Tuesday, November 27, 2012

Bekerja Secara DIVA, Bukan Berlagak Macam DIVA!!!

Apa perasaan korang kalau ada orang yang sanggup menipu demi nak nampak hebat di mata orang lain??

Apa perasaan korang kalau ada orang yang sanggup tunding jari menyalahkan orang lain sedangkan hakikatnya dia yang bersalah??

Serius aku jadi tak faham dengan orang yang suka membodek ni!!! aku jadi tak faham kenapa ada orang yang sanggup menipu demi nak nampak diri dia sempurna di mata orang lain sedangkan hakikatnya dia ni jenis "depan cakap lain, belakang cakap lain"!!

Berubahlah mengikut peredaran masa.. janganlah bekerja dengan cara kerja yang diamalkan 10-20 tahun lepas.. amalan bodek-membodek ni hanya akan membuatkan orang lain membenci kita.. 

Janganlah kerana nak nampak sempurna sampai sanggup ko ganggu periuk nasi orang lain!! janganlah kerana nak nampak ko tu terlebih rajin sampai sanggup ko pertikaikan kerja orang lain sedangkan hakikatnya kerja yang orang tu buat adalah kerja ko!!!

jangan sampai aku gantung wall hanging ni dekat bilik orang tu sudah!!

 Nota cinta: 
bekerjalah secara DIVA!! mahir dalam banyak perkara, tau dalam segala segi, bijak dalam berfikir dan berkata.. tetapi elakkan diri berlagak macam DIVA!! cakap semua nak menang dan hebat, tapi hakikatnya orang pandang kita seperti tunggul kayu!! *peringatan untuk diri aku sendiri jugak!

Photobucket

Tuesday Blues

Tak pasal2 hari ni jadi "Tuesday Blues".. semuanya gara2 kena pakai tudung korporat Kementerian sebab hari ni ada Perhimpunan Bulanan..




Stress setiap kali pakai tudung ni.. jenis kain tudung yang tersangatlah licin dan susah nak dibentuk.. dengan muka aku yang sedia boooolat ni, makin membooolat bila pakai tudung ni.. *eh, nak salahkan tudung pulak nampak muka booolat.. hihihi..

Maka secara automatik, aku mengisytiharkan bahawa hari ni sebagai Tuesday Bluesssss untuk aku sorang.. korang jangan nak bluessss sangat eh.. senyum selalu tau!!

Will update later!
Photobucket

Monday, November 26, 2012

Majlis Kesyukuran 6 Orang Anak Buah

Alhamdulillah kenduri kesyukuran bagi meraikan 6 orang anak buah berjalan lancar.. walaupun ada kisah sedih sebab abah accident pagi kenduri tu, tapi majlis tetap diteruskan.. sebab semuanya dah siap, tinggal tunggu tetamu datang jer..

So walaupun keadaan abah x mengizinkan untuk berada kat majlis tu, kitaorang tetap kena pastikan majlis diteruskan dan tetamu mendapat layanan yang terbaik..

Sebenarnya kalau ikutkan hati nak cuti jer hari ni sebab kesian dekat abah nak uruskan rumah lepas kenduri.. nasib baik ada 2 orang kakak aku yang memang dah apply cuti sampai hari ni.. nasib baik jugak semua adik beradik dan abang ipar dah bertungkus lumus kemas rumah lepas kenduri sebab risau fikirkan keadaan abah tu.. hope korang sudi doakan abah cepat sembuh yer..

Meriah sangat bila kenduri untuk 6 orang sekaligus.. seronok bila tengok anak2 buah teruja diraikan.. teruja tengok muka mak yang gembira melayan tetamu sambil menyebut2 tentang semua cucu-cucunya.. cerita majlis ni akan diupdate kemudian yer.. sebab hari ni agak sibuk sikit.. baru cuti sehari Jumaat hari tu so banyak perkara kena uruskan dulu..

Salam Isnin semua!! Hope no “Monday Blues” la yer.. 


Photobucket

Friday, November 23, 2012

Musim Durian Di Kampung Halaman!!

Sebelum makan malam, makan durian..
 
Sebelum nak tido. makan durian..
 
Sebelum sarapan, makan durian..
 
Lepas sarapan makan durian..
 
Sebelum makan tengahari makan durian..
 
Kejap lagi lepas makan tengahari pun nak makan durian..
 
Indahnya di kampung!!!! bau durian sentiasa ada dalam rumah.. kejap2 bunyi durian gugur.. kejap2 bunyi durian gugur lagi.. indahnyaaaaaaaaaaaaaaaa perasaan bila musim durian di kampung halaman...
 
Nota cinta: tuan blog bercuti di kampung.. esok ada kenduri majlis berkhatan 3 anak buah lelaki dan kenduri majlis cukur jambul 3 anak buah yang lahir tahun 2012.. sekali 6 orang anak buah punya kenduri mak abah buat.. terbaikkkkkkkkkkkkkk!!
 
Photobucket

Wednesday, November 21, 2012

Mannequin Kepala Untuk Iem Creation

Memandangkan tempahan jahitan manik dekat tudung kakak aku makin bertambah, so dia suruh la aku cari mannequin kepala untuk sarung tudung2 customer dia.. makin ramai yang suka hantar baju dan tudung untuk temapahan manik..

Mannequin Kepala

Aku yang tolong pilih mannequin tu.. banyak design rupanya mannequin ni.. ikut jenis material jugak.. ada yang mahal, ada yang murah.. ada mannequin kepala yang rupanya manis, ada yang comel, ada yang cun.. giler rambang mata aku nak memilihnya.. hahaha.. padahal pilih kepala patung jer pun kan.. 

Mannequin Kepala

Tapi kan, mannequin kepala yang aku beli tu, bila x pakai tudung x nampak sangat comelnya.. tapi bila dah pakai tudung, comel sangat tau! mula2 masa nak buat tempahan, aku rasa macam betul ke aku bagi kod mannequin yang aku nak beli tu sebab bila x pakai tudung nampak biasa, bila pakai tudung comel pulak.. so tips untuk membeli mannequin kepala, tengok gambar patung tu pakai tudung siap2..

Mannequin Kepala

Aku beli mannequin tu daripada Koleksi Ismah.. macam biasalah kan, google yang banyak membantu! banyak gak jumpa orang yg jual, tapi mahal2 jugak.. Koleksi Ismah ni harganya sangat berpatutan yer.. 

Walaupun orang tu duduk Perak, tapi harga mannequin sekali dengan postage lagi murah daripada orang yang jual sekitar Selangor dan KL.. hehehe... macam yang aku beli tu, harga termasuk postage hanyalah RM39!! murah kan?? service pun terbaik.. reply msg dekat FB sangat pantas.. order hari Isnin, hari Rabu dah sampai.. 

Mannequin Kepala

So, kalau sesiapa yang nak beli mannequin, boleh la try2 survey dekat blog atau FB Koleksi Ismah.. mannequin kepala ada, badan ada, mannequin untuk orang dewasa ada, untuk kanak2 ada.. semua ada la!! kalau ada yang nak beli hanger tudung pun ada kat situ.. macam2 jenis hanger lak tu.. 

Nota cinta: kalau ada yang berminat nak tempah jahitan manik pada baju dan tudung, boleh emel untuk pertanyaan lanjut yer
[ adieyza_1110@yahoo.com ] atau add FB Zana Adieyza.. TQ!
Photobucket