Wednesday, September 26, 2012

Jumlah Pengunjung Blog - Sikit Atau Banyak?


Jumlah pengunjung blog ni memang sentiasa berubah2 setiap hari.. tapi lebih kurang sama setiap minggu.. dalam seminggu tu memang total viewers lingkungan 3000 - 3500.. sikit sangat sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan blogger2 lain.. maklumlah, blog aku ni update ikut mood.. lagipun blog ni semata-mata cerita pasal aktiviti seharian aku.. siapalah yang nak baca sangat kan.. 

Selalunya entry hari bekerja antara 350-700 views.. paling banyak selalunya hari Isnin.. aku andaikan jumlah tu banyak sebab pengunjung mengalami Monday bluessssss, jadinya mood nak bekerja kurang so diaorang lebih rajin online.. hehehe.. paling sikit selalunya hari Jumaat.. aku andaikan jumlah tu kurang sebab pengunjung dari belah Utara bercuti pada hari Jumaat.. boleh buat andaian macam tu?? Hehehe.. 

Kalau weekend memang selalunya views sikit sangat2.. biasalah, kurang orang online masa weekend kan.. agaknya yang masuk blog ni pun secara x sengaja masa cari2 info ke kan.. lagipun aku ni setahun 2-3 kali jer buat entry masa weekend.. 2-3 kali tu maknanya memang masa tu aku bosan sampai x tau nak buat apa lah tu.. selalu berangan nak buat auto publish, tapi manjang x sempat jer lah.. macamlah bizi sangat kan?? 

Views ni memang aku rajin tengok.. sebab nak tau sama ada blog ni masih ada pengunjung ke x.. kalau agak2 pengunjung dah x ada sangat tu, boleh la plan untk private jer blog ni.. hohoho.. 

Jumlah views korang pulak macam mana? ceciter cikit.. kalau yang ramai pengunjung tu, tahniah sangat2.. maknanya blog korang memang glamour! keep blogging ok! kalau yang x ramai pengunjung tu, janganlah risau.. fikir balik matlamat blogging korang.. kalau niat blogging korang sekadar suka2, apalah sangat jumlah view tu kan? yang penting kita happy dengan blogging, itu lebih bermakna!!

Nota Cinta: TQ pada semua yang sudi singgah blog ni..luv u guys!

16 comments:

  1. Blog saya jarang sangat ramai pengunjung takat uv 100 lebih jer... huhuhuhuhu.... tp saya rasa terharu jugak tu pun dah kire ramai yang baca saya bebel dala blog tu hihihihihi....

    ReplyDelete
  2. amboi...bler la blog nieyl nak jd mcm akak kan..hehehe~

    ReplyDelete
  3. ramai tu..blog akak tak smpai pun ribu ribuan.. tp tak kesah.. ada orang masuk ka...takda ka.. tulis tetap tulis... minat punya pasal.

    ha..da ramai ni kan, nati sure leh dpt iklan dari nuffnang. Ceaaa... :D

    ReplyDelete
  4. wow... ramai tu... banyakkkkkkk sangatttttt

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kan zana.. nak dpt beribu page view sehari mmg xdelah.. tp kalau mcm ni pun dah kira ramai kan... :)

    ReplyDelete
  6. Salam zana..pengunjung blog k.atie laggggggggggiiiii ciput!!:D

    ReplyDelete
  7. banyak lah tu kak.
    tahniah. teruskan usaha :)

    ReplyDelete
  8. tak prnah mengecek nyaa...ni br tau ni...ekekke

    ReplyDelete
  9. byk!! sy xpernah dpt bilangan gini hehehehe

    ReplyDelete
  10. tak pernah check berapa ramai pengunjung blog sy..apapun sy suka b'kunjung ke blog ni..santai je :)

    ReplyDelete
  11. akak tak pernah tgk...
    ramai pengunjung blog zana, tahniah......

    ReplyDelete
  12. Views ida? Nanti ida cerita okay! Selasa ke Rabu ke.. Ida bukan suka tangguh entry cm zana! HAHAHAHHAHAHA

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..