Thursday, June 4, 2015
Mutiara Kata Selamat Malam
Allah Uji Tanda Allah Sayang
Kadang-kadang bila kita diuji mulalah hati ni fikir hidup ni susah.. mulalah bayangkan hidup terbeban.. tapi kita lupa, Allah datangkan ujian tu sebab Allah sayang..
Allah nak kita belajar bersabar.. Allah nak kita belajar redha.. Allah nak dengar kita berdoa merayu pada-Nya.. dan Allah nak bagitau yang Allah ingat kita, sebab tu dia bagi kita ujian..
Percaya tak setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.. setiap apa yg kita alami mesti bersebab.. Allah tak kan uji tanpa sebab.. Allah tak kan uji sesuatu yg kita tak mampu tanggung.. Allah bagi ujian sebab Allah nak bagi pahala kat kita..
Bila kita diuji, kita belajar sabar.. sabar pun dapat pahala.. bila diuji, kita jadi semakin rapatkan diri dgn Allah, itukan bagus dan dapat pahala.. bila diuji, kita berusaha utk selesaikan masalah.. Allah suka orang yg berusaha, jadi usaha kita tu Allah suka, ada pahala yg menanti..
Yakin ada ganjaran di penghujung ujian dan kesusahan hidup kita.. jangan pernah putus asa.. Allah tak suka orang yg cpt berputus asa..
Click link di bawah untuk membaca entry motivasi yg lain
Tuesday, June 2, 2015
Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Chicken Chop di Seri Kembangan Selangor
Friday, May 29, 2015
Kata-Kata Motivasi Pagi Hari Jumaat
Thursday, May 28, 2015
Tudung Bawal Aidijuma Pelbagai Gaya
Tudung bawal Aidijuma memang boleh digayakan dengan pelbagai gaya.. walaupun tudung bawal, tapi tudung bawal Aidijuma ni selalunya boleh dijadikan macam shawal jugak.. kadang tu memang tak nampak macam kita pakai tudung bawal Aidijuma tu pun.. dengan harga tudung bawal Aidijuma yang berpatutan dan design yang menarik, penggemar tudung bawal Adijuma sekarang nampaknya semakin bertambah..
Bagi penggemar tudung bawal Aidijuma yang lebih mesra dipanggil AJrians ni, kebanyakannya suka pakai dengan pelbagai gaya berbeza.. kalau masuk dekat group FB AJrians ni, macam2 gaya yang ada.. kadang tu sampai tak terfikir pun boleh pakai tudung bawal Aidjuma sampai jadi macam tu sekali.. kalau aku, memang pakai gaya yang senang jer..
Tapi bestnya tudung bawal Aidijuma ni, kain tudung bawal Aidjuma ni memang mudah sangat dibentuk.. serius! pakailah label apa sekalipun, memang senang nak pakai.. nak pakai tudung bawal jadi gaya biasa lagilah senang, nak jadikan shawl pun senang.. pusing macam mana pun boleh..
Mula2 beli tudung bawal Aidijuma ni memang aku pakai gaya tudung bawal biasa jer.. sebab rasa tak berani nak mencuba.. tapi bila dah tengok macam2 gaya AJrians buat dengan tudung bawal Aidijuma tu terus belajar cikit2.. tapi still tak pandai nak gayakan dengan banyak gaya.. setakat cuba 3,4 style jer la.. jadilah kan.. janji selesa..
Paling basic, pakai jer tudung bawal Aidijuma ni macam tudung bawal biasa dan tak perlu selempangkan hujung tudung tu.. ikat jer hujung tudung tu! ni style yang paling asas tapi digemari oleh ramai AJrians sebab Datin Juma pun memang akan buat style ni untuk setiap kali gambar promosi tudung bawal Aidijuma baru yang akan keluar.. nak lagi nampak menarik, cuba tambah kerongsang kat tengah2 tudung sebagai penambah seri..
Style tudung lipat dua pun senang gak.. lipat jer tudung bawal Aidijuma kepada 2 bahagian.. pakai macam tudung bawal biasa, jadikan bahagian tengah kain tu dekat bahagian muka.. lepas tu jadikan sebelah panjang dan sebelah lagi pendek.. yang panjang bawak ke atas dan kemas kat bahagian tepi.. bahagian pendek tu pin dekat bahu.. style ni selalunya akan nampak tudung macam terpenyek cikit.. tak jadi muncung sangat la bagi muka aku yang sedia bulat ni.. tapi nilah yang nampak lain kan..
Style tudung bawal Aidijuma nampak macam shawl lagi aku suka.. serius kalau pergi kenduri memang aku prefer pakai style ni.. nampak lain.. eh, ke bagi korang sama jer? hahaha.. style ni korang lipat tudung jadi dua gak.. tapi, jangan lipat dua sama rata.. lebihkan 1 bahagian tu dalam 1 inci.. then jadikan bahagian tepi tudung yang lebih 1 inci tadi tu dekat muka.. tepi tudung kan nipis, so bila pakai nampaklah macam shawl.. 1 bahagian panjang, 1 bahagian pendek.. yang panjang tarik ke atas, yang pendek pin kat bahu.. siap!
Ni contoh macam mana 1 tudung yang sama boleh dijadikan pelbagai gaya.. gambar aku pakai seluar bergambar dengan kak long tu aku pakai tudung bawal Aidjuma tu macam biasa jer.. cara yang paling mudah dan asas.. 1 lagi bergambar dengan mak mertua yang mana aku jadikan tudung bawal Aidijuma tu nampak macam shawl..
Since tudung bawal Aidijuma ni ada yang coraknya berbeza dekat 1 helai tudung, so bila pakai pelbagai gaya, tak nampak macam tudung yang sama pun.. macam yang pakai jadi shawl tu, dekat kepala nampak tudung ni lebih kepada peach kan.. yang pakai gaya biasa lebih kepada warna pink.. nampak macam 2 tudung berbeza tapi sebenarnya tudung yang sama..
Sampai bila nak follow trend tudung bawal Aidijuma ni? Aku just beli mana yang aku suka.. takdelah semua design ada.. design hot2 pun tak ada.. just beli mana yang nampak cantik.. then kalau ada warna pink yang memang menarik selalunya memang akan beli.. tak perlu beli semua, ikut minat dan poket jugak.. hehehe :)
Salam sayang untuk semua :)
~ Zana Adieyza ~
Subscribe to:
Posts (Atom)
































