Wednesday, December 31, 2014

2014 Kenangan, 2015 Harapan

Entry terakhir di tahun 2014.. hampir dua bulan tak mencoret apa2 cerita di blog kesayangan.. rindu nak menulis.. tapi ada beberapa sebab yang menghalang aku mencoretkan cerita2 menarik sepanjang 2 bulan ni.. tapi, InsyaAllah tahun 2015 akan bermula kembali aktif untuk menulis.. semoga semangat rajin update pun berkobar2 la setiap hari.. :)

Tahun 2014 ni masih banyak impian yang belum tertunai.. masih banyak misi yang belum sempurna dibuat sepenuhnya.. masih banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki.. masih banyak kekurangan dalam menjadi seorang hamba-Nya di muka bumi ini..

Kenangan manis sepanjang sepanjang tahun 2014?

"Setiap hari adalah kenangan manis"

 Terlalu banyak kenangan indah sepanjang tahun 2014.. kalau nak dicoretkan, sehingga esok pun belum tentu habis kan.. Apa yang pasti, setiap kenangan tu ada yang sempat dokongsi dalam blog kesayangan ni.. ada juga yang menjadi rahsia dalam diri.. dan ada juga yang tak sempat nak dicoretkan di blog kesayangan ni.. Tapi kenangan paling terkesan adalah bila dapat "full sponsor" daripada Shaklee untuk bawak mak abah bercuti ke Pulau Pinang pada bulan Mei 2014.. lain sungguh perasaannya bila dapat bawak mak abah bercuti bersama.. walaupun sekadar ke Pulau Pinang, tapi perasaan gembira tu tak terucap dengan kata2.. melihat senyuman mereka bila dibawa bercuti, merupakan kenangan yang sukar untuk dilupakan.. :)

Perniagaan Shaklee sepanjang tahun 2014?

Alhamdulillah.. setiap bulan jualan diri sendiri dan kumpulan semakin meningkat.. bulan April, aku berjaya juga dapatkan Car Bonus daripada Shaklee.. bila dapat Car Bonus ni, memang sangat2 membantu aku untuk lebih bersemangat bantu team Miracle untuk dapat Car Bonus tu jugak.. sebab nilainya memang berbaloi! InsyaAllah juga, tahun 2015 akan lebih ramai leader yang aku akan lahirkan dalam team Miracle aku.. semoga dipermudahkan hendaknya.. 

Azam tahun 2015?

"Ingin menjadi lebih baik setiap hari"

Bukan tak ada azam yang spesifik.. banyak.. sangat banyak sebenarnya.. banyak azam, impian dan hajat yang diharapkan.. tapi rasanya, biarlah ianya menjadi rahsia peribadi diri sendiri.. cuma, aku berharap sangat setiap hari di tahun 2015 nanti akan ada perubahan positif yang aku tambah setiap hari dalam kehidupan seharian.. insyaAllah..

Tahun baru, umur baru dan menandakan bahawa kita semakin dekat menemui pencipta Yang Maha Esa.. semoga Allah sentiasa mendekatkan hati kita kepada-Nya dan menjadikan kita hamba-Nya yang taat setiap masa.. 

Selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015.........
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, October 21, 2014

SOHO Bertemakan Warna Pink

SOHO ataupun nama panjangnya Small Office Home Office.. selalunya mereka yang bekerja daripada rumah atau mereka yang selalu bawak balik kerja daripada pejabat ke rumah memang ada satu ruangan khas untuk buat smeua keje2 tu.. dan selalunya SOHO ni simple.. dan untuk SOHO aku sendiri, memang daripada awal dah plan nak konsep warna pink.. hehehe..

Masa survey meja untuk SOHO ni, memang banyak dan majoriti yang aku suka tu memang within budget.. tapi nak cari yang ikut tema tu memang tak jumpa la.. hahhaa.. so masa survey dan jumpa meja study warna pink terus nak beli.. padahal dah tau tu meja study budak sekolah.. tapi nak jugak beli sebab pink.. dan lagipun memang murah, RM150 jer siap kerusi.. jimat banyak! hehehe.. 

Try duduk kat kedai kukuh jer sebab kaki meja dan kaki kerusi tu daripada besi.. walaupun ruang tak banyak untuk letak macam2 kat meja ni, tapi aku ok jer.. sebab nama pun "small office" so simple2 pun dah memadai bagi aku.. lagipun bukan pagi sampai malam kat situ.. selalu punch card pukul 8 malam.. punch out tak tentu ikut mood.. hehehhe..


Bahagian partition atas meja letak peralatan menulis.. letak daun hijau konon macam daun Shaklee la.. hehehe.. letak pin yang dapat masa naik pangkat, business card, pin masa National Conference dan award yang dapat kat atas pentas National Conference hari tu..  sebelahnya letak gambar "push factor" dalam business ni.. dah tentu suami, mak & abah! tengok selalu gambar diaorang barulah semangat.. hehehe..

Atas meja memang muat letak laptop.. muat jugak letak fail berkaitan.. tapi time buat keje jer fail tu aku keluarkan, kalau x letak kat laci bawah meja jer.. letak jugak spare alat tulis.. letak kotak pink sumbat segala benda yang penting tapi jarang digunakan.. 


Sebelah rak dah pastinya letak stok vitamin Shaklee.. bahagian atas sekali tu letak gambar aku yang ada tulisan Shaklee.. letak jugak vision board dan target dalam business Shaklee ni.. beli magnetik board tu kat Daiso.. 


Kotak Shaklee kat sebelah hujung tu simpan flyers, shaker, pillboxes, sampul untuk postage dan semua keperluan dalam business ni.. simpan situ sebab ruang dah penuh dan tak nak nampak serabut letak kat luar.. memang ada jer lagi ruang untuk letak rak tapi tunggulah nanti beli rak pink baru.. nak jugak pink.. hehehe..

Bila buat kerja kat SOHO ni kuranglah sikit mengelatnya.. memang fokus buat keje.. caoching anak2 Shaklee, update blog, update FB, follow up customer, buat poster, kira stok, kira bonus dan macam2 lagilah.. kalau dulu buat depan TV banyak mengelat.. kejap2 layan TV, keje x siap2.. hehehe.. 


Buat masa ni oklah dengan SOHO ni.. memang suka duduk sini cari ilham utk lebih berjaya.. kalau nak lagi best, jadikan 1 bilik sebagai SOHO.. tapi x boleh sebab rumah aku ni memang selalu orang datang.. bilik selalu penuh.. hehehe.. xpe, ruang yang comel ni dah cukup dah.. bertambah "cukup" di mata aku sebab warna pink.. Alhamdulillah..


~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget
Day 19 - Kenangan Zaman Kanak-Kanak
Day 20 - Cikgu Paling Best di Sekolah
Day 21 - Subjek Kegemaran Saya
Day 22 - Kereta Idaman
Day 23 - Binatang Paling Menakutkan
Day 24 - SOHO

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Sunday, October 19, 2014

Haiwan Yang Menakutkan dan Menggelikan!

Masa kecik-kecik dulu takut dekat katak.. bukan takut sebenarnya tapi lebih kepada geli.. sama jugak macam ular.. nampak dalam TV pun dah takut dan geli, kalau depan2 memang menjeritttttttttt even ular tu dalam sangkar kat zoo tu.. tidakkkkkkkkkkkk......


Orang kata mimpi ular tandanya ada orang nak masuk meminang kan? tapi aku berdoa janganlah aku mimpi ular.. kononnya biarlah tak ada orang masuk meminang asalkan tak mimpi ular.. over sangat tau!

Sampai sekarang sebenarnya tak tau apa kaitan ular dengan orang masuk meminang.. kalau mimpi kumbang ke logik kot..  yer lah, kan ada pepatah, "kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum".. tu kan pepatah orang bercinta.. ni tetiba kaitkan dengan ular... eeewwwwww! nasib dulu kita tak mimpi ular masa Encik Adiey nak masuk meminang kita.. hahahhaha..

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget
Day 19 - Kenangan Zaman Kanak-Kanak
Day 20 - Cikgu Paling Best di Sekolah
Day 21 - Subjek Kegemaran Saya
Day 22 - Kereta Idaman
Day 23 - Binatang Paling Menakutkan


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Kereta Pink Jadi Idaman?

Kereta idaman? Kereta sekarang ni jenama idaman abah.. abah suka sangat cakap pasal kereta Honda.. so masa dapat Car Bonus daripada Shaklee memang dah terfikir nak tukar kereta jenama impian abah.. Alhamdulillah, rezeki daripada-Nya..


Kalau nak cakap pasal kereta impian Encik Adiey, banyak sangat kot.. dia memang suka berangan pasal kereta ni.. tak salah berangan, mana tau jadi kenyataan bila selalu disebut kan.. pilihan dia dah tentu BMW.. berapa series punya jangan tanya aku.. sebab aku tak ambik tau sangat.. hehehe..

Kereta idaman aku? walaupun bukan jenis ambik tau pasal kereta tapi still ada kereta idaman.. heheheh..sekarang ni suka survey2 harga kereta Audi.. ada banyak jenis tapi macam comel jer kalau beli yang 2 pintu.. Audi TT Coupe nampak sporty.. sporty tapi kalau google ada warna pink tau!!! seriusssss menggoda!

Kereta idaman dah ada, jadi sekarang marilah berusaha lebih.. mana tau kereta idaman menjadi nyata dengan izin Allah.. :) 


Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget
Day 19 - Kenangan Zaman Kanak-Kanak
Day 20 - Cikgu Paling Best di Sekolah
Day 21 - Subjek Kegemaran Saya
Day 22 - Kereta Idaman


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Saturday, October 18, 2014

Kisah Pelajar Terbaik Subjek Pendidikan Islam

Masa sekolah dulu suka subjek Ekonomi Asas dan Bahasa Melayu.. tapi jadi pelajar terbaik SPM untuk subjek Pendidikan Islam.. hihih.. nampak sangat subjek yang suka tu belajar sambil lewa konon dah teror kan? hehehe.. 


Kalau dulu suka sesuatu subjek sebab cikgu.. dapat cikgu yang best, subjek susah pun jadi suka.. dapat cikgu garang dan serius, subjek senang pun boleh jadi stress.. hahaha.. dan aku suka sesuatu subjek tu kalau cikgu tu selalu puji pelajar.. dan dari sekolah sampailah masuk Universiti, aku agak slow dekat sesuatu subjek kalau cikgunya lelaki.. hahahhaa.. rasa macam susah jer nak faham.. hehehe..

tapi sekarang ni lebih suka study subjek tentang "kesihatan dan kejayaan"..

Sejak dah join jadi ahli Shaklee ni cuba tambah ilmu tentang kesihatan.. cuba belajar tentang konsep "mencegah lebih baik dariapda mengubati".. cuba belajar tentang tips2 tampil sihat, cergas dan cerdas sepanjang hari.. belajar jugak cara-cara untuk bagi orang sekeliling lebih positif untuk lebih bahagia dan berjaya..
Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget
Day 19 - Kenangan Zaman Kanak-Kanak
Day 20 - Cikgu Paling Best di Sekolah
Day 21 - Subjek Kegemaran Saya
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Kisah Cikgu Bahasa Melayu

Kalau cakap pasal cikgu zaman sekolah ni susah gak nak recall balik.. 11 tahun lepas habis SPM so dah tak berapa nak ingat semua nama cikgu.. hahaha..


Masa sekolah menengah, semua cikgu Bahasa Melayu aku suka.. sebab daripada diaoranglah aku jadi berani! kalau tak sebab cikgu Bahasa Melayu yang banyak ajar aku untuk berani "bersuara", rasanya tak banyak pengalaman aku masa sekoalh dulu..

Masuk sekolah menengah aku memang aktif masuk pertandingan yang memerlukan aku "bercakap".. 

Debat, pidato, forum, syarahan dan paling aku teror dan rasanya paling membuatkan aku agak dikenali kat sekolah adalah sebab berbalas pantun!

Aku masuk pertandingan berbalas pantun sampai peringkat negeri 3 tahun berturut-turut.. kalau bukan sebab cikgu Bahasa Melayu yang beria-ia suruh aku ni berani cakap depan orang ramai, memang agaknya sampai sekarang aku ni gugup terlebih bila cakap depan orang.. hahahha..

Sebenarnya dulu berangan gak nak jadi cikgu.. tapi berangan jer lah.. bila dah habis SPM minat tu terus tak ada.. hilang ntah ke mana.. hahaha.. agaknya kalau jadi cikgu, mesti susah nak bezakan mana 1 cikgu dan anak murid kan.. sebabnya cikgu dan anak murid sama "tinggi" dan silap2 anak murid lagi "tinggi" daripada cikgu.. hahahah..

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget
Day 19 - Kenangan Zaman Kanak-Kanak
Day 20 - Cikgu Paling Best di Sekolah


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, October 16, 2014

Zaman Kanak-Kanak Saya!

Aku tak berapa banyak gambar masa kecik.. masa tu susah so tak banyak gambar masa baby.. start tadika kot baru mula ada koleksi gambar.. nanti aku balik balik ambik gambar tu letak kat blog yer.. persamaan daripada zaman kanak-kanak sampai sekarang adalah pipi aku.. memang daripada kecik bulat.. hahaha..


Masa aku kecik, kakak2 semua sekolah so aku ikut mak abah pergi kebun koko.. masa tu mak abah keje kat kebun petik buah koko.. duduk bawah pokok koko main anak patung, bila ngantuk tidooooo.. tu jer lah keje aku.. tengah syok2 tido boleh pulak buah koko tu jatuh atas badan aku.. sakit ok!!!! dah la aku kecik lagi, of course terasa sakitnya kan.. bengang dengan pokok koko, tapi aku still suka makan buah koko.. sekarang dah tak ada kot kan pokok koko.. ke ada??? 

Lagi 1 kenangan yang sampai sekarang tak boleh lupa pasal udang! aku dulu hantu udang ok!!! ko janganlah bagi aku makan udang, memang sekejap jer licin! last day puasa masa darjah 1, buka puasa kat rumah atok kat kampung.. pakcik aku mancing udang galah besar2 kat sungai muar.. memang nikmat giler aku belasah makan semua udang2 tu.. kedekut lak tu makan laju2 supaya dapat makan banyak daripada orang lain..

Sekali..............

Setengah jam lepas berbuka puasa, muntah segala yang aku makan time buka puasa tu.. bau udang tu gilerrrrr kuat time aku muntah tu.. sampai sakit2 la sebab penat asyik ke toilet since rasa loya jer.. sampai pagi raya tak sedap badan.. esoknya try makan udang, muntah jugak....... try lagi sekali, baru masuk mulut dah loya tekak ni.. 

Sampailah sekarang........ dah tak boleh terima udang masuk dalam mulut.. hukhukhuk.. tu lah anak2, pengajarannya, janganlah tamak... orang tamak selalu rugi... kan aku dah rugi sampai sekarang tak dapat merasai nikmat kesedapan udang tu.. hahahha... 

Sampai aku kahwin siap pesan dengan mak jangan letak udang atas meja makan pengantin.. nanti bau udang kuat pengsan lak pengantin kat meja makan tu.. hahahha... dah jadi kenangan "ngeri" pengantin baru.. :P

Zaman kanak-kanak memang best kan?

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget
Day 19 - Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Kisah Gadget - Keperluan vs Kemahuan

Kalau cakap pasal gadget ni rasanya perkara pertama terlintas kat fikiran kita mesti smartphone kan? majoriti dah ada smartphone sekarang.. kadang tu budak sekolah sekarang pun pakai handphone lagi canggih daripada yang dah bekerja.. warga emas sekarang pun tak nak ketinggalan ada smartphone, buktinya abah aku.. hehehe..


Gadget yang setiap hari aku pakai dah tentunya Samsung Galaxy Note II yang aku beli setahun 10 bulan yang lalu.. sampi dah nak keluar Samsung Galaxy Note IV la beberapa hari lagi.. lama gak tahan handphone tu even dah banyak kali terpelanting.. hahahha.. 



Laptop Sony Vaio warna putih yang aku ada sekarang pun dah masuk 4 tahun pakai.. setakat ni masih ok.. format pun baru sekali rasanya.. hang tu pernah jugaklah, tapi lepas hantar repair ok jer.. minor repair jer kiranya.. laptop ni aku dan Encik Adiey share duit beli sempena 10 tahun percintaan kitaorang.. cewah!!! 



DSLR Canon hadiah birthday tahun lepas aku jarang guna dan tak berapa pandai guna.. hahahaha.. pakai masa gie holiday, raya atau ada jamuan jer.. kalau setakat jalan dekat2 memang tak bawak sebab berat.. ntah bila nak teror pakai semua function dalam tu pun aku tak tau.. hehehe..



iPod Touch hadiah birthday tahun ni aku makin suka pakai.. update blog guna tu best ooooo.. even skrin kecik tapi memang puas hati part melayari internet.. banyak lagi tak explore iPod tu.. tapi yang pasti aku memang suka layan internet kat iPod berbanding Samsung Note II.. :)


Kalau nak ikut trend gadget ni memang semputtttt.. kejap2 keluar yang baru kan.. tapi sebelum beli kena fikir keperluan dan budget jugak.. jangan sebab nak ikutkan trend sampai berhutang sana sini pulak.. so, keperluan gadget ni kita sama2 berpada2 yer..

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ