Thursday, December 6, 2012

BE Ke 14 Nuffnang : Sunway University Open Day

BE baru!

Syukur Alhamdulillah.. dah 4 hari tak jenguk akaun Nuffnang, sekali bukak pagi ni nampak ada BE baru.. seronok!!!!


BE ke 14 daripada Sunway University!!

Menarilah sepuas-puasnya wahai BE baru.. menarilah serancak-rancaknya kerana hanya kamu jer BE yang tinggal sekarang.. harapan saya agar kamu dapat memberikan lebih banyak earning pada blog saya.. hehehehe..

Baru plan nak cash out hujung bulan ni.. tapi sebab dapat BE baru ni, so nak tunggu dululah.. tapi kalau BE ni menari kejap jer kat blog aku ni, terus cash out jer lah.. dah plan nak beli apa dengan duit Nuffnang kali ni.. over sungguh kan?? belum cash out dah berangan.. *berangan itu indah!!

Nota cinta: TQ semua yang sudi singgah blog x seberapa ni

Photobucket

Wednesday, December 5, 2012

Entry Bergambar : Tambah Limit Gambar Dalam Blog

Yeaaaayyyyyy!! dah boleh upload gambar dekat blog.. rupanya senang jer cara nak tambah limit letak gambar dalam blog tu.. tapi aku jer yang tak ada banyak masa nak buat.. 

Seronoknya dah boleh letak gambar dalam blog!!!! sebagai tanda happy, kita letak gambar baby Alya dengan Acu dia yang tengah happy tu.. comel kan Alya & Acu dia.. hehehe..


Nota cinta: memang x bermakna sesebuah blog bila update entry tanpa gambar.. 

Suami Borek Isteri Rintik - Pengaruh Suami Isteri Dalam Perkahwinan

Pernah dengar pepatah "bapa borek anak rintik"? Selalu dengar kan.. tapi pernah dengar tak pepatah "suami borek isteri rintik"??? Siapa pernah dengar sila angkat tangan tinggi-tinggi.. 

Aku pun x pernah dengar pepatah tu.. sesuka hati aku jer letak pepatah tu.. hahaha.. sebenarnya nak cerita tentang pengaruh suami dekat isteri.. ambik contoh pengaruh yang Encik Adiey bawak dekat aku jer lah yer.. dah kata ni blog aku kan..  mestilah ambik contoh aku, x kan nak ambik contoh suami/isteri orang lain.. hehehe..


Ada pengaruh yang terpaksa dirahsiakan daripada family aku terutamanya mak aku.. *mak aku x baca blog aku ni,so x perlu risau rahsia tu pecah.. tapi aku sanggup jer berahsia sebab aku suka dengan pengaruh tu! hahaha..

Mandi malam
Sebelum kahwin, aku memang x berani nak mandi malam.. sebabnya mak aku memang pantang sungguh kalau ada antara kitaorang adik beradik mandi lepas pukul 7 malam! dia kata nanti dah berumur badan cepat sakit2.. kalau korang tahan nak dengar mak aku membebel dari pukul 7 malam hari ni sampai 7 malam esoknya, silakan mandi malam.. hihihihi..

Tapi lepas aku kahwin, Encik Adiey memang suka mandi malam terutamanya sebelum tidur.. petang balik kerja dah mandi, tapi nak tidur mandi lagi.. mula2 aku pelikkkk gak apasal dia suka sangat mandi malam lagi2 mandi dengan water heater.. tapi bila sekali aku dah cuba, hari2 rasa nak buat!! sebabnya, aku rasa selesa sangat nak tidur! 

Ni kalau mak aku tau perangai mandi malam ni, ada yang Encik Adiey kena dengar mak mertua dia bebel 7 malam berturut2.. sebabnya, kalau balik kampung, kitaorang x kan buat perangai ni.. cari nahasssssssss kalau kitaorang buat macam tu! 

Eh, tapi kan, mandi malam sebenarnya elok jer.. kalau x percaya, baca artikel tentang mandi malam ni.. dalam artikel tu ada bagitau tentang:

  "Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu"

"“Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur),.Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur ” 

So, sebenarnya boleh jer mandi malam.. dan amalan mandi sebelum tidur rupanya boleh diamalkan!! 

Ni mesti kes mak aku terpengaruh dengan atok aku yang kata x elok mandi malam ni.. padahal atok aku x bagi mandi malam sebab zaman dulu nak pergi bilik mandi kan kat luar rumah, so agak bahaya la kan kalau keluar waktu malam untuk mandi.. tu yang keluar teori kata x elok mandi malam tu.. huhuhu..


Ada jugak pengaruh bab makanan yang Encik Adiey bawak dekat diri aku.. kadang2 macam x percaya jer aku banyak terikut perangai dia sedangkan aku x pernah buat pun perkara tu sejak aku membesar dengan family sendiri ..

Makan roti telur dengan sos
Sebelum aku kahwin, family aku suka makan roti telur dengan gula.. sambil makan roti telur, sambil cicah cikit dengan gula.. maybe ada yang kata pelik! tapi dah family aku suka cara makan macam tu, so dah jadi x pelik.. 

Tapi lepas aku kahwin, family aku pulak yang pelik tengok aku sebab makan roti telur dengan sos cili! tapi aku faham perasaan family aku time tu.. sebab masa mula2 kahwin aku pelik bila Encik Adiey makan roti telur dengan sos cili! tapi bila aku dah start rasa makan roti telur dengan sos cili, aku jadi sukaaaaaaaaa.. terus x mo makan dengan gula.. hehehe.. semuanya kerana pengaruh suami kan??

Sebenarnya banyak cara makan dan menu masakan yang aku dah terpengaruh dengan Encik Adiey dan keluarga mertua.. hehehe.. tetiba boleh buat pepatah "mertua borek menantu rintik".. boleh?? hahaha..

Banyak lagi pengaruh yang aku terikut sebenarnya.. tapi sebabnya nanti entry ni jadi panjang sangat, so lain kali la aku sambung.. tu pun kalau sambung.. hehehe.. biasalah, aku kan suka tangguh entry.. lalalala..

Nota cinta : siapa ada kes terpengaruh dengan suami?? meh story cikit bab "suami borek isteri rintik" ni.. mana tau korang punya story lagi best! 
Photobucket

Tuesday, December 4, 2012

Setahun Tanpa MC - Syukur Alhamdulillah

Minggu ni sampai minggu depan ada audit 5S.. stress?? dah malas nak stress.. hehehe.. semalam siapkan fail sampai kepala aku pening sesangat.. tapi yang peliknya, hari ni x siapkan fail pun pening jugak.. sekadar pening tapi x penat, x letih, x demam, x stress, x serabut tapi bertambah happy jer ada lah.. pelikkkkkkk.... 

Kebelakangan ni aku memang jarang sungguh online.. x tau kenapa.. kalau dulu, semua benda nak di "google".. sekarang ni macam malas nak menghadap internet.. orang kata kalau asyik menghadap komputer boleh jadi pening, tapi aku ni x menghadap komputer pun asyik pening.. 

Aku rasa ni semua gara2 aku dah lama x ambik cuti agaknya.. last cuti masa raya haji.. tu pun cuti sehari.. dah lama jugak x pergi holiday.. last holiday bulan 7, tu pun setakat ke Bukit Tinggi *tu pun entry gie Bukit Tinggi x buat2 jugak!!!!.. agaknya kena ambik cuti panjang baru pening aku hilang kot.. boleh gitu?? hihihihi..

Cuti tahunan aku ada lagi 20 hari.. ni semua kes tahun ni banyak kerja sampai x sanggup nak ambik cuti lama2.. *budget pekerja contoh konon.. hahaha.. tahun ni jugak aku belum pernah MC sehari pun! Alhamdulillah kesihatan agak baik tahun ni.. setakat selsema dan batuk biasa.. *tapi biasalah aku kalau selsema memang berminggu2 baru elok.. 

Last demam pun aku x ingat bila.. syukur Alhamdulillah.. *maybe jugak sebab tahun ni aku amalkan vitamin Shaklee, so kesihatan agak baik.. tapi manalah tau kalau baki cuti aku yang boleh dikatakan agak banyak tu akan digunakan dengan banyaknya tahun depan.. tetiba ada "gud news" ke kan.. time tu lah cuti rehat sangat2 berguna!!!

So maybe nak ambik cuti cikit hujung tahun ni.. bukan nak bercuti sangat pun, cuma nak rehatkan badan dan uruskan rawatan "kesihatan" dekat Hospital Putrajaya.. tu pun kalau permohonan cuti lepas.. dengan ada audit 5S lagi.. dengan hujung tahun nak selesaikan LNPT semua.. agak2 boleh lulus ke permohonan cuti aku eh?? 

Baki cuti korang banyak lagi x? Tak ada plan nak cuti ke hujung2 tahun ni? 
Nota cinta: maaf sebab lama x buat entry bergambar.. belum ada masa untuk tambah limit gambar dalam blog.. maaf sebab lama x tinggal komen kat blog korang, tapi aku baca jer blog korang waktu malam..
Photobucket

Monday, December 3, 2012

Disember - Yang Terindah dan Terpahit

Disember!!

- Sedar tak sedar dah masuk bulan terakhir tahun 2012.. 

- Sedar tak sedar, ada beberapa azam yang masih belum tertunai.. 

- Sedar tak sedar, dah banyak perancangan dan azam untuk tahun baru 2013..

- Sedar tak sedar, terlalu banyak perkara yang indah dan pahit yang telah dilalui sepanjang tahun 2012..

- Sedar tak sedar, IMPIAN yang paling diharapkan tiba untuk tahun 2012 masih belum kesampaian.. adakah impian itu akan dapat dicapai dalam baki beberapa hari lagi??

Nota cinta : Disember korang macam mana pulak? 


Photobucket