Rezeki Keluarga - 3 Orang Kakak Kandung Pregnant!
Syukur Alhamdulillah... niat aku untuk bergambar dengan ketiga2 kakak aku yang pregnant tercapai.. tahun ni memang bersejarah buat keluarga aku.. menerima 3 orang ahli baru sememangnya membuatkan kami semua teruja.. rezeki keluarga yang mana 3 orang kakak kandung pregnant adalah pengalaman yang cukup menggembirakan hati kami sekeluarga.. tengok 3 perut comel kakak aku yang sarat mengandung membuatkan aku sendiri rasa teruja!
Alhamdulillah Kak Ngah dah selamat bersalin bulan Mac hari tu.. aku ada buat entry jugak tentang perut comel Kak Ngah beberapa hari sebelum dia bersalin.. Syukur Alhamdulillah jugak apabila Kak Im yang merupakan kakak no.4 aku juga telah selamat melahirkan bayi perempuan yang terlalu dinanti oleh kami seisi keluarga pada Mei lepas.. memang teruja bila dapat anak buah perempuan.. maklumlah dah 10 tahun menunggu nak dapat anak buah perempuan kan.. ada jugak entry tentang perut booolat akak aku ni beberapa hari sebelum dia bersalin..
Last week aku balik kampung rumah nenek & atok.. sempat jumpa dengan kakak sulung aku yang tengah sarat mengandung.. insyaAllah awal bulan Ogos nanti lahirlah seorang lagi anak buah baru dalam keluarga aku.. excited sebab x ada lagi anak buah yang lahir bulan Ogos.. kalau ada nanti, boleh la sambut birthday sekali dengan aku.. hihihi.. harap2 dapat baby perempuan!! hihihihi
Seronok pegang perut booolat Kak Long.. bila baby bergerak2, lagilah seronok.. ramai yang ingat Kak Long dah nak bersalin sebab perut dia besar.. sebenarnya memang setiap kali Kak Long mengandung, perut dia cepat besar.. ni dah kali ke 4 so kitaorang semua dah x terkejut sangat.. mula2 memang la terkejut sebab besar sangat walaupun baru masuk 6 bulan.. hihihi..
Abah & mak antara insan yang paling gembira.. semestinya lebaran tahun ni disambut dengan lebih meriah.. dalam usia abah 55 tahun dan emak 56 tahun, mereka berdua boleh bergembira dengan kehadiran 16 orang cucu tersayang.. abah dan mak kerap kali mengucapkan syukur dengan kehadiran 16 orang permata yang lahir dari rahim anak2 perempuan mereka.. syukur kepada Mu Ya Allah..
16 orang anak buah yang membuatkan hati aku sentiasa gembira menghabiskan masa bersama mereka.. 16 orang anak buah yang membuatkan hati aku sentiasa berdoa agar diberi kesempatan untuk memberikan mereka sepupu baru dari rahimku.. 16 orang anak buah yang membuatkan hati aku terlalu berharap agar ada rezeki untuk aku & suami mempunyai zuriat sendiri.. insyaAllah..
Perasaan masa melihat 3 orang kakak mengandung? gembira dipancarkan diwajah, bahagia juga dilemparkan di sebalik senyuman namun kesedihan itu jauh disorokkan di dalam hati.. mana mungkin dapat dibuang perasaan sedih tu.. jadi, simpan jer jauh2 dalam hati.. apapun, syukur kerana aku masih berpeluang untuk menumpang kasih bersama 16 orang anak buah yang lain.. syukur Alhamdulillah Ya Allah..
Nota cinta: keempat-empat orang kakak aku sememangnya terlalu bermakna dalam kehidupan aku.. sebagai adik bongsu, aku bersyukur kerana dikurniakan kakak2 yang sentiasa berada di saat aku gembira dan di saat aku sedih.. syukur Alhamdulillah....
Wah mmg besar perut die.. Ros msa auni mmg besar, yg ni xsgt :) murah rezeki kluarga kak zana.. :) moga lpas ni kakak zana yg cute ni pulak.. Amin.. By the way, muka lain2 adik beradik :p
ReplyDeleteamik aura ibu mengandung...mana tau pasni rezeki zana pulak ;)...insyaallah...
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeletebestnyerla..ramai anak buah nanti...
ReplyDeleteraya tahun ni dgn anak buah baru la nampaknya...
ReplyDeleteuntung ler...:P
aa'ah... zana, usap2 perot kakak tu, mane tau berkat usap rezeki memihak pada Zana, same tau kan..InsyaAllah...
ReplyDeletepaham2 perasaan nak jadik seorang ibu tue
ReplyDeletebe strong anggap now proses honeymoon lagik k
IA ada rezeki nnt
16 org ?? jenuh sedia duwet raya nnt ngeee
Insya-allah tak lama giliran zanalah pulak.
ReplyDeleteMuka kakak Long betul-betul iras muka Zana ye:)
Alhamdulillah....tggu giliran kamu dear...semoga dipermudahkanNya
ReplyDeleteseronoknya ada ramai kakak js jugak le takde tak tau plak camne rasanya...hehe
ReplyDeleteInsyaAllah akan ada rezeki akak pasni... jangan stress2 tau! t susah lekat..org cakap..hehe
ReplyDeleteinsyaALLAH satu ari nnti turn zana plak..berseri-seri muka kakak zana tuh
ReplyDeletemeriahnya nnti....seronok kuarga besar ni kan...
ReplyDelete:)
ReplyDeleteinsayallah pasni ada rezeki buat zana pulak
ReplyDeleteamik berkat yer...insyaALLAH lpas ni giliran zana plak...amiinnnn
ReplyDeleteinsyaallah lepas ni giliran zana plak yerk..
ReplyDeleterealiti...mereka mmg nampak kita hepi, tp dlm hati hanya allah jer yg tahu..insyaallah "Allah itu maha mendengar doa umatnya"
ReplyDeletewah ramainya anak buah. saya satu pun belum ada lagi... heee..
ReplyDelete# jom singgah tengok koleksi laraz ya..
Seronoknye zana..xpe insyallah pas nih rezeki zana pulak..
ReplyDelete