Friday, June 12, 2015
Fasa 5 Tahun Pertama Perkahwinan Tanpa Anak
Koleksi Kata-Kata Motivasi Pagi
Setiap hari kita bangun untuk mulakan hari baru dengan semangat baru.. mula merancang apa yang akan dilakukan sepanjang hari tu.. mula berfikir apa yang boleh dibuat untuk capai apa yang kita idamkan hari tu.. cuba untuk bangun dan berusaha jadi lebih baik daripada semalam..
Walaupun kadang kala tak semua yang kita rancang berjalan seperti yang dirancang.. tapi, percayalah bahawa Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.. Allah tak pernah ambil apa yang kita sayang tanpa pernah menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.. Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui..
*****************************************************************************
Clink link entry di bawah untuk lebih banyak mutiara kata dan kata motivasi untuk anda:
"KATA INDAH HARI JUMAAT"
"MOTIVASI SELAMAT PAGI"
Thursday, June 11, 2015
Vendor Butik di Putrajaya
Monday, June 8, 2015
5 Tips Ringkas Pemilihan Langsir
5 tips ringkas pemilihan langsir
1. Tentukan anggaran bajet
Pilihan bajet berdasarkan kemampuan.. nilah yang paling asas sebenarnya.. tak kisah mahal atau murah yang penting cantik dan kena dengan selera kita.. x perlu nak membazir ikut trend, tapi ikutlah kemampuan.. yang murah tak semestinya tak cantik kan?
Pilihan bajet berdasarkan kemampuan.. nilah yang paling asas sebenarnya.. tak kisah mahal atau murah yang penting cantik dan kena dengan selera kita.. x perlu nak membazir ikut trend, tapi ikutlah kemampuan.. yang murah tak semestinya tak cantik kan?
Kena sesuaikan jugak dengan corak dan warna langsir dengan beberapa perabot lain dalam rumah.. kalau sofa warna gelap, boleh cuba cari langsir yang warna terang cikit.. kalau rumah berkonsepkan tradisional, kenalah cari langsir yang lebih kurang konsepnya.. tak kan konsep tradisional kita beli langsir corak inggeris pulak.. hehehe..
3. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir
Ambil ukuran tingkap dan pintu siap2.. lakar bentuk tingkap dan pintu beserta ukuran dekat buku nota.. bawak sekali masa pergi kedai langsir.. peniaga ni memang mahir so diaorang akan bantu kita dapat beli kain langsir yg cukup mengikut ukuran tadi..
4. Langsir siang, langsir malam
Boleh beli atau jahit 2 jenis langsir berbeza.. 1 langsir tebal hanya untuk kegunaan malam.. satu langsir lagi lebih nipis untuk kegunaan siang.. bila siang, anda ikat dan gantung langsir tebal tadi dan biarkan langsir nipis sahaja untuk lebih pencahayaan ke dalam rumah..
5. Beli perkakas tambahan yang lain
Bila langsir dah siap dijahit, jangan lupa pastikan beli cangkuk yang bersesuaian dengan jenis palang dan pastikan ianya mencukupi.. beli sekali tali pengikat langsir yang sepadan dengan langsir atau kontra dengan warna langsir untuk menambahkan seri langsir tadi..
Selamat mencuba :)
Friday, June 5, 2015
Mutiara Kata Selamat Pagi
Mulakan hari baru dengan membaca dan mendengar kata-kata yang boleh memotivasikan kita dalam hidup.. lumrah kehidupan, adakalanya kita jatuh dan di bawah.. ada masanya kita bangun dan berada di atas.. yg pasti Allah ada bersama kita tidak kira di saat susah mahupun senang..
Bersyukur sentiasa dengan apa yg kita ada.. jangan dibandingkan hidup kita dengan orang lain.. kadang terlalu membandingkan dengan mereka yg lebih senang hidupnya akan membuat kita selalu rendah diri dan rasa tidak cukup.. jika hendak membanding, bandingkan dengan meteka yg setaraf dengan kita..
Doa yg baik2.. jangan lupa mendoakan mereka yg berada di sekeliling kita.. kadang2 mereka yg ada di sekeliling kita ialah orang yg paling kerap mendoakan kita.. berjaya, bahagia dan selamat hidup kita kadang kerana ada yg mendoakan kita.. jangan kedekut mendoakan orang lain..
Semoga kehidupan kita hari ini lebih baik daripada hari2 sebelumnya.. jadikan setiap awal pagi untuk kita perbaiki kekurangan dan kelemahan diri.. bermuhasabah diri.. semoga Allah lebih redhai..
Clink link entry di bawah untuk lebih banyak mutiara kata dan kata motivasi untuk anda:
"KATA INDAH HARI JUMAAT"
"MOTIVASI SELAMAT PAGI"
Salam Jumaat..
Selamat pagi..
*********************************************************************************Clink link entry di bawah untuk lebih banyak mutiara kata dan kata motivasi untuk anda:
"KATA INDAH HARI JUMAAT"
"MOTIVASI SELAMAT PAGI"
Subscribe to:
Posts (Atom)





















