Thursday, August 11, 2011

Pemenang aDieyZa Wedding Anniversary GiveAway


Setelah hampir 2 minggu aDieyza Wedding Anniversary GiveAway melabuhkan tirai, hari ni aku akan umumkan pemenang untuk GA tu..

Rasa bahagia bila dapat umumkan pemenang GA ni pada ulangtahun kelahiran aku.. semoga keputusan ni akan dapat membahagiakan pemenangnya jugak..

First, aku akan umumkan pemenang bertuah dulu..untuk memilih peserta GA yang bertuah, aku guna random.org untuk menentukan pemenang..

TAHNIAH kepada


23 - IFA aka tiefazatie.blogspot

TAHNIAH diucapkan untuk pemenang bertuah untuk aDieyZa Wedding Anniversarry GiveAway!! Ifa, sila e-mailkan details ke adieyza_1110@yahoo.com yer.. congrats dear!!

Now, aku akan umumkan pulak pemenang untuk kategori komen.. semua komen2 dari peserta GA memang TERBAIK!!! semuanya aku suka & hargai.. semuanya mendoakan yang baik2 untuk aku & encik adiey.. kitaorang betul2 terharu dengan semua komen2 tu.. bertambah bahagia & indah anniversary kitaorang bila dengar ucapan daripada semua peserta GA tu..

Banyak ucapan yang boleh membuatkan aku menitiskan air mata.. ada jugak ucapan yang membuatkan hati aku makin kuat & bersemangat untuk menanti "rezeki' yang dinanti.. semua ucapan dari korang membuatkan aku tersenyum.. hanya Allah yang mampu balas jasa baik korang semua.. thanks sangat2..

Semuanya layak menang tapi ada 1 komen yang kami suami isteri pilih sebagai komen yang menarik di hati kami..

Ku iring doa ikhlas buatmu 
rahmat yang Esa dipohon selalu
terjalin cinta didalam kalbu
dari Tuhan memohon restu..

Agar rumahtangga mendapat berkat
perlu kesetiaan yang mengikat
perlu jujur dalam bersahabat
Insya Allah selamat dunia dan akhirat..
ameeeeen
Akad ini menjadi bukti
Bersatu kini dua hati
Menyulam cinta dan kasih bersemi
Kini dirinya sebagai suami...
 
No one can know what the outcome 
of spending years together will be
Being happy together is a gift,
And enduring love is the key.
 
Terikat dua hati menjadi satu
berjuang bersama
meredah segala dugaan
dengan cinta dan kasih menyatu jiwa
jatuh bangun tempuhi jua
segala rintangan dihadapi sedia
demi kebahagiaan dalam rukun rumahtangga
walau berat mana dugaan menimpa
bersama berjuang mengejar cecita..

Menjadi resam dalam berkeluarga
adakala terguris rasa
bawa berbincang itulah cara
agar harmoni bertaut hendaknya
agar cinta mekar semula
agar senyuman dilempar sentiasa
buat pasangan tercinta tentunya..

Selamat ulangtahun perkahwinan diucapkan
moga bahagia sentiasa mengiringi
moga berkekalan jodoh selagi nadi berdenyut
moga tercapai segala yang dihajati
itulah doa yang kami iringi
buat Zana aDieyZa dan juga suami
 
Akhir kata dari Nida di sini
Semoga jodoh berkekalan abadi
Dianugerahkan zuriat permata hati
Bahagia dan ceria sentiasa disisi..
 
TAHNIAH diucapkan kepada KAK NIDA aka nisajijah.blogspot!!! air mata mengalir masa baca ucapan ni.. terharu & sebak kerana x sangka ada yang sudi titipkan ucapan & doa yang begitu indah untuk kami suami isteri.. terima kasih Kak Nida.. nanti Kak Nida e-mailkan details ke adieyza_1110@yahoo.com untuk proses penghantaran hadiah yer..

Thanks pada semua yang sudi join GA aku kali ni.. aku hargai sangat2 semua komen2 yang membina & ucapan2 yang paling indah daripada korang.. pasal kekurangan dalam blog ni, aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.. insyaAllah..

Thanks jugak pada semua yang wish happy wedding anniversary dekat kami suami isteri.. hanya Allah yang mampu balas jasa baik korang semua.. terima kasih jugak pada yang sudi baca entry tentang percutian kami suami isteri di Cameron Highlands sempena menyambut wedding anniversary pertama kami.. semua komen & ucapan tu membuatkan kami suami isteri bertambah gembira.. 

TERIMA KASIH SEMUA!! 

12 comments:

  1. tahniah kepada pemenang kate2 tu memang suwit, akak pun tersentuh bace dik :).

    ReplyDelete
  2. akak nyer?? tader ke?? hik hikkk... :P

    ReplyDelete
  3. Pemenang2 semua,tahniah.Pemenang2 semua,tahniah.

    ReplyDelete
  4. wah..tq so much sis!alhamdullilah..ada tuah ifa ngan sis nie..jap eh..ifa g email sis eh2..=)

    ReplyDelete
  5. sis..ifa dh email tau

    pinkteddy84@gmail.com

    hope sis dpt tau..pape bgtau eh..
    thanx again sis!
    happy..wee...=)

    btw,,tahniah kak nida!murah btol rezeki kaknida nie..kreatif btol!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. syukur.. terharu apabila ada yg menghargai usaha Kak Nida.. terima kasih buat Zana dan suami.

    Rasa nak lompat setinggi mungkin, hehe. Rezeki buat keluarga. Thanks Zana sayang....

    Kak Nida dah sent email, harap selamat diterima.

    Ini n3 penghargaan dari akak..:)

    http://nisajijah.blogspot.com/2011/08/moga-allah-limpahkan-rezeki-buatmu-zana.html

    terima kasih sekali lagi.. (senyum sampai telinga)

    ReplyDelete
  7. waa...tahniah pd pemenang....

    mmg kak Nida tu layak menang..terharu bace..huhuhuhu...

    ReplyDelete
  8. sis..nie tq n3 utk sis yaa..=)

    http://tiefazatie.blogspot.com/2011/08/alhamdullilahada-rezeki-ifa-dengan-sis.html

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..