan semangat rakyat Malaysia yg keluar mengundi.. tu jugak menunjukkan yg kita yang layak mengundi telah mengundi!!! ini jugak salah satu sumbangan kita sebagai rakyat Malaysia kepada negara..
Jari kami suami isteri.. walaupun duduk sebelah kampung, tapi kami mengundi untuk DUN dan Parlimen yang berbeza2.. adakah kami berdua menyokong parti yang sama?? UNDI KAMI ADALAH RAHSIA!!!
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
Selamat pagi semua.. semoga hari ni dan hari2 mendatang akan membawa lebih banyak kebaikan kepada kita semua.. hari ni just nak kongsi beberapa ayat daripada rakan2 di Facebook tentang keputusan Pilihan Raya Umum 2013.. ayat-ayat ni datangnya daripada sama ada penyokong Kerajaan mahupun Pembangkang..
~ Bila Umat Islam (Malaysia) berpecah, bangsa lain mula mengorak langkah.. ~
~ Redha dengan keputusan sebab apa yang terjadi pasti ada keizinan Allah.. kalau kebenaran tak muncul di dunia, di akhirat nanti pasti ada..~
~ Sebelum mengundi, ramai yang cakap Allah akan menunjukkan kebenaran ini kali.. hope semua dapat terima kemenangan buat ini kali dengan tenang.. sama2 kita doakan negara kita akan terus aman..~
~ Saya nampak hitam, saya tau itu protes.. saya nampak sokongan, saya tau itu pendirian..~
~ Tahniah pada yg menang,, sila pastikan janji-janji manis anda ditepati.. jangan riak sangat bila dapat kuasa.. amanah besar tu Allah akan tanya di akhirat kelak..~
~ Saya cuba memblackoutkan rumah ni, tapi tak dapat.. kenapa ya? Oh, kerana rumah saya bukan tempat mengundi.. lupa..~
~ Kaum lain bersatu.. kamuku berpecah.. kaum lain berpadu, kaumku berbalah.. kaum lain berkemajuan, kaumku masih ketinggalan..~
~ Dari sorok kerusi Parlimen yang PR menang, better sorok kerusi roda Karpal Sigh~
Dan paling banyak ayat dalam FB, ayat ni paling banyak..
ESOK CUTI TAK?? TAK CUTI?? KENAPA??
Apapun keputusannya, kita doakanlah yang terbaik buat negara Malaysia.. semoga Malaysia akan terus aman, makmur, sejahtera dan dilindungi Allah selalu..
"KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA UMUM KE 13"
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
Salam Jumaat semua..
2 hari sebelum menjelangnya pilihanraya.. ini kali pertama aku nak mengundi.. aku malas nak sentuh bab parti politik ni.. masing2 ada pendapat dan kepentingan sendiri.. jadi, kita sebagai rakyat Malaysia patutnya berdoa agar siapa pun pemimpin kita, bumi Malaysia ni sentiasa aman, makmur dan sejahtera.. jauhkan huru hara dan pertelingkahan hendaknya.. berdoa dan terus berdoa agar Malaysia akan terus dilindungi Allah hendaknya..
Petang ni rasanya ramai yang akan balik ke kampung untuk mengundi.. kebanyakan kita rasanya akan mengundi dekat kampung halaman daripada tempat tinggal kita kan.. kalau boleh, kita nak bantu keluarga kat kampung untuk dapat lebih banyak kemudahan.. dekat bandar kan dah banyak kemudahan katanya..
Selamat mengundi untuk semua.. pilihan mengundi adalah di tangan anda.. cuma, sentiasa beringat bahawa pilihan kita tu akan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita dan generasi kita yang akan datang..
Untuk yang pulang ke kampung untuk mengundi, hati2 di jalan raya.. jangan terlalu gopoh ketika memandu k.. sama2 nak balik mengundi, sama2 nak pilih pemimpin.. so, x perlu nak rushing2 sangat..
Dan aku rasa besarlah harapan rakyat Malaysia agar Isnin depan diberikan cuti umum kan.. hihihi.. syoknya kalau dapat cuti.. :)
Kalau ada yang belum mendaftar tu, cepat2lah mendaftar.. walaupun pilihanraya akan datang 5 tahun lagi, tapi x salah kalau mendaftar awal.. ajal maut di tangan Allah.. kalau ada kawasan yang buat pilihanraya kecil, bukan ke kawasan tu akan mengundi sekali lagi.. so kalau kena tempat kita, kita dah boleh mengundi pada masa tu..
Kalau ada yang kata buang masa balik mengundi ni, beringatlah bahawa kita perlukan pemimpin untuk pastikan negara kita ni lebih maju.. kalau tak nak mengundi, jangan kecoh2 nak berpolitik sana sini yer.. ni cakap pasal politik sana sini tapi rupanya tak mengundi pun.. adoooiiiiii...
Semoga pilihan raya kali ni membawa lebih banyak perubahan yang positif buat kita semua.. kena fikir juga untuk generasi akan datang.. :)
~SELAMAT MENGUNDI~
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
Wahai wanita-wanita di luar sana, rasanya betul tak apa yang tertulis kat atas tu? bagi aku, memang betul.. walaupun jarang sekali ianya berlaku dalam kehidupan aku sendiri, tapi aku boleh katakan perkara ni kebanyakannya betul..
Biasalah perempuan kan, mana suka cakap terus terang.. suka bagi hint2.. dapat lelaki (suami) yang faham, ok lah jugak kan.. tapi kalau dapat yang tak berapa nak faham maksud tersirat tu yang agak payah..
Contohnya, kalau kalau perempuan merajuk atau terasa hati, perempuan ni akan cakap "fine" untuk elakkan perkara tu jadi lebih besar.. tapi, besarlah harapan perempuan ni agar lelaki memujuk dan menenangkannya.. dapat yang faham, dapatlah pujuk rayu kan.. dapat yang tak faham? terus ambik penyapu sapu rumah laju2 dengan hati berlagu pilu.. hahahaha...
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~