Thursday, March 29, 2012

Spontaneous Thursday - Soulmate





Nota Cinta : cinta itu hadir tanpa diundang... ia juga mungkin boleh pergi tanpa kita sangka... peliharalah cinta yang kita miliki itu sebaik mungkin...  

Photobucket

Wednesday, March 28, 2012

Candid Anak Buah

Candid time!


Bakal abang long x lama lagi.. nasib baik sekarang ni dah x hisap puting.. hihihi..

Baru 2 minggu menjadi abang.. perangai "lasak" makin menjadi2..

Abang long.. pening memikirkan 3 orang adik yang makin "lasak"..


Nota Cinta: Kadang2 gambar candid tu lebih membawa pelbagai makna yang tersirat.. 

Photobucket

Penjual dan Pembeli


Selalunya kita kalau nak membeli barang, mestilah tengok penjualnya jugak kan?

Kalau jual barangan kecantikan, penjualnya mestilah cantik & manis kan.. barulah orang yakin nak guna produk tu.. kalau yang jual barangan penjagaan badan, penjualnya mestilah anggun, slim, sihat & menarik kan.. barulah pembeli rasa teruja nak beli kan..




Kalau macam kes kat atas ni, dah tentulah pembeli rasa ragu2 pada produk tu kan.. so kiranya kalau kita berhasrat nak menjual sesuatu barang tu, make sure barang tu sesuai dengan kita jugak la kan..

Nota Cinta: terfikir2 business apa yang sesuai dengan diri sendiri.. hihihi


Photobucket

Tuesday, March 27, 2012

Tips Blogging


Apa korang buat kalau mood blogging korang makin menjauh?

Apa korang buat untuk dapat balik semangat untuk blogging?


Adakah :

- x bukak blog langsung
- blogwalking jer
- belek entry2 lama
- private blog



Mood blogging turun la sekarang ni.. kerja banyak.. badan rasa x sihat.. fikiran lak agak terganggu.. hope perkara ni x berterusan untuk tempoh yang lama..

Nota Cinta : have a nice day guys!

Photobucket

Monday, March 26, 2012

Tips Penjagaan Tudung


Penjagaan tudung sangat penting untuk memastikan jangka hayat tudung lebih lama.. tak kisah la tudung tu mahal atau murah, mesti dijaga sebaiknya..


Jom cuba 10 tips penjagaan tudung yang boleh kita amalkan adalah: 

- Sebaik-baiknya,cuci tudung terutama selendang dengan tangan menggunakan bahan pencuci yang lembut dan diikuti bahan pelembut fabrik.

- Elakkan basuh tudung menggunakan mesin basuh. Jika cuci gunakan mesin basuh, gunakan mode sama seperti membasuh pakaian yg lembut seperti sutera.

- Elak daripada mencuci tudung dengan pakaian lain.

- Selendang cukup sekadar direndam seketika dan dibilas lembut sewaktu mencuci.

- Jangan berus tudung! Cukup sekadar celup dua atau tiga kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

- Hanya gunakan jari dengan menggosok perlahan-lahan pada kekotoran di tudung.

- Jemur tudung di tempat redup.

- Jika selendang atau tudung mempunyai aksesori, elakkan merendam keseluruhan selendang/tudung itu untuk mengelakkan aksesori berkarat. Sebaik-baiknya pegang aksesori itu dari terkena air atau jika perlu membasuhnya, hanya celup seketika. 

- Jika menggosok tudung, gunakan suhu rendah kerana fabrik tudung sangat lembut dan nipis.

- Jika tudung awning, digalakkan menyimpan tudung dengan menggantung tudung menggunakan hanger atau lipat bahagian bawah tudung dan bukannya bahagian awning.

Selamat mencuba!

Photobucket

Minggu Makan2 & Boss Baru

Selamat pagi semua.. minggu ni kat office aku bertemakan "Makan-Makan".. hari ni ada jamuan hari lahir untuk staff yang lahir bulan Mac.. hari Rabu pulak ada jamuan untuk meraikan big boss yang bakal berpindah.. hari Jumaat pulak ada jamuan sponsor daripada pegawai yang dah bertukar.. jadinya, selang sehari ada jer jamuan kat office ni.. makanya, berat badan pun akan bertambah... hihihi..






Memandangkan big boss nak berpindah & bakal dapat big boss baru, haruslah kerja banyak kan.. nak kena prepare majlis sebelum big boss pindah.. then nak uruskan presentation menyambut big boss baru.. semua pegawai dan kakitangan busy minggu ni...

Pasal big boss yang nak berpindah, perasaan bercampur baur.. walalupun dia memanglah garang, but aku hormat dan suka cara kepimpinan dia... ni merupakan pengalaman kali pertama aku rasa pertukaran big boss.. selama hampir 3 tahun aku masuk keje Govt, ni la kali pertama aku bakal rasa perubahan dalam pengurusan kat office.. selalunya pegawai kanan yang bertukar.. x banyak beza bila pegawai kanan bertukar.. tapi bila big boss yang bertukar, mesti corak pengurusan pun lain.. kena bersedia mental & fizikal la kan..

Nota Cinta: berharap big boss baru ok.. risau!



Photobucket

Saturday, March 24, 2012

Tips Kulit Lebih Anjal - Mask

 
 
Pemakaian mask ni adalah antara rutin untuk jaga kulit muka. Tapi ramai yang abaikan. Tapi sebenarnye, kalau pakai mask seminggu sekali, kulit muka akan jadi lebih sihat dan nampak lagi berseri.
Kenapa?

Sebab mask membantu membersihkan pori-pori pada kulit muka secara mendalam dengan menyingkirkan kotoran serta minyak. Bila kulit bersih, jerawat dapat dielakkan.

Lagi satu, mask jugak membuang sel kulit mati. So takde la kulit muka nampak kusam. Kulit akan jadi lebih anjal, garis-garis halus pun dapat dikurangkan.


-Tips pemakaian mask-


Sebelum pemakaian mask, besihkan muka dan bilas dengan air suam.
Air suam akan membuka pori, at the same time anda akan rasa lagi relaxing.

Pakai mask dalam gerakan membulat sehingga meliputi semua bahagian muka.

Then, anda boleh baring, relax dan biarkan mask selama 15-20 minit.

Bilas menggunakan air sejuk. Ini membantu menutup semula pori-pori, melindungi kulit dari minyak dan kotoran serta menyegarkan kulit.
 
 
Nota Cinta: part pakai mask ni memang ikut mood.. kadang-kadang 3 kali seminggu pakai.. kadang-kadang sebulan 3 kali pun susah.. hihihi.. so lepas ni kena rajin pakai mask sebab nak kulit lebih anjal...


Photobucket

Friday, March 23, 2012

Petua "Hijau" - Reduce, Reuse, Recycle

 Tips/Petua Hijau - Menjimatkan!!


Sumber: WUUHUUONLINE/FEMAG


Part jimatkan air & mandi selama 5 minit memang x tak kan berjaya aku lakukan.. minimum aku mandi pun dah 15 minit.. ni memang perangai aku yang buatkan ramai kawan2 kat hostel suruh aku bangun awal2 pagi sebab takut orang lain tak dapat mandi sebelum ke class.. hihihi..

Bab aircond, susah jugak tapi boleh jer buat.. lepas ni nak tido guna kipas sehari, guna aircond sehari.. xpun dah tido lena, matikan aircond & on kipas (tapi kalau dah lena sangat tido, boleh bangun ke???)

Kurangkan menonton tv tu macam susah la pulak.. encik adiey suka tengok tv.. mata pandang laptop tapi telinga dengar berita/movie.. 2,2 sekali dia layan.. 2,2 gak dia fokus.. pelik sungguh!

Yang lain tu rasanya boleh cuba diamalkan.. tinggal nak x nak jer benda ni kan.. tapi x salah kalau kita mulakan cikit.. lama2 nanti biasalah tu kan..

Nota Cinta: ada sambungan lagi petua ni.. sebab panjang sangat so kena buat sambungan lak.. hihihi..

Photobucket

Sabun Di Bilik Mandi.. 3 Tips Berguna..

Sabun mandi di bilik mandi.. dah tentu2 kita gunakan untuk membersihkan kotoran di badan kan.. tapi jangan tak tau selain daripada membersihkan kotoran di badan, sabun mandi juga boleh digunakan untuk beberapa tujuan lain.. nak tau? sila pastikan anda baca sehingga habis sebelum membuat andaian yang lain.. :)



3 tips berguna kegunaan sabun mandi yang tak ramai orang tau :


Kegunaan 1



Sabun mandi amat berguna untuk mencuci kolar baju lelaki. Terutama kolar baju sekolah anak2 lelaki yang berwarna putih. Tidak ketinggalan juga kolar baju kerja para suami. Letih kita menyental kolar dengan detergent, kadang2 masih susah mahu tanggal. Detergent pula agak kasar untuk tangan kita. Jadi, boleh gunakan sabun mandi untuk menyental kolar tersebut. Hasilnya pasti memuaskan!

Kegunaan 2

Gunakan sabun mandi untuk membersihkan sinki! sental sinki dengan menggunakan sabun mandi dan sponge besi untuk hasil yang lebih bersih.. yang ni sesuai diamalkan lagi2 kalau sinki bukan jenis stainless steel.. 

Kegunaan 3

Kegunaan ketiga agak sensitif sikit ya. sabun mandi (shampoo pun boleh) boleh digunakan untuk membasuh...ehem....anak seluar kita, khususnya orang perempuan. Selain lembut pada tangan kita, ia juga amat berkesan menghilangkan warna dan sebarang kesan! Anak seluar kita juga lebih lembut dipakai dan tidak menjadi kasar seperti setelah dibasuh dengan detergent!



Nota Cinta: x sangka banyak juga fungsi sabun ni yer... hihihi..

Photobucket

Thursday, March 22, 2012

Pahala Kebaikan


♥ Cara senang untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati ♥

--> Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 , setiap kali orang guna , anda dapat pahala walaupun selepas mati .

--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna , anda akan dapat pahala .

--> Derma Al-Quran ataupun Surah Yasin di Masjid ataupun Surau.. Setiap kali org guna anda dapat pahala walaupun selepas mati..

--> Beri baju kepada orang , setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .

--> Beri makanan kepada orang , anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

--> Menyampaikan ilmu yang bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

--> Kongsi mesej ini kpd orang ramai . Walaupun 1 tolong kongsikan kepada orang , anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu.

Jom berdakwah < SHARE >
♥ ♥ ♥ Dari Abdullah bin Amr r.a, bahwa Nabi SAW bersabda, " بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً " Maksudnya "Sampaikanlah dariku walau hanya sepotong ayat" (HR. Bukhari)


Sumber : FB Peminat Setia Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak

Nota cinta: untuk renungan & amalan kita bersama.. semoga dapat dijadikan amalan kita semua.. insyaAllah...

Photobucket


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Spontaneous Thursday - Love Yourself

sayangi diri anda!!

Wednesday, March 21, 2012

WordLess Wednesday - Bapak Borek Anak Rintik


Abang ipar & anak buah ku... 

Nota Cinta: dia memang suka ikut semua yang papa dia buat.. anak papa sungguh..


Photobucket

WordLess Wednesday - Busy

Hari ni busy banyak.. so blogging terpaksa dilupakan sekejap..

Nota Cinta: x sempat update entry panjang2.. x sempat blogwalking.. have a nice day guys!


Photobucket

Tuesday, March 20, 2012

"Special Mouth Belt" Untuk Isteri

A special car for husband with special mouth belt for your wife.


Comel!!



Rasanya ramai x para suami yang nak beli kereta yang ada special mouth belt ni? hihihihi

 Maybe encik adiey pun ada cadangan nak beli kot.. hahahahhahha... sebabnya mulut aku ni "pot pet pot pet" cikit bab bawak kereta ni.. x suka break mengejut, x suka follow rapat2, x suka belok tanpa bagi signal.. so bila semuanya jadi, haruslah "pot pet pot pet" kan..

Nota Cinta: lumrah bagi kebanyakan wanita (x semua ok), kalau bercakap memang non stop.. hihihi

Tips Membeli Secara Online - Wuuhuu Online

Tips yang menarik dari My Femag untuk kaki shopping yang suka membeli secara online.. untuk yang baru berjinak2 untuk membeli barangan secara online, boleh jadikan tips ni sebagai rujukan..


kalau x clear, silalah rujuk majalah My Femag..


Seronok sebenarnya beli secara online ni.. jimat masa, jimat tenaga, jimat duit (minyak kerata & tol nak pergi shopping, parking shopping complex, makan2 lepas shopping).. cuma kenalah bijak memilih.. kadang2 ada jugak barang yang dipamerkan x sama seperti yang dinyatakan di website.. ada jugak kes barangan kurang berkualiti, maklumlah kita x boleh nak pegang barang tu dulu kan, sampai2 jer tau barangan tu indah khabar dari rupa..

Aku banyak jugak beli secara online.. kadang2 encika diey yang over risau if barang yang aku order x sampai.. dia risau if peniaga tu tipu lepas dah dapat payment.. maybe sebab dia x biasa kot.. memang ada kes macam penipuan tu, so kena lebih berhati2 la kan.. setakat ni aku belum pernah kena lagi.. korang pernah kena tipu ke or ada pengalaman x best masa beli secara online ni?

Nota cinta: bila nak dekat gaji, macam2 la website online shopping yang ditengoknya.. seronok betul!!


Photobucket

Monday, March 19, 2012

Mentor 6 - Protege Pilihan Anda?

Semalam dah bermula pertandingan Mentor 6 kat TV3.. so semalam sempat jugaklah aku tengok konsert pengenalan Mentor 6 tu..

Pembukaan konsert menarik! gabungan 3 suara - Salma, Iqa & Shiha untuk lagu Beribu Sesalan.. suara Salma memang mantap!


Untuk Mentor 6 ni, ada 6 orang mentor bakal bersaing untuk membuktikan kebolehan protege masing2..

Mentor Ferhad - Protege Wanie
Mentor Adam - Protege KJ
Mentor Ella - Protege Caroline
Mentor Fauziah Ahmad Daud - Protege Zatul
Mentor Faizal Tahir - Protege Anas
Mentor Ramlah Ram - Protege Ana

Untuk konsert pengenalan ni, tak banyak yg boleh dikomen.. tapi yang menjadi pilihan aku untuk konsert pengenalan ni, protege Ramlah Ram.. vokal boleh tahan.. maybe sebab dia ada Diploma dalam bidang Muzik dari UiTM.. kiranya bonus untuk dia lebih feel masa menyanyi..

Kalau berdasarkan mentor, rasanya semuanya hebat.. seronok tengok Ella & Faizal Tahir ajar protege diaorang.. santai sangat.. maybe dengan cara macam tu, protege diaorang senang nak adapt dengan ilmu yang mentor bagi & kurang tekanan.. 

Nota Cinta: protege/mentor pilihan korang?



Photobucket

Bau Baby Di Rumah Adieyza

Isnin yang indah! tiada Monday Blues.. tiada mood ke laut.. tiada kelam kabut.. hope keadaan ni berlanjutan sehingga Jumaat nanti..

Weekend hari tu, adalah antara hari2 yang paling indah.. seronok bila ada bau baby kat rumah adieyza!!

Hari tu ada buat entry tentang perut comel kakak aku kan.. masa tu Kak Ngah tengah sarat mengandung & tengah tunggu masa untuk bersalin.. Alhamdulillah, Kak Ngah dah selamat melahirkan baby lelaki minggu lepas..

Lepas bersalin, Kak Ngah balik kampung jap untuk berurut.. so Sabtu hari tu, dari kampung nak balik ke rumah dia, dia singgah la kejap kat rumah aku.. serius seronok sangat bila tau ada baby nak masuk dalam rumah aku.. teruja beb!!



Bila baby masuk jer dalam rumah, bau baby terus menusuk dalam hidung ni.. bila baby masuk jer dalam bilik tetamu, aku asyik la nak masuk bilik tu.. rasa x nak buat apa kerja, seronok cium & gomol2 baby tu.. hihihi.. lalu kat luar bilik tetamu pun dah bau baby tau! Ya Allah, perasaan yang cukup indahhhhhhhhhhhhh..




Encik adiey pun over teruja.. kejap2 masuk bilik tengok baby, kejap2 nak cium baby.. teruja lebih pak su sebab ni lah kali pertama ada baby baru lahir masuk dalam rumah kitaorang.. so dah tentu teruja lebih..



Comel jer bila tengok tapak tangan baby, jari baby, tapak kaki baby.. rasa nak geget2 jer... comel sungguh!




Nota Cinta: Sampai sekarang ni pun bilik tetamu tu bau baby lagi tau!! rasa nak tido situ.. hihihi..

Photobucket

Sunday, March 18, 2012

Filem Vanila Coklat - Dari Drama Ke Layar Perak

Berita gembira untuk peminat drama Vanila Coklat!

Filem Vanila Coklat bakal diterbitkan.. bertambah sweet bila akan ada babak yang bakal dirakamkan di Paris & Rom.. mesti sweet!




Walaupun drama bersiri ini sudah pun tamat minggu lalu, namun peminat hiburan masih bercakap tentang kegilaan mereka terhadap 13 episod Vanila Coklat.

Berjaya mencatatkan lebih 4.5 juta penonton yang juga kami kira sebagai rekod dunia penyiaran untuk sebuah drama bersiri, ianya ternyata satu fenomena yang tidak boleh di’pandang ringan.

Oleh kerana itu, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) di’khabarkan kini berminat untuk menerbitkan filem penuh Vanila Coklat bekerjasama dengan Asia Media Content.

Penggambaran untuk filem Vanila Coklat ini akan bermula seawal awalnya pada penghujung Mei 2012 dan satu perkara menarik adalah filem ini akan mempunyai babak yang di’rakam khas di kota romantis Paris & juga Rom.

Kalau anda masih dalam mood drama bersiri Vanila Coklat, kami yang perlahan kerjanya ini baru sahaja terjumpa video bloopers untuk drama tersebut dan memang ternyata gandingan pelakon utama Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah comel apabila mereka bersama.

Nota cinta: mesti meletop filem ni...

Weekend!



Seronoknya dapat relaks hujung minggu ni.. Have a great weekend guys!!

Photobucket

Saturday, March 17, 2012

Promosi Edit Blog RM30 - Header+Banner+Iklan




Promosi yang betul2 menarik! dapatkan header baru, banner baru, peluang untuk blog anda diiklankan selama seminggu.. untuk maklumat lanjut, singgah ke blog NurulChumel untuk promosi hebat ni..

Nota Cinta: blog yang kemas mempengaruhi orang untuk lawat blog kita..

Photobucket

Friday, March 16, 2012

Ciumlah Suami Anda!






Ciumlah suami anda sekurang-kurangnya 7 kali sehari & sekurang2nya selama 10saat untuk setiap ciuman.. terapi ciuman ini mampu membuatkan anda dan pasangan berasa lebih mesra & sentiasa mengingati saat2 di awal perkahwinan..

Nota Cinta: amalkan selalu untuk kebahagiaan yang lebih berkekalan.. insyaAllah..


Photobucket

Encik Adiey - Demam + Rindu

Dah 2 hari encik adiey demam.. dah 2 malam jugak tidur tak berapa nak lena.. menjaga orang besar sakit ni dah sama macam jaga baby sakit.. hihihi..


Dah 2 hari jugak encik adiey makan x berselera.. makan jer keluar balik.. runsing gak aku dibuatnya.. tanya nak makan apa semua xnak.. tetiba petang semalam dia mintak nak makan PizzaHut.. eh, orang demam request nak makan Pizza? 

Terpaksa lupakan sekejap pantang fast food.. demi nak layankan selera orang demam, so order la PizzaHut.. nak dijadikan cerita, masa nak order online tu, boleh pulak aku lupa password.. nampak sangat dah lama x meng"order" Pizza sejak pantang fast food awal tahun hari tu.. huhuhu..

Orang demam makan 2 slice Pizza jer.. beria dia nak makan, tapi bila masuk tekak, terus dia kata macam mual2.. tekak orang sakit kan, haruslah segala benda makan rasa x sedap.. last2 aku jugak yang kena paksa habiskan Pizza tu.. musnah diet aku! hahahhahaha..

Semalam dia dapat MC.. hari ni still demam lagi, cuma nampaknya dah kurang sikit panas badan tu.. tapi dia nak jugak gie kerja.. 

Hope cepatlah dia sembuh.. rindu dah nak main rebut2 remote tv, rindu nak main geletek2, rindu nak kena kacau masa tengah tido & rindu nak dengar cerita dongeng encik adiey sebelum tido.. hihihihi..

Nota Cinta: Doakan encik adiey cepat sembuh yer.. TQ SO MUCH!

Photobucket

Thursday, March 15, 2012

Spontaneous Thursday - Love+Smile+Cried




Teruja dengan quote ni..

Tak semestinya si dia harus bijak membuatkan kita ketawa/tersenyum.. tapi si dia juga perlu bijak untuk membuatkan kita tersenyum selepas kita menangis..


Photobucket

4th Putrajaya International Hot Air Balloon



Jom ramai2 ke Putrajaya.. acara berlangsung dari 15 Mac - 18 Mac 2012 bermula jam 7.00pagi sehingga 9.00malam.. 

Maklumat lanjut, layari lama web Perbadanan Putrajaya..




Mesti meriah! Mesti menghiburkan! 





Nota Cinta: suka tengok balloon Doraemon.. terasa macam saya yang tengah terbang di udara lak.. hihihi



Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...