Tuesday, July 30, 2013

Luahan Hati Menjelang Hari Raya Sebagai TTC

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.. semoga segala amalan kita diterima oleh Allah hendaknya..

Bila dah nak dekat raya, hati mula dilanda sedikit resah.. resah dengan situasi yang bakal dihadapai sewaktu bersemuka dengan sanak saudara & sahabat handai.. bohong kalau aku katakan yang aku tak fikir langsung tentang soalan "cepu emas" tu.. dan aku rasa semua rakan2 yang diberikan dugaan yang sama jugak merasai debarannya.. 

Tahun ke 4 bakal beraya sebagai isteri.. tahun ke 4 bakal mendengar soalan yang tidak ada tanda noktahnya.. tahun ke 4 bakal menjawab soalan yang aku tiada jawapannya.. Ya Allah, kuatkanlah hati dan perasaan kami suami isteri dalam menghadapi segala dugaan dan ujian daripada-Mu Ya Allah..

Nak salahkan orang lain, tak boleh jugak.. ramai jugak yang bertanya sebab diaorang kata tak sabar nak tengok zuriat kami suami isteri.. ada jugak yang bertanya sebab diaorang kata mesti nanti banyak tips penjagaan anak yang aku boleh kongsikan dekat blog.. tapi sebenarnya lebih ramai jugak yang bertanya sebab diaorang terlalu "ambik berat" tentang kehidupan kami suami isteri..

Apa yang aku boleh buat, cuba bertenang sebelum soalan "cepu emas" tu bertalu-talu aku dengar.. perlu tenang supaya mood kegembiraan hari raya tak dirosakkan begitu sahaja!

Jawapan pada soalan hanya akan dijawab mengikut bentuk soalan.. sekiranya kasar soalannya, kasar jugaklah jawapannya.. sekiranya lembut soalannya, lembut jugaklah jawapannya.. aku perlu menjaga hati sendiri sebelum menjaga hati orang lain.. :)




Aku tak pernah keseorangan.. masih ada suami yang sentiasa menyokong.. masih ada keluarga yang sentiasa beri kata2 semangat.. masih ada kawan-kawan yang sentiasa beri tips dan nasihat.. terasa bertuahnya dikurniakan mereka yang baik hatinya.. 

Untuk sesiapa yang mengalami perkara yang sama, jom kita mula tenangkan diri daripada sekarang.. mula untuk tersenyum walaupun ada yang akan menyakitkan hati kita.. jangan rosakkan kegembiraan kita dengan soalan2 yang kita tak ada jawapannya.. tenangkan diri, tarik nafas dalam2, hembus dengan ketenangan & senyum.. 

Nota cinta : rasa tenang & bersemangat lepas baca entry daripada Kekda tentang isu zuriat.. 

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Monday, July 29, 2013

Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadhan


Semoga kita dapat mempertingkatkan ibadah kita di 10 malam akhir bulan Ramadhan tahun ini.. insyaAllah..

Photobucket

Wednesday, July 24, 2013

Kek Anniversary : Tempahan Sekitar Putrajaya



Pagi-pagi dah menggodakan orang lain dengan gambar Kek Coklat.. maafkan saya.. 

Jangan cakap aku buat kek ni.. sebab ramai sangat yang ingat aku buat.. oh, aku rasa la kan kalau aku yang buat, memang tak akan menjadi macam tu la kan.. hehehe..

Aku order Kek Coklat ni dengan Sal @ SKA ( http://salmikhairil.blogspot.com/ ).. Sal ni blogger yang menjual pelbagai jenis kek.. pavlova ada, apam polkadot ada, cream puff, cheese cake, rainbow cake dan yang paling terbaru Sal ada buat perkhidmatan Chocolate Fountain.. pergh, macam2 ada..

Kek Coklat yang aku order semalam lembut sangat.. makan kek ni sambil feeling2 macam makan kek pengantin.. lagi sedap.. hahaha.. Sal punyalah gabra nak menulis "adieyza" dekat atas kek tu.. hehehe...

Kalau sekitar Putrajaya ni, boleh la cuba order dengan Sal ni.. setakat ni aku order memang tak pernah menghampakan.. lagipun kalau bab hiasan dekat kek tu, x perlu risau langsung.. melambak2 Sal letak buah atas semua kek dia.. serius tak tipu.. korang boleh tengok semua pavlova yang Sal buat.. melimpah2 buah atas pavlova tu!

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Tuesday, July 23, 2013

aDieyZa 3rd Wedding Anniversary - Syukur Alhamdulillah



Syukur Alhamdulillah.. genap 3 tahun bergelar suami isteri.. pengalaman yang cukup indah untuk diabadikan dalam diari kehidupan aku sebagai seorang isteri..

Berkongsi kisah suka duka segalanya dengan seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang.. berkongsi ketawa dan tangisan dengan seorang lelaki yang mampu menjadi pendengar setia.. berkongsi kehidupan dengan seorang lelaki yang direstui oleh seisi keluarga.. berkongsi segala-galanya setiap hari dengan seorang insan tersayang yang bergelar suami..




Dikelilingi degan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami suami isteri menjadikan kami terharu.. dikelilingi dengan ahli keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keharmonian kami suami isteri menjadikan kami pasangan yang cukup bahagia.. bahagianya dikelilingi mereka-mereka yang baik hati budinya.. terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan mereka di dalam kehidupan kami..

Hanya iringin doa agar Allah mempermudahkan hubungan kami sebagai suami isteri.. jika anak yang kami minta, takut ianya tidak seperti yang kami inginkan kerana Allah itu Maha Mengetahui bilakah waktunya.. jadi biarlah kami berdoa agar Allah memberikan yang terbaik buat perkahwinan kami.. soal anak itu kami serahkan segala-galanya kepada Allah Yang Maha Esa..

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Monday, July 22, 2013

Menanti Hari Esok



Ambik mood untuk hari bahagia esok.. terus letak gambar kahwin sebagai cover FB.. feeling2 pengantin baru sentiasa.. hehehe..

Tengok gambar kahwin 3 tahun lepas.. tersenyum simpul sendiri.. kenangan semasa majlis perkahwinan sememangnya sesuatu yang terlalu indah bagi semua pasangan suami isteri kan?

Esok, genap 3 tahun menyulam cinta halal bersama Encik Adiey.. rasanya terlalu pantas masa berlalu.. sedar tak sedar, dah 3 tahun berkongsi kisah suka duka kehidupan dengan seorang lelaki yang bergelar suami. 

Pantasnya masa berlalu.. kalau ada anak, dah berlari agaknya si comel tu kan.. tapi, Allah Maha Mengetahui.. Allah lebih tau apa yang aku perlukan dalam kehidupan ni.. :)

Mood: tak sabar menanti hari esok.. hari2 adalah hari cinta.. tapi esok terlebih cinta!!!

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket