Happy Birthday Abah! Salam Kemerdekaan ke 55...
Tanggal 31 Ogos 1957 lahir putera sulung hasil perkahwinan arwah nenek dan datuk... saat semua orang bergembira meraikan detik menyambut hari Kemerdekaan, saat itulah arwah nenek bertarung nyawa melahirkan putera sulungnya..
Lahirnya putera sulung yang diberi nama MOHD JUMARO BIN MARZUKI.. lahir pada 31 Ogos 1957 pada hari Jumaat..
Kini, 55 tahun telah berlalu... putera sulung arwah nenek dan datuk kini menjadi seorang suami, abah dan datuk kepada ahli keluarganya.. aku, anak bongsu abah yang telah dilahirkan pada 55 tahun yang lalu.. berbangga menjadi anak kepada seorang abah yang mempunyai semangat kemerdekaan dan patriotik yang terlalu tinggi..
Hari ni, ulang tahun kelahiran abah yang ke 55 tahun.. detik 12 malam pada 31 Ogos setiap tahun menjadi detik yang terindah buat kami sekeluarga.. sesungguhnya, ulang tahun kelahiran abah terlalu bermakna buat kami seisi keluarga..
Abah, selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 55 tahun.. semoga abah terus dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah keberkatan serta lindungan Allah hendaknya.. ketahuilah bahawa kami semua terlalu menyayangi abah... kami terlalu menghargai pengorbanan abah dalam mendidik kami semua..
Abah, selamat menyambut ulang tahun ke 55 kemerdekaan negara.. kami bangga mempunyai abah yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.. kami bangga mempunyai abah yang sentiasa menghargai keamanan dan kemajuan negara Malaysia..
Kredit to Sinar Harian
Buat semua rakyat Malaysia, Salam Kemerdekaan daripada Adieyza sekeluarga.. hargailah kemerdekaan yang kita miliki.. janganlah persiakan keamanan dan kemajuan yang telah kita kecapi.. berbaktilah pada negara Malaysia kerana kita adalah rakyat MALAYSIA..
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Salam Zana.Selamat hari kemerdekaan & selamat hari lahir utk Abah Zana ya.Semoga dipjgkn usia & diberikn kesihatan yg baik.Aminnn
ReplyDeleteWah! mmg bersemangat patriotik la Abah zana....byk gantung bendera tu :D
Salam Kemerdekaan yang ke-55 tahun dan happy birthday buat Abah ^_^ hee
ReplyDeletemerdekaa merdekaaaaa...^^
ReplyDeletehepi besday to ayah zana...moga senantiasa dibawah lembayung rahmat Ilahi...
Saluteeee abah zana!!!!
ReplyDeletehappy belated birthday abah zana!sama birthday ngan i..hehe
ReplyDelete