Tuesday, July 14, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Seikhlas hati memohon kemaafan,
Moga kesalahan dapat dimaafi.



Dikesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli keluarga, sahabat2, rakan2, pelanggan Shaklee, team Miracle Shaklee, rakan blogger, pengunjung, followers, pembaca setia & silent readers blog adieyza.blogspot.. Salam Aidilfitri juga istimewa buat semua yang mengenali kami suami isteri sama ada pernah bersua muka atau belum pernah berjumpa.. 




Kami dengan rendah diri, ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan, kekurangan dan kekasaran yang telah kami suami isteri lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. ampun dan maaf sekiranya ada tutur kata dan kelakuan yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan sesiapa sahaja..

Kami suami isteri mendoakan agar Syawal kali ini membawa lebih banyak keberkatan, kegembiraan dan kenangan indah buat kita semua.. semoga sinar kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita semua sepanjang Syawal tahun ini..

Dalam kita gembira menanti Syawal yang akan tiba, jangan dilupa pada mereka yang lebih memerlukan, berbelanjalah mengikut keperluan.. jangan juga kita lupa pada mereka yang telah tiada, perbanyakkanlah doa buat mereka..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARIPADA:
ABDUL HADI, NORSAHZANA & KELUARGA

*Ucapan raya kat blog ni setiap tahun sama jer.. hihihi.. yang penting ikhlas.. sajer buat gambar hitam putih.. warna sebenar tunggu raya la yer :)
Photobucket

5 comments:

  1. selamat hari raya zana, maaf zahir batin juga :-)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Zana... Maaf kalau ada salah silap dalam setiap komen sy...

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya, maaf zahir batin zana.. Balik kmpg nnt drive elok2 ye.. jgn pecut2.. biar lamabt asalkan selamat.. tgh duk jam2 ni bykkan bersabar ye.. nyanyi lagu raya sama2 mesti x ngantuk punya..hehe.. Love ya

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..