Tuesday, June 11, 2013

Aktiviti Riadah Cuti Sekolah Bersama Anak Buah Tersayang

Cuti sekolah hari tu, rumah aku memang betul2 meriah.. ramai anak buah yang "berkampung" kat rumah tu.. bila ramai askar2 dalam rumah tu, dah tentu2 suara akulah yang paling banyak sekali kedengaran..


Nasib baik la ada bunga yang menyerikan di antara askar2 tu semua.. kan Alya? tapi yang perempuan pun sama melasak jugak.. budak baru dapat kaki ni tak reti nak rehat/tido.. asyik nak berjalan jer.. 


Lasaknya masing2.. menakutkan tengok diaorang main gaduh2 sampai tertonggeng2.. hehehe.. kakak2 aku asyik mintak maaf sebab anak2 diaorang menyepahkan rumah.. tapi, aku tak kisah pun pasal rumah berselerak tu.. sebabnya bukan selalu diaorang ada kat rumah aku tu.. budak2 tengah membesar memang rumah selerak.. normal la tu kan.. lagipun, boleh kemas pun.. 


Cumanya, jangan sesekali menconteng dinding & melompat atas sofa! tu memang aku tak berapa nak suka.. setakat ni semua anak2 buah tau peraturan tu.. baru nak lompat, mata Acu dia dah buntang dulu.. terus tak jadi buat.. hahahahaha..



Waktu riadah kat taman permainan & swimming pool memang seronok sangat2.. masing2 nak bermanja.. tapi, bukan manja dengan aku.. tapi manja lebih dengan Encik Adiey.. huhuhu.. 



Maklumlah, diaorang kata aku terlebih garang sedangkan Encik Adiey terlebih baik hati.. ye lah kan, Encik Adiey tu rajinlah melayan karenah diaorang.. aku ni, sibuk nak bergosip dengan kakak2 aku, jadi biarlah Encik Adiey jer yang melayan.. huhuhu.. 



Tu pun masing2 berebut nak tido sama dengan Encik Adiey.. dah, kalau korang nak tido sama dengan Pak Cu korang, Mak Cu nak tido mana??? atas sofa??? hukhukhuk..


Bila diaorang dah balik rumah masing2, memang sunyi sangat2.. terasa sangat.. bukan bermakna aku & Encik Adiey kat rumah diam membisu jer.. selalu jer main kejar2 dengan dia.. eh?? hahahah.. tapi, bila ada budak2 tu meriah dia lain macam kan.. kalau ada anak mesti meriah rumah aku tu.. *insyaAllah masanya akan tiba..

Nota Cinta: kadang2 cemburu bila anak buah lebih rapat dengan Encik Adiey.. tapi, rasa happy sebab dapat tengok sikap penyayang Encik Adiey kat budak2 tu.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Monday, June 10, 2013

Usia Perkahwinan : Baru atau Lama?



Last week aku update 1 status kat FB tentang usia perkahwinan.. keluar status tu pun sebab ada persoalan daripada beberapa orang rakan baru yang kenal dekat blog then add dekat FB tentang dah berapa lama aku kahwin..

Aku biasanya akan jawab, "baru setahun", "baru 2 tahun" dan utk this year jawapan aku "baru 3 tahun"..

Kenapa aku jawab "baru 3 tahun" dan bukannya "dah 3 tahun"? sebab aku sentiasa rasa baru berkahwin dengan Encik Adiey.. aku rasa banyak benda lagi yang aku kena belajar tentang alam perkahwinan.. aku rasa setiap hari ada jer benda baru yang aku belajar tentang Encik Adiey tu..

Maybe bagi sesetengah pihak, 3 tahun tu dah kira lama.. tapi, ada jugak yang rasa 3 tahun tu baru.. x kisah baru atau lama, yang penting kita tau macam mana nak uruskan perkahwinan tu.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Thursday, June 6, 2013

Promosi Pembelian Tudung! 15% Diskaun Istimewa Untuk Pembaca Blog Adieyza

Siapa yang suka shopping tudung bawal, tudung awning, shawl & aksesori untuk tudung???

Rasanya sekarang ni kebayakannya memang suka membeli tudung melalui online.. maklumlah masa terhad.. macam-macam website dan blogshop yang menjual tudung sekarang ni.. pilih jer yang mana berkenan dan menawarkan harga yg berpatutan..

Harga mesti la berpatutan.. kualiti pun nak yang terbaik.. nak lagi best, bila blogshop tu boleh bagi harga diskaun kan.. so, kalau korang nak beli pelbagai jenis tudung ni, korang cuba cuci2 mata dekat website 

Tudung2u.com.my


Banyak pilihan tudung yang boleh korang pilih.. harga memang mampu milik dan berbaloi.. corak yang dijual pun cantik2.. rasanya memang kebanyakan tudung dekat "Tudung2u" ni mementingkan design & colour tudung sebab aku tengok kebanyakannya warna yang tengah "in" sekarang ni..



Kalau yang memang peminat setia bawal dari dulu, kini dan selamanya tu memang sesuai sangat cuci mata & shopping tudung dekat "Tudung2u" ni sebab banyak pilihan bawal yang boleh dipilih..



Kalau ada yang suka buat koleksi kerongsang pun boleh shopping dekat "Tudung2u" ni.. nak cari anak tudung pun ada dijual.. memang pakej combo yg berbaloi.. satu blogshop tapi jual pelbagai jenis tudung & aksesori.. memang pilihan yang terbaik!


Siapa tak suka shopping dapat diskaun kan.. so, istimewa untuk pembaca & pengunjung blog adieyza, korang boleh dapatkan diskaun 15% untuk setiap pembelian tudung atau aksesori seperti kerongsang yang korang beli dekat "Tudung2u" ni dengan hanya menyatakan kod voucher 


(ADI2013)


Ingat yer, kod voucher ADI2013 ni hanya untuk pembaca dan pengunjung blog adieyza sahaja.. masa buat order tu, akan ada satu bahagian untuk kod voucher.. masukkan kod voucher tu, then korang memang layak dapat 15% diskaun! 


If ada masalah, boleh direct PM/Call/Whatsapp/SMS aku yer, 013-6065246.. or korang boleh call direct "Tudung2u", 03-3318 3800..

Kod voucher ni hanya sah sehingga 30 Jun 2013 sahaja.. so, rebut peluang sepanjang bulan Jun ni.. lepas ni dah tak ada diskaun lagi.. boleh beli siap2 untuk pakai hari raya nanti.. 

Selamat "bershopping!"

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

Wednesday, June 5, 2013

Nuffnang : Earnings RM0.00


Setelah bulan Mei aku tak dapat sebarang CPUV Campaigns daripada Nuffnang, so hari ni aku decide nak cash out kan jer duit dalam akaun Nuffnang tu.. sedih tengok total earnings dah jadi RM0.00!

7 BE dalam tempoh sepanjang Januari hingga April 2013.. bagi aku, tu dah cukup bermakna.. maklumlah, blog ni biasa2 jer.. jarang update lak tu.. huhuhu.. so harapnya bulan June ni adalah rezeki aku untuk dapat BE baru.. 

Dah plan nak buat apa dengan duit ni.. walaupun tak banyak, tapi mesti digunakan untuk kenang-kenangan sama macam duit hasil Nuffnang pertama dan kedua dulu.. insyaAllah...

Thanks pada semua yang sudi singgah blog picisan ni.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Monday, June 3, 2013

6 Bulan Berlalu...


Sekejap jer dah masuk bulan Jun.. rasanya baru jer melangkah ke tahun 2013.. semuanya berlalu dengan pantas.. 

Impian untuk mendukung baby sendiri di tahun 2013 nampakya belum diizinkan Allah lagi.. ada lagi baki 6 bulan jer.. tapi impian untuk hamil tu masih banyak masa lagi.. terus berdoa, berusaha & bertawakal agar Allah makbulkan impian tu.. kalau belum ada rezeki jugak, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku & Encik Adiey..

Bulan Mei sendiri dah bagi banyak berita gembira dekat diri aku.. dan aku betul-betul teruja nak melalui hari-hari yang menggembirakan sepanjang Jun ni.. 

Aku tak pernah sangka bulan Jun tahun ni akan bawak macam2 berita dekat aku.. tapi, sebelum bulan Jun lagi aku dah terima banyak berita gembira yang akan aku lalui sepanjang bulan Jun ni.. serius aku teruja sangat2 dengan bulan Jun tahun ni!


Selamat menempuhi bulan dan minggu baru dengan penuh kegembiraan yer.. semoga korang akan melalui bulan Jun ni dengan seribu rasa kebahagiaan.. insyaAllah..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~