Friday, June 17, 2011

Kenapa Wanita Merajuk? Kenapa Lelaki Malas Memujuk?

Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka. Ada responden wanita yang menyatakan mereka mudah berkecil hati apabila teman lelaki atau suami mereka tidak memuji masakannya atau memuji wanita lain di hadapan mereka.

Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu.

Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya.

Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah.

Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik.

Hasilan kajian itu diringkaskan seperti berikut:

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Mengapa wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Bila baca info ni, terasa banyak ilmu berguna yg boleh diambil utk jadikan pengajaran.. mungkin ada perkara yg kita rasakan remeh tapi boleh jadi isu besar kalau kita x tau cara nak tangani isu tu.. suka info ni!!!

P/S: ilmu berkaitan kebahagiaan rumahtangga ni sememangnya perlu dipelajari setiap hari..

18 comments:

  1. kenape ek saye pon suke merajuk sejak2 kawen ni...?? kekadang hal2 kecik pon saye nak sensitip lelagi time2 nak datang bulan..!!! semua serbe tak kene..kesian gak kat laki saye..huhu

    ReplyDelete
  2. D memang suke merajuk sejak dahulu kala..sejak kecik2 ag..hehe

    sbb ada yg layan kan rajuk D ni...kalau dulu..abah memang suke memujuk D kalau D merajuk ngan mak...abah D memang closed ngan anak2 pompuan..sbb tu D ni terlebih manja ngan lelaki (adik bradik n hubby jek ok)....

    adik D kate D ni ngengada n kuat merajuk..hanya my hubby jek yg boleh layan peel D ni..hehe

    ReplyDelete
  3. sory saya tak suka pmpn yg suka merajuk mcm x gf saya....

    ReplyDelete
  4. senang cerita kita wanita memang sukakan perhatian..siapa lagi nak bagi perhatian pada kita kalau bukan suami..

    ReplyDelete
  5. tq.. banyak info yg bole di manfaatkan... tp laki n perempuan ni berbeza watak n pemikiran... tu yg kadang2x asyik merajuk jer... huhuhu

    ReplyDelete
  6. oh eka pun kuat majuk...harap en somi bersabarlah...merajuk kejap2 je...kalu tak tak dpt kiss gud nite ;)

    ReplyDelete
  7. BIASALA POMPUAN KAN HATINYA MUDAH TERSENTUH... BENDA YANG KECIL PUN KALAU BOLEH KITA NAK KAN PERHATIAN... HEHEHE

    ReplyDelete
  8. lelaki mmg kak.. suke pandang remeh hal2 cmnie.. same mcm bf kite..

    ReplyDelete
  9. akak suke merajuk sebab sooooka kene peluk ngan papairfan, kalau tak peluk merajuk balik hahahahaha :P

    ReplyDelete
  10. aty, merajuk kalau kena tmptnya xpe.. tp kalau boleh elakkan, better kita elakkan..

    ReplyDelete
  11. bila ku kata cinta, abah zana pun rapat dgn zana.. since kitaorg adk beradik semua perempuan, so abah akan lebih memahami perasaan kami..

    dgn husband kalau merajuk mmg nak mintak dipujuk kan..

    ReplyDelete
  12. faiz, tp kalau betul2 rasa dia merajuk, pujuk jer la.. tp kalau rasa dia merajuk ngada2, x yah la pujuk.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. bouncing & cherubic, setuju 100%!!

    ReplyDelete
  14. amoi, sharing is caring.. sebab berbeza tu lah yg buatkan hati kuat merajuk kan..

    ReplyDelete
  15. eka, kalau x dpt kiss gud nite rugilah.. hahahaha.. so kalau merajuk better cepat2 dipujuk.. hihihi

    ReplyDelete
  16. dwaty, betul tu.. wanita sukakan perhatian kan..

    ReplyDelete
  17. e'in, lelaki x berapa suka fikir hal remeh temeh ni.. sbb tu kita perempuan mudah terasa hati..

    ReplyDelete
  18. mappiau, akk ni mmg tau.. sajer nak merajuk sbb nak kena peluk.. huhuhu..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..