Monday, October 31, 2011

Kalender 2012 - Perancangan Cuti

Kalender 2012



Dari minggu lepas aku sibuk jer print & tengok kalender untuk tahun depan.. mula2 tanda tarikh public holiday.. syok bila tau tahun depan banyak cuti jatuh hari Ahad, so automatik Isnin dapat cuti.. yeayyyy!! 
 
Bila dah print kalender tu, mulalah tanda tanrikh2 penting kat kalaender tu.. lepas tu tanda pulak tarikh untuk plan cuti rehat.. bila bosan, tanda tarikh untuk plan cuti2 cinta bersama encik adiey.. bila ngantuk, tanda tarikh untuk plan gathering bersama family & kawan2 pulak.. 
 
Seronok la pulak tanda2 tarikh kat kalender ni! lepas tu mulalah berangan nak buat itu, nak buat ini.. nak pergi situ, nak pergi sini.. berangan tu indah kan!

P/S: lagi 2 bulan berakhirnya 2011.. so kena berusaha untuk tunaikan beberapa misi yang masih belum tercapai.. kalau x tercapai jugak, kena carry forward tahun depan la jawabnya.. korang punya misi 2011 macamne pulak?
 
Nota tambahan : since ada yang request untuk tau tarikh public holiday tahun depan, ni aku bagi beberapa link untuk public holiday 2012 yer..
 





Photobucket

Entry Weekend

Selamat pagi semua!! hope ceria2 selalu yer.. Monday bluessssss?? hope dijauhkanlah yer.. tapi minggu ni rasanya mood bekerja tu macam suram kot kan? kata nak raya hujung minggu ni.. so mungkin ramai yg dah terbayang kampung halaman.. hihihi..

Weekend lepas, x banyak aktiviti luar yang aku buat.. Sabtu bz temankan akak aku pergi inteview.. dari pagi sampai petang, walaupun penat tapi still happy.. sempat jugak kitaorang lunch sama2 kat rumah aku..

Sabtu malam pulak sibuk dengan persiapan untuk tengok final Piala Malaysia.. walaupun tengok kat rumah jer, but persiapan haruslah mantap.. huhuhu.. kata orang N9 kan, so haruslah support pemain N9.. tengok match N9 vs Tganu dengan encik adiey, adik ipar, biras & anak buah.. meriah ok!!! gamat suasana rumah aku masa tu..

Tak sia2 bersorak dan support pemain N9 untuk match tu.. N9 menang bergaya untuk Piala Malaysia!!! Tahniah untuk semua pemain & penyokong pasukan N9.. untuk pasukan & penyokong penyu, jangan sedih2 yer.. hihihi..

Hari Ahad semalam, masa dihabiskan sepenuhnya di rumah.. duduk rumah layan anak buah yang makin bijak membesar, memang seronok!! makin meriah rumah aku semalam sebab dapat dengar suara budak kecik yang tengah sibuk belajar bercakap.. hihihi.. hope nanti ada rezeki untuk aku dengar suara budak kecik kat dalam rumah aku setiap hari.. insyaAllah..

P/S: siang ni maybe x berapa sempat nak blogwalking sangat.. so ganti blogwalking malam nanti..



Photobucket

Sunday, October 30, 2011

Disiplin Di Bilik Tidur

Disiplin di bilik tidur ni sebenarnya kena mulakan daripada kanak-kanak.. sebab kalau dah besar baru nak ajar tentang semua ni macam susah sikit.. Bayangkan kalau daripada kecik bangun tidur biarkan katil tak bersusun kemas? Bila dah kahwin baru nak cuba buat semua tu memang boleh cuma makan masa sikit la.. dapat pulak pasangan yang sama perangai tak berapa nak disiplin bab jaga kekemasan bilik tidur, memang parah la.. 



So, mungkin boleh cuba 5 tips ringkas seperti di bawah ni:

- Pastikan katil telah dikemas sebaik sahaja bangun daripada tidur atau selewat-lewatnya jam 8 pagi.. Ini sgt penting dilakukan sebelum memulakan kerja2 lain seperti menyapu halaman dan mengemop lantai..

- Pastikan baju yg telah dibasuh dan dilipat disusun dalam almari. Baju hendaklah disusun dengan kemas dan rapi mengikut jenis pakaian tersebut..

- Pastikan baju2 yang ingin dibasuh tidak dikumpul di dalam bilik. Selain bersepah, ia juga akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Sediakan bakul baju untuk pakaian kotor dan letakkan di ruang mendobi dan bukan di dalam bilik..

- Pastikan tuala anda berganti 3 atau 4 hari sekali! Dan untuk orang2 bujang memang amat sukar untuk mengamalkan tips ini. Sila cuba sedaya mungkin. Basuh tuala anda sesudah 3 atau 4 hari dan gunakan tuala baru. Juga pastikan tuala anda tidak bergumpal, kerana ia akan mempercepatkan proses pembentukan tahi lalat.

- Elakkan daripada membawa makanan ke dalam bilik tidur.. jangan sesekali membawa masuk makanan yang mungkin boleh menyebabkan bilik dihurung semut, didatangi lipas atau dicuri masuk oleh tikus! 

Nak lebih banyak tips mengemas dan susun atur rumah? Click link di bawah ni :


"TIPS SUSUN ATUR DAN MENGEMAS RUMAH"


Sebenarnya tips ni mudah diamalkan kalau kita dah biasa.. memang bilik tidur ni ruang peribadi kita tapi ia juga mencerminkan diri kita.. kalau bilik tidur pun berselerak, nak tidur pun tak lena kan? kalau nak lebih info, boleh terjah masuk http://mengemasrumah.blogspot.com/.. ada banyak lagi info yang kita boleh baca dekat sana..


Saturday, October 29, 2011

Tips Penjagaan Kerongsang

  1. Asingkan mengikut saiz- yang kecil bersama yang kecil dan yang besar bersama dengan yang besar.
  2. Semasa menyimpan, kerongsang haruslah dipin dengan elok.
  3. Pastikan kerongsang disimpan elok di dalam bekas yang beralaskan span.
  4. Elakkan daripada terjatuh kerana ia mungkin akan merosakkan kerongsang.
  5. Kerongsang boleh dicuci dengan air biasa sahaja dan kemudian dilap dengan kain yang kering.
  6. Gunakan gam yang khas jika batunya tertanggal.
  7. Gunakan pewarna kuku yang jernih untuk mengembalikan kilatan dan seri kerongsang yang telah pudar. Cara ini juga boleh digunakan untuk mengelakkan batu kerongsang mudah tertanggal.
Photobucket

Friday, October 28, 2011

Mak Mertua Dan FaceBook


 Semalam lepas balik kerja terus prepare untuk minum petang.. musim hujan sekarang ni membuatkan perut ni asyik rasa lapar jer.. masa tengah prepare untuk minum petang, encik adiey gelak2 panggil aku dari ruang tamu.. ingatkan kenapalah.. masa aku nak pergi dekat dia, nampak yang encik adiey gelak2 depan Miss White (nama lappy baru aku.. hahahaha).. sampai ruang tamu, dia suruh tengok siapa yang add aku dekat FB..
 
Terus macam terkejut ok!! eh, biar betul?? gosok2 mata sambil gelak2 dengan encik adiey.. nak tau x siapa yang add aku kat FB??
 


 
Mak mertua!!

Ye, mak mertua saya add saya di FB.. kamu ada?? hihihihi..

Lepas tu encik adiey terus sign out FB aku.. dia bukak FB dia pulak.. kalau menantu pun mak add, anaknya dah tentu2lah mak add jugak..
 
Memang tergelak2 kitaorang suami isteri masa tu.. terus capai phone nak call mak.. sekali mak x angkat la pulak.. call rumah adik ipar yang angkat.. masa tu mak x ada kat rumah, keluar beli barang.. terus gelak2 cerita dengan adik ipar tentang mak mertua ada FB..

Malam tadi, kitaorang siap borak2 dengan mak kat FB.. padahal setiap hari jer calling2, tapi nak jugak borak2 kat FB.. tapi masa borak2 tu, memang aku & encik adiey gelak jer.. sebab rasa macam kelakar lak mak ada FB.. 
 
Alasan mak buat FB "sajer, nak luangkan masa".. tengok jawapan tu, nak luangkan masa ok.. hihihi..
 
Bila mak mertua request untuk list aku sebagai menantu kat FB, encik adiey makin gelak2.. katanya, moden betul la mak ni kan.. hihihi.. comel sungguh mak ni tau! 

P/S: x jadi nak deactive FB sebab lately ni macam dah "kebal" cikit.. Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu ini dalam menghadapi sebarang ujian..

Photobucket

Apabila Iblis Mula Melompat

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri  selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,  masyarakat jadi muafakat. 
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. 
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. 
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila  pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam  kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, 
Ketika itu manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,  
Ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi  ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,  orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik  bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin  nak kaya cepat,  orang tua pula nak mati lambat.
Apabila  orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.  
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.  
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.  
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai  baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan  lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.  
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila  jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi  gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian  pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai  tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan  malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita  buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis  dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, 
Masa tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

Maknanya ketika itu iblis mula melompat.
Dia  kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.  
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua  akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.  
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu,  sindri mau ingat.

Umur kamu banyak mana dah kamu buat ibadat...?
Zaman  muda kamu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda kamu, dari mana kamu  dapat...?
Ilmu kamu, adakah kamu manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera  
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. 

Sumber : emel  

P/S: sama2lah kita berusaha untuk berubah ke jalan yang lebih baik & diberkati Allah..
Photobucket

Thursday, October 27, 2011

Tutti Frutti Putrajaya



Petang2 dapat layan gambar makanan best kan.. 
 



Balik dari MotoGP hari tu, encik adiey belanja Tutti Frutti.. kiranya macam ubat hilangkan penat la.. 




           SEDAP!          


ada sesiapa sudi nak belanja saya?? hihihi.. perasan!
 
Photobucket
 

Selami Hati Wanita

Andainya engkau tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya engkau tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya engkau tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
beerti dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu.

Andainya engkau tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
 
Andainya engkau tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai engkau tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai engkau tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai engkau tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai engkau tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai engkau tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai engkau tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai engkau tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
 
Andai engkau tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan yang amat menyayangi anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda..
P/S: Luahan ikhlas seorang wanita yang indah untuk dikongsi terutamanya untuk difahami oleh kaum lelaki.. to Ain, be strong dear!!
Photobucket

Thursday Bluesssssss

Selamat pagi semua!! ada yang masih bercuti?? bahagianya kalau ada yang terus sambung cuti kan.. aku tengah simpan cuti ni.. tunggu cuti sekolah hujug tahun baru apply cuti.. motif x ada anak tapi cuti tunggu cuti sekolah??

Sebabnya, anak2 buah nak datang rumah aku masa cuti sekolah nanti, so sebagai mak cu yang baik, haruslah ambik cuti then bawak budak2 tu berjalan kan.. walaupun diaorang kata mak cu ni garang, tapi mak cu tetap baik hati ambik cuti tau! tapi ada budak2 tu kisah? tetap kata pak cu lagi baik.. mencik tul!

So hari ni mood seolah2 monday bluess sebab semalam cuti kan.. tapi nak siapkan keje2 yang baru dapat.. big boss dah balik dari outstation so keje baru pun bertambah.. dapt keje aku ok lagi, tapi kalau kejap lagi dia menjerit, parah gak la kan.. nanti ada masa aku blogwalking blog korang yer.. kalau ada yang rasa aku dah lama x terjah blog korang, sila inform aku k..

Photobucket

Wednesday, October 26, 2011

Jiran Yang Pelik

Selamat pagi semua!! Selamat bercuti untuk semua.. walaupun cuti sehari, tapi cukuplah untuk merehatkan badan dan luangkan masa bersama yang tersayang.. ramai jugak yang ambik cuti untuk esok & Jumaat.. yang plan nak bercuti dalam malaysia & luar malaysia pun ramai.. seronok kan!!!

Hari ni maybe just lepak2 kat rumah.. kemas rumah.. masak.. lepak2 manja bersama encik adiey.. mood nak keluar tu macam kurang sebab still sakit kaki.. penangan MotoGP yang x sudah2!! mencik!!

Cakap pasal kemas rumah, semalam masa sampai depan rumah waktu balik dari kerja, rasa nak marah jer dengan orang depan rumah aku tu.. boleh la pulak dia sapu sampah rumah dia then dia buang jer habuk2 tu menghala ke luar rumah dia.. luar rumah dia adalah depan pintu aku ok!!! hei, apasal la ko x buang jer habuk tu dalam tong sampah rumah ko?? rumah x de tong sampah ke apa??

Memang la aku marah sebab habuk tu dah nak sampai depan rumah aku.. yang buat aku x faham tu, kenapa dia sapu menghala ke luar rumah & biarkan jer habuk2 tu kat depan rumah dia.. dia boleh rasa selesa ke kalau nampak habuk2 penuh depan rumah dia?? aku bukak jer pitu rumah aku, dah boleh nampak kot habuk penuh kat depan rumah dia.. mata aku ni rasa sakit tau nampak habuk2 tu!!

Secara jujur aku cakap, aku x pernah bertegur dengan jiran depan rumah tu.. macam mana nak tegur, pintu rumah asyik bertutup jer (ni aku faham la sebab tinggal kat rumah tinggi2 memang jarang la nak bukak pintu kan), yang aku x faham tu bila nampak kita jer dia terus lari atau tutup pintu!! padahal kadang2 tu dia dah bukak pintu nak keluar rumah, then bila nampak kitaorang, dia sanggup masuk balik dalam rumah!

Dah la kejap aku nampak perempuan ramai2 masuk rumah tu, lepas tu kadang2 nampak lelaki masuk dengan perempuan, kadang2 minggu ni nampak muka lain, minggu depan muka lain lak.. kitaorang tau hal siapa keluar masuk tu sebab kitaorang pasang teropong pintu.. bukan nak bz body tapi dari situ jer kitaorang boleh tau sebab kalau kitaorang bukak pintu, gerenti xde yang akan keluar masuk rumah tu.. kalau sehari kitaorang bukak pintu, memang sehari lah x keluar la jiran aku tu..hahahaha.. x ke pelik tu?? agaknya dia memang takut nak jumpa orang kot kan.. hihihihi.. adakah muka kami ni garang sangat sampai dia takut nak jumpa kitaorang?? hahahahha..

Dengan jiran sebelah aku ok jer.. kiranya masih boleh bertegur sapa la.. ada jugaklah gie rumah dia kan.. tau jugak la dia keje mana & kampung kat mana.. selalu jugak la tukar2 makanan, sharing is caring la katakan.. 

Tapi orang depan rumah tu jer yang misteri sangat! korang rasa apa masalah orang depan rumah aku tu eh?
Photobucket

Tuesday, October 25, 2011

Bathtube Race! Ada berani?


Tadi dapat e-mail tentang bathtube race.. gelak2 aku tengok gambar tu.. kalau kat Malaysia ada bathtube race ni, korang nak join x? hahahahaha.. 
 
















p/s: ada berani?

Photobucket

Review Qalesya Spa di Bangi

Semalam aku ada update tentang kenangan pergi MotoGP kan.. balik dari sana, kaki aku sakit sangat2! rasa nak tercabut kaki ni tau!!! so semalam, aku try la google tentang khidmat urutan kaki sekitar Putrajaya dan Bangi.. lepas penat menggoogle, aku jumpa la 1 blog spa ni.. Qalesya Spa yang terletak di Bangi..

Qalesya Spa di Bangi

Qalesya Spa Beauty & Healthy

Spa ni baru bukak 2 minggu lepas.. memang baru sangat! masa tengok harga yang ditawarkan, terus rasa teruja nak pergi.. harga memang berpatutan! so terus telefon Qalesya Spa untuk booking urutan kaki petang semalam..

Balik kerja, encik adiey terus hantar ke spa tu.. masa sampai jer, layanan dari staff memang mesra.. ditambah dengan alunan muzik yang tenang, hilang kejap rasa sakit kaki tu.. hihihi..

Semalam aku just ambik pakej untuk urutan kaki.. masa kena urut tu, rasa macam lega cikit sakit2 tu.. minyak yang digunakan untuk urut tu pun best, based on Lavender.. sedapnya kaki ni bila kena urut.. 

Since spa ni baru buka, so aku dapat free gift mug sebab jadi antara pelanggan terawal yang datang ke spa tu.. syok kan! urut kaki dapat, free gift pun dapat..

 Banyak sebenarnya perkhidmatan & pakej yang ada kat spa ni.. kalau korang nak tau lebih lanjut, mungkin boleh bukak blog atau cari FB Qalesya Spa ni.. dekat situ korang boleh tau tentang pakej yang ada kat sana, nombor telefon untuk booking pun ada kat dalam blog tu jugak.. 
 

Qalesya Spa di Bangi

 
Aku pun baru pertama kali cuba, tu pun sekadar urutan kaki so x berani nak bagi testimoni lebih2.. tapi rasanya spa ni mampu bagi kepuasan kepada pelanggan berdasarkan harga, layanan & pakej yang ditawarkan..
 
So pada sesiapa yang tinggal dekat Bangi, Putrajaya, Kajang atau kawasan sekitarnya, boleh la cuba spa ni.. aku rasa, spa ni antara spa yang menawarkan harga berpatutan & khidmat yang memuaskan.. sekarang ni susah jugak nak jumpa spa yang masih menawarkan harga berpatutan terutamanya dekat kawasan bandar ni kan.. so bila ada spa yang tawarkan harga berpatutan, why not kita cuba kan..
 
p/s: ini bukan iklan berbayar.. review ni berdasarkan pandangan peribadi aku & sekadar berkongsi pengalaman dengan semua pembaca blog ni..

Photobucket

Pemenang aDieyZa 1 Dekad GiveAway


Setelah 4 hari  aDieyZa 1 Dekad GiveAway melabuhkan tirainya, baru hari ni berkesempatan untuk umumkan pemenangnya.. Alhamdulillah sebab ramai yang sudi join GA ni.. jom sama2 kita check pemenang bertuah untuk GA ni..

Tahniah diucapkan untuk 



Kak Atie @ azatiesayang!!






Tahniah untuk Kak Tie sebab menjadi pemenang bertuah untuk aDieyZa 1 Dekad GiveAway.. random.org terus jer jer keluarkan result no.1.. memang bertuah la kan!

Tahniah juga buat Kak Tie sebab baru saja menyambut ulangtahun kedua blognya yang tersayang.. teruskan usaha Kak Tie untuk menghasilkan lebih banyak entry yang best2 yer.. teruskan buat zana terliur dengan gambar2 makanan hasil tangan Kak Tie tu.. hihihi..

Kepada yang lain, terima kasih sebab join GA tu.. insyaAllah kalau ada rezeki, aku akan buat GA lagi.. tq so much semua!
 
P/S: jom terjah blog Kak Tie
 
Photobucket

Monday, October 24, 2011

Senarai Peserta GA Adieyza 1 Dekad GiveAway



1. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html 
2. http://www.tibit2babyboom.blogspot.com/
3. http://nurazizahyahaya.blogspot.com/
4. http://kpopfa93.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
5. http://jeeha-contest.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html  
6. http://atienabila.blogspot.com 
7. http://honeysour00.blogspot.com/
8. http://bicarahatidia.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html  
9. http://gengggkapak.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html 
10. http://kpopfa93.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html 
11. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
12. http://jaajahatga.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html 
13. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html  
14. http://azzalifestory.blogspot.com
15. http://asiahsukacontest.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
16. http://tiefazatie.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
17. http://mamaishazah.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
18. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
19. http://khai-contest.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html 
20. http://kutukontest.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
21. http://patheticpetite.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
22. http://jivebumz.blogspot.com
23. http://karimahabdhamid.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
24. http://susugebu.blogspot.com/
25. http://kamidancontest.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
26. http://zuraida-rahim.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html 
27. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
28. http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html 
29. http://lindasyasya.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html
30. http://aqilah214.blogspot.com/
31. http://cpluckiest.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html  
32. http://goldenrosegacontest.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html 
33. http://wahidayatulaswa.blogspot.com  
34. http://duniaanita74.blogspot.com/
35. http://violetgurl-eka.blogspot.com/2011/10/header-berlapuk.html  
36. http://radinsah.blogspot.com/
37. http://azieazman.blogspot.com  
38. http://bilajejarimamamenari.blogspot.com 
39. http://pinknlavender.blogspot.com/2011/10/adieyza-1-dekad-giveaway.html 
40. http://24-7nay.blogspot.com


Keputusan akan diumumkan ESOK pagi..

P/S: if ada link yang tertinggal, mohon maklumkan yer..
 
Photobucket

Pengalaman Manis & Pahit di Sepang Circuit


Semalam merupakan sejarah pertama dalam hidup aku ke MotoGP di Sepang Iternational Circuit.. pergi dengan semangat berkobar2.. tapi sampai sana terus hilang semangat sebab  kena jalan jauh untuk masuk ke litar.. kena parking jauh sebab pergi dah agak lewat.. jalan kaki sejauh 2km sebab parking penuh!! dengan matahari terpacak atas kepala (maklumlah pukul 1 tghr) & turun naik bukit untuk sampai ke sana, memang penat!! ok, mungkin bagi korang yang aktif apalah sangat 2km tu kan.. tapi bagi aku yang memang pemalas bersenam, memang terasa jauh la kan..

Bila dah jalan kaki 2km di bawah terik matahari, ditambah pulak dengan turun naik bukit lagi, haruslah semangat berkobar pun dah kurang cikit.. sampai sana terus cari tempat duduk.. dapat la tengok race dalam sejam lebih.. kalau ikutkan memang nak stay lama, tapi aku macam dah nak demam lak.. ngada kan?? baru jalan 2km dah nak demam.. huhuhu..

Bangun jer dari tempat duduk, terus rasa nak muntah &pitam!!! encik adiey dah gabra masa tu.. aku memang rasa nak pengsan dah masa tu, pemandangan dah kabur! nasib baik encik adiey ada & try bagi bantuan pernafasan.. eh, bukan! bantuan dari segi moral la.. lepas bagi aku minum &rehat jap, aku ok balik.. tapi bila fikir nak balik tu kena jalan kaki 2km, terus rasa nak pitam balik! ha, ngada lagi kan??

Kalau aku tau kena jalan jauh macam tu, memang aku x nak pergi!!! nasib baik tiket main grandstand tu free (boss bagi), so xdelah rasa macam membazir dapat tengok kejap jer kan.. huhuhu..



Lepas nampak aku macam dah ok, encik adiey tersengih2 suruh ambik gambar dia dengan awek2 motor yang seksi.. nasib baik dapat isteri sporting tau! lagipun bergambar jer kan.. depan aku lak tu, so xde isu nak cemburu la.. gambar dengan awek seksi x leh publish dalam blog.. blog ni kan suci dari gambar 18sx.. hahahahaha..


Masa nak balik ke kereta, aku dah set kat kepala otak ni yang perjalanan ke kereta adalah 2 minit, bukan 2km.. konon nak psiko la kan.. sebab kalau fikir 2km, terpaksalah encik adiey dukung aku 2km nanti.. hahahaha..


Sekali masa nak balik tu, nampak seseorang yang cukup cun!!! encik adiey terus mintak nak ambik gambar aku dengan orang tu..


Yeaa!!!! jumpa Sharifah Syahirah dekat MotoGP!! masa ni dia baru sampai dengan kawan2 dia.. masa encik adiey mintak nak ambik gambar aku tu, Syira senyum sambil dia sempat cakap cikit dengan encik adiey..dia ramah sangat masa tu.. lepas dah bergambar tu pun dia sempat borak & cakap "take care" kat kitaorang.. terus hilang rasa x sihat tu.. hihihihi.. eh baru teringat, kat sana aku jumpa Nabil dengan wife dia, tapi x ambik gambar pun sebab dia tengah sibuk borak dengan member2 dia..

Kiranya kan, pengalaman tengok MotoGP ni memang satu pengalaman baru untuk aku.. tapi aku dah berjanji kat diri sendiri yang ni adalah kali pertama dan kali terakhir aku gie sana.. x sanggup!! lepas ni kalau dapat tiket free, suruh encik adiey jer pergi dengan kawan dia.. tapi dengan syarat, xleh bergambar dengan awek2 seksi.. huhuhuhuhu..

p/s: balik dari MotoGP, dikejutkan dengan berita kematian pelumba motor, Marco Simoncelli.. nasib baik aku balik awal, kalau x mesti jalan jammed teruk sebab semua orang keluar waktu yang sama..

Photobucket

Happy Anniversary Abah & Mak

 
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 37 istimewa untuk abah & mak tersayang.. semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi perkahwinan abah & mak..
Untuk abah, kekalkan sikap romantik & kelakar abah.. sikap romantik abah tu memang boleh dipuji dari dulu lagi.. but kadang2 sikap romantik abah tu yang buat mak cepat risau! tapi bagi kitaorang adik beradik, x ada apa yang perlu mak risaukan, sebab abah romantik hanya dengan mak.. kami percaya dengan abah!

Untuk mak, kekalkan sikap penyayang mak.. penyayang mak membuatkan hati semua orang boleh tersentuh.. naluri sebagai seorang ibu dan isteri memang sukar ditandingi..

Ya Allah, kami bermohon agar kasih sayang di antara abah & mak berpanjangan sehingga ke akhir hayat mereka.. kurniakanlah mereka perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.. berkatilah & lindungilah perkahwinan mereka Ya Allah..
Amin Ya Rabbal Alamin..
Photobucket

Saturday, October 22, 2011

Suami Layan Bola, Isteri Layan Blog

Memandangkan encik suami sedang leka tengok bola, maka isteri ambil kesempatan update blog.. daripada layan bola, lagi best layan blog.. huhuhu..

Penat dengar encik suami ulas bola sorang2.. penat dengar dia menjerit2 suruh pemain bola tu main betul2.. penat dengar dia bebel tentang skill pemain.. penat dengar dia mengeluh sebab dari dari x gol2 lagi.. hihihi...

Sorry yer encik suami.. saya x layan bola sangat la.. saya lagi suka layan blog.. sebab blogging memang best!!!

Photobucket

Pokok Yang Unik








Unik & Menyeramkan!

Photobucket

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...