Genap 3 Tahun Bergelar Penjawat Awam
Syukur Alhamdulillah... hari ni genap 3 tahun aku bergelar penjawat awam...
3 tahun yang lepas, waktu macam ni encik adiey tengah hantar aku untuk lapor diri dekat Jabatan Peguam Negara (AGC), Putrajaya.. ye, lapor dihantar oleh kekasih hati (sebab masa tu belum bertunang apatah lagi berkahwin).. parents x hantar sebab aku x nak susahkan diaorang naik Putrajaya semata2 untuk hantar aku lapor diri.. sebab x tau lagi akan ditempatkan kat mana, so biarlah aku jer yang uruskan sendiri dulu..
Selalunya AGC akan hantar penempatan berdasarkan alamat IC.. 90% masa tu kena berkhidmat di kampung halaman masing2.. 10% jer berdasarkan kekosongan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur.. tanpa aku sangka, masa ambik surat penempatan tu, aku dihantar ke Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya..
Perasaan?? haruslah happy!! happy bukan sebab dapat keje MOF, tapi dekat dengan encik adiey.. boleh?? masa tu encik adiey keje kat Cyberjaya, so dekat sesgt ok!! hari2 leh dating.. hahahaha.. gataiiiiiiii
Petang tu jugak kena lapor diri kat MOF.. since hari Jumaat, so aku tunggu encik adiey solat Jumaat dulu.. pukul 2.30 dah ada kat MOF.. masa nak naik ke Bahagian Undang-Undang untuk lapor diri, punyalah aku takut giler...
Sampai2 terus jumpa 2nd boss.. lama gak sesi kenal2 tu.. masa tu 2nd boss call big boss since big boss cuti masa tu.. dia bagitau ada budak baru lapor diri.. dengar jer dia panggil big boss "Datuk", terus makin takut.... hahahaha...
Tau kenapa aku takut?? sebab ni lah pekerjaan pertama aku selepas habis belajar.. x ada pengalaman, so dengar jer big boss Datuk dah mula cuak berbakul2.. jakun!!
Kalau nak ikutkan, kerja aku sekarang ni bukanlah berdasarkan kelayakan aku.. dan bukan juga berdasarkan 100% bidang yang aku belajar selama 5thn.. untuk jawatan sekarang, hanya Diploma Undang-Undang & Diploma Pentadbiran Awam (DPA-my diploma) yang akan dipilih untuk bekerja.. DPA students just study undang-undang untuk 3 semester jer, so x adalah teror undang-undang sangat pun..
Tapi, aku sentiasa bersyukur.. sekurang-kurangnya aku langsung x diberi peluang untuk merasai pengalaman menganggur.. sebab apa x ada peluang menganggur??
Sebabnya, aku pergi interview jawatan ni masa aku part 6 Degree... tak sempat dapat result final exam last semester, aku dah ditawarkan kerja untuk jawatan tu... tak sempat nak konvo Degree, aku dah mula berkhidmat sebagai penjawat awam... jadi, memang aku x rasa la pengalaman bergelar penganggur selepas tamat belajar tu..
Walaupun ramai yang kata rugi aku ambik jawatan yang just guna Diploma ni, tapi aku x kisah.. sebab aku x tau kalau aku tolak tawaran ni semata2 nak tunggu jawatan yang setaraf dengan kelayakan aku, ntah bila aku akan dapat.. bukan senang nak dapat peluang masuk sektor kerajaan ni kan.. punyalah ramai yang mohon nak masuk, so x kan aku senang2 nak tolak kan?
Jawatan aku sekarang ni x membolehkan aku senang2 guna Ijazah aku untuk naik pangkat.. sebab untuk jadi pegawai dalam bidang undang-undang, kenalah ada Ijazah Undang-Undang, sedangkan aku ada Ijazah Sains Pentadbiran.. so, kalau nak jawatan Gred setaraf Ijazah, aku hanya ada 2 pilihan..
1- sambung Degree Law
2 - try apply jawatan setaraf melalui SPA berdasarkan bidang yang sesuai dengan Ijazah aku
Setakat ni, aku just memilih untuk pilihan kedua.. dah 2 kali pergi exam tapi gagal... nampak sangat x study untuk exam.. nampak sangat x berapa nak teror jawab soalan exam.. hahahha.. pilihan 1 pulak, masih dalam pertimbangan.. segalanya masih dalam perancangan.. semoga dipermudahkan..
3 tahun yang cukup mendewasakan aku.. 3 tahun yang cukup memberi makna buat diri aku.. 3 tahun yang cukup membawa pelbagai pengalaman pahit & manis.. syukur Alhamdulillah...
untung acik zana murah rezeki cepat dapat kerja ye.. =)
ReplyDeletesemua tu rezeki zana, anggap la ilmu yang kite dapat tu utk bekalan kita..bukan tiket nak nak dpt gaji/pangkat..kan kan kan
alhamdulillah...izwa dah hampir 10 thn keje ngn gomen ni :)
ReplyDeletetahniah dear :)chenta dlu pun mcm tu 1st job..habis belajar dpt kerja..alhamdulillah now dh 8thn sbgi penjawat awam. dari 0 sekarang ni alhamdulillah boleh bawa diri
ReplyDelete3 tahun sudah...tahniah, moga terus cemerlang dgn kerjaya nie..skrg sy dh nak masuk tahun yg ke-6 dgn GLC
ReplyDeleteBulan November ni nnt BE dah 3 thn bekerja dgn kerajaan. Bidang yang BE ambik masa Diploma dulu mmg jauh beza mcm zana gak. Dulu ambik bidang graphic skrg bekerja dibawah Finance.. hahahah pening tgk nombor..
ReplyDeleteSebaik-baik kita merancang tapi perancangan Allah adalah yg terbaik. Langkah Zana bijak. Tangkap dulu tawaran yg dapat. Upgrade boleh saja bila-bila selagi ada kemahuan..
ReplyDeletetahniah ya....=)
ReplyDeletetahniah...dah 3 tahun berkhidmat dengan government n mof....semoga kerja dengan lebih cemerlang lagi...berkhidmat untuk negara....hik..hik..saya dah berkhidmat dengan government dah 12 tahun lebih...dapat keje awal...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Zana di atas pengalaman selama 3 tahun yg telah di kumpul.. Semoga tabah menghadapi suka duka alam pekerjaan..
ReplyDeletemesti rasa kejap je 3 tahun tu kan..?? apapun,moga semua perancangan dipermudahkan ye :)
ReplyDeletebyk kelebihan kerja gomen ni...
ReplyDeletemoga terus maju lagi......
wah..buleh kuar duit KWSP dah la ni.. ehem..ehem.. bila nak open table utk kengkawan TTC Corner ni. hihi :)
ReplyDeleteSonoknyer. Ros lpas spm terus kawen :( xsempat nk bekerja.. Huhuhu..sonok tgkorg bekerja, ade duit sendiri :p
ReplyDeleteBetul tu kekda.. ida dengar 3tahun je.. boleh kuar dah.. ehem.. ehem... HAHAHHA
ReplyDeleteuntongnya dpt keje kerajaan...
ReplyDeletebile lah krajaan nk pggil nory utk intebiu ni...
tp nory bljar takat tgkatan 6 je..
hehehe...maluunyer..
syukur Alhamdulilah kak.. untung akk dapat keje di putrajaya.. bukan calang2 orang dapat keje sana.. lebih2 lagi penjawat awam.. untung di situ..rezeki kan.. InsyaAllah akak berjaya sambung degree law tu.. jijah tumpang rasa happy..
ReplyDeleteAlhamdullillah moga terus menjadi pekerja awam yg berdedikasi..
ReplyDeleteBetul tuh..bukan senang nak dpt kerja ngan kerajaan.. kalau dpt pun kerja kontrak.. kalau nak tetap agak susah jugak skrg nie..
dah 3 thn alahamdulillah..akak tahun ni dah 13 thn dgn gomen,nak cari keje lain pun x dpt2 keje la sini sampai pencen..hehe
ReplyDeletealhamdulillah dh 3 thn...dh kering cap jari kalau org dulu2 kata...js pun dh capai 10 thn ngan kerajaan...semoga kita dpt berkhidmat dgn lebih baik lagi...
ReplyDelete***pengalaman bekerja di sektor swasta dengan kerajaan amatlah ketara...js bersyukur dpt gak rezeki dgn kerajaan wp kerja biasa2 je....nk naik 41 mmg la sukar terutama zaman skrg ni...js bersyukur sgt2 dgn rezeki yg dikecapi kini wp hanya bergaji diploma ...^^
ehh kita sama....guna dip juga utk jawatan skrg...ramai kata rugi...tp mama tak rs rugi..sbb kalo tolak peluang tu..ntah bila plak leh dpt masuk gov kan...kita belajar dr bawah takpe...ada peluang kita tingkatkan diri utk naik pangkat ke apa...ramai org mengganggur kt luar sana yg menunggu2 nk masuk gov..dh dpt sygg sgt nk tolak.....skrg dh 9 thn dgn gov :)
ReplyDeletealhamdulillah..kiter lebey kurang same kak..dpt keje after abis belajar..lom sempat menganggur la kirenyer..huhu..
ReplyDeleterezeki Allah..semoga kiter dpt berkhidmat kepada negara n bangsa..cewahhhh !
alhamdulillahh
ReplyDeleteteruskan usaha dik ..
semoga terus berjaya ..