Friday, December 31, 2010

HoNeYMooN + HoNeYSTaR + HoNeYMaDu


Pernah x korang terfikir kenapa orang sebut bulan madu?? madu tu mungkinlah manis.. so lepas kahwin mestilah semuanya manis & indah2 belaka.. tu kira mcm ada logiknya jugak..

Tapi part bulan tu yg aku x berapa nak faham sgt.. bukannya kita ni lepas kahwin bercuti ke bulan kan?? ada ke yg bercuti ke bulan cik puan zana oiiii??? hihihihi..

X kisah la nak bg nama apa pun kan.. bulan madu ke, honeymoon ke (bukan sama ke maksudnya tu wahai cik puan zana oiiii), honeystar ke (bkn makanan ke tu?), hornymoon (18sx..hihihihi) atau apa jugak panggilan korang, yg penting maknanya sama.. korang panggil yg mana 1 eh??

Honeymoon ni bg aku masa utk bersama suami/isteri tersayang yg mana selalunya orang kaitkan dgn pengantin baru..

Tapi bagi aku x semestinya pengantin baru je boleh gie honeymoon ni.. semua psgn yg dah kahwin boleh jer gie honeymoon bila2 masa yg diaorg suka.. especially utk tarikh2 penting macam ulangtahun perkahwinan ke, birthday ke.. yg penting dpt luangkan masa bersama yg tersayang!!

Macam aku & encik adiey, kitaorg xde banyak cuti lepas majlis kahwin tu.. sbb nak simpan cuti utk raya pulak.. so kitaorg gie honeymoon dekat PD jer..

Kitaorg memang x de booking apa.. main terjah jer.. boleh gitu?? tapi nasib kitaorg baik, masih byk bilik kosong masa kitaorg nak check in tu.. maybe time tu bukan cuti sekolah..

Kitaorg check in kat The Legend International Water Homes.. check in hari jumaat lepas solat Jumaat..

kitaorg pilih Sky Pool Villa - Sky Living.. bilik menghadap laut..


Private pool.. i like!! hihihihi..


2 king size bed.. nape perlu 2?? senang if merajuk, pindah katil sebelah.. hihihihi...

Aktiviti petang, bersiar sekitar kawasan hotel..



Next, jalan2 kat tepi pantai.. xramai org sgt since bukan weekend..

Aktiviti wajib - tulis nama kat pantai!!

Malam lak, sambung bersiar kat kawasan hotel.. memang best.. sambil tgk org memancing.. sambil layan jiwang kat pantai.. hihihihihi..


Keesokan paginya, lepas gie bfast trs decide nak jalan2 sekitar PD utk cari souvenirs sbgai kenang2an.. then sambung bergambar kat kawasan hotel..


Kitaorg check out pukul 1 tghr.. walaupun dapat stay 1 malam jer utk honeymoon ni, tapi byk kenangan indah utk disimpan..


So dgn entry honeymoon ni, berakhirnya review majlis kahwin aku & encik adiey..

Bermakna entry ni jugak adalah entry terakhir aku utk tahun 2010.. tahun yg banyak kenangan indah utk aku ingat sampai bila2..

InsyaAllah akan menyusul entry utk tahun 2011 nanti..

OuTDooR PhoToSHooT aDieyZa


Sesi outdoor photoshoot memang termasuk dalam pakej yg aku ambik.. mula2 tu memang xde idea tempat menarik utk buat outdoor photoshoot ni..

Plan pertama, nak ke sawah padi Kampung Lonek Batu Kikir.. memang teruja sebab kawasan sawah padi tu selalu shoot utk drama.. so mmg kawasan tu cantik, nampak betul suasana kampung.. bila sampai kat sana, rupanya sekarang bukan musim padi so cancel plan tu..

Sebelum sampai ke sawah padi tu, kitaorg lalu Teratak Za'Ba.. teratak tu sebenarnya muzium sejarah yg berkaitan tentang pendeta Za'Ba..

Then, OP terus kata nak shoot kat Teratak Za'Ba tu.. masa sampai tu, ada 1 lagi pasangan pengantin yg tengah buat outdoor photoshoot jugak..

Since x boleh shoot kat dalam teratak tu, so kitaorg shoot kat kawasan luar teratak tu jer.. memang seronok sebab ada pengunjung kat teratak tu siap ajak bergambar sama diaorg.. kelakar betul..




Penat shoot kawasan luar, kitaorg masuk dalam teratak.. OP ambik gambar dari luar teratak.. utk outdoor photoshoot, encik adiey dah makin berani depan kamera.. dia yg lebih over dari aku.. hehehe..


Lepas outdoor photoshoot, OP siap ajak lepak kat kedai minum.. segan tuuuu.. tapi buat x tau jer.. bila penat & dapat lepak sambil borak2 tu memang hilang tension ckit.. apapun, happy sebab photoshoot ni berjalan lancar..

Untuk outdoor photoshoot Majlis Resepsi, encik adiey memang nak shoot konsep kehijauan.. habis majlis terus ke hutan lipur air terjun sungai lui..

Segan!!! tu jer yg aku boleh cakap utk gambarkan perasaan aku masa shoot tu.. sebabnya kawasan tu memang ramai org yg datang utk mandi-manda.. dah semua pandang jer.. nasib baik OP pilih kawasan yg jauh sikit dari org ramai..

Mencabar gak shoot kat kawasan hutan yg penuh semak samun tu.. habis semua daun melekat kat kain.. duri mencucuk2 jer kat kaki aku ni.. tapi kitaorg tetap enjoy!!


Lepas shoot kat situ, OP ajak shoot kat ladang tebu.. adoi!! x pernah aku terfikir nak shoot kat ladang tebu.. OP punya idea mmg terbaik!!

Masa masuk ladang tebu tu, memang risau.. sebabnya tu ladang tebu org, takut nanti org tu tuduh kitaorg nak curi tebu dia lak.. hihihi.. nasib tuan ladang tebu xdtg time tu..

Shoot kat ladang tebu sekejap jer.. sebab dah lewat petang sgt.. tp shoot kat ladang tebu ni tetap terbaik.. pengalaman yg sukar utk dilupakan..


Alhamdulillah, semua yg dirancang berjalan lancar.. perasaan bahagia bila diraikan cukup indah!! Semoga kebahagiaan ni akan berkekalan hendaknya..

next entry - HoNeYMooN

Thursday, December 30, 2010

MaJLiS ReSePSi MenYamBuT MeNanTu aDieyZa


Majlis Resepsi dibuat sehari selepas Majlis Persandingan memandangkan jarak antara rumah kedua keluarga x jauh.. lagipun nak jimat cuti & senang family x perlu balik 2 kali if buat majlis selang seminggu..

Majlis yang dikendalikan sepenuhnya oleh keluarga encik adiey ni sangat meriah seperti yg dijangka.. aku memang xnak terlalu banyak buat keputusan utk persiapan majlis resepsi ni.. aku lebih serahkan keluarga mertua utk uruskan..

Mula berarak pukul 12.30 tghr.. masa ni cuaca memang panas terik.. perasaan berdebar dah xde.. hehehe.. maybe sebab dah masuk hari ke 3 majlis.. aku & encik adiey pun dh byk belajar dr pengalaman 2 hr sebelum tu, so kuranglah debarnya..

Lepas berarak, terus ke meja makan beradab.. mmg adat family encik adiey, pengantin sampai trs ke meja makan beradab dulu.. hidangan kat meja beradab rumah encik adiey mmg terbaik!! sedap betul.. ramai yg puji..


Bila dah selesai makan & potong kek, barulah pengantin ke pelamin.. time ni serius berdebar.. sebab x tau mcmne rupa pelamin kat rumah encik adiey.. bila masuk jer dalam rumah, mmg hati brtambah bahagia saat mata ni terpandang pelamin tu..

Next, sesi bergambar dgn keluarga, sedara mara & kawan2 pun bermula.. memang meriah sangat waktu ni.. masa ni lah encik adiey sempat kenalkan ramai sedara mara dia kat aku.. even dah lama bercinta dgn encik adiey, but masih ramai lagi sedara mara dia yg aku xde peluang nak jumpa & kenal..





Tak lupa jugak utk bergambar bersama pengapit yg selama 3 hari bekerja keras utk pastikan pengantin sentiasa terjaga.. ramai puji 2 pengapit ni sebab berjaya jalankan tanggungjawab dgn baik.. siap ada yg puji nak buat menantu tu.. hihihi..

Lepas sesi bergambar dengan tetamu, mulalah sesi bergambar berdua.. masa ni penat sbb dh 3 hari berturut2 sibuk dgn majlis.. tp aku & encik adiey cuba bagi pose yg baik..




Bila dah selesai bergambar, kitaorg terus keluar utk jumpa tetamu kat khemah makan.. sempat bergambar dgn tetamu kat luar rumah.. masa ni tetamu masih x putus2 datang.. syukur Alhamdulillah sbb majlis resepsi menyambut menantu ni memang meriah..



Majlis yg dirancang sepenuhnya oleh keluarga mertua sememangnya sempurna di mata aku.. rasa bertuah sebab dapat keluarga mertua yg memahami apa yg kita suka..

Majlis berakhir pukul 4 ptg.. terus OP ajak utk sesi outdoor photoshoot.. masa ni memang serius penat!!! tapi kuatkan jugak semangat utk bagi yg terbaik.. senyum x henti2 bila suami tersayang ada kat sebelah even badan dah penat sesgt.. yg penting keluarga mertua dah adakan majlis resepsi yg sememangnya meriah utk aku & encik adiey.. terharu sgt..

Next update - Outdoor Photoshoot

Wednesday, December 29, 2010

MaJLiS PerSanDingaN aDieyZa


Majlis persandingan yang dinanti akhirnya tiba di kemuncaknya.. debaran memang x dapat dielakkan.. even dah selamat dinikahkan, tapi menanti majlis persandingan pun dah cukup hebat debaranya..

Pukul 10 pagi aku dah mula bersiap.. request utk siap awl supaya bila tetamu dtg, pengantin dah siap utk jumpa tetamu.. sbb kadang2 ada tetamu yg ada jemputan kat tempat lain, so if siap awl & tetamu x dapat tgk majlis sanding, diaorg boleh bergambar dulu dgn pengantin kat bilik or mini pelamin..

Lepas bersiap, sempat OP shoot beberapa gambar.. sempat bergambar solo & sempat jugak bergambar dgn tetamu yg masuk dalam bilik pengantin..


Member2 rapat request bergambar kat mini pelamin sementara tunggu pengantin lelaki sampai.. riuh rendah masa ni.. indah rasanya bila dikelilingi teman rapat di hari bahagia kita sendiri.. perasaan yg cukup indah!!

Tengah syok bergambar, dgr bunyi kompang menandakan rombongan pengantin lelaki dah sampai.. debar balik.. hehehe..

Masa mula berarak, memang risau sesangat.. malu & segan tu dah sememangnya la kan.. semua mata tertumpu kat kita.. Alhamdulillah masa berarak ni cuaca redup jer..

Lepas berarak terus ke pelamin.. bagi peluang kat tetamu yg x sempat utk menepung tawar masa majlis berinai sebelumnya..

Acara seterusnya makan beradap.. masa makan beradap ni, memang ramai tetamu datang nak bergambar.. mcm biasalah, pengantin sempat makan beberapa suap jer.. masa ni memang x rasa lapar sebab kegembiraan mengatasi segalanya..


Lepas dah selesai makan beradap, kitaorg terus ke pelamin utk sambung bergambar.. syukur sgt sebab masa sesi bergambar kat pelamin, aku & encik adiey mampu bagi pose yang lebih baik.. maklumlah, majlis akad nikah & malam berinai tu memang malu sampai pose pun tak berapa menjadi..


Cinta yang disemai selama 9 thn akhirnya bersama juga..


Penantian untuk bersama kini terlerai juga..


Ya Allah, kuatlah cinta antara kami..

Syukur padaMu Ya Allah kerana mempertemukan kami.. semoga kebahagiaan ini berkekalan hendaknya..

Majlis selesai pukul 4 petang.. masa ni tetamu kebanyakkan dah balik.. tinggal family & jiran terdekat..

Pukul 4.30, OP ajak utk buat sesi outdoor.. insyaAllah aku akan review sesi outdoor utk kedua2 majlis sekali ye nanti..

Syukur segala yang dirancang berjalan lancar.. bahagia bila semua tetamu balik dgn senyuman.. perasaan gembira bila diraikan cukup indah!! kenangan yg sgt bermakna utk disimpan & dikenang sepanjang hayat..

Next update - Resepsi Majlis Menyambut Menantu..

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...