Alahai Suami..... Alahai Isteri......
Terbaca satu artikel yang boleh membuatkan hati ni terusik.. artikel bertajuk "Alahai suami" ... Artikel ni berkaitan isteri yang selalunya lebih banyak tak puas hati dengan apa yang dilakukan suami..
Lumrah para isteri mesti mengharapkan suami membantu dalam urusan kerja-kerja rumah.. hati isteri mana yang tak suka bila suami ringan tulang membantu dalam bab mengemas rumah.. hati isteri mana jugak yang tak panas bila suami leka melayan tv atau khusyuk membaca surat khabar tanpa menghiraukan keadaan rumah yang bersepah?? hati isteri mana yang tak sedih bila suami tak ambik kisah bila isteri tengah bertungkus lumus mengemas rumah, memasak dan dalam masa yang sama ada yang perlu menjaga anak!
Beruntunglah isteri jika suami suka membantu dalam urusan penjagaan rumah.. beruntunglah isteri jika suami rajin membantu mengemas dan memasak.. beruntunglah jika suami sanggup bantu isteri di rumah walaupun sebenarnya bantuan tu x seperti yang isteri harapkan!!
Kadang2, tanpa sedar keluar jugak rungutan dan ketidakpuasan hati daripada isteri walaupun suami dah membantu.. *sambil kelip2 mata teringat pernah buat macam ni kat Encik Adiey... hihihi.. ampun sayang!
"abang, kenapa basuh baju basahan dengan baju tido?"
"abang, kenapa sidai baju rapat2 ni, nanti lambatlah kering'
abang, kenapa potong bawang hancur2 ni?"
Lumrah isteri, sukakan kesempurnaan.. tapi kadang2 isteri lupa yang suami tengah bersemangat nak tolong isteri mengemas dan memasak.. tapi semangat tu boleh hilang bila ada jer yang x kena di mata isteri tu! *terkena batang hidung sendiri.. ampun sayang!!!
Bila suami dah patah semangat, jangan pulak isteri nak terasa hati bila suami buat x tau jer bab mengemas rumah tu.. suami mesti rasa berat hati nak tolong sebab takut nanti apa yg dia buat semuanya x betul.. time ni, isteri nak sentap2 pun x guna dah, sebabnya suami dah tawar hati nak tolong.. hehehehe..
So, sepatutnya sebagai isteri kena rajin ucapkan terima kasih pada suami.. kena hargai apa yg suami buat sebab bukan semua suami rajin nak menolong isteri.. kena ingat yg suami memang ikhlas membantu kita..
Tak kisah la dia basuh baju basahan dengan baju tido pun sebab dua-dua tu pun baju jugak.. lain la kalau dia basuh baju kurung kita sekali dengan kain buruk!! hahahahha...
Tak kisah la dia sidai baju rapat sampai lambat nak kering sebab bukannya kita x ada baju lain nak pakai sampai kena ulang-ulang pakai baju yg sama setiap hari.. lagipun lambat kering jer pun, bukan x kering langsung kan??
Tak kisah la kalau suami potong bawang atau sayur x ikut cara kita sebab nanti masuk dalam perut kita suami isteri jugak.. bukannya suami kita masak masukkan bawang sebiji terus kan.. kadang2 tu sampai nangis2 suami kupas bawang, so x kan la kita nak bising2 pasal cara dia memasak kan..
Lupakan pada kesalahan yg x seberapa tu.. tapi ingat dan fikir balik betapa bertuahnya kita bila suami membantu kita.. bayangkan betapa beruntungnya kita ada suami yg selalu ringan tulang membantu isteri apatah lagi kalau suami membantu isteri tanpa disuruh oleh isteri.. untungkan???
Cara mudah, ucaplah terima kasih untuk setiap bantuan yg dihulurkan.. pujilah suami dan beritahulah dia betapa kita bangga dengan sikap dia yg suka menolong.. kalau nak komplen pun, carilah masa yang sesuai macam nak tido ke, nak bersama ke.. eh??? hihihihihi...
Nota cinta:
entry ni untuk peringatan dan pengajaran untuk diri aku sendiri.. sebab aku pun selalu jer komplen cara Encik Adiey mengemas rumah.. padahal macam la aku ni teror sangat mengemas kan?? hihihi.. lagipun Encik Adiey memang jenis ringan tulang bab mengemas ni, cuma part masak memang dia x berapa suka.. so lepas ni aku kena berubah! kena lebih menghargai bantuan Encik Adiey..
Noted...!!! =)
ReplyDeletesuka post ni...tq ...sharing is caring...
ReplyDeletebestnye ada tgn yg membantu..^^
ReplyDeleteKakak terus-terang abang memang tak pandai memasak. So kupas bawang tu memang tak adalah lagi pula dari dulu kakak ada pembantu memang abang tak adalah buat kerja rumah selain mop/bersihlan cendeliar/lampu/kipas adalah.
ReplyDeleteEh terkena batang hidung sendiri jugak. Haha.
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteNice Entry...suami saya bkn seorg yang dlm kategori 'rajin'...
ReplyDeletetapi bila saya minta dia bantu, dia akan buat... :)
suka entry ni...terkena batang idung sendiri jugak!..;)
ReplyDeletehihi~nasib baik la...x kena batang hidung...hahaha~ smlm nieyl memasak...en.husband sapu umah ngan mop umah...:)
ReplyDeletehiihihi..biasalah..adat suami isteri kan....no kkomen
ReplyDeleteBetul tu btol.. laki ni bukannya malas nk tolong.. tp kalau tolong, ada saja yang x kena.. HUHU
ReplyDeletehahah sama la eka... kadang2 sedap je ngata dia... bila bc entry ni.adeh bersalahya rasa
ReplyDeleteAdoi Zana, terus senyum sebab terkena kat batang hidung sendiri.
ReplyDeleteSebab tu lah kalau hal-hal kerja rumah ni, I prefer buat sendiri je. So, tak sakit hati, tak payah nak membebel2 sampai suami kecik hati. ;p
pergghhhh. terkena jugak sikit2 dengan batang hidung nadia. ;p
ReplyDeletekak Zana, tq sebab sudi singgah blog nadia. kita geng TTC kan kak. ;)
nadia pon dah follow akak k. semoga kita sama2 kuat kak. :))
hee...cik abg saya jarang2 jgak nak nolong, tapi bila time dia over rajin, mmg smua nak dibuatnya, sampai dia komplen cara sue buat keje umah plak... hehe
ReplyDeleteAndi pun rajin... kadang2 tu terlebih rajin. kadang kadang ade jugak yang malas taknak buat lgsg... ahahhahha!! layan ajeee... ;p
ReplyDeletehehe..nice entry...rasa insaf jap...aku mmg selalu marah klu apa yg tunang aku pilih tk kene ngn selera ak..tp at least dia ada tolong bg idea..huhu..insaf2
ReplyDeletebetoi tu suami mahu menolong dah besar rahmatnya kan.. heehe.. :)
ReplyDeletealhamdulilah syukur hubby kak ita rajin juga lah tolong kak ita,gi pasar,kemaskan lauk,sterika baju,lipat baju,jaga anak..semua boleh lah...alhamdulilah juga...semuanya dia pandai sendiri tanpa kak ita minta tolong..coz sama-sama penat berkerja,memang berbeza dengan didikan belah arwah mak mertua,anak dan menantu lelaki....memang tak pernah nak tolong isteri walau pun nak minum segelas air..siap kena bawakan...he..he..bukan buli ya...
ReplyDeletehuhu..pura tak khwin lg..pura harap bakal suami jenis yang ringan tulang..tak lepaskan tanggungjawab rumah 100% pada pura..huhu.. :)
ReplyDelete