Mutiara Kata Selamat Malam
Seharian melalui pahit manis kehidupan.. malam adalah masa yg sesuai utk berehat dan bermuhasabah diri.. merenung dan mengenang apa yg telah berlaku sepanjang hari ini..
Muhasabah diri di atas setiap keputusan dan tindakan yg kita buat sepanjang hari.. insyaAllah kita akan berusaha perbaiki segala kelemahan serta kekurangan diri kita keesokkan hari..
Meminta maaf pada mereka yg dekat dengan kita.. memaafkan mereka yg menyakiti hati kita.. ikhlaskan hati agar tidak ada hasad dan dengki sesama sendiri.. insyaAllah hati akan jadi lebih tenang..
Bayangkan perkara indah yg akan berlalu esok.. bayangkan banyak berita gembira yg kita akan dengar esok.. bayangkan ramai yg tersenyum gembira melihat kita hari esok.. bayangkan pelbagai bentuk rezeki yg Allah akan kurniakan pada kita hari esok.. insyaAllah akan dipermudahkan..
Selamat malam.. semoga Allah ampunkan segala dosa2 kita pada hari ini dan semoga hari esok lebih baik drpd hari2 sebelumnya..
No comments:
Post a Comment
Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..