Monday, February 23, 2015

Harga Tiket Flight ke Krabi, Thailand

Kita mulakan entry Cuti Cuti Cinta ke Krabi dengan harga tiket flight ke Krabi, Thailand.. sebenarnya tak ada plan nak bercuti ke Krabi dalam masa terdekat.. sajer masuk laman web AirAsia untuk survey harga tiket flight ke Krabi.. sekali ada offer hujung tahun.. tengok tarikh masa tu macam sesuai nak smbut birthday Encik Adiey, so teruskan jer beli tiket flight untuk bercuti ke Krabi.. beli pertengahan bulan Disember 2014, kitaorang pergi bercuti ke Krabi pertengahan bulan Januari 2015.. 




Ni harga tiket flight ke Krabi yang kitaorang dapat masa tu.. kira murah jugaklah kot bagi aku.. tapi ramai jer lagi yang dapat harga lagi murah, so kena rajin2 survey dan belek laman web AirAsia tu yer.. 

Dalam masa sebulan tu la aku google info percutian para blogger yang pernah ke Krabi untuk dijadikan panduan.. tapi sebab masa tu hujung tahun dan agak sibuk kat office so tak dapat nak buat rujukan sepenuhnya sangat.. sempat ambik info yang penting2 jer..

Memang masa nak beli ni aku cari flight ke Krabi awal pagi dan flight balik ke Kuala Lumpur waktu malam.. sebab kalau sampai awal, banyak aktiviti yang boleh buat.. then boleh la ambik mood bercuti dan ambik masa untuk survey2 kawasan sekitar Krabi tu.. balik waktu malam so hari last tu still dapat buat aktiviti sepanjang hari di Krabi.. 

Masa ni jugaklah baru nak tempah hotel.. hotel banyak dah penuh tarikh tu sebab ramai orang kahwin hujung tahun semua honeymoon bulan Januari.. hahaha.. grab jer mana yang ada tapi still berpuas hati.. nanti aku review tentang hotel ni kat next entry yer.. untuk permulaan kita warm up dengan entry santai2 dulu.. hehehe.. 

Tips 
- Beli tiket flight ke tempat bercuti awal pagi dan tiket flight balik waktu malam, so banyak waktu boleh digunakan utk bercuti..
- Rajin2 survey harga tiket flight untuk tau harga promosi terkini..
- Buat web check in seminggu sebelum pergi bercuti..

Nota cinta : doakan entry percutian ke Krabi ni dapat disiapkan dalam masa terdekat dan dapat bagi sikit info untuk yang nak bercuti ke Krabi nanti.. :)

Photobucket

8 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..