Friday, September 26, 2014

Fashion Tudung Bawal Aidijuma (AJ)

Fashion tudung bawal Aidijuma (AJ) ni baru dalam setahun rasanya popular.. sebelum ni macam agak kurang gak la orang update cerita tentang tudung bawal AJ ni.. tapi apapun, trend tudung bawal ni memang tak kan lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.. dari dulu lagi trend fashion tudung bawal memang popular.. keluarlah macam2 jenis trend fashion tudung, tudung bawal sampai sekarang masih ramai yang pakai.. 



Aku sendiri baru jer nak try pakai tudung AJ ni.. paling seronok, birthday tahun ni pun sambut birthday pakai tudung bawal AJ.. punyalah suka sangat tudung AJ ni kan.. kalau dulu rasa pelik pakai tudung bawal bercorak, tapi lama2 seronok tau!


Start pakai bulan 4 masa pergi cuti-cuti dengan Soulsisters dekat Grand Lexis Port Dickson.. Yannie la yang beria menjebakkan aku beli tudung AJ ni.. masa tu beli 2 helai sebab nak sehelai nak pakai sama2 dengan Yana, Nana, Cinta dan Yannie.. 

Lepas dah cuba sehelai, dah mula beli online dekat website AJ ni.. tapi website AJ jarang ada stok.. kalau ada stok pun sekejap jer dah sold out.. so kadang tu terpaksa order online dengan seller yang ada jual tudung AJ ni.. bayar harga tudung dan harga upah dekat seller.. yerlah, seller dah bersusah payah beratur nak beli stok tudung AJ ni dekat Concept Store (CS) atau Mobile Store, so beruntung la kan.. kita tinggal bayar jer..


Aku pernah sekali pergi CS dekat Central Market.. perghhhh, belum pukul 10 pagi dah beratur panjang kat depan CS.. bukak jer kedai, habis semua borong banyak2.. sekejap jer dah habis stok.. restock pun kejap jer habis lagi.. macam ikan pirana semua nak beli.. lagi2 kalau ada offer kan.. memang berbaloi beli time offer ni.. jimat banyak!


Tudung AJ ni ada beberapa jenis.. Black Label, White Label, Red Label, Green Label, Pink Label dan Blue Label.. nak tau jenis tudung bawal AJ tu, boleh tengok warna label AJ dekat tudung tu warna apa.. kalau black label, label pun warna hitam.. kalau white label, label warna putih.. 


BALCK LABEL



Black Label selalunya dijual dengan harga RM33.. kena rajin tengok FB AJ sendiri untuk tau design2 tudung terbaru.. Black Label ni kainnya lebih lembut dan senang sangat dibentuk.. kiranya antara semua jenis, Black Label ni paling mahal la.. 


WHITE LABEL


White Label selalunya memang harga RM10 sahaja.. design memang banyak dan selalu berubah.. kalau dah keluar bulan ni, susah nak jumpa lagi bulan berikutnya.. kalau jumpa pun seller akan jual agak mahal cikit.. dah jadi limited edition kan, so memang mahal cikit la.. walaupun kalau ikutkan White Label ni jenis yang paling murah, tapi design memang banyak jer cantik2.. kain still lembut jugak tapi tak selembut Black Label la.. 


RED LABEL


Red Label dah lama x keluar design baru.. aku pun ada 2 jer koleksi Red Label ni, tu pun 1 lagi dah jual.. bagi pendapat aku, kain jenis Red Label ni agak keras cikit.. kena basuh 2,3 kali baru lembut.. harga untuk Green Label ni RM29 sahaja.. 


GREEN LABEL


Green Label adalah tudung jenis terbaru daripada AJ.. harga RM15 sahaja dan selalunya memang keluar time ada event konvokesyen di Universiti terpilih atau event besar macam Jom Heboh (Mobile Store) sahaja.. memang sangat2 limited dan selalunya susah nak dapat.. aku tak banyak sangat koleksi Green Label ni sebab majoriti design bercorak penuh.. aku x berapa sesuai pakai design corak penuh ni..


PINK LABEL


Pink Label pun antara koleksi terbaru daripada AJ.. bagi aku corak untuk Pink Label sangatlah cun.. kebanyakkannya corak bunga dan sweet! pink kan sweet, so design2 Pink Label pun haruslah sweet.. harga Pink Label RM14 sahaja.. kain masih ok, x keras dan memang senang dibentuk..


BLUE LABEL


Blue Label pun baru-baru ni makin bertambah koleksi design terbaru.. design Blur Label ni lebih kepada kombinasi2 corak Black Label.. kiranya sesiapa yang tak dapat nak beli Black Label tu boleh la beli Blue Label.. design memang cantik2 dan nampak ekslusif jugak..

Tudung bawal AJ ni senang nak dipakai.. senang nak dibentuk.. dan boleh buat banyak style.. walaupun tudung bawal, boleh jadi macam shawl jugak kalau pandai caranya.. dan kebanyakan tudung bawal AJ ni sangat2 menjimatkan! sebab apa jimat? sehelai tudung AJ ni boleh jadi macam 2 tudung.. separuh bahagian corak lain, separuh bahagian corak lain.. 


Harga tudung bawal AJ ni rasanya berpatutan dengan kualitinya.. even yang RM10 white label tu elok jer kualitinya.. lembut jer kainnya cuma kadang ada jugak yang agak keras tapi masih senang dibentuk.. berbaloi la dengan harganya.. nak puas hati lebih beli yang black label.. ikut kemampuan dan minat masing2.. :)

Ada banyak sebenarnya tudung AJ yang aku beli tapi jual balik.. ada yang beli online bila sampai rasa tak sesuai so terus jual.. yang ni selalunya jual harga yang kita beli la.. sebab tak pakai lagi kan.. ada jugak jual yang dah pakai.. letak kat group peminat AJ sekejap jer dah sold out.. hehehe... jual murah cikit la daripada harga beli sebab preloved kan.. 


So secara keseluruhannya, aku rasa trend fashion tudung bawal AJ ni akan jadi trend yang lama bertahan.. sebab tudung bawal ni memang semua orang pakai.. budak sekolah pun ramai jer pakai AJ ni.. pakai yang jenis plain AJ, harga pun RM10 tapi kualiti terbaik.. tengok, budak sekolah pun pakai AJ tau! hehehe...

Aku pun bukan fanatik sangat dengan tudung AJ ni..beli hanya design yang betul2 aku suka jer.. then kebanyakkannya mesti warna pink.. asal ada warna pink jer mesti aku nak beli.. dasar peminat pink kan? 

So, siapa kat sini peminat AJ atau pernah ada tudung AJ? Hi AJrians!!!

NOTA : SEMUA GAMBAR DI ATAS ADALAH GAMBAR PERIBADI KOLEKSI TUDUNG BAWAL AIDIJUMA (AJ) SAYA DAN BUKAN UNTUK DIJUAL. TQ :)

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Photobucket

18 comments:

  1. saya pun suka pakai aidijuma.. love it

    ReplyDelete
  2. Hi, saya pun baru terjebak dengan AJ ni.. Cantik..

    ReplyDelete
  3. kalau nk letgo bl paris mai wasap i 0134298826

    ReplyDelete
  4. as salam dik.. sis pun minat Aj.. ade x nak let go mana2 design .. kalau ade whatapp akak yer 013-2482434 tq

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..nak jual tak Black label paris tu,....lau berminat nak jual,,blh wassup no. 019-9670160..tq sis

    ReplyDelete
  6. Aidijuma is really introducing nice designs.

    ReplyDelete
  7. Lau nk let go tulip.....wasap saya 0129651973

    ReplyDelete
  8. Wasap saya 0129651973 lau nk lt go tulip

    ReplyDelete
  9. CN pn baru terjebak dgn aj ni,suka black label sbb kain lembut n lebar

    ReplyDelete
  10. wahhh bestnya kak zana banyak koleksi AJ

    ReplyDelete
  11. I mmg tudung bawal lover, so AJ memang kena dengan selera i lah. Corak AJ mmg sweet2 je semua.

    ReplyDelete
  12. tak pernah lg beli AJ..x terpengaruh lg... takut kalau terpengaruh time sale kang 3 hari sebelum dah terpacak depan kedai... hahaha

    ReplyDelete
  13. Tumpang post ye sis..sy ada tudung garden hijau aj utk dilet go..klu brminat wasap 011-28840768..tq

    ReplyDelete
  14. Salam, tumpang post. Sy jual tudung AJ, kalau berminat boleh wassap sy 012-5971659 tuk details design yg ada. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. HIJABISTA BALCK LABEL; RM 49

    GREEN LABEL : RM 20

    PROMOSI: 3 HELAI GREEN LABEL (RM 60) PERCUMA SEHELAI HIJABISTA HIJAB ( 20 PEMBELI PERTAMA SAHAJA)

    ReplyDelete
  16. 3 GREEN LABEL + HIJABISTA HIJAB LIMITED EDITION = RM 60 SAHAJA

    HARGA PER ITEM: GREEN LABEL = RM 20
    HIJABISTA BLACK LABEL = RM 49
    PM 0193732691

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas penerangan warna label AJ. Sy pun dh pakai setahun 2 tudung aidijuma murah dan cantik tp xtau apa makna label2 tudung tu

    ReplyDelete
  18. Saya ada label pink nak let go. Boleh ws 0176422912

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..