Friday, April 30, 2010

CuTi, SaLe & B2B


Dah bape hr xsempat update blog.. byk sgt keje kat office ni.. this week stp mlm mmg asyik tido awal jer.. sbb letih sgt2..

Semalam sampai xsempat nk lunch.. but ptg tu tetiba rasa nak mkn burger.. tp bukan burger kat fast food tp burger yg kat gerai biasa.. punyalah ngada2 kan??

Ptg tu cik adiey tunaikanlah hasrat aku yg mengada2 ni.. mkn burger otai kat presint 9.. thanks syg!!

Korang semua cuti x esok?? mstilah cuti kan.. kata hr pekerja.. tp ada gak yg x cuti kan.. tp dpt gaji triple tu.. masyukkkk..

So msti B2B dh plan mcm2 utk buat preparation utk Big Day kan??

Asal hujung minggu jer penuh la kat kepala & pemikiran B2B utk gie mana kan.. mmg x reti duduk diam la kan.. maklumlah preparation utk Big Day bukannya mudah..

Semalam pun cik adiey siap kata mana jadual hujung mggu ni? nak gie beli apa? nak cr apa? apa lg yg x beli? nak gie jumpa vendor apa? ( perli ke apa cik adiey ni??)

Sekarang sana sini ada sale.. kalau dulu xdelah selalu sgt ada sale tp kebelakangan ni manjang sale jer kan..

Agaknya diorg tau yg banyak B2B nak kahwin cuti sekolah bulan 6 nnti.. so diaorg buat la sale utk penjimatan (jimat sgt ke?? hehehe)

So selamat bercuti pada semua LoVeLy ReaDeRs yg akn bercuti esk.. pd B2B, leh la kita semua ambik peluang memenuhi shopping compleks & kedai2 berhampiran utk persiapan Big Day kita nnti.. hihihi..

Apapun, jgn terlalu membazir k.. ingat jugak utk persiapan slps kahwin nnti..

Wednesday, April 28, 2010

MiSi TQ TaG


Ingat lg x ttg entry TQ tag yg aku buat hr tu?

So smlm adalah misi print TQ tag.. print kejap jer.. xsampai 10 minit.. aku print be4 nak blk keje since nak bg kat cik adiey time dia jemput aku dr office nnti.. kan dia kata rela nak membantu utk menggunting TQ tag aku tu.. hehehe

Tapi aku xde la zalim sgt bg cik adiey semua.. aku just bg suku jer.. tu pun aku rasa dah banyak.. cian lak kat dia..

Suku lg aku tinggalkan kat office, so ada masa lapang leh la gunting TQ tag tu..

Separuh lg lak aku bwk blk umh.. sambil tgk2 tv leh la gunting2 kan.. hilanglah bosan aku ddk kat LoVeLyHoMe sorang2 tu..

So, skrg ni misi utk menggunting TQ tag.. even simple jer but kitaorg puas hati..

Nasib baik aku design bentuk yg senang utk digunting sbb baru gunting ckit aku dh mula penat.. hehehe..

Sbbnya mula2 tu, aku nak buat design bentuk oval atau bulat.. but bila fikir bentuk tu leceh nak gunting, so aku buat design yg bentukknya senang jer utk digunting (pemalas punya bakal pengantin.. hihihi)

Chaiyok2 utk aku & cik adiey dlm misi menggunting TQ tag!!!

Monday, April 26, 2010

Kursus Kahwin di Putrajaya

Weekend hr tu, aku & cik adiey gie kursus kahwin.. memandangkan both of us stay kat Putrajaya, so kitaorg ambik kursus kahwin kat Putrajaya jugak.. senang nak gie, xyah bazir duit myk.. hehehe.. lega bila urusan kursus kahwin di Putrajaya ni selesai..


Ada gak yg kata kitaorg lewat sgt gie kursus kahwin ni.. sbb lg 3 bulan jer.. bg aku biasa2 jer.. sbb 3 bulan ni mood nak kahwin makin berkobar2, so mmg sesuai la kot time kitaorg gie kursus ni..

Kitaorg mmg plan nak gie kursus kahwin on 24 & 25 April.. nak tau nape?

Senang nak ingat tarikh ni.. sbbnya majlis bersanding kat umah aku nnti on 24 Julai & majlis sambut menantu kat umh cik adiey on 25 Julai.. ha, kan senang nak ingat tu.. semuanya 24 & 25.. hehehe..


Kursus start 2.30ptg hr Sabtu..1st day mmg best.. topic best & penceramah pun best, esp ada sorang ustazah tu, sgt best!!! 1st day hbs kursus 6.30ptg.. cik adiey trs hntr balik LoVeLyHoMe..

2nd day kursus start 9.00pg.. sesi pagi tu agak menarik.. xdelah bosan mana pun.. lps jer lunch, sgt bosan.. sbb penceramahnya mcm xde semangat jer nak bercakap.. hehehe..

So kitaorg ni pun dgn baru lps makan trs la xbersemangat nak dgr.. tp sesi last sekali xbosan sgt.. so kembali bersemangat..


Kursus hbs 6.30ptg.. Syukur Alhamdulillah.. byk info baru yg aku & cik adiey belajar.. semoga boleh digunakan utk kehidupan slps berkahwin nnti..


Friday, April 23, 2010

3 BuLaN LaGi!!


3 bulan lagi for our LoVeLyDay..


Semalam jumpa cik adiey.. cik adiey kata kita dh kena mula serius utk persiapan LoVeLyDaY.. sbbnya masa tinggal 3 bulan jer.. adoiiii, cepatnya masa berlalu..

So, hr ni aku dgn penuh bersemangatnya planning mcm2 utk persiapan LoVeLyDaY.. sbbnya aku & cik adiey rasa dh cukup masa utk enjoy2 & now kena fokus utk LoVeLyDaY.. so persiapan utk beli kelengkapan LoVeLyHoMe dihentikan seketika utk memberi laluan pd persiapan LoVeLyDaY..

So, misi hr ni adalah utk print TQ tag yg aku buat semalam.. smlm tunjuk kat cik adiey, dia ok jer.. aku ngaku yer yg mmg aku buat simple hbs sbb guna word shj.. cik adiey kata, nnti dh siap print bg kat dia.. dia nak tolong gunting.. TQ syg!!!

Weekend ni aku & cik adiey ada misi wajib yg kena dihadiri.. utk persiapan selangkah ke alam rumahtangga.. misi apa?? korang teka lah.. (ada ke yg teka cik zana ooiii.. huhuhu)

Apapun, aku & cik adiey berharap agar semua yg dirancangkan berjalan lancar.. sbb xsemua yg kita rancang & idamkan akn jd kenyataan esp bila melibatkan perancangan perkahwinan..

Happy weekend to all my LoVeLy ReaDeRs..

Thursday, April 22, 2010

TQ TaG


Hari ni xbape bz.. so ambik kesempatan utk buat TQ tag utk LoVeLyDaY..

Memandangkan aku ni x kreatif, so design yg biasa2 jer.. xde guna software segala mcm.. guna word jer.. hehehe.. simple!!

Walaupun simple tp aku buat dengan usaha sendiri.. tanda aku sgt menghargai kehadiran tetamu di hari bahagia nnti..

Even org akn buang jugak TQ tag tu, tp aku rasa tu salah 1 cara utk aku ucapkan terima kasih pd tetamu sbb xsemua tetamu akn jumpa aku on that LoVeLyDaY kan.. tetamu sgt penting sbb tanpa tetamu xmeriah lah sesuatu majlis tu kan..

Then aku try print.. terus rasa comel jer TQ tag aku tu.. huhuhu (puji diri sendiri lak padahal design guna word jer pun).. malas nak edit2 then terus decided guna design tu utk TQ tag aku..

InsyaAllah ptg ni cari paper utk print TQ tag aku tu.. if jumpa, esk leh la print.. then misi potong memotong akn dijalankan.. chaiyok2 zana!!

Wednesday, April 21, 2010

SoaL HaTi & PeRaSaaN


Salam to all my LoVeLy ReaDeRs..

Dah seminggu x update blog.. ada "kisah" nape akux sempat nak update blog.. but, xperlulah aku citer kat sini.. yg pntg semuanya baik2 jer..

Hujung mggu hr tu, aku & cik adiey ambil peluang utk spent time together.. (bukan setiap mggu spent time together ke? hehehehe).. tp kali ni dating yg menyelami hati masing2.. (ayat nak bermadah pujangga lak aku ni kan?? hehehehehe)

Sebenarnya, last week aku & cik adiey cuba mengingatkan kembali saat2 perkenalan kitaorg.. bila teringat balik semua kenangan tu, xsangka hubungan kitaorg blh bertahan sekian lama..

Syukur Alhamdulillah.. hbgn dr zaman sekolah bertahan sehingga hr ni.. semoga hbgn ni akn terus berkekalan dan diberkati Allah hendaknya..

Dating kali ni cik adiey byk sgt tanya ttg perasaan aku.. byk sgt persoalan ttg hati yg cik adiey tanya.. sampaikan aku rasa mcm mula2 bercinta lak..

Kitaorg sama2 cuba selami lebih mendalam perasaan cinta yg ada dlm hati masing2.. sama2 bertukar perasaan, luahkan segala isi hati yg terpendam..

Cik adiey kata if ada yg xpuas hati, bgtaulah supaya kitaorg leh baiki kelemahan tu demi hubungan yg lebih bhgia.. (mood tgh sentimental, so luahkan yg x puas hati pun cara romantik.. hihihi..)

Bila aku tanya nape dia tanya semua soalan tu, then dia ckp sbb dia terlalu menghargai hati dan perasaan aku.. (touching jap aku time ni.. hihihi..)

Sehari suntuk kitaorg dating dgn penuh soalan tentang hati dan perasaan.. rasa kebahagiaan tu makin memancar dlm hati aku..

Syukur pada Mu Ya Allah kerana kebahagiaan ini..

Friday, April 16, 2010

PreParaTioN & DieT MusnaH


Sekejap jer dah hari Jumaat kan.. rasanya baru jer balik kampung semalam.. rupanya dah seminggu.. cepat betul masa berlalu..

Hujung minggu ni insyaAllah nak kuar dgn cik adiey cari barang hantaran.. sbb masih ada barang hantaran yg x dibeli.. sbbnya xde yg berkenan di hati.. bak kata cik adiey, selagi x dekat tarikh, semua rasa x berkenan di hati.. hehehe

Both family kasi tempoh sebulan lg utk cr semua barang hantaran.. sgt sempatlah sebulan tu.. masih ada tempoh utk bersuka ria sebentar.. hehehe..
(pic petang smlm.. cik adiey tersenyum puas setelah berjaya musnahkan diet aku dgn ajak mkn kat Pizza.. hehehe)

Sebenarnya aku & cik adiey xnak terlalu gopoh dlm buat persiapan.. sbb nnti kitaorg akn jd stress.. so sbb tu lah kitaorg buat persiapan mengikut jadual..

Doakan semuanya berjalan lancar ye..

Thursday, April 15, 2010

KaD KaHWiN DoNe By aBaH & MaK


Hari ni rasa nak balik kampung jer.. sbbnya dapat call dr abah yg bgtau tentang kad kahwin aku & cik adiey..tgklah tajuk entry tu.. nmpk sgt yg abah & mak bertungkus lumus buat kad kahwin aku..

Abah & mak call dr kedai kad kahwin tadi.. dia kata semua kad kahwin dah siap ditempah.. vendor kad kahwin tu suruh dtg lg esok utk check if ada kesalahan.. so, esok abah & mak akan gie kedai tu semula utk check if ada kesalahan dalam kad kahwin tu..

Hari Sabtu ni abah & mak akan dtg kat LoVeLyHoMe.. abh akan bwk kad kahwin tu utk aku & cik adiey check again if ada kesalahan yg abah & mak terlepas pandang..

If semuanya ok, Isnin ni dah boleh terus confirm utk printing.. aku betul2 percaya yg abah & mak boleh uruskan kad kahwin ni.. lgpun ni kad kahwin terakhir yg abh & mak akn uruskan.. lps ni abh & mak xyah fikir lg utk persiapan kahwin sbb semua anak abah & mak dah kahwin.. hehehehe

Balik kampung next month, aku & cik adiey akn uruskan utk banner jer.. abah kata kos utk banner dah settle gak.. tinggal nak tunggu design aku & cik adiey jer.. wah, cepatnya abah & mak bertindak!! sayang abah & mak!!!!!!!!!!

So aku harap agar proses kad kahwin aku ni berjalan lancar dan seperti yg kitaorg harapkan..

Monday, April 12, 2010

AnDaM UnTuK aNaK BonGSu SgT BesT!!


Salam sayang for my LoVeLy ReaDeRs..

Kejapnya rasa cuti hujung mggu.. penat blk kg pun x hilang lagi..

Exam hr Sabtu lepas, kira ok lah.. ada yg susah, ada yg senang.. tp bila kena jwb soalan math, aku mmg mcm budak sekolah rendah beb.. maklumlah dah lama x buat math kan.. sampai sifir pun ada yg terlupa.. hehehehe..

Semalam, aku & cik adiey sempat uruskan utk gie Butik Andaman utk LoVeLyDaY.. sbbnya, bila kitaorg nak gie tempah kad kahwin, abah kata dia yg nak uruskan..

Aku percaya dgn abah utk uruskan kad kahwin aku since selama ni semua kad kahwin adk brdk mmg abah yg uruskan & mmg semuanya terbaik.. so dh xyah nak fikir2 sgt.. just banner jer yg abah suruh aku uruskan.. thank u so much abah!!!

Pagi smlm aku & cik adiey gie Butik Andaman utk our LoVeLyDaY.. first gie Butik Andaman La Ross yg mana andam ni akn uruskan utk majlis sambut menantu di rumah cik adiey.. since andam ni andam yg sama time aku tunang, so dpt hrga yg terbaik..

Aku x request pelamin baru but aku request baju baru jer.. apa yg aku nak, semua andam ni bagi since dia kata aku ni anak bongsu so bg jer lah apa yg aku nak.. hehehe.. thanks Kak Ross!!

Petang lak kitaorg gie Butik Yatie Anggun yg mana andam ni akn uruskan utk majlis nikah, berinai & mjlis sanding kat umh aku.. since andam ni dah rapat dgn kak long aku, so mmg senang nak deal dgn dia..

Aku request baju baru utk majlis berinai & bersanding.. then dia kata dia boleh bg sekali pelamin baru utk mjlis akad nikah & bersanding.. padahal aku x mntk pun.. hehehe..

Then semua yg aku suka & nak, andam ni bg jer.. sbb yg diberi sama mcm andam Kak Ross iaitu aku anak bongsu so bg jer lah semua yg aku hajatkan.. thank u so much Kak Yatie!!!

Kiranya, setakat ni aku & cik adiey mmg xde mslh utk andam for our LoVeLyDaY.. semua discussion berjalan lancar.. Alhamdulillah.. lgpun majlis dibuat sederhana jer, yg penting aku & cik adiey nak semua org happy time majlis tu nanti..

Sorry sesgt sbb xde pic time kitaorg gie butik andam ni.. sbbnya kitaorg over excited nak bincang sampai lupa nak snap pic.. sorry ye u all.. next appointment dgn both butik ni, kitaorg akn snap pic k..

Friday, April 9, 2010

WeeKenD YanG SuPeR DuPeR BZ


Kejap jer dah hari Jumaat.. cepat betul masa berlalu.. this week aku mmg penat.. banyak keje nak dibuat.. balik umh xdapat nak berehat sgt sbb kena study utk esok.. aku akn cuba buat yg terbaik.. if ada rezeki aku, Alhamdulillah.. if xde rezeki, cuba lagi la hujung thn nnti..

Petang ni aku akn blk kampung dgn cik adiey.. semuanya berkaiatan preparation utk LoVeLyDaY.. jadual cukup padat hujung mggu ni..

Malam ni sampai kampung msti around pkl 8.. sampai2 msti nak gosip2 & bincang2 dgn mak abah.. maklumlah dh sebulan x blk.. then msti nak study ckit lg utk exam pg esok..

Esok, pagi2 lagi dah kena gerak utk gie exam.. as usual, msti mak & abah hantar.. exam dr pagi sampai ptg..

Malam esok, nak gie butik andaman utk pilih baju & pelamin.. butik andaman ni yg akan handle utk majlis LoVeLyDaY kat umh cik adiey.. butik andaman ni sebenarnya butik andaman yg sama time aku tunang hr tu.. so memandangkan dah mmg kenal, dia x kisah aku & cik adiey nak dtg bincang kat butik dia wktu mlm..

Ahad lg super duber bz.. pagi2 nak kena gie umh cik adiey.. ye lah, xkan dah blk kg sekali tp x gie umh dia kan? nnti apa lak kata mak dia kan..

Tengahari ahad tu lak, nak gie tempah kad kahwin.. tempah utk both majlis terus.. utk majlis kat umh aku & utk majlis kat umh cik adiey.. malumlah, kitaorg jarang blk, so sekali blk msti nak buat semuanya sekaligus..

Lepas tu, terus nak gie furniture shop.. kitaorg nak beli set bilik tidur pengantin utk LoVeLyDaY umh cik adiey.. yg umh aku xbeli since baru jer beli utk tunang hari tu.. jimat.. lgpun baru jer beli 2 bln lps..

Lepas tu, aku & cik adiey dah ada temujanji kat butik tailor yg akn jahit baju nikah kitaorg.. mlm td aku & cik adiey dh bincang utk design baju nikah aku.. biasa2 jer since aku bukanlah artis.. hehehe..

Petang tu lak, nak gie bincang dgn Wawa since aku ada nak tempah cupcakes dgn dia.. memandangkan time tunang hr tu aku dah tempah cupcakes kat dia & ramai yg puji kata cupcakes tu sedap, so haruslah tempah lg utk LoVeLyDaY..

Then ptg tu jugak, kitaorg terpaksa bergegas utk gie butik andaman lg 1.. butik andaman ni lah yg akan handle majlis LoVeLyDaY kat umh aku.. since aku request mcm2 kat dia, so haruslah bincang dgn lebih mendalam & makan masa yg lama dgn dia..

Malam ahad lak, kitaorg akan gerak blk ke Putrajaya since Isnin dah keje.. kalau nak diikutkan mmg penat.. tp nak buat mcmne, dah kitaorg ddk jauh dgn family.. so preparation just boleh buat hujung mggu & time kitaorg blk kampung jer..

Hope semuanya berjalan lancar.. even penat, aku akan pastikan yg semua ni dibuat dgn hati yg gembira.. bila hati gembira, msti xde rasa sakit hati, penat or mengeluh..

Doakan agar aku dapat jawab esok dgn tenang ye.. doakan jugak agar segala yg akan aku & cik adiey rancangkan hujung mggu ni berjalan lancar..

Selamat berhujung minggu to all my dear LoVeLy ReaDeRs..

Wednesday, April 7, 2010

MooD eXaM La PuLaK

Sekarang ni aku dh jadi budak sekolah la.. pagi, petang, malam asyik baca buku jer.. bila baca buku asyik rasa ngantuk jer.. teringat zaman study dulu.. bukak buku jer mulalah mengantuk.. dasar kuat tido la aku ni.. hehehe

Sebenarnya aku tgh buat persiapan utk exam sabtu ni.. exam memasuki gred 41, yg apply kat SPA tu..

Keje aku skrg ni kan just guna diploma jer.. ye lah, kan aku lum dpt result final degree aku dh dpt keje govt ni.. so exam sbtu ni utk kelayakan yg guna degree lak..

Harapan nak lulus exam semestinya ada.. even aku tau yg exam tu xsemudah yg disangka.. dr pengalaman senior n member2 yg prnh ambik exam ni, diaorg kata susah.. soalan pengetahuan am, soalan math, kena wat karangan BM & BI, soalan sejarah & mcm2 lg la..

Bila dh lama x tinggalkan zaman study ( 9 bulan tu lama gak kan??), rasanya mcm susah jer nak mengahafal & mengingat mcm2 perkara.. nak buat esei pun mcm dh blurrrr jer.. hehehe

Aku cuba je lah sehabis baik.. ada rezeki, adalah.. if x de rezeki, terpaksalah cuba lg.. ada gak yg kata aku xyah la sibuk2 gie exam ni, dah ada keje tetap skrg ni.. mmg la keje tetap, tapi kalau boleh nak gak keje yg sesuai dgn kelayakan aku..

So, utk semua yg read this blog & follow this blog, aku harap korang doakanlah agar aku dpt buat sehabis baik time exam sabtu ni ye.. thank u so much..

Monday, April 5, 2010

Kain Nikah Di JaKeL


Lama rasanya x de entry ttg preparation utk LoVeLyDaY.. since x sht ni, preparation pun xde.. cik adiey kata bg aku sht dulu baru fkr ttg preparation..

Semalam aku rasa dh sht ckit.. call cik adiey ajak kuar.. mula2 cik adiey x nak sbb aku baru nak sht.. tp lps pujuk2 n yakinkan dia yg aku dh rasa sht ckit, barulah cik adiey setuju..

So, smlm aku & cik adiey gie Jakel.. kitaorg nak cr kain utk buat baju nikah.. sebenarnya kitaorg cadang nak beli last 2week but time tu kitaorg demam teruk, so terpaksa la tangguh sampai smlm..

Jakel skrg tgh ada promosi giler222.. sempena sambutan ulangtahun Jakel.. so sale mmg best & meletop!!!

Sampai Jakel pkl 11pg.. mmg nak gie pg sbb org kata pg senang nak mntk discount plus org x ramai.. tp silap la.. tgh sale mana blh x ramai org.. pkl 11pg tu dh berduyun2 org kat Jakel tu..

Aku & cik adiey trs gie bhgian baju pengantin.. dpt salegirl yg sgt best & sporting.. smpai2 trs bgtau nak colour apa.. then salegirl ni kuarkan semua jenis kain & corak yg colour kami nak.. mulalah rambang mata!!!
Dah try 5,6 jenis kain & corak, akhirnya aku & cik adiey mula buat kptsn.. bila dh dpt yg berkenan di hati, try lak mntk discount.. mmg dpt la sbb aku dh pujuk rayu salegirl tu.. hehehe..

(bila nak kurus ni???)

Hasilnya dpt la kain utk buat baju nikah utk aku & cik adiey.. plus percuma veil & kain sampin.. kain sampin ni mmg free sbb dgn pembelian RM500 ke ats, mmg dpt kain sampin ni.. semua ni sbb promosi sambutan ulangtahun Jakel la.. dh free, so ambik jerlah..




Memang puas hati sbb kitaorg dpt hrga yg within budget plus dpt yg mengikut citarasa kitaorg.. syukur sbb urusan membeli ni dipermudahkan Allah..

This week akn hntr kain tu kat butik pengantin.. design baju masih dlm pertimbangan.. sempat lg fikir sebelum ahad ni.. hope semuanya berjalan lancar..

Friday, April 2, 2010

x SiHaT...


Hari ni selsema & batuk makin teruk.. sgt x tahan.. xleh nak fokus kat keje.. bersin xpayah ckp la, xhenti2..

Smlm cik adiey bising sbb aku x sht2 gak.. demam at the same time but dia dh ok, aku yg x ok2.. nak buat mcmne, aku ni mls mkn ubt..

Plus, kena mrh sbb asyik minum ais jer.. nak buat mcmne, aku xsuka air panas2, suka yg sejuk2 jer..

Then kena bebel dgn semua org sbb dh dekat nak kahwin x reti jaga kesihatan.. nak buat mcmne, dah nak demam.. bukan aku yg mintak..

Cepatlah ptg.. nak blk umh & rest puas2.. but msti mlm ni tido lewat.. since mlm ni my friends, Maher & Elmy nak tumpang tido kat LoVeLyHoMe.. so msti borak n gosip2 sampai pg.. sbtu bz nak ngemas LoVeLyHoMe.. ahad lak nak buat preparation utk LoVeLyDaY..

so bila nak take rest ni??

Thursday, April 1, 2010

EvoLuSi KL Drift2


Last week aku sempat tgk wayang dgn best friend aku, Ierin, citer Evolusi KL Drift2.. aku x de niat langsung nak tgk citer ni.. sbb aku bukannya suka citer ganas2 n action2 ni.. serius x prnh layan..

Tapi memandangkan Ierin dtg tumpang bermalam kat loVeLyHoMe & beria nak tgk citer ni, aku layankan jer.. call cik adiey nak ajak tgk sekali, but cik adiey x balik dr outstation lg time tu.. so, aku & Ierin jer lah tgk citer tu..

Panggung mmg penuh.. tp maybe sbb weekend kot.. plus citer baru kuar so msti ramai yg tgk.. majoriti yg tgk citer ni guys la kan..

Memandangkan aku xbape minat citer ganas2 ni, so aku rasa oklah citer ni.. mmg banyak aksi yg ganas2.. plg aku xsanggup tgk time Aaron Aziz belasah Farid n Scha.. aku sambil tutup mata tgk adegan tu.. Ierin gelak2 tgk aku.. aku takutttttttt.. xleh tgk ganas2 n org pukul2 ni..

So, if sape2 yg suka tgk citer aksi2 ni, leh la tgk.. xyah la bawak bdk kecik tgk citer ni, takut terpengaruh je budak tu nnti.. hehehe..