Thursday, February 16, 2012

Spontaneous Thursday - Dont' Be Sad

 
Lalui hari-hari mendatang dengan kegembiraan.. lupakan segala kesedihan dan kedukaan yang hanya akan menghilangkan senyuman indah di wajah kita..
 
Teruskan berusaha dengan sepenuh hati tanpa mudah patah semangat.. yakinkan diri bahawa kejayaan yang menggembirakan pasti akan muncul disebalik setiap usaha yang kita lakukan..

Nota cinta: kegembiraan akan membuatkan hidup kita lebih bermakna.. smile!!

Photobucket

Wednesday, February 15, 2012

Persamaan. Sila Teka. Dapat Hadiah.






Apa persamaan 2 gambar ni?? sape teka paling cepat, tepat & paling banyak persamaan dapat hadiah.. boleh?? 

Nota cinta: saya makin boooooolat la kan.. gambar kanan adalah gambar terbaru, gambar kiri masa minggu pertama kahwin (tengah honeymoon masa tu yoooo).. tetiba tengok balik entry gie first honeymoon, dengan inai di jari.. aawwwww, mengimbas kenangan lama la pulak..

Photobucket

Kayuhan Mega Hot FM, Karnival WOW & Ekspo Buku Islam 2012 di Putrajaya


Bulan 2 ni banyak betul acara kat Putrajaya ni.. yang akan datang ni ada 3 acara yang bakal memeriahkan Putrajaya..
 



 
Karnival WOW Putrajaya ni memang acara tahunan.. memang meriah.. memang ramai yang datang.. kena pulak tu karnival ni dibuat pada minggu kakitangan awam dapat gaji.. lagilah ramai orang kan.. 
 
Bertambah meriah bila ada hot air balloon.. setiap tahun acara ni memang dapat tarik ramai pengunjung ke Putrajaya.. tapi tak boleh lawan Floria Putrajaya.. yang tu lagilah ramai orang.. so kalau nak tau info lanjut tentang karnival ni, singgah la ke laman web Perbadanan Putrajaya yer..
 





Ekspo Buku Islam Putrajaya ni aku baru jer tau.. nampak menarik jugak.. sebab tahun ni niat nak ke arah pembacaan berilmiah tu nampaknya makin baik.. rasa dah lama jugak x membeli buku2 yang berunsurkan bahan ilmiah.. selalunya asyik beli majalah hiburan, kecantikan dan dekorasi rumah jer..hihihi.. kantoi di situ!
 




Ada lagi 1 acara Kayuhan Mega Hot FM.. acara ni akan diadakan pada 18 Februari 2012 (Sabtu) bermula jam 7.00 malam di Presint 3.. untuk makluman lanjut, boleh la tengok kat laman web Hot FM yer.. aku x dapat banyak info sangat pasal acara ni, cuma dengar kat radio jer..

So, kalau ada yang tak tau nak ke mana hujung2 minggu tu, maybe boleh datang Putrajaya.. lepas berkarnival, boleh la bergambar2 ke.. kalau nak jumpa aku pun boleh.. eh?? perasan ada orang nak jumpa ko la kan cik zana oiiiiiii.. 

Nota Cinta: aku namanya jer duduk Putrajaya, tapi bergambar sekitar Putrajaya xde pun.. nak cari masa untuk berphotoshoot di Putrajaya la..ada yang nak join?? huhuhu..

Photobucket

WordLess Wednesday - aDieyZa HoneyMoon

Selaut kasih

Sepantai sayang..

Segunung rindu..
Nota Cinta : Ya Allah, kekalkan kebahagiaan kami suami isteri dan berkatilah perkahwinan kami Ya Allah..


Photobucket

Tuesday, February 14, 2012

Bersantai Di Pantai Morib



Waktu petang dapat lepak tepi pantai sambil ditemani angin sepoi2 bahasa memang mengasyikan.. dengar bunyi deruman ombak.. tengok anak2 kecil kutip siput tepi pantai..


Leka melihat keseronokan kanak2 bermain layang2 tepi pantai.. jeling2 pasangan kekasih yang berjalan di gigi pantai.. seronok sangat...



Walaupun pantai Morib ni tak sesuai untuk bermandi manda, but still ramai pengunjung kat pantai Morib ni.. ramai jugak yang berkelah kat bawah pokok..



Kat pantai ni, aku dan encik adiey just lepak tepi pantai sambil bergambar kat kawasan pantai.. lepak tepi pantai macam pasangan baru bercinta.. hihihi.. seronok!


Nota Cinta : next entry Gold Coast Morib Resort Water Theme Park



Photobucket