Rezeki Setiap Orang Berbeza-Beza
Kebelakangan ni, aku jadi makin positif.. semakin bersyukur dengan setiap yang aku ada dan setiap yang berlaku.. syukur Alhamdulillah kerana semangat yang baik terus bersama aku..
Ada beberapa situasi yang membuatkan aku semakin positif dan semakin sedar bahawa setiap orang tu mempunyai rezeki yang berbeza2..
Situasi 1
Suami yang balik awal dan bekerja office hour.. since kerja office hour dan bekerja 5 hari seminggu, memang banyak masa diluangkan bersama isteri tersayang..
Suami yang terpaksa kerja sampai lewat malam dan bekerja shift atau tanpa mengira masa.. kejap suami kerja siang, kejap dapat shift malam.. kalau polis pulak, tengah2 malam pun terpaksa on call...
Ada x kita fikir perasaan para isteri tu?? diaorang sendiri pun x minta keadaan ni berlaku.. kalau boleh, semua pasangan suami isteri nak sentiasa luangkan masa bersama pasangan kan.. tapi, janganlah sesekali kita cuba menjadikan diaorang lemah dan negatif.. kita seharusnya bagitau diaorang walaupun pasangan diaorang terpaksa bekerja siang atau malam, tapi semua tu demi mencari rezeki keluarga..janganlah pulak kita cakap dengan diorang betapa ruginya diaorang x dapat luangkan masa yang banyak bersama pasangan.. itu hanya akan melemahkan diaorang.. sebaliknya, kita patut bagi kata2 semangat kat dioarang supaya diaorang lebih positif..
Situasi 2
Pasangan yang memang duduk bersama setiap hari.. bangun pagi dapat tengok muka pasangan.. balik kerja dapat berbual dengan pasangan.. nak tidur pun dapat tenung muka pasangan.. beruntung kan??
Tapi jangan la pulak kita kata ruginya pasangan yang terpaksa tinggal berjauhan atau Perhubungan Jarak Jauh (PJJ).. jangan sesekali kita bagitau diaorang yang PJJ ni betapa ruginya diaorang x dapat duduk serumah dengan pasangan.. itu hanya akan membuatkan diaorang terpaksa menanggung lebih kesengsaraan.. diorang sendiri x nak perkara ni berlaku.. tapi keadaan memaksa diaorang tinggal berjauhan.. so, kita patutnya sentiasa bagi kata2 positif pada diaorang.. bagitau yang PJJ ni boleh memupuk lebih kasih sayang bila rasa rindu-rinduan tu..
Situasi 3
Pasangan yang mempunyai zuriat.. x lama lepas kahwin, terus disahkan hamil.. x perlu ikhtiar macam2, x perlu telan ubat macam2 pun dah ada rezeki hamil..
Tapi, janganlah kita kata betapa ruginya pasangan yang yang dah berkahwin tapi belum ada zuriat.. jangan sesekali kita persoalkan tentang kenapa ada pasangan yang masih belum mempunyai zuriat.. sebab setiap pasangan yang dah kahwin inginkan zuriat.. jadi, bila ada yang mempertikaikan isu bila nak ada zuriat, itu hanya akan melemahkan diaorang.. elok2 pasangan tu positif, dengar kata2 sinis dari orang sekeliling boleh terus jadi negatif.. so, kita patutnya sentiasa beri sokongan dan kata2 positif untuk golongan yang inginkan zuriat ni.. bukannya mempertikaikan kenapa mereka belum ada zuriat..
Setiap orang ada rezeki dan bahagian masing2.. adalah lebih baik kita bersyukur dengan apa yang kita ada.. lebih baik kita menghargai setiap apa yang telah Allah aturkan dalam kehidupan kita..
Kita kenalah sedar bahawa setiap yang berlaku tu x semestinya indah bagi kita tapi indah pada orang lain.. x semestinya yang buruk bagi kita tu buruk pada orang lain.. mungkin kita anggap perkara tu menyedihkan tapi mungkin pada yang mengalaminya menganggap perkara tu menggembirakan.. jadi, hormatilah perasaan orang lain.. hargailah perasaan orang lain.. insyaAllah orang lain juga akan menghormati dan menghargai perasaan kita..
Nota cinta: sedang belajar untuk lebih menghormati dan memahami perasaan orang lain..
betul tue
ReplyDeleteisu anak semua tu rezeki masing2
Assalamualaikum..
ReplyDeletememang setuju sangat...
semua tu rezeki yang di tentukan allah.. wallahualam..
setuju sgt..mmg susah nak puaskan hati semua org..blm kawen ditanya bila nk kawen..dh kawen tanya pulak bila nk dpt anak...aduyaiii...
ReplyDelete:) btl kak..rezeki manusia hanya Allah je yg tahu...:)
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDelete=)
Moga kekal dengan mood positif sentiasa Zana.
setuju nie, bahagian msg2 utk dpt rezeki mcm mana..
ReplyDeleterileks zana rileks..
ReplyDeletebaru dua tahun, just a number...
yg penting kite usaha, ikhtiar...
tapi kene tahu gak usaha yg mcm ner
keyakinan kite terhadap ape yg kite ambil tu
sungguh2 kah kite utk mendapatkan nya..
Zana, pasang niat n doa byk2 tau
kalo nak.. tunjukan kesungguhan kite..
teruskan usaha kamu Zana...
Setuju dengan entry Zana, rezeki ada pelbagai bentuk. Yang penting, bersyukurlah =)
ReplyDeleteyup rezeki setiap orang berbeza...
ReplyDeletedan kita harus bersyukur dengan apa yang ditentukan kepada kita
hai..
ReplyDeleteini pengalaman sayalah yer...saya sudah berkahwin 5 tahun tapi masih belum dikurniakan anak..atas nasihat org tua saya cuba kuruskan badan..sebab penah jumpa doktor dan kami suami isteri memang tak ada masalah...maka saya pun berusaha turunkan berat badan..Alhamdullilah ianya berhasil...kadangkala kita kena berusaha fikirkan usaha yang lain...doktor juga ada mengatakan faktor badan juga mempengaruhi proses mendapatkan anak...memang agak sukar melakukan mula2 tapi tak salah mencuba...kini impian saya untuk menjadi ibu akhirnya tercapai...saya berdoa agar impian saudari akan dimakbulkan Tuhan...teruskan berusaha dan usaha...disamping berdoa...adios
sara!!
salam ZANA,
ReplyDeletebetul, bagus sgt apa yg zana kongsikan tu, kan bagus kalau ramai org lain berfikiran mcm zana gak.. tp hampeh hantu ramai sgt si mulut laser ckp sblum fikir.. kalu bleh telan dh lama dorg2 tu kena telan >,< Oh ye.. adik2 semua, jgn sedey2 ye, korg muda sgt lg, insyAllah.. byk masa lg utk menikmati semua tu.. enjoy ur life to the fullest dlu (muslim's way)gi bcuti2 ngan husband.. mane tau tup2.. menjadi :)
sara!!<---tahniah akhirnya penantian dh berakhir.. doakan kami yg lain (eh bleh tahu umur sara brape yekkk..)
akak baru nk cuba2 berblog.. jom join sni yek kwn2 TTC
http://jommembebelbersama.blogspot.com/
rezeki dari ALLAH tu berbeza-beza zana...selalulah doakan yang terbaik buat pasangan kita...
ReplyDeleteakak bersyukur sebab bunting pelamin dulu2...insya allah tetap ada rezeki zana timang anak sendiri jua.....
nana la yg kategori first tu zana..hehe
ReplyDeletehubby manjang busy..even hati punya la jeles tgk org ke sana sini, berdua..tp kena paham sbb nk cari rezeki..mmg betul rezeki tu mcm2 bentuknye..nana pon selalu kena igtkan diri yg Allah tu maha adil n nana pon kena selalu bersyukur..kalau asyik compare diri ngan orang lain mmg asik rase kita x ckp kan..
nana doakan zana n adiey cepat2 dapat baby insyaAllah ;-)
InsyaALLAH...... suka zana makin positif! harap2 aura zana sampai ke ida... =)
ReplyDeletesituasi sy no 2..tp pasangan PJJ..
ReplyDeletetapi rezeki kami ada selepas 3bulan kwin terus lekat then sy kena jauh dr suami dari start mengandung smp la sekarang,anak pun setahun 7bulan.kadang2 kita tgk cm kita je bermasalah tapi ramai la yg mcm2 masalah dihadapi.bykkn sabar dan think positive..
bla dah keja ok,anak xde
bla dah ade anak,dok jauh2
bla dok dekat dan ada anak,gaduh2.
mcm2 hal dalam dunia.
tapi selepas pengalaman demi pengalaman..memang xkan sama dgn org lain.setiap org lain ada rezeki masing2,mungkin DIA bagi rezeki yang nie,DIA xbg rezeki yg kita nak,so bersyukur apa yg kita perolehi...yg berhenti utk berdoa dan redha atas rezeki yg kita dapat.mungkin bukan rezeki kita lagi buat masa nie..(emo dah aku nie..think positif)....
sabar dan sabar dan terus berdoa dan berusaha pasti insya Allah ada jalannya.
Btul tu kak..knaberyukur kan?? :)
ReplyDelete