Tuesday, February 19, 2013

Bila Allah tidak beri, tidak bermakna Allah benci...


Kadang-kadang kita tewas dengan air mata sendiri.. tetapi percayalah, air mata yang mengalir kerana kesedihan hari ini pasti ada hikmahnya.. air mata yang mengalir kerana rasa kekurangan hari ini pasti ada sinar kebahagiaan di penghujungnya..

Setiap manusia itu dilahirkan dengan rezeki berbeza-beza.. bersyukurlah di atas setiap rezeki yang dikurniakan.. percaya bahawa rezeki yang diberikan untuk kita adalah sebaik-baik rezeki oleh Allah.. jangan pernah membandingkan rezeki kita dengan orang lain.. kelak hidup kita sendiri sentiasa merasa kekurangan, iri hati & perasaan benci.. 

Setiap pasangan yang berkahwin dikurniakan sebaik-baik pasangan hidup.. bersyukurlah kerana ada seorang insan di dunia ini yang sanggup menerima kelebihan & kekurangan hidup kita.. bersyukurlah kerana masih ada insan yang sudi menyayangi kita sepanjang hayat kita.. yakinlah bahawa pasangan kita itu adalah sebaik-baik jodoh yang ditentukan oleh Allah untuk kita.. percayalah bahawa jodoh itu adalah antara "rezeki" yang terindah kita pernah miliki...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

11 comments:

  1. betul t.kalau DIA xbg yg ni.DIA akan bg yg lain.

    ReplyDelete
  2. singgah pagi..:)
    betul tuh kak...
    nieyl setuju..:)

    ReplyDelete
  3. setujuu...
    rezeki kite lain2...
    mgkin kite kurang tang sini, tapi kite lebih tang lain...
    yg penting kite bahagia dgn pasangan kite kan...=)

    ReplyDelete
  4. betul tue.. dugaan yang Allah turunkan betul2 untuk hamba-Nya yang terpilih..

    ReplyDelete
  5. bila setiap kali b'sedih...mmg akan t'fikir ayat ni je..baru hati rasa tenang :)

    ReplyDelete
  6. Allah tak beri tak bermakna ALLAH tak sayang kita. ALLAH nak uji kitaaa ;)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ