Thursday, August 13, 2015

Happy Birthday Zana!

Syukur Alhamdulillah, 11 Ogos 2015, genap 29 tahun dipinjamkan usia oleh Allah untuk menjadi hamba-Nya di muka bumi ni.. Happy Birthday Zana!




Tahun ni dapat sambut birthday dengan kedua belah keluarga.. balik minggu lepas dan sambut 4 hari awal sebelum tarikh 11 Ogos 2015.. just buat makan2 keluarga dan jiran terdekat.. kakak sempat masak soto untuk tetamu.. ada menu rendang, lemang, nasi impit, kuih muih, manisan dan satay.. tak sempat nak bergambar sangat malam tu.. sebab masing2 fokus makan dan berborak.. dapat luangkan masa dengan keluarga tersayang.. memang tempoh masa yang sangat2 berharga.. yang penting, tetamu balik kenyang dan yang diraikan pun senang hati.. 




Sebelum makan tu potong kek dengan diapit oleh mak dan mak mertua.. memang terasa bersyukur bila dapat diapit, dipegang dan dipeluk oleh 2 wanita terpenting dalam hidup aku dan suami.. sungguh, rezeki yang betul2 Allah bagi ni sangat2 bernilai..




Terima kasih mak sebab sudi pinjamkan rahim untuk adik dan bertarung nyawa untuk memberi peluang adik melihat dunia.. terima kasih untuk setiap kasih sayang dan pengorbanan mak untuk adik selama ni.. hanya Allah yang mampu membalas setiap apa yang mak dah lakukan.. 

Terima kasih juga untuk mak mertua yang melahirkan dan membesarkan seorang anak lelaki yang sangat penyayang dan kini menjadi suami yang terbaik di mata dan di hati ni.. syukur Alhamdulillah..

Sehari lepas sambut birthday, Encik Adiey bawak mak mertua dan aku ke Kuala Pilah untuk beli hadiah.. tahun terakhir sambut birthday dengan angka "2" di hadapan, Encik Adiey pilih hadiakan sesuatu yang aku rasa semua perempuan pun suka.. bertambah teruja bila hadiah tu dipilih bersama mak mertua.. patutlah beria dia ajak balik kampung, rupanya nak mencari sesuatu dengan ditemani emak tersayang.. 




11 Ogos 2015, lepas balik kerja jumpa kawan kejap.. dapat DONUT! ayat dekat kotak tu, betul2 buat air mata mengalir laju.. dalam kereta jugak bukak kotak tu.. dalam kereta jugak menangis sebak.. TQ untuk yang ingat diri ni.. 




Lepas Maghrib Encik Adiey ajak keluar.. just makan2 berdua dekat IOI City Mall Putrajaya.. borak2 sambil makan dekat Kenny Rogers.. sambil tu berbalas komen dekat FB dengan kawan2 yang wish birthday.. lepas makan ayam KR tu boleh pulak terasa nak makan yang manis2 pulak.. so Encik Adiey keluar kejap beli coklat, siap ada teddy bear comel.. senyum bila ada hadiah comel dan teddy bear comel tu :)




TQ so much Encik Adiey untuk semuanya.. insan yang sentiasa ada bila2 masa aku perlukan.. penasihat terbaik yang sentiasa bantu aku bila aku rasa sedih, kecewa atau marah.. penenang setia ketika aku penat.. penghibur hati yang sentiasa tersenyum.. insan yang penyabar di kala hati aku tak tentu arah.. ceritalah apa sahaja dekat dia, insyaAllah nasihat yang dia bagi pasti buatkan hati ni terima.. semoga Allah dekatkan hati kami berdua hingga ke akhir hayat dan panjangkan jodoh kami hingga ke syurga..

Alhamdulillah.. syukur untuk semuanya.. semoga kehidupan selepas ni sentiasa diberkati Allah dan dilindungi Allah hendaknya.. dan semoga Allah memakbulkan semua doa2 yang aku ucap selama ni dan juga doa2 daripada orang sekeliling untuk diri ni.. 



p/s: tahun terakhir sambut birthday di umur 20-an.. tahun depan masuk 30 tahun.. bermakna semakin singkat waktu untuk bernafas di bumi Allah ni.. semoga Allah memberkati usia ni hendaknya.. 
Photobucket

Thursday, July 23, 2015

Happy 5th Wedding Anniversary ADIEYZA

Thank you for being my wonderful husband, partner, friend and lover.. I'm so proud to be your wife.. Every momemnt spent with you is like a beautiful dream come true..

HAPPY 5TH WEDDING ANNIVERSARY"


Alhamdulillah.. 5 tahun yang penuh kenangan.. terlalu banyak perkara yang kami belajar.. setiap hari adalah proses belajar memahami hati dan perasaan satu sama lain.. setiap hari belajar untuk menjadi lebih sebagai seoarang suami dan isteri.. setiap hari belajar untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan..

Bohong kalau kata tak pernah ada selisih faham.. pasti ada.. tapi sebab selisih faham tu la yang membuatkan kami belajar untuk memahami hati pasangan.. cuma kalau boleh perselisihan faham jangan sampai seharian.. sebelum tidur, bincang dan memaafkan antara satu sama lain.. insyaAllah setiap hari baru akan dilalui tanpa ada rasa tak puas hati.. 

5 tahun berkahwin tanpa anak.. apa rasanya? Allah Yang Mengetahui.. Allah tahu kenapa masih berdua.. Allah tau apa hikmahnya.. Allah tahu bila masanya sesuai.. Allah tahu segalanya.. kita sebagai manusia hanya berusaha dan berdoa.. selebihnya, serahkan pada Yang Maha Esa.. 

Terima kasih Ya Allah untuk rezeki jodoh ni.. semoga perkahwinan yang dibina ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan jodoh berpanjangan hingga ke syurga.. 

Photobucket

Tuesday, July 14, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Seikhlas hati memohon kemaafan,
Moga kesalahan dapat dimaafi.



Dikesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli keluarga, sahabat2, rakan2, pelanggan Shaklee, team Miracle Shaklee, rakan blogger, pengunjung, followers, pembaca setia & silent readers blog adieyza.blogspot.. Salam Aidilfitri juga istimewa buat semua yang mengenali kami suami isteri sama ada pernah bersua muka atau belum pernah berjumpa.. 




Kami dengan rendah diri, ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan, kekurangan dan kekasaran yang telah kami suami isteri lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. ampun dan maaf sekiranya ada tutur kata dan kelakuan yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan sesiapa sahaja..

Kami suami isteri mendoakan agar Syawal kali ini membawa lebih banyak keberkatan, kegembiraan dan kenangan indah buat kita semua.. semoga sinar kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita semua sepanjang Syawal tahun ini..

Dalam kita gembira menanti Syawal yang akan tiba, jangan dilupa pada mereka yang lebih memerlukan, berbelanjalah mengikut keperluan.. jangan juga kita lupa pada mereka yang telah tiada, perbanyakkanlah doa buat mereka..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARIPADA:
ABDUL HADI, NORSAHZANA & KELUARGA

*Ucapan raya kat blog ni setiap tahun sama jer.. hihihi.. yang penting ikhlas.. sajer buat gambar hitam putih.. warna sebenar tunggu raya la yer :)
Photobucket

Thursday, July 9, 2015

Kisah Ramadhan dan Persiapan Raya 2015

Lama senyap.. sibuk sikit nak siapkan kerja-kerja sebelum cuti hari raya.. nampaknya misi untuk update 2 cerita cuti2 terpaksa ditangguhkan selepas hari raya nanti.. ada jugak draf beberapa entry cuti2 tu tapi sebab gambar tak habis transfer lagi so kita terpaksa simpan dulu.. 

Puasa tahun ni rasanya paling berjaya untuk bangun sahur.. tak pernah lagi lewat bangun sahur.. set jam pukul 4 pagi, pukul 4 pagi terbangun.. ada masanya set lebih awal, dan Alhamdulillah berjaya jugak bangun awal.. walaupun hanya panaskan lauk2 tapi still bangun awal sebab curi2 masa mengemas rumah sekali..

Baru 3 kali ke bazaar Ramadhan.. kali pertama just beli air tebu dan kuih karipap.. kali kedua beli murtabak.. kali ketiga beli roti john masa balik kampung.. dan setiap hari berjaya masak walaupun simple2 jer..

Puasa tahun ni Alhamdulillah rasa ada banyak perubahan positif yang aku cuba buat.. walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada penambahbaikan daripada tahun sebelumnya.. ujian bulan Ramadhan kali ni hebat dari segi "hati".. diuji dengan perkara yang melibatkan hati, susah nak digambarkan.. hanya Allah yang mengerti.. nasib baik ada Encik Adiey.. nasihat dia setiap perkataan masuk ke dalam hati ni.. Allah hadirkan dia dalam hidup aku bukan semata2 sebagai pelindung tapi juga sebagai penenang di saat2 hati diuji..  

Persiapan raya kali ni lebih pada untuk keluarga.. tahun ni memang rasanya lebih fikir pasal rumah mak abah daripada rumah sendiri.. baju raya, kuih raya, tudung raya, keperluan rumah ke semua lebihkan pada keluarga sendiri dan mertua.. rasanya bila lebih pada orang yang kita sayang lebih bermakna..

Since memang aku dan Encik Adiey jenis suka beli baju raya awal, so memang awal2 dah siap semuanya.. x kisah harga dan design, konsep baju raya pertama hanyalah mesti warna sama.. design, corak, harga, jenis kain tolak tepi.. janji warna sama.. hahaha..

Baju melayu Encik Adiey tempah kat tempat biasa kat kampung.. sejak bujang memang tempah situ jer.. awal2 dulu RM70 jer sepasang baju melayu sekarang naik RM120.. tu harga dekat kampung.. dekat bandar mesti lagi mahal.. baju raya aku tempah dekat akak sendiri jer.. buat baju kurung moden jer then hantar jahit manik cikit.. baju raya kedua ketiga dan seterusnya pun akak aku yang jahit.. tapi baju tu pun bukan pakai raya semuanya, nanti pakai ke jamuan raya dan ke pejabat jer.. hehehe..

Cuti raya tahun ni pun ambik 4 hari jer.. nak simpan cuti.. insyaAllah nak guna untuk perkara yang lebih baik nanti.. jadual giliran tidur dekat kampung pun tak buat lagi.. kena ada jadual walaupun dekat jer rumah mak dan mertua tu.. supaya adil dan dapat gembirakan hati kedua keluarga.. 

Tahun lepas tak dapat buat BBQ raya dengan family sebab ramai yang raya rumah mertua dan tak ramai dapat cuti lama.. tapi tahun ni akan teruskan balik aktiviti BBQ raya dengan keluarga ni.. siap aku dah belikan semua yang perempuan tudung Aidijuma sama warna.. sedondon la semua malam tu nanti.. hehehe.. tak sabar nak berkumpul ramai2.. anak sedara makin bertambah.. maka, Acu ni pun makin pening nak melayan.. nasib baik ramai jugak yang dah masuk sekolah menengah so bolehlah tolong jagakan askar2 kecik yang lain.. hahahah..

Ada seminggu lagi sebelum Hari Raya.. insyaAllah cuba update beberapa entry sebelum hari raya.. lepas raya nanti kita marathon cerita raya dan cerita cuti2 sebelum pergi bercuti ke destinasi lain tak lama lagi.. hehehe.. 

Salam Ramadhan untuk semua.. :)
Photobucket

Tuesday, June 30, 2015

Rezeki Menulis di Blog


Alhamdulillah.. rezeki menulis di blog.. menang RM300 dalam contest blog untuk ahli Shaklee..  



Hari pertama contest bermula 25 Mei 2015, memang ada bagitau upline yang aku nak sangat menang RM300 tu sebab nak topup duit belikan TV baru untuk mak abah dekat kampung..  


So gigih la jugak update entry blog dan share dekat group FB.. yelah, bila dah target yang melibatkan orang yang kita sayang ni, kena usaha lebih sikit.. tu yang setiap kali rasa macam malas update blog, terbayang mak abah tunggu aku balik bawak TV baru.. hehehe.. terus melompat laju2 update blog.. hihihi.. 

Lepas ni kena rajin2 la update blog.. sebab lepas sebulan konsisten update blog ni, rasa macam seronok sangat dapat share pengalaman, cerita dan tips dengan pembaca blog.. walaupun sekadar berkongsi cerita biasa, tapi dapat jugaklah kan berkongsi cerita.. mana tau boleh dijadikan panduan untuk yang membacanya.. 

Lepas join contest, Alhamdulillah dah lepas 1 juta pageviews untuk blog ni.. padahal blog ni dah lama.. tapi baru nak capai 1 juta pageviews.. takpelah, capai jugak kan.. pencapaian permulaan yang baik untuk seorang blogger :) 
Nanti free aku update lagi yer..     


Thursday, June 25, 2015

Tangan Yang Memberi Lebih Bahagia Daripada Tangan Yang Menerima

Tiada yang lebih menggembirakan bila dapat bantu orang sekeliling kita untuk menikmati kehidupan yang lebih setiap hari.. 


InsyaAllah, kami akan sentiasa berusaha untuk bantu lebih ramai keluarga dan teman2 sekeliling kami untuk dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat.. nak bantu tambahkan pendapatan sampingan lebih ramai suri rumah dan isteri di luar sana lagi2 bila kos sara hidup sekarang ni semakin meningkat setiap hari.. 

Bila pendapatan sampingan bertambah, InsyaAllah lebih banyak kebaikan yang dapat dilaksanakan.. mengajar untuk lebih banyak memberi.. mengajar diri untuk lebih bersyukur.. menjadikan kita lebih menghargai kehidupan kita dan orang sekeliling kita.. 


Dalam mencapai impian bergelar seorang MASTER COORDINATOR SHAKLEE, pasti aku akan berusaha sedaya upaya untuk bantu lebih ramai orang kat luar sana untuk lebih sihat dan berjaya! Doakan impian kami dipermudahkan Allah.. usaha yang kecil ni diharapkan dapat bagi kesan dan makna besar pada orang lain.. insyaAllah.. :)
Photobucket

Turunkan Paras Gula Dalam Darah

Salah 1 cara rawatan untuk pesakit kencing manis adalah dengan berusaha menurunkan kadar paras gula dalam darah.. sebab bila kandungan gula berterusan naik, pesakit akan lebih menderita akibat penyakit kencing manis ni.. 

Alhamdulillah.. dengan izin Allah dan usaha yang dibuat, ada beberapa pelanggan yang amalkan Vivix Shaklee dapat turunkan paras gula dalam darah.. kebanyakan pelanggan yang beli terdiri daripada golongan warga emas.. tapi jangan salah sangka, Vivix Shaklee ni sesuai diambil walaupun kita bukan pesakit kencing manis.. sebab kandungan Vivix ni bagus untuk pertumbuhan sel dan baik untuk mencegah kanser dalam tubuh..


Ada jugak yang dapat kurangkan kesan luka akibat penyakit kencing manis tu.. kebanyakan pelanggan ada masalah luka dekat bahagian jari kaki dan tapak kaki.. macam yang kita tau, memang pesakit kencing manis akan menghadapi masalah luka lambat pulih.. 



Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
Photobucket

Rahsia Buah Anggur Paling Mahal Di Dunia

Bertawakal dan berusaha dalam mencari penyelesaian bagi setiap masalah dan penyakit.. seperti dalam surah Al-Imran Ayat 22 yang bermaksud, " Kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal (menyerah diri)".. 

Setiap penyakit yang Allah beri adalah ujian dan tanda kasih sayangnya.. kita ikhtiar mencari penawarnya.. Allah suka kepada hamba-Nya yang berusaha dan berikhtiar tanpa mudah berputus asa.. 

Usaha untuk turunkan paras gula, jaga pemakanan dan gaya hidup boleh diusahakan untuk mereka yang ada penyakit kencing manis.. walaupun susah, tapi masih boleh dicuba.. yang penting jangan mudah putus asa..

Vivix daripada Shaklee adalah antioksidan yang membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.. pengambilan berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan "Metabolic Syndrome" yang mana boleh mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.. salah satu ramuan istimewa dalam Vivix adalah Polifenol yang terkandung  dalam anggur muscadine.. Polifenol ni dapat membantu dalam membaiki penglihatan dan penyembuhan luka dengan lebih cepat..



Nak tau tak tentang anggur muscadine ni? anggur ni sebiji jer anggaran harganya adalah RM100! mahal kan? kenapa mahal? apa istimewanya?

Anggur muscadine ni kaya dengan antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.. kadar resveratrol dalam anggur muscadine ni 6 kali lebih tinggi daripada anggur merah atau anggur jenis lain.. anggur ni jugak mengandungi Ellagic Acid yang berfungsi untuk antikanser atau antiradang..  




Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 


Photobucket

Bahaya Kencing Manis Ketika Mengandung Yang Anda Perlu Tahu

Since tadi dah bercerita tentang 7 Petanda Awal Kencing Manis, sempat jugak ambik tau tentang penyakit kencing manis ketika mengandung.. kalau nak ikut sejarah keluarga terdekat setakat ni nenek, makcik, kakak aku semua tak ada pengalaman kencing manis masa mengandung.. tapi, tak boleh aku jadikan benda ni tak penting kan.. still kena ambik tau so kalau ada rezeki mengandung nanti atlease ada ilmu yang aku dah tau..



BAHAYA rupanya kalau ada kencing manis masa mengandung ni.. walaupun orang kata hanya alami benda ni waktu mengandung dan lepas mengandung tak kena lagi, tapi tak bermakna tak ada kesan langsung selepas tu.. mungkin kencing manis tak ada, tapi penyakit lain atau masalah lain boleh berlaku..

Kencing manis semasa mengandung ni berlaku disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone yang meningkat dengan begitu tinggi semasa hamil.. hormon ini memberi kesan terhadap metabolisme gula dalam badan.. peningkatan hormon tersebut menjadikan kandungan gula dalam darah meningkat dan inilah punca ibu yang sedang mengandung boleh dijangkiti kencing manis..


4 Kesan kencing manis ketika mengandung untuk ibu mengandung:

- risiko untuk dapat tekanan darah tinggi
- risiko tinggi untuk terkena jangkitan kuman pada faraj
- risiko tinggi untuk luka bersalin lambat sembuh
- 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari

6 Kesan kencing manis kepada bayi dalam kandungan ibu yang mengalami kencing manis:

- risiko tinggi bayi mati dalam kandungan
- saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran ketika bersalin
- sakit kuning/ jaundice
- bayi mengalami masalah sukar bernafas
- kelahiran pramatang disebabkan air ketubaan yang berlebihan
- bayi lebih mudah menghidapi masalah obesiti dan kencing manis bila dewasa

Sebaiknya wanita yang merancang untuk hamil, jaga pemakanan dari awal.. kalau dah disahkan mengandung, lagi perlu mengawal.. boleh dapatkan pandangan doktor tentnag penyakit ni.. berhati-hati juga dengan pemilihan susu untuk ibu mengandung sebab kandungan gula yang tinggi boleh jadi punca kencing manis ketika mengandung.. semoga semua ibu-ibu yang mengandung dan bayi yang dikandungkan sentiasa sihat hendaknya.. :)


Photobucket

7 Tanda Awal Penyakit Kencing Manis

Sejak ada adik kawan office yang tengah sakit kencing manis, fikir banyak kali nak minum2 manis.. walaupun kadang tu terlupa, tapi bila teringat gambar kaki adik kawan tu, terus rasa kena jaga pemakanan.. sebenarnya bukan pemakanan jer puncanya, faktor keturunan, berlebihan berat badan tanpa dikawal dan juga beberapa faktor lain menjadi punca kencing manis boleh berlaku.. 



Kencing manis sebenarnya adalah salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru.. penting sebenarnya kita ambik tau tentang kencing manis ni.. sebabnya penyakit ni lebih baik dicegah dari awal.. kena sama2 beringat yer semua.. 



7 tanda utama penyakit kencing manis adalah :

1) Paras gula dalam darah tinggi.. macam mana nak tau? rajin2 pergi berjumpa dengan doktor yer..

2) Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing waktu malam.. bila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang bekerka keras untuk menghilangkan gula tambahan tu.. sebab tu akan membuatkan kita rasa nak membuang air kencing.. lepas kehilangan air dalam badan, ni yang membuatkan kita rasa cepat dahaga..

3) Hilang berat badan secara tiba2! tahap gula yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat..  

4) Luka lambat sembuh.. saluran darah boleh menjadi rosak akibat glukosa yang berlebihan.. bila saluran darah rosak, sukar darah untuk sampai ke anggota badan yang lain.. sebab tu luka pun jadi lambat untuk sembuh..

5) Terdedah kepada jangkitan kulat.. Wanita perlu berhati2 dengan jangkitan yis pada faraj (keputihan)..  diabetis melemahkan sistem imunisasi, sebab tu pesakit kencing manis ni akan mudah dapat penyakit terutamanya jangkitan kulat!

6) Penglihatan kabur.. bila glukosa dalam darah tinggi, boleh mengubah bentuk kanta dan mata yang menyebabkan penglihatan kabur.. jika dibiarkan lebih lama tnapa rawatan susulan akan menyebabkan buta..

7) Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis..

Berharap agar adik officemate yang sedang sakit sebab kencing manis ni cepat sembuh..  risau bila yang sakit tu melibatkan orang yang kita kenal.. dan berharap agar aku lebih beringat untuk jaga kesihatan dan pemakanan lepas ni.. semoga lebih ramai yang ambik berat tentang penyakit ni juga.. 
Photobucket

Tuesday, June 23, 2015

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan waktu untuk melihat wajah emak, abah, mak mertua dan ayah mertua.. rezeki dan nikmat yang tiada bandingannya selain daripada dikurniakan seorang suami.. 




Tak sempat nak update entry tentang Hari Ibu.. jadi kita gabung sekali dengan entry tentang Hari Bapa.. tiada yang lebih bermakna bila Allah masih meminjamkan mereka di dunia untuk aku menumpang kasih sayang mereka.. tiada yang lebih berharga bila Allah izinkan aku untuk didakap dan dicium dengan penuh kasih sayang oleh mereka.. Ya Allah, aku bersyukur dengan semua ini Ya Allah..


Di saat orang lain belum puas bermanja dengan ibu dan ayah, Allah masih pinjaman emak dan abah yang sentiasa menyayangi aku setiap masa dan ketika.. sehingga saat ini aku masih dapat melihat wajah mereka di depan mata.. dapat dengar suara mereka.. dapat sentuh wajah mereka.. Allah... nikmat yang terlalu besar maknanya.. syukur Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..


Di saat orang lain tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu atau ayah mertua, Allah kurniakan aku emak dan ayah mertua yang sangat2 baik dan menyayangi aku seperti anak kandung mereka sendiri.. menerima aku seadanya untuk menjadi penyeri di hati anak mereka.. menerima aku seadanya untuk menjadi menantu dalam keluarga mereka.. Allah, terima kasih Ya Allah..

Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Ampunilah segala dosa-dosa emak, abah, emak mertua dan ayah mertuaku Ya Allah.. berkatilah dan lindumgilah diri mereka di dunia dan di akhirat kelak.. 


Sebenarnya, 5 insan hebat dalam gambar pertama entry ni adalah sebab utama aku sentiasa berusaha nak majukan diri sendiri setiap hari.. bila ada rezeki yang boleh dikongsi, lebih suka berkongsi dengan mereka berlima.. tiada yang lagi bermakna bila dapat gembirakan diaorang.. tapi lebih bermakna dengan apa yang aku buat selama ni mendapat redha dan sokongan mereka berlima.. :)

Photobucket

Kejayaan Lebih Bermakna Bila Bersama Keluarga

Orang kata, kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya.. kejayaan seorang isteri pula pasti ada suami dan anak2 di belakangnya.. setuju?


Pernah tak jumpa mana2 business yang boleh bawak bersama suami, anak2 atau ahli keluarga join sekali masa event atau class yang diadakan?  Alhamdulillah, dalam business Shaklee yang aku daftar sebagai ahli ni, semua aktiviti boleh bawak seluruh ahli keluarga yang berminat untuk join sekali dalam aktiviti yang dianjurkan.. 


Isteri bawak suami, anak2, mak ayah, keluarga mertua naik atas pentas terima award daripada Shaklee.. mak bawak anak ke kelas Shaklee yang mana mak ambik peluang dengar perkongsian ilmu dan anak2 ada tempat untuk bermain.. ada jugak yang anak berlari2 kat depan pentas, sedangkan mak dan ayah sedang beratur tunggu turn nak ambik award ataupun mak ayah sedang khusyuk dengar ceramah kesihatan drpd Shaklee..


Aku pernah handle class Shaklee yang mana masa tu 4 orang kawan2 SID lain datang bawak anak.. anak menangis, anak pusing keliling class, anak melalak masa mak bagi talk, anak merengek nak menyusu waktu mak sedap2 tengah dengar penerangan.. semua tu adat, tapi class masih berjalan macam biasa.. 


Gathering sekali bersenam bawak anak.. pergi class Shaklee bawak suami.. pergi naik pentas ambik award bawak mak ayah sekali.. pergi gathering bawak semua ahli keluarga dan kawan2 yang terdekat.. semuanya tak ada halangan.. 


Tak kanlah mak nak tambah duit pendapatan tapi anak kena tinggal kat rumah dan mintak suami jaga kan? tak kan isteri sibuk nak ambik anugerah tapi suami kena ambik cuti jaga anak2 kan? tak kanlah mak kena mintak tolong keluarga untuk tengok2kan anak msebab mak nak pergi belajar tentang ilmu kesihatan dan perniagaan.. tak payah semua tu.. angkut jer semua datang event Shaklee.. sebab semua tu kan SHAKLEE FAMILY..


Jadi kalau nak cuba buat business yang boleh libatkan seluruh keluarga join sekali, Shaklee jawapannya.. InsyaAllah suami, anak2 dan parents kita akan semakin berkobar2 bagi kita semangat untuk lebih berjaya sebab diaorang tau apa yang kita buat.. jangan sebab kita nak berjaya, sampai kita kena utamakan impian kita dan tinggalkan keluarga.. 

Pegang dan jaga keluarga dalam mencapai impian kita.. insyaAllah akan dipermudahkan jalannya nanti.. :) 
Photobucket

Tips Mencari Mentor Dalam Perniagaan


Kalau kita nak berjaya dalam apa sahaja yg kita buat, lebih baik kita cari kawan2 yg nak sama2 nak berjaya.. kalau kita nak sentiasa positif, lebih baik kita cari kawan2 yg sentiasa positif.. bak kata pepatah, "berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi kita akan dapat harumnya".. 


Alhamdulillah, sejak daftar sebagai ahli Shaklee aku rasa lebih positif.. positif ni bukan dari aspek perniagaan jer tapi kehidupan seharian.. kalau dulu tak pernah terfikir nak bantu kawan2 tambah pendapatan diaorang.. sebab aku sendiri kerja makan gaji.. macam mana nak bantu orang lain tambah pendapatan kan? Tapi sejak jadi ahli Shaklee, semakin positif nak bantu lebih ramai orang utk sihat dan tambah pendapatan sampingan..


Beruntung berada bawah mentor dan group yang positif.. setiap hari dapat kata2 semangat.. setiap hari ada tips2 kehidupan yg membuatkan diri rasa nak jadi lebih baik setiap hari.. setiap hari ada ilmu2 agama dan bekalan akhirat yang boleh diamalkan.. Alhamdulillah.. 


Group CHROMATIC Shaklee yg aku join ni bukan jer bagi ilmu tentang business tapi tentang kehidupan seharian.. setiap kali jumpa bukan borak2 kosong, tapi ada pengisian dan jugak ada makan2.. hehehe.. buka puasa sama2.. bersenam tepi tasik sama2.. gathering sharing ilmu baru sama2.. semuanya dibuat bersama.. sebab masing2 nak sama2 berjaya..

Normal kadang ada rasa lost atau down bila apa yang diidamkan masih belum nampak hasilnya.. sebab tu perlukan mentor dan group yang boleh bagi nasihat dan kata-kata semangat supaya kita terus berusaha.. di saat kita hilang arah sekejap tulah yang kita perlukan seorang mentor dan juga sebuah team yang kuat hatinya untuk bantu kita bangun semula bila kita ada masalah.. :)


Sebab tu aku sarankan, business apa pun kita pilih, carilah mentor dan group member yang sentiasa menyokong apa yang kita impikan.. kalau kita sorang beria2, susah jugak.. kita perlukan support dari orang2 yang sama impian macam kita.. so pastikan yang nak daftar ahli Shaklee terutamanya, pilih group yang boleh guide korang untuk capai target korang dalam business ni.. 



***********************************************************************************
Berminat untuk menjadi sebahagian daripada team Shaklee Zana? boleh hubungi melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

~ Zana Adieyza ~  


Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...