Tuesday, February 24, 2015

Birthday Surprise Untuk Suami

Tiga tahun lepas buat surprise birthday Encik Adiey kat office.. gigih pakai baju kurung naik tangga ke office Encik Adiey sebab kalau naik lift akan lalu bilik dia dulu.. menyorok bawah meja supaya dia x nampak then bila dia sampai keluar dari meja dengan kek dan lilin menyala.. Dua tahun lepas sempat buat surprise birthday Encik Adiey dengan tempah kek dan mintak orang tu deliver ke rumah.. tahun lepas rasanya tak ada surprise untuk birthday Encik Adiey, sambut dekat kampung jer dengan keluarga.. so tahun ni buat surprise jugak tapi komplot dengan adik beradik dia.. seronok buat surprise birthday untuk suami ni :)


Since birthday Encik Adiey tahun ni jatuh pada hari kami kat Krabi Thailand, so lewat jugaklah buat surprise ni.. birthday dia hari Selasa, kitaorang sambut hari Ahad.. pergi rumah adik ipar untuk pass ole2 daripada Krabi.. so masa tu Encik Adiey pun x rasa apa2 kot sebab birthday dah lepas kan.. aku mintak adik ipar tolong belikan kek birthday Encik Adiey..

Jangan tertipu dengan umur dekat kek tu... sila terbalikkan nombor utk umur sebenar.. hahaha.. 

Encik Adiey tengah lepak kat ruang tamu ajak ke meja makan untuk makan KFC.. adik ipar belanja time tu.. masa dia nak ke meja makan nilah aku keluar dari dapur bawak kek dengan lilin terpasang.. terkejut gak la dia sebab dia kata x sangka nak sambut birthday dia since dah lepas beberapa hari kan.. 

Alhamdulillah, simple surprise but make him so much happy! 


Makan2 dan bergambar bersama keluarga.. Masa ni ayah mertua tak ada sebab ada jemputan ceramah, jadi mak mertua jer yang datang dengan adik2 ipar perempuan dan biras2 lelaki.. meriah sebab masing2 jenis yang ceria dan tak berkira :)




Semoga ada rezeki untuk buat surprise birthday di tahun2 berikutnya.. happy dapat tengok muka terkejut suami walaupun dia bukan pandai nak buat aku ni terkejut.. hahaha..
Photobucket

7 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..