Friday, October 5, 2012

Bersyukurlah....

Yakinlah bahawa Allah akan beri sesuatu yang kita perlu.. jadi, bersabarlah kerana pasti ada kegembiraan dan kebahagiaan di penghujung kesabaran itu.. 


Yakinlah bahawa rezeki Allah itu datang dari pelbagai bentuk.. rezeki anak, rezeki kerja, rezeki harta benda, rezeki masa lapang, rezeki kesihatan dan rezeki kebahagiaan.. rezeki Allah itu sangatlah luas.. jadi, bersyukurlah di atas segala rezekinya..

Kadang ada yang dapat rezeki anak, tapi ada masalah dari aspek kewangan.. kadang ada yang dapat rezeki pekerjaan, tapi ada kurang dapat masa bersama keluarga.. kadang ada yang dapat rezeki harta benda, tapi ada masalah kesihatan.. rezeki setiap orang kan berbeza2.. tak sama.. 

Jangan kerap bandingkan kehidupan kita dengan orang.. nanti kita asyik rasa tak bersyukur.. jangan kerap mengeluh bila nampak apa yang orang lain ada, kita tak tau apa yang orang tu lalui.. jangan selalu sangat memandang rendah dengan kekurangan orang lain, kita tak tau kehidupan dia macam mana.. 

Sabar bila rezeki yang diharapkan terlambat.. sabar bila diuji dengan harta yang banyak sebab takut kita jadi angkuh.. sabar bila kita diuji kerana Allah tau apa yang terbaik untuk kita.. 

Bersyukurlah.. ia akan menjadikan kita lebih menghargai.. dan ia akan menjauhkan kita daripada sifat takbur.. 

14 comments:

  1. Salam dipg jumaat zana.

    Dlm memohon pertolongan dr Allah,jgn mudah putus asa,mintalh dgn sepenuh hati.InsyaAllah,Allah maha mendengar...pastinya doa kita akan dimakbulkn.

    ReplyDelete
  2. salam jumaat! thanks for sharing this. nice thought!

    ReplyDelete
  3. betul3..rezeki ALLAH tuh mmg luas..

    org yg sentiasa bersabar n bersyukur pasti ade ganjaran yg menunggu..sabar kay zana..hugsssss..;)

    ReplyDelete
  4. semoga zana dimurahkan rezeki..aminnn

    ReplyDelete
  5. Betul sis zana... Dan tak perlu membandingkan rezeki yang ada pd org lain... Allah Maha Adil. Ada orang lebih sesuatu yang kita kurang... Dan ada org kurang sesuatu yang kita lebih...:)Usaha dan tawakkal itu jugk penting.

    ReplyDelete
  6. kekadang bila Allahlewatka rezeki tu..tentu ianya bersebab..Kerana Allah tahu saat mana ianya sesuai untuk kita uruskan rezeki yang di amanahkan itu..

    ReplyDelete
  7. Insyallah...Amin...
    Bersemangat sket baca Zana post ni..

    ReplyDelete
  8. btol2..moga sentiasa murah rezeki sis..

    ReplyDelete
  9. bersyukur dgn rezeki allah insyaallah rezeki xkan putus²...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..