Wednesday, January 4, 2012

Taman Burung, Kuala Lumpur

Entry yang dipendam selama 2 tahun..  2 tahun kerana entry ni sepatutnya dikeluarkan pada 21 Disember 2011 iaitu 13 hari yang lalu.. tapi baru hari ni, 4 Januari 2012 berkesempatan untuk update.. hihihi.. kira 2 tahun la tu kan sebab melibatkan tahun 2011 & 2012..

Kisahnya, masa cuti hujung tahun hari tu, kakak aku datang Putrajaya bawak semua family dia since dia ada kursus kat Bangi.. memandangkan anak2 buah datang, maka haruslah mak su & pak su mereka ambik cuti untuk bawak diaorang berjalan.. 
Memandangkan pak su mereka adalah pencinta alam semulajadi & haiwan, maka haruslah pilih tempat yang membolehkan pak su menjadi cikgu rombongan yang cekap.. destinasi yang dipilih adalah Taman Burung, Kuala Lumpur..



Masuk2 jer dalam taman tu, anak2 buah dah over excited sebab terlalu banyak burung yang hinggap di sana sini.. pak su pulak seronok terangkan nama2 burung yang ada kat anak2 buah.. banyak betul nama burung yang pelik2 aku dengar.. nasib baik cikgu rombongan mahir bab tu.. kalau tanya mak su, mak su akan jawab, "entah yer, x sure la pulak".. hihihi..



Taman Burung tu xdelah besar sangat.. tapi dekat 4 jam gak la kitaorang dalam tu.. mana x nya, pak su over excited menerangkan segala jenis burung kat budak2 tu.. mak su yang penat berjalan diabaikan begitu sahaja.. choooiiiiiii..




Masa birds show memang best habis la.. teruja aku tepuk tangan ok.. bijak betul pelatih burung tu mengajar burung2 tu.. part last bila burung tu cakap "bye-bye", memang semua orang tepuk tangan sakan.. seronok!!



Memandangkan budak2 kecik yang ikut rombongan ni tak pernah tengok anak ayam & itik , maka kat Taman Burung ni diaorang memang jakun cikit! jakun pegang anak ayam & itik.. tapi jangan kata budak2 tu jer yang jakun, aku pun jakun nak pegang ok! huhuhu..


Part yang paling best, bila kejar2 burung merak! best oooooo.. kejar2 burung merak yang nak kembangkan ekornya yang cantik.. budak2 tu pun terkejar2 nak bergambar dengan merak.. pak su pun over excited tau! hahahhaha.. banyak giler burung merak kat sana, sepanjang jalan berderet jer..memang cantik la burung merak ni! 



Ternyata pengalaman ke Taman Burung ni menarik terutamanya bila bawak budak2 kecik.. seronok tau tengok telatah diaorang kejar2 burung.. rasanya x rugi untuk luangkan masa untuk bawak anak2 melawat Taman Burung, Kuala Lumpur ni.. sambil berjalan, diaorang boleh belajar banyak benda baru tentang alam semulajadi dan kehidupan burung..
 

Tips pelawat:

1- kalau nak harga tiket murah, bawak JCard.. setiap JCard boleh dapat diskaun RM5 bagi dewasa (harga asal RM20)
2- bawak air mineral sendiri, air mineral dalam tu mahal oooo..
3- birds show pukul 12.30 tghr & 3.30 ptg setiap hari..
4- keluar dari taman dengan melalui kedai cenderahati since banyak cenderahati yang cantik kat situ..

Nota Cinta: encik adiey kata, burung adalah antara haiwan yang paling romantik!!


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

11 comments:

  1. pernah terjah taman burung kat seberang jaya penang masuk 15 hengget but rasa x berbaloi sebab kecik sgt ngeeee boley gituew???

    ReplyDelete
  2. zana.. burung mmg romentik wooo.. ahahahah!

    ReplyDelete
  3. Romantik? Maybe.. ida tak tahu sangat pasal burung..kene g tmn burung ni! hihihi

    ReplyDelete
  4. errmm hari tu pegi tak smpat tgk show.. rugi2... huhuu

    ReplyDelete
  5. wah best2..nampak kak zana pon turut romantik gitu...sweet!

    ReplyDelete
  6. ala...mahalnya tiket masuk...kad jcard xde lak tu..utk kanak2 brape lak tiket zana?

    ReplyDelete
  7. syoknye...nanti nk pegi jugak ler bawak anak.

    ReplyDelete
  8. Tq zana tip yg menarik...memang mahal pun..kak ita tak jadi nak masuk masa dulu2

    ReplyDelete
  9. Kat sebelah taman burung ada taman orkid kan. HEHEH Hari tu pergi taman orkid, pastu nak masuk taman burung. Tengok tiket mahal terus cancel. HEHEHE

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ