Tuesday, July 30, 2013

Luahan Hati Menjelang Hari Raya Sebagai TTC

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.. semoga segala amalan kita diterima oleh Allah hendaknya..

Bila dah nak dekat raya, hati mula dilanda sedikit resah.. resah dengan situasi yang bakal dihadapai sewaktu bersemuka dengan sanak saudara & sahabat handai.. bohong kalau aku katakan yang aku tak fikir langsung tentang soalan "cepu emas" tu.. dan aku rasa semua rakan2 yang diberikan dugaan yang sama jugak merasai debarannya.. 

Tahun ke 4 bakal beraya sebagai isteri.. tahun ke 4 bakal mendengar soalan yang tidak ada tanda noktahnya.. tahun ke 4 bakal menjawab soalan yang aku tiada jawapannya.. Ya Allah, kuatkanlah hati dan perasaan kami suami isteri dalam menghadapi segala dugaan dan ujian daripada-Mu Ya Allah..

Nak salahkan orang lain, tak boleh jugak.. ramai jugak yang bertanya sebab diaorang kata tak sabar nak tengok zuriat kami suami isteri.. ada jugak yang bertanya sebab diaorang kata mesti nanti banyak tips penjagaan anak yang aku boleh kongsikan dekat blog.. tapi sebenarnya lebih ramai jugak yang bertanya sebab diaorang terlalu "ambik berat" tentang kehidupan kami suami isteri..

Apa yang aku boleh buat, cuba bertenang sebelum soalan "cepu emas" tu bertalu-talu aku dengar.. perlu tenang supaya mood kegembiraan hari raya tak dirosakkan begitu sahaja!

Jawapan pada soalan hanya akan dijawab mengikut bentuk soalan.. sekiranya kasar soalannya, kasar jugaklah jawapannya.. sekiranya lembut soalannya, lembut jugaklah jawapannya.. aku perlu menjaga hati sendiri sebelum menjaga hati orang lain.. :)




Aku tak pernah keseorangan.. masih ada suami yang sentiasa menyokong.. masih ada keluarga yang sentiasa beri kata2 semangat.. masih ada kawan-kawan yang sentiasa beri tips dan nasihat.. terasa bertuahnya dikurniakan mereka yang baik hatinya.. 

Untuk sesiapa yang mengalami perkara yang sama, jom kita mula tenangkan diri daripada sekarang.. mula untuk tersenyum walaupun ada yang akan menyakitkan hati kita.. jangan rosakkan kegembiraan kita dengan soalan2 yang kita tak ada jawapannya.. tenangkan diri, tarik nafas dalam2, hembus dengan ketenangan & senyum.. 

Nota cinta : rasa tenang & bersemangat lepas baca entry daripada Kekda tentang isu zuriat.. 

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

20 comments:

  1. Assalamualaikum zana, bersabar yanggg. semua yang terjadi ni ada hikmahnya. insyallah ada rezeki, cuma lama atau cepat je :)

    ReplyDelete
  2. aku still tak tenang.. risau serisau risaunya :((

    ReplyDelete
  3. Tak paham kenapa orang suka tanya macam ni. Macam kita tahu jer anak tu bila boleh dapat. banyakkan bersabar dan tingkatkan usaha. jumpa pakar perubatan.

    ReplyDelete
  4. yang..kite penah kene last year..paham sgt3 ape perasaan zana..sabar kayh yang..insyaAllah akan ade jugak rezeki utk zana n hubby..DIA dh tetapkan masa yg sgt3 sesuai utk zana n hubby..cume zana n hubby kene byk2 bersabar sementara "rezeki" tuh dtg..hugsssss..

    ReplyDelete
  5. insyAllah..semua akan baik baik..bunga pun sama..mesti menerima soalan cepumas itu..bunga paham..

    ReplyDelete
  6. risau tetap ade dengan soalan yang bakal dijawab..huhuhu, kuatkan lah hati kami TTCians,

    ReplyDelete
  7. SELAMAT TENGAHARI
    ANUM BR LEPAS HBS EXAM
    SINGGAH SINI LU

    ReplyDelete
  8. Betul..kalau kasar soalannya,kasar le jawapannya..kalau lembut soalannya,lembut le jawapannya..kita kena jaga hati sendiri sebelum jaga hati orang lain..

    ReplyDelete
  9. Yes..paling penting jaga hati sendiri sebelum jaga hati orang...

    ReplyDelete
  10. sbr ye zana...mungkin bln rezeki lg..
    tp jika dh tertulis suatu hari nti akn dimiliki insyaallah ia akan muncul jua dlm hidup zana...

    ReplyDelete
  11. tidaklah se lama saya menanti..tapi bila dah lama mcm saya, org pun dah malas nak tanya.
    ada sekerat dua jelah yang masih suka tanya, walau jwpn sama..Allah belum nak kurnia.
    Moga Allah kuatkan hati kita utk terima kata2 / pertanyaan yg menghiris rasa.

    ReplyDelete
  12. nory dah tak kisah dah orang nak tanya pasal anak...
    tahun ni nekad nak pekakkan telinga je..
    huhuhuh

    ReplyDelete
  13. sis, perancangan Allah lebih baik kan...

    ReplyDelete
  14. Sabarlah kak. Janji Allah tu pasti. Dia akan tiba pada masa yang sesuai.

    ReplyDelete
  15. Bersabarlah akak.... kita senasib... Saya beraya berdua untuk kali ke-3.... Belum punya rezeki... Sama-sama kita usaha ke arah itu... Cuma masa yang kita tak tahu bila.... :-))

    ReplyDelete
  16. teruskan usaha kak.. InsyaAllah ada rezeki kak nanti..


    sy doakan semoga kak di kurniakan zuriat.. Amin.

    ReplyDelete
  17. Aloor..mana komen akak smlm.. hilang la tu sbb guna phone.

    Takpe Zana.. sesama kita tanamkan aura positif di hari raya nati. Bila mood positif, semua orang pun akan positif, dan bila orang cakap2 pun, kita pikir positif.
    Lantak la orang cakap apa pun.. akak rasa, akak dah lali kot dgn soalan2 orang, tp kadang tu, sendiri je terasa...orang tak kata apa pun.

    So, ceria2 saja ya.
    Hari raya..kan hari utk bergumbira.. hikhik :D

    ReplyDelete
  18. salam,

    sabar dan terus berdoa kpd Allah s.w.t.
    tp nak share la satu cter ex-opismate irni dulu 9thn ok xde anak..
    jenuh juga dia nk menjawab orang stp kali org tny..
    finally dia dh dpt anak skrg..2 org dh..
    ada 2 akak kat opis lama camtu...
    pergantunggan kita kepada Allah..hanya DIA yg tahu segala kejadian ini..
    take care.

    ReplyDelete
  19. InsyaAllah...semoga u diberi kekuatan, dan semoga rezeki zuriat tiba nanti..aminnn

    ReplyDelete
  20. akak pun fobia .. jugak, walaupun dah ada anak .. org dok sibuk tanya bila nak tambah grrr ... biarlah dia org nak tanya .. janji kt happy jer rayakan.. xmoo sedih²...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ