Tuesday, August 26, 2014

Menanti Zuriat Sekian Lamanya

Siapa yang tak mengharapkan anak selepas berkahwin kan.. namun, semuanya rezeki daripada Allah.. menati zuriat setelah sekian lama berkahwin adalah "hadiah" daripada Allah.. "hadiah" yang mengajar pasangan untuk lebih bersabar & mengukuhkan lagi hubungan mesra antara pasangan..

Mengenal seseorang yang lagi lama menanti untuk dikurniakan zuriat membuatkan hati aku makin kuat.. Kakak Ummi yang aku kenal melalui Encik Adiey sangat kuat!  hampir 10 tahun masih menunggu dan akhirnya dikurniakan seorang anak lelaki setelah bertahun lamanya menanti..

Namun anak lelaki sulung tersebut dijemput menghadap Ilahi beberapa hari selepas dilahirkan.. Allahuakbar... "hadiah" sekali lagi untuk pasangan ini.. "hadiah" yang menuntut seluruh jiwa raga kuat dan sabar.. "hadiah" yang perlu diterima walaupun terlalu perit untuk diingat.. Allahuakbar..

Allah Maha Mengetahui.. Allah sebaik-baik perancang.. beberapa bulan selepas "hadiah" yang agak perit diterima, hadir semula "hadiah" baru untuk mereka suami isteri.. rezeki daripada Allah, Kakak Ummi dan suami dikurniakan seorang lagi zuriat setahun selepas tu.. kali ni, anak perempuan.. Allahuakbar... indah sungguh percaturan-Nya..


"Hadiah" selepas lama menanti, terlalu bermakna.. terlalu menyentuh hati.. semuanya itu adalah kehendak, ketentuan dan rezeki daripada Yang Maha Esa.. siapalah kita untuk menidakkan kebenaran tersebut.. menanti lama, menuntut kesabaran yang cukup tinggi namun akhirnya manis juga yang menanti.. Allahuakbar.. indahnya perancangan Mu Ya Allah.. 


Kakak Ummi ialah antara orang yang rajin mengirimkan doa dan kata2 nasihat di saat aku dihimpit seribu satu rasa dengan "hadiah" daripada Allah ini.. "hadiah" yang menuntut kesabaran ni kadang2 buatkan aku jadi kuat dan adakalanya jadikan aku lemah.. maafkan hamba-Mu ini Ya Allah kerana kadang kala lupa bahawa "hadiah" itu adalah tanda kasih sayang daripada-Mu.. 

Kakak Ummi selalu pesan, "semuanya adalah pinjaman Allah.. semua yang kita ada bukanlah milik kita.. satu hari kelak, anak yang kita ada boleh pergi meninggalkan kita.. satu hari suami yang kita sayang boleh meninggalkan kita sendirian.. jadi, kenapa kita perlu perlu rasa untuk "memiliki" sedangkan semuanya milik Allah.. siapalah kita untuk menolak ujian dan dugaan daripada Allah? bukan ke kita hidup untuk diuji? bukan ke kita diuji tanda Allah masih sayangkan kita?"

Allah.. Allah.. Allah.. terkadang aku lupa bahawa ujian ini adalah tanda kasih sayang Mu Ya Allah.. terkadang aku lupa bahawa ujian ini menjadikan aku semakin ada banyak ruang waktu untuk mendekatkan diri kepada Mu Ya Allah.. 

Maafkan aku Ya Allah.. 

Photobucket

17 comments:

  1. Assalamualaikum zana. Subhanallah. Innalillahiwainalillahirojiun.. Kuat dan tabahnya kak ummi serta suaminya. sedihnya sheila baca ni zana... dulu sheila pun selalu fikir kenapa Allah tak beri lagi hadiah terindah ni. Masyallah. Malunya bila terfikirkan balik, seolah2 kita mempersoalkan ketentuan Ilahi. Zana, Adi, bersabarlah dengan dugaan dan cabaran ini. sheila doakan kalian dikurniakan zuriat yang comel-comel. In shaa Allah, one fine day. Awak akan terima hadiah terindah ini.. bersabarlah dengan hikmah.. *hug&kiss*

    ReplyDelete
  2. Salam Zana.. kkdg bila kita diuji kita akan jadi lebih kuat.. Tabahnya Kak Ummi.. eyza yang 7 tahun ni pun kkdg akan rasa down.. tapi bila mengenangkan betapa beruntungnya kita sebab ada suami yang support dan tak putus2 bagi semangat kat kita yang buat eyza tabah.. InsyaAllah,mudah2an satu hari nanti akan sampai jugak rezeki untuk kita.. Amin..

    ReplyDelete
  3. Salam Zana, Subhanallah.. 10 tahun Zana, hebatnya dugaan yg dilalui kak ummi kita ini..kita pun lom tentu sekuat imannya dan setabah beliau.. Ya Allah.. kita ni yg baru 3 tahun kosong pun dah diasak pelbagai kata-kata dan suara suara yg tak sedap didengar skit dah lemah semangat... moga kite tabah dlm harungi liku kehidupan..InshaAllah...

    ReplyDelete
  4. Salam Zana....kalau Zana perasan Yani pernah post something yang berkaitan zuriat masa Raya tempohari....ade someone yang komen..."Baru 3 tahun lebih kawin...ade pasangan yang dah kawin 13 tahun baru dapat anak....bla bla bla"....mungkin kita-kita ni yang baru 3-5 tahun berkahwin dan tiada anak ni orang dah anggap "normal" kot....ade sisi positif dan negatif bila situasi kita ni dah dianggap "normal".... ;) cheer Zana, kita insan terpilih, Allah SWT yang pilih....

    ReplyDelete
  5. Sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang... InshaAllah, ada Rahmat besar menanti kita disebalik ujian ini...

    ReplyDelete
  6. sebak bile baca entry zana nie..kuat okayh zana..Allah dh atur hidup kite dgn sebaik2nye..percaya la zana, satu hari nnt zana akan dpt "hadiah" yg dinanti..insyaAllah..hugsss..

    ReplyDelete
  7. sesungguhnya za Allah telah merancang yg terbaik utk kita..... ape yg penting za jgn putus asa okey....teruskan usaha 'berubat' dan tawakal pada Allah...kami kawan2 doakan yg terbaik utk za dan hubby.....

    ReplyDelete
  8. tersentuh saya bca kisah kak ummie.. sekian lama menunggu hadiah diberi ditarik kembali.. tapi perancangan Allah tu terbaik kan zana.. di hadiahkan pulak kepada kak ummie dan suami puteri yang comel..

    insyaAllah ada rezeki zana dan suami..

    ReplyDelete
  9. Insya'Allah kak...yg penting kita berusaha :) yg lain2 tu kita berdoa..bertawakal pada Allah..sbb rezeki itu datang dr Nya..Insya'Allah..rezeki itu akan menjadi milik kita klu diizinkan Nya..Amin....

    ReplyDelete
  10. insyaAllah ...hari itu pasti akan tiba...keep on praying :)..salam perkenalan:)

    ReplyDelete
  11. N haritu ms pergi ry jmp akak ni 20thn xsilap menunggu cahayamata smp die dah give up la katenye tp Alhamdulillah dtg rezeki die pregnnt.

    Bile kte dgr cerita org yg pengalaman mcm ni, mgm bg inspirasi dan smngt kan...

    moga kita semua tabah dan dimurahkan rezeki..InsyaAllah:)

    ReplyDelete
  12. Kisah akk umie sama dengan kawan baik sy, alhamdulillah xlama lepas tu kawan saya pun dah pregnant lagi. PercaturanNya adalah yang terbaik. Moga2 lepas ni rezeki awak pulak k..insyaallah

    ReplyDelete
  13. syahdu sangat..hadiah ni buat kita makin kuat kan zana..
    moga satu masa nanti ..pasti ada rezeki zuriat untuk kita
    Allah dah tulis rezeki kita...in shaa ALLAH teruskan berdoa dan usaha
    pasti ada

    ReplyDelete
  14. sabar eh zana. ida pon dok sabarkan diri sendiri niii hehhehe~ apa apa pun kita enjoy life kita masa berdua nii. kang dah ber3 ber4 hidup dah lainnn kekekke~

    jemput singgah since bloglist ida buat hal, terpksa tepek sini,
    http://www.idabaharum.com/2014/08/laman-grill-kajang.html

    ReplyDelete
  15. sabar ek zana...
    nory penah rasa apa yang zana rasa..
    insyaALLAH, ONE SWEET DAY nnt, mesti tuhan bagi "hadiah" tu..
    nory doakan untuk semua rakan2 TTC..aminnn

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. Jaga diri & baby. Moga dilindungiNya :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..