11 Tahun Yang Indah.. 11 Oktober Menjadi Saksi..
11 Oktober yang bermakna.. tarikh yang dinanti setiap tahun.. tarikh yang menjadi saksi perkenalan kami berdua.. dan tarikh ini juga menjadi bukti permulaan hubungan antara kami berdua..
Syukur Alhamdulillah kerana jodoh perkenalan kami berkekalan hingga ke alam perkahwinan.. syukur kerana sehingga ke saat ini, cinta antara kami berdua masih kuat di hati kami..
Siapa sangka perkenalan yang mulanya dianggap sebagai kawan bertukar menjadi serius dari hari ke hari.. tanpa disedari lahir satu perasaan yang cukup indah dalam hati kami berdua..
Berbulan lamanya berkenalan tanpa pernah bersua muka dan hanya telefon menjadi penghubung perkenalan kami berdua.. pertemuan pertama di rumah keluarga sendiri menjadi titik tolak kepada pertemuan seterusnya..
Pertemuan demi pertemuan diaturkan.. bibit cinta semakin mekar di hati kami berdua.. perasaan sayang yang mendalam makin dirasai dari hari ke hari.. restu keluarga dipohon bagi menjadikan hubungan kami lebih diberkati..
Walaupun telah sah menjadi suami isteri, namun tarikh 11 Oktober ni tetap menjadi tarikh yang bermakna di dalam diari kehidupan kami.. bukan bermakna selepas kahwin kami melupakan tarikh yang menjadi saksi perkenalan kami berdua.. tarikh ini akan tetap dikenang sehingga ke akhir hayat kami..
Terlalu banyak perbezaan antara kami berdua.. tetapi percayalah, kerana perbezaan itulah yang menjadikan kami semakin bahagia.. kerana perbezaan itulah yang membuatkan hubungan kami bertambah ceria..
Ya Allah, syukur di atas jodoh pertemuan ini.. kami berdua bermohon agar pertemuan dan perhubungan ini akan kekal bahagia hinga ke syurga-Mu Ya Allah.. insyaAllah....
alhamdullilah
ReplyDeletetahniah
Wah lamanya menyulam cinta.... Hehhehe... Ros byk knai asben lpas kawen... Ekekke :) bestnyer dpt kenal sebelum kawen kan..
ReplyDeleteen.husband nieyl ckp...perbezaan antara suami dan isteri sebenarnyer adalah bagus untuk ikatan dlm perkahwinan itu..sebab ia nyer saling melengkapi kekurangan antara satu same lain..:) semoga cinta akak ngan abg kekal hingga ke syurga...Amin...:)
ReplyDeleteLamanye 11thn..moga2 percintaan zana n hubby kekal hingga ke syurga..aminnnnn..
ReplyDeleteinsyaAllah, aminnn
ReplyDeleteSalam Zana, terkenang detik perkenalan yea...
ReplyDeleteperkenalan yg indah dan membahagiakan..
moga... detik itu, tersemat di jiwa...
me tak ingat bile tarikh perkenalan kami, hahaha!
cume ingat tarikh ulangtahun perkawenan jew, hehehe~
jadi la.. ingat, daripada tak ingat kan..
smoga berbahagia ke akhir hayat ,zana....11 tahun tu...caya lah..=)
ReplyDeletealhamdulillah..semoga berbahagia zana with hubby tersayang...
ReplyDeleteheppy aniversary!! semoga berbahagia selama2 nye...:)
ReplyDeletesemoga terus berbahagia zana..
ReplyDeletehappy anniversary kak! tarikh bercinta la kita ingati selalu kan...
ReplyDeletesama macam akak.. tp jijah bulan 11 genap 10tahun percintaan jijah n suami..
jijah doakan semoga akak dan abg adiey bahagia hingga ke syurga! jijah pasti kebahagiaan milik akak selamanya.. Insyaallah..
tarikh bahagia sentiasa dalam ingatan...
ReplyDeletehepi anniversary........
doakan yg terbaik for both of u ye
ReplyDeleteamin ~ semoga berterusan sehingga ke syurgaNya..
ReplyDeletehai zana....
ReplyDeleteAlhamdulillah...moga kekal bahagian hingga ke syurga....Amin~~
alhamdulillah.. insyaallah kekal hingga kesyurga...
ReplyDeleteSemoga zana dan suami berbahagia hingga ke hujung nyawa...;)
ReplyDeleteAuw~ jiwangnyer zana!! hihihihi
ReplyDelete