Thursday, September 13, 2012

Kisah Pantang Larang Zana Adieyza


Encik Adiey suka cakap yang aku ni banyak sangat pantang larang.. hahahha.. nak tau apa antara pantang larang yang selalu Encik Adiey langgar, meh baca kat bawah ni:

- suka off suis elektrik tapi x cabut plug.. x kisah la plug tv ke, laptop ke, toaster ke, kiranya semua jenis plug la.. oh, remeh eh??? tapi bagi aku x remeh pun! sebab dah alang2 off suis tu, apa kata terus jer cabut plug tu.. kan senang! 

Aku ni cepat risau kalau plug tu x dicabut.. risau kalau ada petir ke, nanti rosak terus barang elektrik tu.. so sebagai langkah keselematan, better cabut jer plug tu.. 

- bagi duit di khalayak ramai.. oh, ni memang pantang yang boleh membuatkan seluruh urat saraf marah aku menegang2.. hahhaha... aku paling pantang kalau lepas jer keluarkan duit kat ATM, then terus nak bagi kat aku time2 tu jugak.. 

Encik Adiey suka sangat langgar pantang larang aku ni ok! dia suka lepas jer keluarkan duit, terus nak bagi aku time jugak.. kalau aku guna duit aku untuk beli barang then dia nak bayar balik, x kiralah kat mana masa tu, dia akan terus nak bagi duit kat aku time tu jugak.. macamlah x boleh bagi masa dalam kereta ke, dalam rumah ke.. adoiii!

Bahaya ok!! aku ni memang selalu fikir soal keselamatan.. jadinya aku memang risau kalau bagi2 duit di khalayak ramai ni.. so sebagai langkah keselamatan, memang sebelum Encik Adiey gie keluarkan duit, aku pesan dulu kat dia pegang duit tu sampailah aku yang mintak.. hahahha...

- cakap/borak dengan aku tapi aku x ada depan mata.. yang ni memang selalu sangat berlaku.. sedang leka aku kat dapur, tetiba macam dengar Encik Adiey bercakap2.. mula2 ingatkan dia cakap kat telefon, tapi rupanya cakap dengan aku.. eh, dia kat ruang tamu tengah tengok tv (dah tentu2 bunyi tv), aku pulak kat dapur tengah masak (dah tentu bunyi pinggan mangkuk kuali senduk semua kan) tapi dia boleh nak berborak dengan aku..

Aku hargai yang dia nak sentiasa berkomunikasi dengan aku.. tapi, aku x dengar pun sebenarnya apa yang dia cakap.. sedar2 dia kata, "baby dengar kan abang cakap apa ni?".. 

Adoi la suamiku yang super romantik, saya x dengar pun abang cakap apa.. macam mana nak dengar, dah macam2 bunyi aku dengar, so butir percakapan dia memang x dapat nak tangkap la kan.. 

Kalau tengah mandi, dia boleh bercerita kat aku tentang drama yang dia tengah tengok.. padahal aku x tau langsung jalan cerita drama tu, tetiba dengar suara dia cerita pasal drama tu.. tapi yang ni aku x marah sangat la, sebab tu tandanya Encik Adiey terlebih rajin nak berkomunikasi dengan aku.. cuma aku jadi macam blurrrrrrr... tengah syok bersyampoo tapi still dengar suara dia ulang dialog dalam drama tv tu kat aku.. motif?? supaya aku yang tengah mandi ni pun tau apa yang sedang ditonton kat tv tu ke?? blurrrrrr..

Ada lagi banyak sebenarnya.. tapi nanti panjang pulak entry ni.. bila entry panjang, orang pun malas nak baca.. hahahhaha.. sambung lagi la nanti.. tapi x janji bila.. sebab aku kan suka tangguh2 entry.. hehehe..


Apapun, jangan salah faham yer.. ni bukan maksudnya aku nak bagitau yang Encik Adiey tu salah.. dia x salah.. cuma dia selalu buat2 rasa x bersalah.. hahahha.. tapi apapun, kerana perbezaan itulah yang membuatkan kitaorang makin hari makin bahagia.. kalau semua perangai sama, bosan gak kot.. hehehe

Nota Cinta: Korang ada pantang larang x? ceciter sikit.. ke ada antara pantang larang aku tu yang sama dengan pantang larang korang?
Photobucket

12 comments:

  1. hehe...byk pantang larang gak...

    ReplyDelete
  2. tang bagi duit dpn public tuh kite sama..hehe..pantang larang of course la ade..salah satu bile tgh tido, tetibe org tuh goncang kaki sbb nak kejutkan..itu mmg falsya pantang..;D

    ReplyDelete
  3. hehehe
    lebih kurang ngan anum nie

    ReplyDelete
  4. keselamatan itu sgt penting en. adiey..

    ReplyDelete
  5. noora lagi bnykkkk...hahaha...kitorang datang dari keluarga berbeza didikan..ofkos lagi bnyak beza...hehehe...tapi alhamdulillah...sket2 dia akan belajar kan?=)

    ReplyDelete
  6. hehe~btl tuh..kdg2 kekurangan kita atau pasangan kita itu la pelengkap dlm kehidupan kita suami dan isteri...kadang2 jugak kite perlu ade perbezaan xkan la nak same jer..nnt jadi boring..hehe~

    ReplyDelete
  7. paling pantang yg ketiga tu..mmg rase hangin je klu bercerita tp bukan kt depan mata...hehe,,

    ReplyDelete
  8. sweetlah... tu la pelengkap suami isteri baru timbul kemesraan..hehe

    ReplyDelete
  9. Sonok plak citer pasal pantang larang ni... Sama la kita bab suka cabut plug lepas guna brng letrik... Pantanggg sgt2...tapi en suami adalah tak mengikut pantang larang kita... Huhu

    ReplyDelete
  10. Dalam bilik air memang tak boleh blahhh... buatnye kita tgh berbisnes cmne? Tak fokus! HAHHAHAHHAHHA

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..