Saling Memohon Maaf Dan Memaafkan Antara Suami Isteri
Saat bermaafan bersama suami tersayang di pagi raya memang antara waktu yang ditunggu.. sebabnya, nak dapat duit raya.. boleh?? hihihi..
Feel bersalaman dan bermaafan di pagi raya bagi kitaorang berdua x adalah syahdu mana pun.. maybe sebab setiap malam sebelum tidur memang kitaorang akan bersalaman, mohon maaf dan memaafkan setiap apa kesalahan yang terjadi pada hari tu..
Terlalu banyak kebaikan dalam amalan memohon maaf dan memaafkan antara suami isteri sebelum tidur ni..
Pertamanya, kita akan sentiasa sedar yang setiap hari kita ada melakukan kesilapan pada pasangan kita.. maybe kesilapan tu sikit jer dan kadang2 kita x sedar pun kesilapan tu.. tapi kalau pasangan kita bagitau apa kesalahan kita hari tu, insyaAllah kita akan sedar dan akan perbaiki kesalahan tu untuk hari esoknya.. so, semakin hari kehidupan kita akan lebih baik dan perubahan yang baik tu akan menyebabkan hubungan perkahwinan tu lebih sempurna.. insyaAllah..
Keduanya, kita akan dapat rasa pasangan kita sentiasa mengakui kesalahan dia.. adat dalam perkahwinan, kadang2 tu ada jugaklah perselihan faham.. tapi bila kita selalu mintak maaf dan memaafkan, time nak tidur mestilah kita akan automatik mengaku kesalahan kita masa sesi bersalaman tu kan.. rasanya semua orang suka bila orang yang buat kesalahan tu mengaku kesalahan dia kan?? tapi dinasihatkan, jangan bergaduh lebih daripada setengah jam! sebab lepas setengah jam, masa yang diambil untuk pulihkan hubungan tu agak sukar..
Then, bila selalu amalkan meminta maaf dan memaafkan sebelum tidur, hati kita akan lebih tenang.. bila hati tenang, tidur pun lena.. selalunya, kalau ada masalah then x diselesaikan sebelum tidur, mesti kita akan susah nak tidur sebabnya hati kita x tenang, asyik la fikir masalah tu kan.. so, try amalkan meminta maaf dan memaafkan.. insyaAllah, hati kita akan lebih tenang dan esoknya kita akan bangun tidur dengan perasaan yang cukup membahagiakan!
Sekiranya ditakdirkan Allah, salah seorang daripada suami atau isteri meninggal dunia ketika tidur, alangkah beruntungnya jika antara mereka berdua telah saling meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain.. rasa bersalah sebab tak sempat nak minta maaf dan memaafkan pasangan akan terhindar jika kita sentiasa bermaaf-maafan.. insyaAllah..
Setakat ni, tu jer yang aku mampu bagitau tentang kebaikan bermaaf-maafan sebelum tidur antara pasangan suami isteri.. ada banyak lagi kebaikan yang kita boleh dapat sebenarnya..
Tapi perlu diingatkan jugak, lakukanlah amalan ni dengan sepenuh dan seikhlas hati.. mungkin sesekali ada antara kita yang akan tidur dulu sebelum pasangan, jadi minta jer maaf sebelum kita nak tidur.. kalau dah rasa mengantuk tu, cepat2lah minta maaf.. takut minta maaf masa salah seorang dah tidur, x ikhlas pulak jadinya..
*bukan entry nak menunjuk bagus.. tapi sekadar berkongsi tips dan ilmu yang ada..
tq share sesuatu yg bagus, pada kita yang kdg2 terlupa
ReplyDeleteso sweet
ReplyDeleteselamat hari raya kak :)
ReplyDeleteselamat berbahgia bersama suami tercinta :)
Ai bersalam salaman raya cm tu pun sempat gak tgk camera!! hahahaha..sweet..
ReplyDeletehye.. salam kenal kembali...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya :)
mama pun sama..
ReplyDeletesalam pg raya takde nk feel syahdu2 sgt
sbb hr2 dh salam minta maaf :)
betul tu, itu yg nory & hubby amalkan setiap hari sebelum tido...insyaALLAH, kebahgiaan sentiasa berpihak pada kite...aminnn
ReplyDeletesetuju dikk
ReplyDeletesempat layieee kerling ke kamera ahahha
sooo sweet ! .. ;))
dear,i tag nama u join GA..try la..mana tau ada LUCK dpt baju free..;)
ReplyDeletehttp://anna-alaui.blogspot.com/2012/09/koleksi-terbaru-kznabihah-butik.html
sama lah zana..hari-hari salam.....kalu salah minta maaf terus...
ReplyDeleteBtul tu kak zana..sentiasa memaafkan :) ros sentiasa maafkan suma org sebelum tido, mana tau senang org nak maafkan ros nnt :)
ReplyDeletesweetlah zana ngan hubby...
ReplyDeletebetul kita semua isteri ni kalau ada salah silap harus mintak maaf cepat2 nanti kalau asyik pendam nanti meletup memang susah
InsyaAllah jijah akan cuba amalkan dari sehari ke sehari...
ReplyDeletebetul .betapa pentingnya saling maaf dan memaafi.pernah terdengar ceramah ustaz dalam radio pasal suaminya yg kecik hati dgn isterinya..tp isterinya tak tahu..pastu meninggal suaminya.berdosa isterinya sbb tak bermaafan dgn suaminya sebelum tido lepas suaminya kecikhati.wallahualam..semoga bahagia selalu yer zana dan hubby
ReplyDeleteAjar diri kite sentiasa berprasangka baik
ReplyDeletedan sentiasa memaafkan org lain..
ikhlas diri kita...
baik antara suami isteri
ibu dan bapa
maupun sahabat handai..
utk sume org la.. yg kenal kita...
sempat lg jeling ke kamera ekk...^^
ReplyDeletesemoga berbahagia selalu...
best la dapat salam suami pagi raya.nik jea yg tak dapat..sob sob
ReplyDeletetapi mintak maaf tu mmg nik selalu buat la.walaupun bukan time raya.*nampak sgt nik nik byk salah kan..haha
Thanks for sharing!
ReplyDeleteIda pun! Sbb ida tahu banyak buat dosa! HAHA
ReplyDeletekite x de aksi salam2 camni. beratur adik beradik.. lepas sorg2 salam mak bapak kan... kite tak de.. klu kt kg belah johol.. lepas solat tu... sambil tanggal telekung tu la salam sorang2... dgn incik suami sekali..salam gitu2 je.. "abg..slmt ari raya.. maaf zahir batin... minta maaf semua salah silap.. esok buat lg" hua hua hua....
ReplyDeletekt kt belah suami.. errrr lom pernah lg.. sbb asal belah die.. kite keje.. aci tak.. ahahahahahah