Tuesday, October 29, 2013

Kenangan Birthday Zana 2013

[Entry yg patut keluar 2 bulan lepas.. sila maafkan tuan blog sebab suka sangat tangguh entry]


Birthday tahun ni lebih best sebab disambut pada 4 hari raya.. sejak berkahwin, inilah kali pertama dapat sambut birthday di waktu siang.. hehehe... maklumlah, masa tahun pertama kahwin jatuh pada hari pertama puasa.. tahun kedua & ketiga berkahwin kena time puasa.. dan tahun ni baru berpeluang untuk sambut birthday waktu siang..



 
Kebetulan tengah raya lagi masa tu... so memang meriah sebab ramai adik beradik yang ada.. sambut dekat 2 rumah dengan 2 kek yang berbeza.. memang kenangan yang indah untuk dikenang..

 
Tengahari tu sambut kat rumah mak mertua.. bestnya bila menu tengahari tu ayam hutan yang diburu oleh ayah mertua pulak tu.. mak mertua masak lemak cili api pulak tu.. memang menggoda selera betul! masa ni memang lupa apa itu istilah diet.. dah kata tengah raya kan? hahaha..
 

Petang tu, adik2 ipar & biras ajak pergi karaoke pulak.. layankan jer.. orang nak belanja kan.. hehehe.. seronok sebab jarang dpaat luangkan masa bersama diaorang.. masing2 dah keje & berkeluarga, so masa berjumpa agak limited.. sekali dapat keluar sama2 memang meriah!


Malam, sambut birthday dengan keluarga sendiri pulak.. mak masak bihun goreng kesukaan aku.. 



Kek birthday malam tu sangat2lah sedap.. sampai sekarang teringat2.. tapi tak tau kek tu beli kat mana sebab orang yang sponsor tu main rahsia2 pulak.. hehehe... meriah sangat malam tu sampaikan kitaorang lepak2 makan sampai pukul 1 pagi..

 

Bab hadiah sebenarnya aku dapat seminggu awal sebelum birthday.. hehehe.. x aci kan? Encik Adiey bagi awal sebab kononnya aku boleh pakai masa raya.. walaupun aku x reti nak pakai DSLR, Encik Adiey belikan jugak DSLR tu.. yang bestnya, sampai sekarang aku reti pakai guna mood auto jer.. x reti nak sentuh2 yang lain.. hahaha..
 
27 tahun dah sebenarnya aku tahun ni.. tahun yang dulunya aku target untuk ada seorang anak... nama pun target.. lagi pulak tu target yang tak boleh dikawal & bergantung pada rezeki daripada Allah.. so, bila target tu belum tercapai, kita berdoa jer la agar target tu akan tercapai & dipermudahkan oleh Allah... insyaAllah, masanya akan tiba..
  
Salam sayang untuk semua!!!
 
With love,
~ aDieyZa ~
  
 
Photobucket

Monday, October 28, 2013

Kenangan Syawal 2013

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri dah 2 bulan lebih berlalu, makanya kita x payah la nak sibuk citer panjang2 tentang raya tu yer.. kita letak gambar jer sebagai kenagan kat blog sendiri.. inilah padahnya bila tak reti nak update blog sendiri.. ampunkan saya blog tersayang.. hehehe..


Gambar family di pagi raya.. lengkap abah, mak, 5 adik beradik, 5 menantu & 15 cucu.. tahun ni extra special sebab semua ada pagi raya...


Family kak long memang tiap kali raya kat rumah abah mak.. sebab mak & ayah abang long dah lama meninggal dunia.. adik beradik jauh kat sabah & singapore..


Family kak ngah beraya sakan tahun ni.. maklumlah kak ngah ni susah nak dapat cuti raya.. dah 5 tahun rasanya tak dapat balik raya.. so, bila dapat cuti terus dia merayu2 kat abang ngah nak balik rumah abah mak.. hehehe.. 


Family kak uda memang tahun ni turn kat rumah abah mak.. family terbesar dalam adik beradik kitaorang.. anak lelaki sulung kak uda dah sama tinggi dengan ayah dia sendiri.. berdiri sebelah aku buat pandang2 bawah.. perli acu dia rendah la tu!!!


Family ateh tahun ni ngada2 tukar turn beraya.. tapi dia x heran pun tukar2 jadual balik raya.. sebab rumah mertua dia belakang rumah abah mak jer.. hahahha.. rumah dia sendiri jalan kaki 10 minit dari rumah mak dah boleh sampai.. apa ada hal tukar2 turn beraya.. hehehe..


Aku tahun ni memang turn rumah abah mak.. kitaorang memang follow betul turn2 ni.. tak boleh tukar2.. siap bahagikan berapa malam rumah abah mak, berapa malam rumah mertua.. kena adil! hehehe.. tahun ni puas hati aihhh.. dapat beraya tema warna pink!!!
  
Dah jadi acara wajib tiap tahun mesti nak ada gambar semua family.. nak lagi best, tiap tahun la bergambar berlatar belakangkan bendera.. maklumlah abah kan anak merdeka.. hehehe..
  

Beratur untuk salam-salam.. ada yang kata macam x ikhlas jer nak kena beratur utk mintak maaf.. macam kena paksa..
 

Tapi tradisi keluarga aku memang akan mintak maaf ikut turn.. bukan soal ikhlas tak ikhlas atau terpaksa.. tapi soal mengajar utk lebih meminta maaf & memaafkan.. bukan time raya jer kena mintak maaf kan..



Memang ikut turn.. drpd anak sulung, menantu sulung, sampailah cucu bongsu.. mengajar tentang budaya hormot yang mana lebih berusia.. part ni anak2 buah beratur ikut sape patut salam dulu ikut pangkat masing2.. dari sini boleh nampak yg diaorang tau mana yang patut diaorang panggil kakak dan mana yg patut dipanggil abang dan adik..

 
Beratur untuk duit raya.. masa ni lah abah kata aku yang paling untung.. padahal kalau ikutkan aku hanya beri 15 sampul duit raya tanpa dapat sampul duit raya untuk anak sendiri sebab belum ada anak.. tapi abah kata, tangan yang memberi lebih baik drpd tangan yg menerima.. sgt2 tersentuh..
   
Bergambar dekat rumah mertua pulak petang tu.. tak semua ada.. sebab ramai turn rumah mertua.. so siapa yang ada jer.. time ni sebenarnya dah kekenyangan sangat2.. terus rasa semua gambar nampak besar.. *alasan x logic padahal memang masa puasa tu memang berat naik bukannya berat turun.. hahaha..

 

Tahun ni sempat buat giliran beraya kat rumah member2 TTC.. seronok jugak dapat buat giliran ni.. selain dapat luang lebih banyak masa untuk berborak, dapat rasa banyak menu makan.. hahahha.. makan ajerlah yang diingatkan.. tahun ni kurang pergi open house.. tak tau kenapa sibuk sangat bulan tu...tu yang aku pelik naoe sejak lepas raya hari tu memang aku rasa macam pengurusan masa aku sangat2lah teruk! huhuhu...
 

Raya tahun ni kurang soalan tentang isu anak.. agak lega jugaklah.. kalau ada yang tanya pun, aku pandang Encik Adiey & dia yang tolong jawabkan.. malas la aku nak jawab2.. sebab takut aku terover emosi pulak.. bukan boleh caya sangat emosi aku kalau berkaitan isu anak ni...
 
Tak payah citer banyak sangat la eh.. ni sekadar nak ada cerita & kenangan dalam blog jer.. hahaha.. biarlah lambat drpd tak ada langsung kan?? hahaha... nanti kita buat edisi kenangan Hari Raya Aidiladha pulak eh..
 
Salam saying untuk semua!
 
With love,
~ aDieyZa ~

 
Photobucket

Monday, October 21, 2013

Apartment Studio Deluxe di Bukit Gambang Resort City Untuk DIJUAL


Sebuah Apartment Studio Deluxe di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang ditawarkan untuk dijual pada harga RM167,000.00 (Negotiable)..

  
Ciri-ciri: Studio type (all inclusive means 2 single beds + 2 pillows, blanket, 1 LCD TV, wardrobe, 2 chairs, 1 coffe table, aircond brand YORK, near Lift & bridge to main hall (Dewan) & café and also car parks). So far, the Dewan is the biggest hall di negeri Pantai Timur and the government department/ agencies preferred to have meeting and functions there because of the size and new look/ attractions.


Bukit Gambang Safari Park is a new attraction instead of Water Theme Park (boleh tengok white kangaroo, Llama Guanaco, Wallaby – sememangnya seronok). In future, there will have a shopping mall and national school. 




The said apartment was under lease agreement with the management (Sentoria Harta Sdn. Bhd.) till 2017 (will be renew on demand by the management). Ia bermaksud, owner sekarang telah memajakkan apartment tersebut kepada management untuk disewakan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Bukit Gambang dan dalam tempoh pajakan, the owner will gets rental money income about RM650 every month (jumlah bersih selepas ditolak segala bayaran maintenance dari segi pencucian dan penjagaan apartment studio tersebut). 


Dalam tempoh pajakan juga, the new owner juga akan dapat 6 voucher setiap tahun for free accomodation.. Dalam tempoh pajakan, owner juga boleh bawa family beristirehat dan berjalan-jalan di Pahang (kan seronok). If the said voucher tak ditebus dalam tahun tersebut, bolehla jual kepada kenalan dan saudara2 yang berminat (untung lagi kat situ)

So, tunggu apa lagi, saper2 yang berminat boleh la cuba masuk loan, untung2 boleh dapat sebuah apartment sudio di sebuah tempat peranginan terkemuka sekarang ni di Malaysia..


Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Encik Shah di talian 
017-6955633.. kalau nak best price cikit, boleh la bagitau daripada blog adieyza yer.. 


Photobucket

Monday, October 7, 2013

Custom Casing Handphone Note II - Always Pink!

Kalau dah peminat pink tu, casing handphone haruslah pink! 


Cantik tak casing tu? kalau korang kata tak cantik pun, aku tetap rasa cantik.. hehehe.. sebab aku yang pilih nak letak apa kat casing tu.. semua yang aku suka ada kat casing tu.. ada bunga, ada handbag, paris eiffel tower, love & crown.. best kan boleh pilh2 design casing yang kita suka?

Kalau ada yang berminat, boleh la order dekat "Cimieko Closet".. dekat instagram boleh search nama "Cimieko_Closet".. kalau nak tengok kat FB search "Cimieko Closet".. korang boleh tengok contoh2 yang pernah ditempah..

 Servis memang pantas.. semua whatsapp dibalas cepat.. sebelum nak design dia tunjukkan contoh apa yg akan terhasil.. order disiapkan dalam tempoh masa yang sekejap.. harga berpatutan mengikut design.. kalau design yg aku pilih tu RM120.. 

Kalau korang nak mix match design pun boleh.. so, memang best sangat.. so bila kita yang design & pilih sendiri, nanti hanya kita sorang jer yang ada casing tu kat Malaysia ni.. hehehe...

Salam sayang untuk semua!!!
Photobucket

Thursday, October 3, 2013

Bantal Mulut Seksi Yang Menggoda

Wah, tajuk tak beragak.. kontroversi pulak nanti.. hehehe..


Just nak cerita yang dah beberapa bulan ni bantal mulut seksi hari2 menjadi rebutan antara aku & Encik Adiey.. hihihi.. tapi aku jeles woo kalau Encik Adiey peluk bantal ni lama2.. hahaha.. *dengan bantal pun nak jeles ke?

Bantal mulut seksi ni beli masa cuti2 kat USS, Singapore.. *baru perasan entry ke Singapore tak buat pun lagi.. hahahaha..

Encik Adiey kata pilih satu barang yang aku suka utk kenang-kenangan.. nampak bantal merah menyala ni dari jauh.. menggoda sungguh! Tu yang terus Encik Adiey belikan.. *sebab aku tergoda tengok bantal ni seksi sangat sampaikan nak sangat beli bantal ni la aku jeles bila Encik Adiey nak peluk2 bantal seksi ni tau.. hahaha..

Ada gambar jelas bantal ni dekat kamera DSLR, tapi tak sempat transfer lagi.. dah transfer nanti aku letak kat sini eh.. *entry dapat hadiah kamera ni pun tak cerita lagi.. ohoiii, banyaknya entry tertunggak!

So, siapa gie USS, Singapore nanti boleh beli bantal mulut seksi ni yer.. eh, silap2 kat Malaysia ni pun berlambak2 ada jual? Hahahaha..

Salam sayang utk semua!!

Wednesday, October 2, 2013

WordLess Wednesday - FRIENDSHIP


FRIENDSHIP is not about whom you have known the longest, 
but it is about who came & never left your side..

Cinta, Yana, Yannie, Eida & Nana 
(jom follow blog diaorang!)

Salam sayang untuk semua!!!
Photobucket