Tuesday, August 9, 2011

Syukur Alhamdulillah

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara

KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

-- BERNAMA



P/S: syukur Ya Allah di atas rezeki ini.. thanks PM umumkan berita gembira ni.. hari ni mari kita bekerja dengan lebih semangat!!!

18 comments:

  1. Alhamdulillah...
    rezeki raya namanya ni :)

    ReplyDelete
  2. wah.

    bahagianya bulan Ramadhan.

    :)

    ReplyDelete
  3. syukur kan ada gak duit raya

    ReplyDelete
  4. finally..dapat jugak kan??
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah seronok org kerajaan nak beraya tahun ni kan. Harap2 badan berkanun mcm sy ni pon dpt jgk la.. amin...

    ReplyDelete
  6. untungnyer berkhidmat dgn badan kerajaan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,jadi la dari takda ye kan? Hehe.

    ReplyDelete
  8. bolehhh lah blnje adik
    mkn kan??
    hahahahaha =)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, dapat gak walaupon hanya setengah bulan... lama dah x merasa bonus nie.. huhu

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah sukanya..walau setengah gaji bonus. nnt time gaji dapat sebulan gaji pulak..kihkihkih bertmbah2 rezeki yer..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah....

    seronoknya...sapa nak bagi ila wit raya neh..ehheh

    ReplyDelete
  12. wahhh... sronoknye..alhamdulillah.. kita yg kje swasta ni tgk jelah..ahhaha

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..